Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4456 articles
Browse latest View live

BERKURTA DI HARI RAYA BERSAMA KURTA #KACAX

$
0
0
Assalamualaikum wbt .


BERKURTA DI HARI RAYA BERSAMA KURTA #KACAX | Hari raya bakal menjelma, dah siap beli baju raya ke ? Macam pantun dua kerat pulak.
Awal lagi ni, baru seminggu puasa, tapi sana sini dah mula dan banyak menjual persiapan raya kan? Bagi si Ayah, Suami atau anak Lelaki, apa pilihan mereka? Saamada Baju Melayu atau Kurta ?.
Kalau Suami dan anak bujang Sis, memang pagi raya kebiasaannya akan memakai baju melayu sepasang, masuk hari raya seterusnya, pilihan mereka kurta atau jenis kemeja juga tshirt sahaja. Senang simple mudah nak sarungkan. Yang pagi raya tu je memang jadi kemestian, sebab pakai sedondon anak beranak hehehe.

Korang pulak macam mana ?

Di hadapan kedai Kacax. 
Kalau di lihat sejak-sejak akhir ni, memang ramai anak muda mengayakan pemakaian kurta sahaja di pagi raya, di pakai dengan seluar slack atau jeans. Mungkin lebih simple atau fesyen terkini up to date. Betul tak? Dan juga pelbagai jenis fesyen kurta kalau kita lihat ada di jual. Dari yang harga beratus-ratus ringgit hingga ke harga yang mampu milik. Cuma kualiti kain aje yang membezakan harga. Ikut citarasa masing-masing. 

Owner En Nik (Duduk tengah) bersama isterinya Puan Jamilah (Duduk kanan) yang sangat peramah menyambut kami semua. Juga blogger Papa Amyzal, Acik dan juga En Padin. 
Sis semalam berkesempatan ke Butik Kacax bawa si anak bujang untuk memilih sepasang Kurta untuknya. Di sambut mesra penuh senyuman oleh tuan punya kedai, suami isteri yang keduanya sama-sama punya minat yang sama mengusahakan butik pakaian lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. Menurut kata En Nik (owner kedai), Butik Kacax ni baru beroperasi setahun lebih sahaja, sebelum ini hanya di gabungkan dengan Butik Busana Jamilah yang juga kepunyaan isteri En Nik, Puan Jamilah.

Antara pilihan warna terkini dan s=design terkini. 
Butik Kacax yang terletak di L3,41, tingkat 3 Angsana Mall, berhadapan dengan kedai buku Badan Cemerlang, menyediakan khas semua pakaian lelaki dewasa dan kanak-kanak. Bukan baju kurta sahaja, tapi terdapat juga kemeja dewasa dan juga kanak-kanak. Ini baru permulaan katanya, akan di tambah lagi kepelbagaian design untuk semua jenis pakaian lelaki dan kanak-kanak atas nama Kacax.

Sakan memilih dan cuba setiap design, dan tak tau yang mana nak di pilh, sampai gelak Puan Jamilah.
Semua jenis kurta yang di jual menggunakan material kain yang sangat berkualiti. Ada yang dari Malaysia dan ada juga di tempah kainnya dari Luar Negara. Menurut En Nik, setiap satu design kurta terdapat pelbagai pilihan warna dan setiap design juga di buat dari jenis kain dan harga yang berbeza. Tapi masih mementingkan kualiti pada setiap rekaannya. Sambung isterinya Puan Jamilah, setiap satu design akan di pakai sendiri oleh En Nik, sehingga suaminya sendiri mencapai kata keselesaan kepada setiap baju kurta itu, barulah mereka mula menjahit untuk tempahan dan di jual.

Butang khas yang diperbuat dari tempurung kelapa. Lain baju lain design butangnya.
Harga bagi setiap pilihan design bergantung pada kualiti kain dan aksesori yang di gunakan. Ada yang aksesori seperti butang baju, ianya di tempah khas dari luar negara, ianya menggunakan tempurung kelapa sebagai butang di baju kurta. Amat exklusif sekali. Sis semalam pun sempat membelek satu-satu, ternyata memang unik.

Antara pilihan kemeja lelaki yang terdapat di Butik Kacax. Semuanya dari jenis kain berkualiti, tidak mudah renyuk dan mudah di gosok.
Material yang di gunakan pun dari jenis tidak panas, serap peluh dan tidak cepat menetas dan lusuh warnanya. Kan dah kata dari jenis yang berkualiti, jadi korang jangan risau, kalau rasa tak puashati, sila buat aduan pada tuan punya kedai. Tiada masaalah. Yang penting kepuasan dan pelanggan puashati katanya. Setakat ini memang semua memuji design, color dan juga kualiti materialnya yang sangat bagus!
Pelanggan rata-rata puashati.

Kurta kanak-kanak juga ada sedondon dengan kurta dewasa. 
Dan juga, jika korang beli baju dari Kacax ni, dan rasa tidak selesa dengan saiz, labuh, atau panjang lengan, mereka boleh juga buat otter baju. Jangan risau. Tapi setakat ni, kalau korang beli betul ikut saiz, cuba dan pakai, comfirm terus ngam melekat kat badan. Semalam pun anak Sis pakai, sampai kata, sedap pakai dan nak beli lagi sepasang, katanya pakai selesa dan fit kat badan. Tidak gedoboh bak kata bahasa orang Johor hehehe.

Bila mereka bergaya bersama kurta kacax memasing. Semua nampak kacak hehehe
Untuk pembelian, korang boleh beli secara online atau pun offline. 
Dan yang paling BEST korang boleh buat tempahan secara atas talian (wahtsapp) dan gunakan 'Promo Code BG01/KACAX' untuk dapatkan diskaun sebanyak 20% .

Macam mana nak dapatkan DISKAUN 20% ? 
Hanya print skrin sahaja post ini atau di mana yang korang nampak promo code Kacax tu (di IG/FB Sis), dan tunjukkan gambarnya semasa korang membuat pembayaran di kaunter .
Untung tak untung haa? Dah le pakai kacak, dapat diskaun lagi. bestnyaaa kann..


Korang boleh lah lawat FB Page Kacax dan juga official IG Kacax untuk lihat pelbagai pilihan design dan warna. Yang pasti kena datang, cuba, pakai dan rasai keselesaannya sendiri, Cakap banyak pun tak guna bro! kena cuba dulu okay, Sis boleh jamin, mesti TERsuka nanti berpasang-pasang hehehe.

Like dan Follow : 

Atau wahtsapp terus ke :
http://www.wasap.my/60197351037/BG01KACAX.

Ini pilihan warna dan design yang anak bujang Sis pilih semalam. Kacak tak ? hehehe
Anak bujang Sis semalam cuba hampir semua warna, jadi rambang katanya, semua cantik dan selesa. Tapi dia berkenan dengan design terbaru ini Kacax Vero. Dari jenis swiss cotton. Sangat selesa anak kata. Sekali sarung ngam pakai kat badan, tidak panas dan tidak melekat. Sis pun tak tau le bahasa anak Sis cakap, dah itu dia kata semalam, Sis tulis gitu juga hahaha.

Terima kasih En Nik dan Puan Jamilah . MOga di tambah dan di murahkan rezkinya selalu, maju dalam apa jua bisness. 

Sekali lagi Sis bagitau..
Buat tempahan secara atas talian (wahtsapp) dan gunakan 'Promo Code BG01/KACAX' untuk dapatkan diskaun sebanyak 20% .
Jadi jangan lepaskan peluang ini. Print skrin promo code tu dan dapatkan diskaun sebanyak 20% ya,
Korang boleh beli secara online atau offline . 
Cepat !!! Gunakan Promo Code di atas sebelum 10 Jun 2018 sehinga jam 11.59mlm .

Dan juga dengan setiap pembelian rm150 ke atas, korang akan dapat FREE GIFT istimewa dari Butik Kacax. Bestkann..

Butik KACAX
L3.41, Level 3
Angsana JB Mall
Johor Bahru .
(Berdepan dengan kedai buku Badan)

#kurta #kurtakacax #kurtamurah #kurtalelaki #kurtamoden #kurtaraya #kurtaslimfit#kurtabudak #kurtacantik #kurtababy #kurtacotton #kurta2018 #kurtakids#kurtaonline #kurtadewasa #kurtaborong #kurtastylo #guruyaya #kbba9 #bloggerlife #bloggerstyle #johorblogger #followme #jomberaya #kacax






P/S: Kalau korang tak reti nak print skrin ke , korang save je le muka Sis ko yang cantik tu dengan owner kedai tu, ko tunjuk kat owner tu, mana tau dapat diskaun juga hahahahaha ..



KERABU MENTAH PERIA KATAK IKAN BILIS

$
0
0
Assalamualaikum wbt

KERABU MENTAH PERIA KATAK IKAN BILIS | Salam 8 Ramadhan buat semua. Apa khabar semua? Harap sihat dan sentiasa ceria selalu ya. Puasa-puasa ni jangan masam muka, nanti aura positif tu lari. Tak elok juga untuk kesihatan. Kalau nak marah ke, nak meroyan ke, istighfar bebanyak ye. Marah memang marah tapi kawal diri. InsyaAllah Allah bantu kita. 
Sis kalau rasa nak marah, rasa nak serang orang, Sis bawak tidur je, hilang semua masaalah. 
Kejar orang? Haah kejar orang, tunggu masa je nak serang, dapat je orangnya, Sis ganyang, sumbat dengan peria katak, kasi viral semua WANTED!  kakakakakah! Nak follow tak ? hahahaha.

