Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

TIADA LAGI MOTO 'MUAFAKAT JOHOR' .

$
0
0
Assalamualaikum wbt ..


Kini Harapan Johor, bukan lagi Muafakat Johor .
JOHOR BAHRU: Tiada lagi moto'Muafakat Johor' digunakan di negeri itu (Johor) sebaliknya ditukar kepada 'Harapan Johor'.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, moto 'Muafakat Johor' yang digunakan kerajaan negeri sebelum ini akan ditukar bagi mengikut acuan dan cara kepemimpinan baharu pentadbiran negeri.

"Muafakat Johor akan ditukar kepada Harapan Johor dan 'Team Johor' juga tidak diguna pakai sebaliknya pentadbiran baru ini dikenali Pakatan Harapan Johor," katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan.
Bagaimanapun, Osman berkata, kepemimpinannya masih menghormati istilah Bangsa Johor yang wujud sejak dulu lagi.

"Apa salahnya dengan istilah Bangsa Johor. Semua yang lahir di Johor, kita adalah Bangsa Johor. Lagu negeri ini juga bertajuk Lagu Bangsa Johor," katanya.

Sumber dari SINI .

MENTERI Besar, Datuk Osman Sapian  - Foto ihsan google

Rasa janggal pulak nak guna #HarapanJohor, sebabnya sudah lama bertahun-tahun sudah kita di Johor gunakan #MuafakatJohor, sama juga setujunya kata TMJ tentang hal ini di SINI .

Tak tahulah dan tak berani nak komen panjang, kami hanya rakyat hanya mengikut apa yang terbaik sahaja. Segala kepercayaan telah kami suarakan pada undian #PRU14 9hb Mei lepas. 
Kita doakan yang baik-baik, mudah-mudahan datangnya juga yang baik-baik aja. 
InsyaAllah aamiinn..





P/S: Hashtag yang selalu Sis guna update. #JDTblogger #AKUsislin #MuafakatJohor..sekarang nak kena tambah ek #HarapanJohor pulak, yang lama tetap ada.he he he..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422