Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

BERCUTI TANPA MENINGGALKAN RUMAH?

$
0
0
BERCUTI TANPA MENINGGALKAN RUMAH? | Apakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia bakal bersambung lagi seperti negara Singapura? Kita pun tak tau lagi jawabannya. Masih menunggu dan berdoa yang baik-baik aja untuk negara kita Malaysia.

Nak rancang segala percutian ke, nak balik kampung awal Ramadhan esok ke, atau nak balik berhari raya ke, semuanya belum boleh lagi nak rancang selagi keadaan wabak Covid19 ni belum menunjukkan pulih menyeluruhnya. kalau dah habis PKP pun, Sis sendiri pun tak berani lagi nak gerak bebas ke sana ke sini seperti biasa. Yaa keadaan belum boleh menjamin semuanya berada dalam tahap selamat. So kena berhati-hati.

Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 dan masih dalam PKP di Malaysia dan serata dunia, rancangan untuk pergi bercuti harus ditunda dan tempahan awal tiket penerbangan dan penginapan perlu dibatalkan atau ditangguhkan ke tarikh yang lain.

Tapu usah bimbang, korang boleh mengambil kesempatan ini untuk “bercuti” menerusi alam maya dan menikmati keindahan destinasi pelancongan tanpa perlu meninggalkan rumah.

Apa? Tanpa bercuti tanpa meninggalkan rumah? Macam mana tu?
Haaa jom baca 16 idea yang telah di kongsikan oleh Tourism Selangor mengenai hal ini.

Kredit Pic by Gogle

BERCUTI TANPA MENINGGALKAN RUMAH?
INI 16 SYOR TOURISM SELANGOR!

1. Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.travel bagi percutian pertama korang ke semua 9 Daerah di Negeri Selangor.

2. Ambil peluang ini untuk membaca semua entri blog percutian dan pelancongan di https://selangor.travel/travel-stories/ untuk idea percutian korang yang seterusnya setelah tempoh PKP tamat.

3. Bagi peminat seni, luangkan masa bersama orang tercinta dengan lawatan maya ke Galeri Shah Alam dengan melayari laman web rasmi mereka di https://galerishahalam.com/video/ .

4. Gunakan data internet percuma untuk rakyat sepanjang tempoh PKP ini untuk mendapatkan pelbagai promosi hotel dan pakej pelancongan yang menarik di hujung jari korang!

5. Alami Selangor melalui video Hos Komuniti Selangor di YouTube https://www.youtube.com/watch?v=5MnIpiIS2VM dan langgani saluran YouTube rasmi Tourism Selangor untuk maklumat lanjut tentang produk dan acara pelancongan Negeri Selangor.

6. Tonton video yang dimuat-naik ke saluran Menarik di K. Selangor di YouTube untuk pengalaman melancong ke Daerah bersejarah, Kuala Selangor. https://www.youtube.com/channel/UCQq_PVNeKlbyyfTc1mnJXXw

7. Rasai keseronokan dengan melayari laman web Sunway Lagoon di https://www.sunwaylagoon.com/ bagi melihat sendiri tarikan taman tema terbesar di Malaysia ini dan juga promosi-promosi yang ditawarkan sebagai persediaan untuk korang ke sana.

8. Menikmati perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran-restoran dan kafe-kafe popular di Selangor ke pintu rumah korang di https://selangor.travel/20-best-eateries-with-takeaways-and delivery-services-in-selangor/

9. Sarapan pagi di dalam bilik tidur korang sendiri.

10. Ambil ilham dari hotel 5 bintang dengan menghiaskan bilik tidur korang dengan cadar putih bersama tuala mandian yang baru dicuci untuk pengalaman penginapan mewah dirumah.

11. Berkelah di dalam rumah bersama orang tersayang.

12. Tiada apa yang lebih romantik daripada pengalaman menyaksikan jajaran bintang di langit malam sambil menonton filem di halaman rumah korang.

13. Jika korang gemar mengembara untuk seleksi makanan tular dan popular , hasilkan sendiri makanan yang harus dicuba di Selangor untuk mengisi masa lapang korang di rumah. Dapatkan idea idea dan resepi masakan di https://selangor.travel/15-must-try-dishes-in-selangor-in-2020/

14. Rindukan masakan ibu korang di rumah? Hasilkan sendiri makanan kegemaran korang dari resepi yang korang minta dari ibu korang!

15. Khaskan satu diari percutian bagi tempat-tempat yang korang ingin lawati. Senaraikan segala maklumat yang dapat diperolehi seperti masa, tempat, harga tiket penerbangan dan penginapan, keperluan pakaian, belanjawan dan seleksi restoran terutamanya jika korang mempunyai alahan atau mahukan restoran halal yang menepati mod pengangkutan korang.

16. Cetak peta dunia dan tandakan detinasi yang korang pernah lawati dan yang korang ingin lawati. Korang juga boleh memulakan dengan peta Negeri Selangor!

Kredit Pc by Google

#JustStayAtHome #DudukRumahDiamDiam #kitaJagaKita #KitaPastiMenang !.

Dengan senarai yang tersenarai di atas ini, semua orang termasuk kita juga boleh bercuti tanpa perlu berjalan jauh dan meninggalkan rumah masing-masing. Pengalaman percutian boleh dinikmati dalam keselesaan di rumah sendiri sahaja, sambil menjamu makanan yang sedap-sedap dan bangun dari tidur di bilik mewah bak hotel 5 bintang. 

Tanpa korang sedari, idea-idea ini akan menemani korang sepanjang tempoh PKP dan akan sekaligus memberi semangat kepada korang dalam menjalani ibadah puasa juga. 

Cipta memori terindah dengan hanya berada di rumah.

Kongsikan senarai ini bersama rakan-rakan dan orang tersayang korang juga. Patuhi PKP dan duduk dirumah. Korang boleh selamatkan diri korang dan juga orang lain.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

P/S: Rindu nak pergi bercuti.. rindu rindu rindu!! ... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422