Dah dah off topik, bulan puasa ni tak baik, kasi relax-relax, kemain pantang eh korang kalau bukak gossip, cepat benau nak membawangnya.
Plan masak apa harini ? Harini Khamis sekejap aje kan. Masa mengejar kita. Ada yang dah mula buat biskut, buat kerepek. Sis ? Kuih dan kerepek semua macam biasa, Suami yang handle, tau-tau dah bawak balik. Cuma kali ni dah pesan, jangan beli banyak sangat, sebabnya cadang tahun ni raya, nak bercuti hehehe. Raya kedua dah pergi,insyaAllah. So raya pertama beraya uma Mak aje. Harap apa yang Suami rancang dipermudahkan. Aamiinn. 


Harini Sis kongsi resepi kerabu senang dan mudah. Tak payah masak, cuma gaul-gaul aje siap. Ada yang tak makan peria ke? Kenapa ? Pahit ? Sebab tu kena rendam dalam air garam dulu, bagi hilamg pahit. Cubalah, bagus makan peria ni, elok untuk elak tekanan darah tinggi. Tak caya ye google.
Okay meh tengok resepi.


Bahan-bahannya : 

5 biji peria katak (di hiris nipis)
1 biji labu bawang besar (di hiris)
5-7 biji cili padi (di cincang) *Ikut kepedasan masing-masing.
Ikan bilis (di goreng garing)
Asam limau
Garam+gula secukup rasa


Cara-caranya:

Peria yg telah di hiris nipis di basuh kemudian di rendam sekejap ke dalam air garam.(untuk hilangkan pahit peria).
Setelah itu di toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Masukkan peria tadi ke dalam mangkuk, dan kemudian masukkan bawang besar, cili padi juga perahkan air asam limau kemudian di gaul rata,
Setelah itu, masukkan serbuk perasa, garam dan akhir sekali ikan bilis yang telag di goreng garing.
Gaul-gaulkan perlahan.
Cukup masam, masin, bolehlah di hidangkan. Mudah kan. 
Sila cuba.

Selamat mencuba.






P/S: Sis gan Suami kalau makan ni, meratah aje, suka sangat,sedap!


CUKUP HANYA SEKALI ! SEKADAR RENUNGAN

$
0
0
Assalamualaikum wbt .


CUKUP HANYA SEKALI ! SEKADAR RENUNGAN | “Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!” Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita. InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang itu petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun, jika sebaliknya, berhati-hatilah… itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan orang yang kita lihat.

Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri. Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang baik-baik. InsyaAllah, lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa AS melalui seekor bangkai kambing bersama-sama para pengikutnya. Ketika para pengikutnya, memalingkan muka dan menutup hidup kerana jijik dan terhidu bau busuk, Nabi Isa sebaliknya berkata, “aku lihat bangkai kambing ini mempunyai gigi yang putih.”

Mengapa penting kita bersangka baik dalam hidup? Ini kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat atau menilai sesuatu perkara, seseorang atau kejadian. Dan bagaimana kita melihat akan sesuatu atau seseorang, akan menentukan apa yang akan kita dapat daripadanya. Ungkapan terkenal dalam bahasa Inggeris, “ what you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat.”

Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi daripada seseorang, bermulalah dengan bersangka baik kepadanya. Mana mungkin kita akan mendapat apa yang baik-baik daripada jika kita mula dan terus bersangka buruk kepadanya. Jangan ‘menghukum’nya awal-awal lagi. Itulah préjudis. Satu sikap yang negatif yang merosakkan perhubungan yang baru bermula atau yang telah lama terjalin. Tidak sewajarnya kita merasa tidak suka akan seseorang tanpa asas yang kukuh dan jelas.

Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang yang bijak pandai. Kekadang, belum pun mula berkenalan, apalagi bercakap-cakap… baru melihat wajahnya sahaja, terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya. Acapkali kita menghukum orang lain dengan ‘fail’ lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan yang kita telah kita perbaiki berkali-kali?

Ya Allah, jahatnya hati kita. Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan? Dengan ilmu dan maklumat yang sangat terbatas kita berani melampaui batas seorang hamba Allah, yang kaya dengan kelemahan dan kejahilan. Tuhan yang Maha Sempurna itupun pun tidak kejam. Allah Maha Adil, Maha Sayang… sentiasa membuka ruang untuk hambaNya memperbaiki diri dan membuka ‘fail’ baru. Bukankah selepas Ramadan yang Mubarak, Haji yang Mabrur… seseorang dijanjikan bersih dari segala dosanya yang lampau lalu menjadikannya seperti seorang bayi yang baru dilahirkan?

Justeru, Allah SWT dengan tegas melarang kita bersangka buruk sesama manusia. Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

Ada orang yang sering mengeluh, malah mengutuk nasib dirinya yang malang, “mengapa yang buruk-buruk, sedih, gagal dan malang sering menimpa hidupku?” Lalu sibuklah dia menyalahkan sipolan dan sipolan, itu dan ini… semuanya tidak kena. Padahal, yang tidak kena itu acap kali dirinya sendiri. Dia yang memandang gelap, buruk dan busuk dalam hidup… lalu dia terpaksa menuai apa yang disemai!

Saya teringat satu cerita lucu bagaimana seorang perompak yang telah merompak sebuah rumah. Kejadian itu disedari oleh tuan punya rumah yang tidur di tingkat atas. Walaupun begitu dia tidak berani melawan kerana perompak itu bersenjata. Cuma sebelum perompak itu keluar dengan barang-barang rompakannya, tuan rumah berkata, “ sebelum kamu pergi jenguklah isteri saya yang berada di tingkat atas… dia telah menunggu kamu selama 15 Tahun.”

Apa maksudnya lelaki itu? Maksud lelaki itu, selama 15 tahun isterinya dalam keadaan bimbang, takut dan sentiasa bersangka buruk yang rumah mereka akan dirompak. Dan kali ini apa yang disangkanya itu telah benar-benar telah terjadi. Ya, walaupun itu sekadar sebuah cerita… tetapi realitinya memang berlaku dalam hidup ini.

Allah mengingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi: “Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).”

Namun, perlu diingat bahawa sangka baik perlu diimbangi oleh sikap berhati-hati. Sepertimana perlunya bersangka baik, begitulah juga kita perlu berhati-hati. Jangan lurus bendul. Kita mesti bijak agar sifat sangka baik itu tidak dieksploitasi dan dimanupulasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan. Apa itu sikap berhati-hati? Itulah usaha kita mencari fakta, dalil, ilmu dan bukti yang berkaitan dengan seseorang, sesuatu perkara atau peristiwa.

Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung maka terbinalah sikap matang dalam bersangka baik. Kita bersangka baik, tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman ini sangat penting agar sikap bersangka baik kita tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang yang berniat jahat.

Jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berilah peluang untuk dia dipercayai, dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang sama dua kali atau berkali-kali. Ingatlah pesan Nabi: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”


Sumber: Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur.






P/S: Husnudzon katanya..tapi ermmm ...



MY MOM FIGHT BREAST CANCER (2)

$
0
0
Assalamualaikum wbt .

MY MOM FIGHT BREAST CANCER (2) : Artikel sebelum ini Part ONE . Alhamdulilah Emak Sis dah jalani kimoterapi untuk kali yang kedua di Hospital Sutan Ismail pada hari Selasa baru-baru ini. Jadi ada berbaki lagi 4x rawatan kimo mengikut kata Doktor. Tapi selepas rawatan kali yang ketiga nanti, Doktor akan check dulu keadaan payudara Emak, adakah ada perubahan atau sebaliknya, untuk menentukan samaada akan di bedah atau tidak. Memang semua yang menhidap Cancer akan jalani 6x kimo,Walaupun sudah di bedah. Hanya dengan kimo aja yang membolehkan pesakit terus sihat dan sel-sel cancer dalam tubuh di matikan. 

Memang dalam kes Emak Sis ni, macam-macam masaalah, sebab Emak ada macam-macam sakitnya. Kencing manis, darah tinggi, dan sekarang komplikasi buah pinggangnya pulak. Jadi sebelum buat kimo, akan ke hospital dulu amik darah, kalau ujian darahnya okay, baru boleh buat kimo. Begitulah seterusnya hingga habis. 

Sususlan rawatan pertama Emak buat kimo tu, keadaan Emak baik-baik aja, kesan sampingannya pun tidak terlalu banyak Emak dapat, seminggu tu okay aja lagi kata Emak, badan macam tambah cergas sikit. Tapi dalam semnggu selepas tu, baru rasa letih, muntah-muntah dan rambut Emak dah mula gugur. Tapi keadaan masih bole Emak kontrol. Tidak terlalu teruk seperti yang kebanyakkan orang kata. Alhamdulilah, Sis tau Emak kuat!. Buat pengetahuan, kesan kimo akan dapat di rasai selepas 21 hari buat rawatan. BUkan itu jam dapat kesan.


Sepanjang Emak menerima rawatan kimo, adik Sis yang sorang ni lah yang menjadi peneman dan bawa Emak ke hospital. Sis tak dapat lagi berpeluang untuk teman Emak, sebab Emak appoimentnya awal pagi, paginya pulak Sis menghantar anak Sis yang bekerja. Jadi adik Sis yang no3 inilah yang setia menemani Emak, Dan juga kami adik beradik perasan, Emak lebih kerasan (serasi) orang kata dengan adik yang sorang ni, dia pun dah macam Doktor asyik ulang alik ke hospital hahahaha. 

