Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

RESEPI CHEESEKUT SEDAP DAN SANGAT MUDAH KATA ANAK AKU

$
0
0
RESEPI CHEESEKUT SEDAP DAN SANGAT MUDAH KATA ANAK AKU | 'Alaaa senang je Mak', katanya si Kakak. Hahaha kemain eksen ek sejak-sejak ni, ye laa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, kan anak Sis yang sulung tu terkandas di Shah Alam tak dapat balik Johor, so sejak dari tu, memang kemain rajin dan terpaksa le dia memasak hahahaha itu yang macam-macam resepi dia cuba termasuk Resepi Cheesekut Sedap ni haaa.

Kelmarin anak minta resepi Cheesekut ni, sebab Sis pernah buat Resepi Cheesekut Oreo ni dulu, tapi kata anak resepi Emaknya susah nau, banyak bahan, dan katanya dia taknak yang ada Oreo tu. Makanya dia mengoogle le sendiri. Then selepas tu, kawannya yang serumah kesahnya pernah buat gak Cheesekut ni, so apalagi, mereka berdua ni ikutlah resepi kawannya tu.

Bila anak dah siap buat, dia tunjuknya kat group wahtsapp kejadian selepas dah buat sebelum mengeras, terus Ayahnya kata, 'woww pandai kakak buat kuih', hahahah si adik-adiknya duk sakan bagi ikon gelak kat kakaknya.

Kata adiknya, 'Kak, nanti balik Johor, sila bawa rajin tu ke rumah ya, jangan bagi tinggal kat sana', kakakakakah bertambah gelak kami anak beranak baca adeii anak anak...

Terus Sis cakap kat anak, Sis nak resepinya dan nak share kat blog Emaknya. Anak copy dan bagi Sis resepinya, so harini Sis nak kongsikan di sini. Kot mana laa tau kan korang nak cuba gak. Nampak sedap nau Cheesekutnya tu haaa..

Tapi tu le sekeping gambar dia bagi, hampeh..minta gambar lain katanya dapur sepah laaa hahahaha adeiii sabo je ler..

Meh tengok resepi meh..


RESEPI CHEESEKUT SEDAP DAN SANGAT MUDAH

Bahan-bahannya :

  • 1 paket biskut Crackers (tak kisahlah brand apa pun)
  • Sedikit fresh milk
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250gm cream cheese
  • Nestum

Cara Membuatnya : 

1. Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Kembang tu means creamcheese tu da jadi lembut pastu color dia jadi cerah skit.

2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Kemudian pukul lagi.

3. Tambah sikit fresh milk anggaran satu sudu ke 2 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan cair sebab nanti cheesekutnya jadi lembik susah nak potong. Kalau pekat sangat plak nanti bancuhan jadi ikitt plak, so lapisan cheesekut pun tak dapat buat banyak. Agak-agakkannya ya.

4. Kemudian ambik biskut dan celupkan dalam fresh milk. Celup tu maksudnya dalam sesaat je sudah. Di ingatkan celup je tau, bukannya rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas.

5. Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Tak payah tebal sangat. Cukup sekadar menutupi biksut.

6. Then lapis lagi biskut-biskut yang dah dicelup atasnya plak sampai habis. Time lapis biskut ni tekan-tekan sikit bagi dia mampat padat. Ulang lagi step 4 dan 5 sampai abis bancuhan creamcheese tadi.

7. Pastikan yang atas sekali mesti lapisan creamcheese ye. Tapi kalau korang nak lagi sedap taburlah milo atau nestum, nak tabur oreo pun boleh, ikutlah suka memasing.

8. Kemudian simpan dalam peti ais. Biar semalaman bagi dia keras sikit supaya senang nak potong.

Pic send by anak via wahtsapp. Tak tau gambar mana dia amik untuk buat contoh. 

Ni haa gambar contoh lapisan cheesekut yang anak bagi contoh, tapi gambar ni entah gambar sapa hahahaha..Yang atas tu je gambar anak buat, sebab tu Sis letak watermark hehehe..

Memang sedap tau resepi ni, sebab Sis pun dah pernah cuba, korang kena cuba kalau belum pernah cuba. Sekarang kalau Sis nak buat, ermmmm takde sapa nak makannya, sebab yang anak dua ni tak suka jenis cheesecake macamni, hanya anak Sis sulung ni je yang memang hantu cheesecake.

Ko letak laaa atas tu milo ke apa ke, memang tak makannya laaa..dah kata dia tak suka cheese, so memang dia tak makan. Tunggu anak sulung baliklah baru boleh buat dengannya dan makan berdua dengannya. Tekak teringin gak nak buat ni.

Korang kalau nak cuba, silalah, cuba resepi tu, sedap kata anak. Senang pun ye kan.

Okaylah, nanti sambung lagi, nak kemas-kemas dulu apa yang patut, so nanti dah puasa senang, rehat sikit. Malam ni pun dah start niat puasa dan terawikh. Dah boleh mula fikir, nak masak Sahur dan berbuka kan..Korang dah buat list ke?..

Sis? Berderet menu list berbuka dan Sahur tu yang anak buat..ko ngase? ..Ayahnya nengok geleng kepala hahahaha..

Semoga dipermudahkan semua urusan kalian ya..aamiinn


P/S: Terima kasih Suamiku atas pemberian Telekung SK.. hadiah Ramadhan PKP katanya.. alhamdulilah..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.