Kalau nak cerita, dari awal sebelum ni, Emak memang agak keberatan nak buat kimo ni, sebab terlalu banyak sangat mendengar cakap orang, macam-macam orang kata, itulah inilah, nanti matilah, macam-macam. Kami adik beradik memang marah. Tapi bila dah berkali jumpa pakar, dan Doktor dah terangkan, barulah Emak faham boleh terima dan redha dengan segala rawatan yang akan dia jalani. Alhamdulilah, sekarang tengok, Emak nampak sihat aje. Yang bercakap pun, bukan main lagi, cakap sesedap jer, tak kaji tak research main sampaikan aje, sapa-sapa pun jadi takut. Betul tak ? .

Jadi meh sini baca, Harni Sis nak kongsi sedikit mengenai topik salah anggap orang terhadap kimoterapi ni. Baca ni. Barulah nak bercakap ye. 


Salah anggap terhadap kemoterapi

Sejak separuh abad lalu, kemoterapi memainkan peranan penting dalam rawatan kanser. Bagaimanapun sejajar dengan kepentingan kemoterapi sebagai kemajuan perubatan terpenting untuk merawat kanser, mitos dan salah faham banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Sel kanser membesar dengan cara yang tidak terkawal.

Secara amnya, kemoterapi direka untuk membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan mereka. Harus diingat kemoterapi bukanlah rawatan yang seragam.

Terdapat pelbagai jenis kemoterapi dan digunakan untuk indikasi yang berbeza. Kemoterapi sering digunakan sebelum pembedahan (neo-adjuvan) untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor, selepas pembedahan (adjuvan), untuk membendung penyebaran sel kanser yang mungkin telah terlepas, atau palliatif bagi kanser tahap akhir untuk mengawal sel kanser.

Rawatan kini menjadi lebih khusus, ia adalah proses yang berbeza untuk individu berbeza. Dua wanita dengan kanser payudara kadangkala tidak menerima jenis atau kitaran kemoterapi yang sama.

Setiap pesakit dianggap sebagai kes individu dan dirawat mengikut pilihan rawatan yang paling sesuai untuk mereka. Kemoterapi mungkin rawatan yang mencabar, tetapi mitos tentang rawatan ini melahirkan kebimbangan yang tidak berasas.
Kebanyakan orang seolah berfikir kemoterapi di dalam era 50-an atau 60-an, dan tidak menyedari perubahan besar telah dilalui yang menjadikan kesan sampingan kemoterapi dapat ditangani dengan baik.


Kemoterapi menyakitkan?

Ramai pesakit yang menyangka kemoterapi menyakitkan. Hakikatnya kemoterapi ini hampir tidak pernah menyakitkan. Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan, terdapat beberapa kesan sampingan, tetapi sakit bukanlah salah satu daripadanya. Kebanyakan pesakit dirawat sebagai pesakit luar, dan jarang sekali dimasukkan ke hospital.


Sakit dan loya untuk masa yang lama

Walaupun loya dan muntah adalah kesan sampingan yang biasa, tidak semua orang mengalaminya. Malah intensiti loya dan muntah juga berbeza dalam kalangan pesakit. Berbincanglah dengan doktor jika anda mengalaminya kerana mereka boleh mengubah regimen anda. Rawatan pencegahan loya dan muntah yang ada kini sangat berkesan.


Immunisasi terjejas ketika rawatan kemoterapi

Memang terdapat pengurangan dalam bilangan sel darah putih (ketika rawatan). Bagaimanapun, pengurangan ini tidak berlaku untuk tempoh yang panjang dan tidak juga meletakkan pesakit pada risiko yang besar untuk jangkitan kuman.

Pesakit mungkin berasa lebih letih atau lesu daripada biasa, tetapi tidak ada bukti yang menyatakan kemoterapi melemahkan sistem imun dengan ketara, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan kuman terhadap pesakit berbanding penduduk umum.


Kemoterapi menjadikan saya toksik

Kemoterapi adalah ubat yang kuat dan memudaratkan jika tidak diambil dengan berhati-hati atau tidak dipantau oleh pakar. Kemoterapi tidak membuatkan pesakit tidak boleh disentuh. Ramai pesakit berfikir mereka perlu tidur di katil berbeza dari ahli keluarga atau menggunakan tandas berbeza. Seorang pesakit kemoterapi tidak membahayakan keluarga atau rakan mereka maka tidak ada isu untuk mengekalkan gaya hidup biasa.

Di dalam kebanyakan kajian di mana kemoterapi digunakan, lazimnya boleh menjadi penawar, memanjangkan jangka hayat atau mengurangkan simptom daripada penyakit ini. Doktor tidak memberi kemoterapi untuk membuatkan hidup pesakit lebih buruk. Kebaikan dan keburukan sesuatu rawatan itu biasanya dilihat dengan teliti sebelum keputusan dibuat.


Banyak habiskan masa di hospital dan membebankan

Ubat-ubatan kemoterapi diberi dalam pelbagai cara, bergantung kepada keadaan dan keperluan pesakit. Kebanyakan kemoterapi diberikan secara intravena melalui jarum atau kateter, tetapi kadang-kadang ubat boleh diberikan dalam bentuk pil yang boleh diambil di rumah.

Perbincangan dengan pakar kanser adalah perlu untuk melihat kesusaian ubat-ubatan yang dipilih. Kebanyakan pesakit dirawat sebagai pesakit luar. Hanya beberapa jenis kanser dan rawatan memerlukan rawatan di hospital. Ramai pesakit yang masih boleh bekerja ringan dan melakukan senaman di luar rumah. Malah, senaman adalah cara yang baik untuk berasa kurang letih.


Hilang rambut

Tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Tetapi bagi pesakit yang mengalami keguguran rambut, ia akan tumbuh semula (kira-kira 1/4 hingga 1/2 inci sebulan adalah tipikal) selepas rawatan selesai. Dalam beberapa kes, pertumbuhan semula berlaku sebelum rawatan selesai.


Kemoterapi hanya akan membuat saya lebih menderita

Di dalam kebanyakan kes, lazimnya kemoterapi adalah rawatan terbaik terhadap kanser. Kini, kesan sampingan kemoterapi dapat ditangani dengan lebih baik.
Terdapat ujian yang boleh dibuat untuk menentukan regimen kemoterapi terbaik untuk seseorang pesakit di mana kekerapan dan intensiti kesan sampingan dapat dikurangkan.

Kesan sampingan juga bergantung kepada beberapa faktor, termasuk keadaan diri pesakit, regimen kemoterapi dan kanser itu sendiri.
Perlu diingatkan juga, tindak balas terhadap kemoterapi berbeza daripada satu pesakit ke pesakit yang lain. Pesakit boleh mendapatkan perspektif yang lebih baik selepas berbincang dengan pakar kanser dan mengikuti kumpulan sokongan.


Jika tidak meneruskan kemoterapi akan mengecewakan diri dan keluarga.

Sesetengah pesakit perlu berhadapan dengan pilihan sukar sama ada untuk meneruskan rawatan kemoterapi. Realitinya adalah apabila anda berada di regimen kemoterapi ketiga atau keempat, prospek bagi kebanyakan kanser tidak begitu baik. Ia adalah satu topik yang sukar untuk diperbincangkan kerana kita akan melakukan semua yang termampu untuk menyelamatkan nyawa.
Doktor akan membentangkan segala fakta kebaikan dan keburukan kemoterapi juga prognosis kanser sebelum kata sepakat dicari untuk jalan terbaik.


Makanan tambahan dan herba tidak boleh diambil

Jika anda memilih terapi alternatif dalam pelan rawatan, sila beritahu doktor kerana anda boleh menyemak preskripsi untuk memastikan tiada konflik.
Sesetengah herba dan makanan tambahan boleh membuat rawatan kanser standard kurang berkesan atau meningkatkan kesan sampingan. Maka keputusan untuk mengambil ubat alternatif harus dibincangkan dan dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Tidak dinafikan, kemoterapi adalah rawatan yang mencabar. Persiapan rapi harus dilakukan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, malah mental dan emosi.
Tetapi ia tidak seburuk yang disangka. Rawatan sokongan untuk pencegahan kesan sampingan adalah sangat berkesan di era ini. Ramai pesakit dapat menjalani gaya hidup seperti sediakala selepas kemoterapi. Bincang dengan pakar kanser anda sebelum membuat keputusan.

Artikel sumbangan Pakar Onkologi KPJ Johor, Dr Natasha Mohd Hashim







P/S: Cuma kesian tengok Emak, sebab banyak makanan dia tak boleh makan, dah le orangnya pemakan. Sabarlah ye Mak. Allah nak tarik nikmat tu sekejap aje, Beringatlah!


IKAN KURAU MASIN MASAK CILI PEDAS

$
0
0
Assalamualaikum wbt.

IKAN KURAU MASIN MASAK CILI PEDAS | Baca aje tajuk dah mengenceskan, apalagi kalau tengah memasak, lagi le bersin-bersin dan menyerap ke dalam lobang hidung. Dugaan betul kalau masak time puasa kan, iman kena kuat, dan akal kena waras, sebab apa, sebab ko tak boleh rasa, masin ke tawar ke, jadinya kena redha aje la. Kalau nak ikutkan ada berpendapat kata, boleh merasa masakan kita walau berpuasa, tak batal puasa, kita hanya merasa di hujung lidah, tapi jangan le ko rasa macam nak menelan pulak, tu bukan rasa, baik ko bukak puasa terus hahaha.

Harini masak apa ha korang ? Nasi kerabu ke ? Lontong ke ? Laksa Sarawak ke ? hahaha tu menu sedang hangat di perkatakan semalam, jangan memain update, sekali sekampung dia bawak datang komen hahahaha. Aje benggong #JDTblogger hahaha. Kalau nak tau apa citenya yang Sis cakap ni, semalam ada up status kat Facebook, pergi la baca kalau fren, kalau tak fren, dah buat tak tau je la. Abaikan..
Okaylah jom laa semak, apa resepi Sis nak share harini, korang kena cuba, memang sedap, lagi pulak kalau makan dengan lempeng, tu memang peberet Suami Sis. Setengah kilo nanti tepung di kerjakan buat lempeng, dia sorang boleh makan cecah dengan lauk ni. 


Mohon bertabahlah ye, harap tidak ada yang menjilat skrin hengpong atau laptop hahaha.
Kalau nak masak menu ni, ikut suka koranglah, nak beli yang isi ke, tulang ke, kalau Sis memang pilih tulang, sebab Suami yang suka, tang isi dia ada campur sikit. Sis beli yang paket tu je, dalam tu dia dah campur-campur dengan tulang dan isi. Sepaket je dah cukup banyak. 


IKAN KURAU MASIN MASAK CILI PEDAS

Bahan-bahannya:

Sepaket besar isi atau tulang ikan kurau masin 
15 biji cili padi (di tumbuk)
5 ulas bawang kecil  (di tumbuk)
3 ulas bawang putih (di tumbuk)
Pes asam jawa (jadikan kuah- agak-agak saja untuk seimbangkan masin dan masam)
Garam dan gula secukup rasa 


Cara-caranya: 

Ikan kurau masin dipotong kecil dan nipis. Tapi biasa beli paket tu, dah okay saiznya, tak potong pun takpe.
Cuci dan di rendam dengan air suam dalam 15 minit atau setengah jam. (untuk hilangkan masin ikan tu sikit)
Kemudian di toskan.
Tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik baunya, dan garing.
Kemudian masukkan ikan asin, dan gaul sebati.
Letak air sedikit, agak-agaklah airnya ye, jangan terlalu berkuah, nanti tak sedap.
Kemudian masukkan pes asam jawa sedikit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan rasakannya (kalau tak puasa boleh rasa) secukup masin, masam dan pedasnya. 
Gaul-gaul dan biarkan sekejap, kemudian tutup api , hidang.

Selamat mencuba.






P/S: Bila Suami ajak beli baju raya. Jeng jeng jeng... hahahaha


KWSP SURIRUMAH: 2% GAJI SUAMI, RM50 DANA KERAJAAN

$
0
0
Assalamualaikum wbt.

KWSP SURIRUMAH: 2% GAJI SUAMI, RM50 DANA KERAJAAN | Salam Sabtu semua. Moga segala urusan kalian di permudahkan. Harini kemana? Bawak rehat-rehatlah di rumah ye, cuaca panas sekarang, jaga kesihatan tu ya. 
Korang dah baca pasal artikel ini? Korang setuju? Dengarnya kemain lagi Suami-suami di luar sana kurang setuju dengan manifesto ni. Katanya ,Kenapa pulak nak guna kwsp suami? Mereka kata, patut kerajaan aja yang bagi, tidak perlu guna duit kwsp Suami, dan macam-macam lagi yang Sis baca kat komen-komen laman sosial. 
Tu komen lelaki, yang bestnya, bila pergi part komen perempuan plak, mereka berkata begini, Kenapa perlu nak bagi isteri kedua ketiga atau keempat juga, sedangkan mereka hanya menumpang/merampas kasih Suami, isteri pertama sahaja patut dapat, lama hidup bersusah senang dengan Suami..hahaha begitulah komen-komen berbalah si lelaki dan juga perempuan. 

Sis tergelak-gelak baca, bagi komen lelaki, dah nampak sangat kau ni berkira, kedekut, setakat 2% tu alahai apalah sangatnya kan, dari pada sepanjang kawin kau tak bagi nafkah kat isteri, esok-esok pun duit tu guna sama-sama gak. Yang komen perempuan pulak, ermm Sis setuju juga, tapi dengan alasan Sis tersendiri, tak payah Sis bagitau kat sini. Kang ada pulak yang sentap! Masing-masing ada pendapat masing-masing. Tapi kalau jenis lelaki yang berkahwin sampai empat, haa parah juga tu, hampir 8% gaji nak di agihkan hahaha. Rasakan...dari takde beban jadi terbeban kan hahaha..opsss.

Apa-apa pun, mungkin kerajaan nak buat yang terbaik untuk rakyatnya, kita sama-sama doa yang baik-baik aja, mudah-mudahan datangnya pun baik-bak aja. Jangan asyik nak hentam kerajaan, kita tunggu dan lihat. Belum habis pantang lagi tu (100 hari) hehehe..Sis kalau bab politik ni bukan tak nak amik tau, tapi malas nak komen lebih-lebih, bikin sakit kepala aje fikir, biarkanlah mereka yang uruskan.

Bila dan bagaimana nak mohon? KIta tunggu ajelah pengumumannya.



Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.
Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.

"Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di sini Khamis.

Dr Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Sumber: Bernama






P/S: Orang nak bagi kita amik, jangan banyak cakap,anggaplah itu rezki dari Allah. *menjeling incik Suami hehehe..


CLAYTAN MACHAP PEMBORONG PINGGAN MANGKUK TERMURAH

$
0
0
Assalamualaikum wbt.

CLAYTAN MACHAP PEMBORONG PINGGAN MANGKUK TERMURAH | Rasanya ramai tidak tau kan tempat ni, dan juga ramai fikir, sekali tengok pinggan-pinggan tu mesti harganya mahalkan ? Tidak sama sekali, harga di sini semua murah-murah, dan sangat jauh beza kalau di jual di Jusco atau hypermarket besar yang brand Claytan ni. Tak caya pergilah tengok . 
Sis kesini bukanlah memborong banyak, tapi pergi ke sini sekadar nak cari 2 - 3 bijik untuk di jadikan props amik gambar memasak aje. Ye la tengok orang masuk gambar cantuk-cantik pinggannya, kita pun nak juga, walaupun sekadar pinggan Claytan aje. Janji ado. 

Sis dulu tau tempat ni pun dari Blogger masak Mat Gebutu le, kalau siapa tengok gambar-gambar dia, dan pergi ke rumahnya dan lihat meja hidangan dia, mesti terpukau dengan pinggan mangkuk dia kan, nampak exclusif sangat, kalau mula-mula Sis tanya dia dulu, terkejut gak dengar, harga pun tak padan dengan designnya. Mat Gebu pernah share pasal Claytan ni juga di SINI .
Dari situlah Sis terpikat dan nak membeli juga tapi tak selalulah rajin ke Claytan ni, kalau ada terpergi Ayer Itam ke, baru Sis singgah, sebab tempatnya sebelah aje dengan Ayer Itam . 

Meh cuci mata meh ..


Design biru ni, memang senonim dengan Mat Gebu hehe, yang tau aje mesti perasan, cubalah tengok harganya, murahkan. kalau dah masuk pasaraya, cuba korang pergi tengok harganya, dah jadi mahai wooo..
Yang ni Sis dah ada banyak, satu set dinner semua Sis dah beli hehehe. Beli sikit-sikit, lama-lama dah banyak, tapi jarang pakai basahan, kecuali hari raya atau untuk tetamu datang sahaja.


Geram tak tengok? Hehehe Boleh meroyan kalau masuk sini, harga semua bawah rm10. Paling murah rm2 pun ada weii hehehe..IKut saiz dan jenis tak silap.


Yang ini rasa design baru yang masuk kat Claytan ni, dah macam pinggan viral tu punya design. Ada banyak lagi color dan design, Sis amik gambar yang ni aje. Harga pun paling mahal, mangkuk nasi rm9.80 tak silap semalam. 


Ini pun cantik, kalau yang suka pink-pink tu memang banyak semalam. Sis semalam menahan nafsu hahahaha. Suami dah pesan, jangan memborong ye. hahaha


Nak design moden pun ada juga, plain pun ada, macan-macamlah ada, korang kalau masuk sini mesti tak tau nak beli yang mana hehehe.


Peminat teko, pun ada juga jual kat sini. Macam-macam jenis design dan saiz ada, bolat, panjang, pendek gemuk, kembang semangkuk, semua ada hahaha. Harga jangan tanya, takde yang lebig dari rm15 hehehe


Dan yang best sekali, mangkuk nasi ni, banyak gile semalam, macam-macam design, geram nengok, tapi sebab Sis dah target nak beli lain, so yang ini sabar dulu, dalam bulan ni mesti nak pergi beli juga, nak heret Suami, dia sukalah mangkuk telinga macam ni hahahah.


Ada juga yang pinggan mangkuknya boleh masuk microwave dan juga mesin cuci pinggan magkuk, korang tanya tokei kedai nanti masa bayar ye. Mana yang boleh mana yang tak boleh. Setakat ni kalau yang Sis beli yang biru jenama SPODE tu bole masuk microwave, dah berapa kali buat, alhamdulilah takde plak pecah. 
Cawan? Pun ada jual, cuma cawan korang kena pandailah pilih ye, nak kena cari sekali dengan piring dia. Sebab situ, dia letak, cawan asing dengan piringnya. Pastu cari plak sepadan dengan tekonya, waaa cantikkan..

Kedainya terletak di 57th Mile, Jalan Johor, Air Hitam, Johor.
Tel:- 07-7581898
Waktu perniagaan 10.30 am hingga 6.00 pm, dibuka hari Isnin hingga Ahad
(Kalau cuti umum tak tahu pula bukak ke tidak, nanti cubalah telefon dulu ya)

Ok dah tu je nak share, siapa rasa nak pergi, sila, tapi hati-hati yang bawa anak tu ya, takut kang lari-lari dalam tu, pecah plak pinggan. Sis pesan aje, sebab laluan jalan dia kiri kanan semua pinggan, kita yang dewasa ni pun hati-hati le kepit bag, kang terlanggar, nayaaa.







P/S: Suami kata, beli lagi? Yang lama tu nak buat apaYang oii hahahaha.. *Sis buat tak dengar je hahahaha.


IFTAR RAMADHAN DI PASSION FOOD CAFE JOHOR BAHRU

$
0
0
Assalamualaikum wbt.

IFTAR RAMADHAN DI PASSIONFOOD CAFE JOHOR BAHRU | Dah ada idea nak memasak berbuka ke tu? Masak apalah kan agaknya tu. Harini Sis belum ada idea nak masak apa, tapi ikan dan sotong dah keluarkan dari peti ais. Takut Suami ajak berbuka di luar harini, semalam katanya nak survey-survey baju raya. Tengoklah nanti, kita follow aja. Sambil-sambil tu meh la baca apa yang Sis nak kongsikan ni. Hehehe jangan marah, cite makan lagi opss..

Baru-baru ni kami #JDTblogger dapat undangan majlis berbuka puasa di #Passionfoodcafejb di Taman Pelangi Jb. Orang kata rezki jangan di tolak kan, lagi-lagi bulan puasa ni, jadinya On aje. Pertama kali juga dengar cafe ni dan pertama kali juga nak ke sini. Tertanya juga, eh cafe pun ada juga ye pakej berbuka puasa. Biasanya restoran-restoran aje. Menarikkan. Sebab tu teruja nak pergi, siap google lagi. 


Nak ke sini tidak susah mana, kalau dari Johor, masuk aje Jalan Serampang, dan jalan terus dalam 700m, sampailah tempatnya. Parking pun senang juga, depan kedai aja. Menarik tempatnya. Sis rasa dulu deret-deret ni asalnya rumah, tapi mereka dah ubah usai di jadkan kedai/cafe. 
Deko dalamnya sangat menarik. Lebih kepada warna pink-pink gitu, Suasasana romantik, tidak bising dan serivisnya cepat. Tempat makannya, korang boleh makan samaada nak makan di dalam ataupun di luar. Kalau di luar pun menarik dekonya. Tidak panas, sebab ada kipas semua di sediakan, kalau bahagian dalam ada ekonlah.
Pelayan juga tak lokek senyuman, begitu juga tokei kedai hehehe.


Ini antara #JDTblogger yang datang Iftar Ramadhan di sini. Walaupun suku darinya tapi tetap meriah macam biasa. Sis Sari Yusa, Sunah, Kim, Mia dan Mar Mansor.


Dan itulah tokei kedainya, berbaju hitam kiri sekali  (nama dia Sis lupa plak dah,erkk), sangat mesra orangnya. Menurut katanya, Passionfood Cafe ni dah 7 tahun di Johor, cuma lokasi yang ini baru lagi 2tahun beroperasi. Yang lama telah tutup sebab keadaan tempat yang kecil. 
Thank You Madam, jemput kami semua ke sini.
Okay jom tengok apa yang Sis makan haritu ya.


Inilah pakej menu yang di sediakan. Hanya rm50 korang akan dapat setiap satu menu yang di atas, pilih sahaja., dari menu pembuka selera hinggalah ke pencuci mulut. Semua sedap.


Untuk menu Starters, Sis pilih Sup Cendawan ( Truffle Mushroom Soup)
Sup dia sangat pekat dan yang best sekali, penuh isi, cendawan dia banyak sekali dalam tu. Sangat sedap!


Untuk mains menu, Sis amik Seafood Aglio Olio.
Uii yang ni memang mabeles, rasanya agak pedas tapi tetap sedap! Dia punya seafood fresh, lebih-lebih lagi kupang tu. Segar bangat!


Sweet Endings menu Sis order Strawberry Snow
Ermmm sedapnyaaa, ada aiskrim dan di kelilingi oleh strawberry yang segar! Sedap sangat!


Untuk minuman pula Sis order Ice Passion Fruit Lemon Tea.
Segar sekali bila minum, sejuk masuk ke dalam rongga-rongga selepas berbuka hehehe.

Okay lain-lain menu, korang kena pergi sendiri dan cuba ya, Yang ini Sis kongsi apa yang Sis makan sahaja. Ternyata semua sedap-sedap. Kawan-kawan semua pun kata begitu juga. 
Korang boleh juga makan kek ke, macaroon ke kalau nak, memang sentiasa ada jual. Harga berpatutan, yang penting sedap. 

ini alamatnya ye. korang boleh walk in sahaja, kecualilah kalau korang nak booking ramai-ramaikan, boleh terus telefon.

Passion Food Cafe Johor Bahru 
71, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Sabtu : 10.30am - 10pm
Ahad: !0.30am -10pm
Isnin : TUTUP
Selasa : 12pm 10pm 
Rabu : 12pm 10pm 
Khamis : 12pm - 10pm
Jumaat : 12pm - 10pm

Phone : 017-338 0098






P/S: Memang sangat sukalah tempat ini, selain SDS, lepas ni boleh la ajak Suami dating ke sini pula hehehe.  



CINTA SYURGA DATUK SITI NURHALIZA DAN KHAI BAHAR

$
0
0
Assalamualaikum wbt 

CINTA SYURGA - DATO SITI NURHALIZA DAN KHAI BAHAR | Teka-teka pasangan duet Datuk Seri Siti Nurhaliza terjawab apabila Khai Bahar diumumkan gandingan penyanyi tersohor itu dalam single Cinta Syurga. Siti memberitahu, lagu Cinta Syurga adalah versi baharu single Comel Pipi Merah dalam bentuk zikir. Liriknya di ubah untuk disesuaikan mengikut konsep zikir. Single ini akan mula dipromosikan sempena Ramadan ini. Video klip lirik lagu itu juga akan dipromosikan tak lama lagi.


Cinta Syurga - Dato Sri Siti Nurhaliza & Khai Bahar

Hasbi Rabbi
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi
Ma Fi Qalbi Ghairullah (2x)

Subhanallah Maha Suci Allah
Alhamdulilah puji bagiNya
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Maha Pengasih dan Penyayang

Subhanallah alhamdulilah
Allahu Akbar ya Allah (2x)

Allahu Allahu Allah
Allahu Allahu Allah (4x)

Di mana dia cinta syurga saya
Cinta syurga saya Al-Quran juga sunnah
Mari berdoa mohon sejahtera
Allahumma inni as alukal afiyah

Subhanallah
Alhamdulilah
Allahu akbar Lailahaillallah (2x)

Hasbi Rabbi
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi
Ma Fi Qalbi Ghairullah (2x)

Subhanallah Maha Suci Allah
Alhamdulilah puji bagiNya
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Maha Pengasih dan Penyayang

Subhanallah walhamdulilah
Allahu Akbar ya Allah (2x)

Subhanallah
Walhamdulilah
Allahu akbar Lailahaillallah (2x)

Allahu Allahu Allah
Allahu Allahu Allah (4x)

Hasbi Rabbi
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi
Ma Fi Qalbi Ghairullah





P/S: Mendayu-dayu lunaknya suara gandingan mereka berdua kan. Gandingan hebat dan mantap! 


IKEA BUFFET RAMADHAN SPECIAL

$
0
0
Assalamualaikum wbt.


IKEA BUFFET RAMADHAN SPECIAL | Can't think of what's for dinner? Bring the family, gather your friends and join us for an all-you-can-eat IKEA Special Buffet. Plus, IKEA FAMILY members get an RM10 IKEA shopping voucher.

Haa apalagi ajomm kita hehehe. Tetiberr..Hai Salam 12 Ramadhan buat semua. Apa khabar? Moga sihat dan ceria selalu ya. Sekejap aja dah 12 hari berpuasa kan, esok-esok tau-tau dah malam raya,ermmm. 
Dah buat persiapan raya? Mesti ada yang dah mula sibuk membuat kuih, kerepek, kek dan barang perhiasan rumah kan. Ye laa tukar langsir, tukar sofa, tukar itu, tukar ini. Mesti meriahlah raya korang kan? 
Sis ? Macam tahun-tahun sebelumnya juga, semua Suami yang sediakan. Baik barang keperluan rumah ke, baju raya ke, kuih muih ke, memang biasa Suamilah yang akan beli dan bawak Sis pergi beli. Jarang sekali Sis beli sendiri tanpa Suami. 

Macam mana puasa korang? Lebih kepada masak sendiri atau berbuka di luar ? Macam Sis ada harinya dan ikutlah tekak mood Suami. Kadang dah masak dah, tiba-tiba dia ajak makan luar. Ada masa takde idea nak masak, tiba-tiba Suami minta plak nak makan itu ini. Begitulah selalunya. Tapi setakat ini, alhamdulilah, murah rezki Suami. Dah banyak kali juga di bawa Sis dan anak-anak makan di luar. Selalunya berbuka berdua aje, anak-anak semua takde, kadang yang sornag kerja balik lambat, yang sorang lagi dah ke studio, memang tak balik, jadi berbuka dengan Suami aje lah, so tak payah masak makan di luar aje. 

Okay, hari ini Sis nak kongsi satu buffet Ramadhan yang mesti korang suka punya hehehe. Lepas makan boleh soping hahaha. Kalau Suami Sis baca ni , ada dia ngeri-negri nak ajak makan sini hahaha, takut kang terlajak Isteri dia menyoping hahahaa. 
Di mana ? Di IKEA laa, mana lagi hehehe.


IKEA Special Buffet Ramadhan

Dewasa RM35/person!
Kanak-kanak atas 4 - 12 tahun RM17/person
Kanak-kanak bawah 4 tahun PERCUMA!

Tarikh Promosi Ramadhan 2018:
Mei: 21 -24 Mei 
Mei: 28 - 31 Mei 
Jun: 4 - 7 Jun
Jun: 11 - 13 Jun 
Waktu Promosi : 7pm
Promosi Lokasi: Semua Cawangan

Kalau korang ahli IKEA, korang akan dapat baucer rm10 untuk soping di IKEA .
Buffet dia makan apa ? Tak silap dari apa yang kawan bagitau, menu dia semua yang ada di restoran IKEA, yang biasa korang makan tu le, termasuk kepak ayam, meatball, ada kek-kek juga, mushroom sup dan roti serta minuman.


Ramadhan Specials menu.
Lamb Kabsa Arabic Rice rm16.90

Nampak macam sedap sangat. Sampai terliur Sis nengoknya. Bolelah cuba nanti ya. Kalau tak cuba kita manalah tau kan..

Kalau nak pergi tu, pastikan tarikh promosi tu ya, sebab bukan hari-hari ada.
Untuk Maklumat Lanjut, Layari : IKEA
Atau keSINI untuk melihat menunya .





P/S: Nak try jugalah nanti, tunggu si anak sulung balik, dia mesti suka ni. 


ABANG JUAL MUFFIN BANTU ADIK SEKOLAH

$
0
0
Assalamualaikum wbt.

ABANG JUAL MUFFIN BANTU ADIK SEKOLAH | Baca aja tajuk, dah rasa terharu sangat, itu korang yang membaca, belum lagi korang melihat sendiri kejadiannya. Kejadian berlaku semalam apabila Sis sekeluarga berbuka puasa di Restoran Zaiton Indah, di Bukit Indah Johor. Sewaktu menunggu makanan, Sis memang ada perasaan seorang lelaki muda (segak kacak) sedang memunggah barang dalam bag, tapi tiada fikir apa masa tu, ingat pelanggan datang makan aja. Dalam waktu itu, tiba-tiba Sis nampak budak muda tu bangun nak pergi ke meja semua orang, dan ada bagi sesuatu di setiap meja ke meja. Sis ingat mungkin minta derma tu, yang selalu kita nampak tu. Tak kisahlah. Tiba di meja Sis, dia bagi sekeping nota bertulis.
Baca di bawah .


Sis, anak-anak juga Suami baca aje, memasing pandang dia pandang dia, rasa terharu, tiba-tba datang satu perasaan dalam hati tu, rasa bangga pada budak muda tu. Tidak ada langsung terfikir yang budak tu nak menipu ke atau apa-apa fikiran negatif. Sebab apa Sis berfikir begitu ? Dari segak wajah dia yang ada rupa ala muka YB Saddiq tu, badan tegap kacak, dia tak malu nak menjual macamtu, semata nak membantu adiknya bersekolah. Ada lagi ke nak buat macamtu? Jarang jarang kita jumpa kan. 


Lepas dia dah agihkan semua nota kemeja makan kedai tu, dia datang pusing balik sambil bawa bag bakul yang berisi muffin tu. Suami kata belilah satu. Tiba meja Sis, Sis minta satu, dengan senyuman dia, peramahnya, sambil ucap terima kasih, macam tak sangka ada lagi budak muda yang nak buat kerja macamtu. Kalau ada pun jarang kita jumpa. Muffin dia besar, ada 5 ketul, gebu pulak tu. 
Sahur tadi Sis dah makan, sedap rupanya, lembut! Suami pun kata sedap. Kalau tau amik dua bekas. 
Takpe mana tau kot ada terjumpa tempat lain, mesti nak beli juga. 
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya dan di berikan rezki berlipat ganda untuk keluarganya, bagi membantu adiknya bersekolah. Aamiinn.

Okay, Sis kongsikan jugalah apa yang Sis makan semalam di Restoran Zaitun Bukit Indah.
Ke sini sebab nak ke Paradigm, kebetulan nak jumpa kawan, Haryati amik set tupperware Sis beli. 


Burung puyuh goreng kunyit. Peberet Sis dan Suami hehehe.
Kalau makan di restoran tomyam macam ni, mesti nak order ni. Suami pulak Sup ekor dia. 


Menu kami semalam, alhamdulilah.
Tomyam campur, Telur inti, Kangkung belacan, sup ekor, burung puyuh kunyit, sotong goreng tepung (belum sampai). 
Moga Allah murahkan lagi rezki Suamiku..aamiinn ..
Untuk menu harini, Suami minta masakkan kambing kerisik.hehehe






P/S: Tak cukup sorang aja, si kakak tu, 2/6 nanti baru balik Jb habis exam, cuti sampai raya. Barulah lengkap satu family kami. 


SELAMAT HARI WESAK

$
0
0
Assalamualaikum wbt ..


SELAMAT HARI WESAK | Seperti yang kita semua maklum, Hari Wesak merupakan salah satu acara kebesaran agama yang penting disambut oleh penduduk Malaysia beragama Buddha.
Di Malaysia, sambutan secara besar-besaran acara keagamaan adalah sesuatu yang lumrah. Ia merupakan manifestasi dasar kebebasan agama yang diamalkan di negara kita bersesuaian dengan hakikat bahawa masyarakat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.
Sebab itu, walaupun Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan dan umat Islam adalah majoriti di negara ini, namun ia sama sekali tidak menidakkan kebebasan kaum lain untuk menganut dan mengamal agama kepercayaan mereka.

Begitu juga dalam soal bahasa, budaya dan adat resam. Setiap kaum bebas mengamalkan bahasa, budaya dan adat resam masing-masing tanpa sebarang sekatan.
Walaupun ini sudah menjadi kebiasaan, nikmat dan keistimewaan ini harus dihargai oleh kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum di bumi yang bertuah ini.

Hari Wesak disambut untuk memperingati beberapa acara penting di dalam kehidupan pengasas agama Buddha,Gautama Buddha. Namun yang lebih utama ialah gesaan terhadap melakukan kebaikan sesama insan dan menjalankan kerja-kerja amal. Ini telah dilakukan dengan baik oleh penganut-penganut agama Buddha di Malaysia.



Sis ambil kesempatan ini, mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua rakyat Malaysia, khususnya penganut agama Buddha.






P/S: Harini mesti soping mall sesak kan? Semua cuti, dan mesti semua keluar berjalan soping raya hehehe *termasuk juga Sis nanti hehe.


KARI KAMBING KERISIK NOXXA

$
0
0
Assalamualaikum wbt.

KARI KAMBING KERISIK NOXXA | Salam 13 Ramadhan buat semua. Ya Allah dah hampir separuh bulan Ramadhan dah kan kita berpuasa. Masa pantas berlalu. Diam-diam dah sampai penghujungnya nanti. Moga kita semua di panjangkan umur hingga ke Syawal, aamiinn.
Okay, harini semua cuti ya, kemana tu? Ada yang dah bersiap nak keluar dah ye? Mesti mau soping raya kan. Hati-hati di jalanan ye, jaga anak-anak kecil tu, jangan sampai nanti sibuk memilih, anak ntah kemana hehehe. 

Okay, Sebelum tu, Sis nak jelaskan sikit mengenai entri Sis semalam yang pasal Abang Jual Muffin Bantu Adik Sekolah , ramai yang komen, rupanya pernah viral dulu kes penipuan menjual muffin ni, dan di katakan muffin tu tidak halal, dan yang menjualnya bukan orang Malaysia. Sis baca komen-komen tu pun dah rasa tak sedap hati sebab Sis dah makan muffinnya. Tapi itulah, seperti yang Sis katakan, waktu Sis melihat dan membeli, tidak ada rasa sedikit pun syak wasangka kepada budak muda tu. Niat membeli sedekah, tu je. Mungkin Allah tutup hati 'hitam' Sis supaya bersangka baik. Jadi apa-apa yang dah berlalu tu, Sis serah pada Allah aje. Kalau dia menipu, Allah juga yang mengetahui. 

Ok berbalik pada tajuk, korang masak apa harini? Mesti korang berbuka kat luar kan? Yelah hari cuti kan, masa untuk bersama family. Sis pun harini belum ada idea, cuma semalam Suami kata, nak belanja anak makan steamboat, so kita tunggu aje lah hehehe. Kalau yang takde idea nak masak, boleh cuba resepi Kari Kambing Kerisik Noxxa Sis ni. Sebab apa Noxxa? Sebab Sis lembutkan kambing tu guna Noxxa hehehe. Cepat dan daging jadi empuk sangat!


KARI KAMBING KERISIK NOXXA

Bahan-bahannya:

Sekilo daging kambing 
Serbuk kari Babas (Ikutlah kepekatan rasa kari yang korang suka)
4 ulas bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih (di kisar)
Seinci halia (di kisar)
Satu batang serai (di kisar)
Lada kisar 2 sudu besar
Kayu manis/Buah pelaga/Bunga lawang/Bunga cengkih
2 biji terung pendek (dipotong 4)
1 kotak kecil santan
1 paket kecil kerisik
Garam, serbuk perasa dan juga gula.

Cara memasaknya:

Daging kambing di cuci dan di toskan.
Masukkan ke dalam periuk Noxxa, dan set HP dan setkan masa 30minit, tunggu sehingga masak.
Setelah daging kambing masak, buang air daging tu (Sis tak suka guna air daging tu, sebab hamis baunya) dan toskan.
Kemudian sediakan kuali, bila sudah panas, masukkan sedikit minyak, kemudian masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan tumis sekejap.
Setelah itu, masukkan bahan kisar dan juga lada kisar, biarkan garing sekejap. Dan kemudian, masukkan pes kari, gaul hingga garing pecah minyak. Masukkan air, dan tumis lagi. Kemudian masukkan air dan tumis lagi, (tumislah hingga 4-5kali atau lebih, lagi lama lagi sedap).
Setelah itu, masukkan kambing dan gaul sebati bersama rempah. Masukkan air, jangan terlalu banyak (agak-agak sahaja, sebab nanti nak masuk santan). 
Biarkan mendidih sekejap. Setelah itu, masukkan kerisik dan juga santan, kalau pekat, tambah air (ikut masing-masing nak pekat atau cair). Gaul dan masukkan terung dan segala bahan perasa.
Biarkan mendidih hingga terung masak.
Setelah itu, tutup api dan boleh di hidangkan.
Senangkan.


Rezeki kami berbuka semalam. 
Suami makan semalam bertambah nasi. Kebetulan Suami bawa kawannya sekali, rezeki dialah dapat makan kambing hehehe. Suka tengok, semua makan bertambah dan licin sekelip mata hahaha.
Ada periuk Noxxa, kerja merebus dan melembutkan daging ke ayam tua ke ayam kampung ke, jadi senang. Kalau dulu berejam-rejam nak bagi empuk, sekarang tekan, tunggu, siap!
Berbaloi beli dan puashati. Makaseh incik Suami sebab tolong bayarkan hehehe. 
Yang belum ada lagi periuk Noxxa, haa bolehlah beli ya. Sis jamin, senang dan memudahkan kerja nak memasak. Macam-macam boleh buat gan Noxxa ni, cuma Sis belum explore lagi hahaha.
Mu tunggu..







P/S: Ada ayam tua Suami beli, nanti kita masak, Ungkep Ayam Tua Noxxa pulak hehehe.


WORDLESS WEDNESDAY - BISKUT TART MAT GEBU

$
0
0
Assalamualaikum wbt.

#WORDLESSWEDNESDAY 








P/S: Klik sini untuk resepi ..


SAMBAL CILI IKAN BILIS JERING/JENGKOL

$
0
0
Assalamualaikum wbt.

SAMBAL CILI IKAN BILIS JERING/JENGKOL | Salam Ramadhan yang ke 14 buat semua pembaca blog Sis. Baik yang terang-terangan ataupun yang gelap-gelapan hahaha. Terima kasihlah sudi datang singgah membaca di sini. Bukannya apa, kadang apa yang Sis update hanya sekadar rutin harian dan cerita biasa-biasa aje. Kadang ada pun copy and paste, janji apa yang nak Sis sampaikan tu, dapat di kongsi bersama. Ye dak? Ini pun kirarajin update, kalau tidak, berhabuk le blog ni.

Dah siap memasak ke tu? Harini masak apa? Korang mesti meriahkan, sekali tayang gambar, kus semangat, penuh satu meja, macam makan buffet hotel kekekeke. Harini Sis relax-relax sikit, sebabnya hari ini nak masak Spageti Cabonara Meatball, permintaan anak-anak. Oleh kerana Suami harini tidak ada, jadi kita makan western. Nasi esok-esok pulak la ye, hari-hari makan nasi, sampai dah naik bosan gak kan.

Untuk hari ni Sis nak kongsi resepi seperti tajuk di atas. Menu ni Sis masak semalam. Kebetulan jering yang Suami beli pun agak tua, jadi Sis masakkan jering tu, jadikan ianya lembut dan tambah sedap di makan. Kalau makan macamtu aje, mau patah gigi kang, sebab jering tua, ianya keras. Mau terberot-berot mulut nak menggigit. Korang boleh cuba respi ni, memang sedap! hehehe 


SAMBAL CILI IKAN BILIS JERING/JENGKOL

Bahan-bahannya:

20 ketul jering (di potong panjang-panjang)
Bawang besar selabu (di hiris)
Bawang putih 4 biji,
Lada merah (di hiris)
Cili padi segenggam (ikut pedas masing-masing)
Ikan bilis (di goreng - ikut suka banyak mana korang nak letak)
Belacan sedikit.
Serbuk perasa, garam dan gula

Cara memasaknya:

Jering yang sudah di potong, di cuci dan di toskan,
Tumbuk bawang putih, cili padi, belacan hingga lumut
Panaskan kuali, dan letak sedikit minyak.
Goreng jering , jangan terlalu lama, agak-agak aje, untuk melembutkannya.Dah masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar, lada merah dan bahan yang telah di tumbuk, sehingga naik bau dan kering.
Setelah itu, masukkan jering dan ikan bilis yang telah di goreng.
Gaul-gaulkannya, dan masukkan serbuk perasa, garam atau gula, biarkan seketika,
Tutup api dan hidang.
Siap!


Selamat mencuba! .





P/S: Kadang masak menu ni, bila masak bubur nasi, sedap sangat! Ada baki malam tadi, Suami makan Sahur sampai bertambah hehehe.



NOMBOR AKAUN TABUNG HARAPAN MALAYSIA

$
0
0
Assalamualaikum wbt.


NOMBOR AKAUN TABUNG HARAPAN MALAYSIA | RAKYAT Malaysia yang ingin menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi menangani masalah hutang negara boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Penubuhan tabung itu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Kabinet hari ini, adalah bagi membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus.Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Lim turut merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa.
Menurutnya berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu kerajaan.
“Rakyat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada kerajaan bagi menangani isu tersebut,” katanya.


Tabung Harapan Malaysia (THM)

Maybank 566010626452
Atas nama Jabatan Akauntan Negara.


Sumber: Harian Metro.






P/S: Ajomm kita menderma! .


KISAH BARBER DAN USTAZ

$
0
0
Assalamualaikum wbt.


KISAH BARBER DAN USTAZ | Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan 1 soalan kepada si Ustaz.

BARBER: Saya nak tanya 1 soalan.

USTAZ: "Ya, silakan."

BARBER: Benarkah Tuhan itu wujud?

USTAZ: "Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni."

BARBER: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

USTAZ: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

BARBER: Kenapa Ustaz diam??

USTAZ: "Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai."

Si tukang gunting ni pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

BARBER: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

USTAZ: "Berapa harga?"

Barber: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan)

USTAZ: "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".


Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik.
Tiba² Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis jalanan.


USTAZ: "Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??"

BARBER: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

USTAZ: "Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus."

BARBER: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

USTAZ: "Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi."

BARBER: Terdiam seketika.

USTAZ: "Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga."

BARBER: Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata.



Moral dari cerita:
Hidup kita semua bergantung pertolongan dari ALLAH. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan ALLAH. Sebenarnya ALLAH tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan ALLAH.
Wallahu A'lam.
Semoga bermanfaat buat semua.







P/S: Sekadar perkongsian bersama. Walau hanya copy and paste. 


TUDUNG THE SELAMAH VIRAL JADI REBUTAN

$
0
0
TUDUNG THE SELAMAH VIRAL JADI REBUTAN | Pernah dengar nama tudung ni? Theselamah by Qasgallery. Kalau peminat bawal mesti tau punya. Sebabnya baru-baru viral pelanggan-pelanggan mereka duk merebut keluaran terbaru mereka yang dinamakan Bawal Arisa. Bawal Arisa menjadi rebutan peminat bawal baru-baru ini di sebabkan corak, kualiti kain dan juga keselesaan memakainya.

Kainnya dari Japanese Chiffon yang sangat lembut tapi bila pakai, korang tidaklah merungut tudungnya lembik dan muncung tu tak betul, sebabnya, ianya sangat mudah di bentuk. Tak percaya, kena beli dan cuba. Coraknya pulak ada pelbagai warna dan design. Sis kalau tengok, boleh meroyan uii. Rambang biji mato den nengok. 
Warnanya semua lembut-lembut, sesuai di padan dengan baju dengan apa juga warna. Dan yang paling best sekali, tidak mudah renyuk.
Tang renyuk dan senang di bentuk, aset utama kalau Sis beli bawal, kalau tak nanti, masa nak pakai, memang memekik kang hahaha. Sudahnya sarung tudung siap pakai hahaha. Suami Sis faham sangat dah!


Jahitannya sangat kemas. Bidangnya pulak 48 (app.110cm), besarkan? 
Sangat sesuai untuk muslimah. Dan tidak jarang (ikut pada warna).


Ini antara tiga pilihan yang Sis ada. Korang boleh pilih macam-macam warna dan corak.
Harga tengah promosi raya ni sehelai rm20, korang beli 3 helai rm50 .
Dapat percuma sampul raya lagi hehe.


Serba salah nak minta selpie hahaha. Sis ko ni dah le tak reti nak selpie, jadi layankan aje gambo yang separuh ni ya hahahaha. Kang sibuklah korang tanya macam mana rupa bila pakaikan..hahaha.
Belilah, memang sedap pakai, senang di bentuk dan yang paling best tidak renyuk! Berkali-kali Sis nak kata TIDAK MUDAH RENYUK! hahahaha
Lepas ni nak pilih lagi corak yang ada hehehe.
Korang boleh beli on9 juga atau datang ke bazar-bazar yang tengah berlangsung sempena Raya ni, harga pun sama juga.


JUALAN SEMPENA AIDILFITRI 2018
.
Bazar Raya MS Downtown Parit Raja
MS Downtown Parit Raja,Batu Pahat,Johor (Belakang BSN)
Lot No 7 (khemah kecik) & Lot No 15 (Khemah Besar)
19 Mei - Malam Raya
4 Petang - 12 Tengah Malam
.
Bazar Raya Aidilfitri Kota Tinggi
Jalan Niaga 6, Kota Tinggi, Johor
Lot No 76 (Sebaris Bang Cabin berhadapan Restoran Li Eu)
19 Mei - Malam Raya
2 Petang - 12 Tengah Malam
.
Atau 

FaceBook : Theselamah
Instagram : THESELAMAH

Selamat membeli belah hehehe. 





P/S: Sebelum ni Aidijuma, sekarang Theselamah pulak hehehe. 


PROMOSI BERGANDA-GANDA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-6 HERMO

$
0
0

PROMOSI BERGANDA-GANDA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-6 HERMO | Tawaran hebat untuk produk kecantikan tempatan dan antarabangsa.
JOHOR BAHRU, JOHOR 18 MEI 2018 – Hermo, sebuah online platform yang khusus menawarkan produk kecantikan tempatan dan antarabangsa akan menyambut ulangtahun ke-6 pada 21 Mei hingga 24 Jun 2018. Memperkenalkan kempen ‘Hermo 612 2018’ nombor ini dipetik dari gabungan tarikh bermulanya syarikat ini beroperasi 5 tahun dulu iaitu pada 12 Jun 2012 dan kali ini memilih slogan ‘Hey, we are local!’ yang bertujuan untuk memberitahu penggemar produk kecantikan bahawa Hermo merupakan syarikat tempatan yang memberikan servis setanding online platform antarabangsa yang lain.


Sepanjang sambutan ulang tahun ini, pengguna Hermo akan menikmati promosi Gifts with Purchase (GWP) dengan perbelanjaan minimum RM88 di mana Hermo telah berkolaborasi dengan Dinomama Handmade Soap, sebuah lagi syarikat kelahiran Johor yang terkenal dengan menghasilkan rekaan sabun mandi yang unik. Khas untuk sambutan ulang tahun ke-6 ini, pengguna Hermo mestilah mengambil peluang untuk mengumpul lima (5) rekaan yang dicipta bertemakan makanan tempatan! Setiap rekaan akan dikeluarkan selama seminggu sahaja mulai tarikh 21 Mei 2018 antaranya rekaan nasi lemak dan laksa jadi pastikan anda mengikuti laman web Hermo untuk mengetahui rekaan unik lain yang akan dilancarkan setiap minggu.


Hermo juga berkolaborasi dengan Click Apparel, sebuah online platform fesyen tempatan yang kini sedang membina nama terutamanya kepada mereka yang inginkan reka bentuk unik dimana setiap pembeli Click Apparel diberikan pilihan untuk mereka pakaian dan aksesori yang dijual. Dengan pembelian RM200, pengguna Hermo akan mendapat secara PERCUMA Hermo x Click Apparel Lazy Gal Makeup Bag.


“Kami sangat teruja untuk memberikan pelbagai jenis promosi sempena sambutan ulang tahun kali ini kerana ingin berterima kasih kepada pengguna setia Hermo yang merupakan tunjang kekuatan kejayaan kami di dalam bidang ini. Bayangkan, tahun 2012 kami bermula dengan (50) sahaja tetapi kini kami adalah rakan kongsi sah dan pengedar untuk (10,000) produk kecantikan tempatan dan antarabangsa yang 100% original. Memperkenalkan slogan ‘Hey, we are local!’ jelas menunjukkan bahawa kami ingin terus menembusi dan mengukuhkan kedudukan selaku peruncit produk kecantikan yang mampu memberikan servis premium untuk warga Malaysia dan seterusnya melebarkan sayap empayar kami ke Asia,” jelas En. Ian Chua selaku Ketua Pegawai Eksekuitf, Hermo.


Selain daripada promosi GWP, pengguna Hermo akan menikmati tawaran seperti zon ‘RM6, RM1, RM2’ di mana produk premium akan dijual dengan sedemikian harga. Promosi flash deal iaitu ‘Flash Deal’ yang memberi peluang eksklusif untuk pengguna Hermo membeli pelbagai produk premium dengan harga mampu milik yang akan dijalankan setiap hari Isnin, Rabu Jumaat dan Sabtu (sepanjang durasi kempen) dari jam 6 petang hingga 11.59 malam. Promosi lain adalah seperti ‘Buy 1 free 6’ (28 Mei – 30 Mei), ‘Bundle Buy 4 for RM48’ (4 Jun – 10 Jun) dan ‘Everything under RM26’ (11 Jun – 17 Jun).


Jangan lupa ikuti promosi X-OMO di mana produk antarabangsa seperti Heimish, Yadah, Naruko, Pyunkang Yul, Klairs, Mirae akan dijual serendah 70% diskaun.

Paling penting, rebat cukai GST sebanyak 6% akan dilupuskan bermula 21hb Mei 2018. Untuk keterangan lanjut mengenai rebat cukai ini dan promosi terkini Hermo, ikuti laman www.hermo.my dan di melalui sosial media di bawah:

Insta: @hermomy
Twitter: HermoMalaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Harish Mustak
IM Media PLT, agensi perhubungan awam lantikan Hermo
Telefon : +6017 711 4250






P/S: Harini dah 1 Jun 2018. Ya Allah masa sekejap aje dah masuk setengah tahun. 


BUFFET RAMADHAN 2018 HARGA BAWAH RM50

$
0
0
BUFFET RAMADHAN 2018 HARGA BAWAH RM50 | Salam Jumaat buat semua. Alhamdulilah harini sudah 16 hari kita berpuasa ya, masa cepat berlalu. Lagu raya pun dah berkumandang di radio. Kehangatan nak beraya dah terasa, gitu. Persiapan pun dah semakin siap ye korang? Bagus tu, beli awal-awal supaya senang nanti tak bersesak nak bershopping.
Sis ? Belum beli satu pun lagi. Lagi fikir untuk uruskan persiapan anak bujang yang nak masuk Politeknik tu dulu. Beli sikit-sikit tu ada laa. Biasa Suami yang urus hal persiapan raya-raya ni. Sis ikut aje.

Oh ya, nak tanya ni, Masih ada ke yang mencari-cari tempat nak makan berbuka? Mana taukan, ada yang dapat rezki lebih nak bawa yang tersayang makan di hotel. Sesekali apalah salahnya kan. Tapi masing-masing nak ikut budget nak yang harga murah. Ye Sis faham. Memang betul, kadang ada harga buffet ni, agak tinggi, tapi menunya tip top! berbaloi dengan harga membayarnya. Cuma kalau ikut budget satu family dengan anak-anak lagi, memang agak beratlah dengan harganya. 

Jadi untuk harini Sis kongsikan antara tempat makan hotel yang harganya di bawah rm50 sekitar Jb. Jadi bolehlah korang buat kira-kira untuk budget keluarga ya. Macam Sis kata tadi, sesekali setahun sekali apalah salahnya kan. Makan pun, sekali bayar, makanlah sebanyak mana nak makan. Kadang bukan apa, suka tengok anak-anak makan macam tak ingat perut, semua nak makan, macam setahun tak makan hahaha. Betul tak. Meh kita tengok ye.


R&R Bistro
Dewasa : RM45
Kanak-kanak : RM20 (4 – 12tahun)

Untuk tempahan : 0127999997 , 0177999948 , 0137219498 , 072327344


Hotel Sentral

Date : 18/05/2018 – 14/06/2018
Time : 6.30pm – 09.30pm Daily

Harga
Dewasa : RM44.90/seorang
Kanak-kanak : RM26.90 /seorang
Warga Emas : RM26.90 /seorang

For Reservations And Inquiries:
Tel: 010 8384 845 *Shira), 012 7128473 (Fizi), 010 913 1936 (Mida)


Hotel Seri Malaysia

Date : 19/05/2018 – 14/06/2018
Time : 6.30pm – 09.30pm Daily

Harga
Dewasa : RM45/seorang
Kanak-kanak : RM25 /seorang (5-12 tahun)

For Reservations And Inquiries:
Tel: 607-221 1002


Seven Oaks

Date : 17/05/2018 – 13/06/2018
Time : 7pm – 09.30pm Daily

Harga
Dewasa : RM45/seorang
Kanak-kanak : RM28 /seorang

For Reservations And Inquiries:
Tel: 607-338 3377


Okay ini aja yang setakat yang Sis tau, antara buffet ramadhan hotel yang harganya di bawah rm50. Mungkin ada lagi hotel lain yang menawarkan harga lagi murah, nanti Sis try search dan update ye. 
Apa-apa pun, ada rezeki, berkemampuan, bawalah keluarga tersayang. Jangan berkira ye, tapi berkira-kira boleh hehehe ye lah, nak makan nak bayar kenalah berkira-kira. Lagi nak raya ni, lagi banyak nak guna pakai duit, kalau rasa belum ada rezki, masak aje sedap-sedap kat rumah, makan bersama family, pun meriah. 





P/S: Sis tunggu anak-anak semua dah balik, cukup semua, barulah Suami bawa makan hotel, kalau tidak cukup sorang, memang Suami takkan bawa makan hotel. Tak seronok, nanti makan ingat kat anak katanya.


Viewing all 4456 articles
Browse latest View live