Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4498 articles
Browse latest View live

ALHAMDULILAH, TAHNIAH KAKAK!

$
0
0
ALHAMDULILAH, TAHNIAH KAKAK! | Ibu dan Ayah mana yang tidak gembira bila dapat melihat kejayaan anak-anaknya yang berjaya. Ada ke Ibu Ayah yang tak peduli akan kejayaan anak-anak? Takde kan, so tak salah kalau setiap detik kejayaan anak tu kita sambut dengan ucapan alhamdulilah dan sekalung tahniah dan kemudian kita sambut kejayaannya sekadar yang mampu.

Bagi Sis sangat sensitif (hati tisu) isu kejayaan anak-anak sebabnya Sis sendiri sedar, Sis belajar pun setakat SPM aje, kemudian terus kahwin, dan melahirkan, banyak masa remaja Sis, Sis tinggalkan dan juga waktu bersama dan nak menabur bakti pada orang tua pun Sis korbankan, tapi Sis tetap bersyukur dengan apa yang Sis ada sekarang, terutama melihat kejayaan anak-anak.

3 tahun dulu di majlis Konvo (Diploma) hehehe. 

Esok anak Sis Kakak akan ada hari konvokesyennya dia di MSU, amik sijil Degree dia dalam jurusan perubatan. Sis pun tak sangka dia boleh sampai ke tahap macam ni. Sebab dulu Kakaklah yang paling struggle nak belajar sampai nak mintak tukar course dan juga nak stop kelas semua. Tapi alhamdulilah berkat motivasi lecturer dia dan kata semangat dari Sis dan Ayahnya, see! Kakak berjaya dapatkan Dekan berterusan! 😭

Yerr dalam semua anak, tak semuanya berjaya, tak semuanya bagus, tapi mereka ada masing-masing punya kelebihan, Allah tu dah aturkan semuanya. Yang tak sekolah tinggi pun tapi kerjaya bagus, yang sekolah tinggi. belum tentu berjaya, silap-silap ke dapur juga nanti, tu anak perempuanlah...Biasanya begitulah..huhuhu

Tapi kita sebagai Ibu Ayah jangan memperkecilkan dan membandingkan setiap anak-anak. Macam Sis contohnya, yang Kakak memang minat dia nak belajar selagi boleh, yang si adiknya pula, dah minat mencari duit, dah ada wawasan, baru beli kereta, ni nak beli rumah, then katanya sedang dalam projek nak buat bisness kecik-kecik, yang si anak bujang Sis, belum nampak lagi sebab masih peringkat belajar tapi yang nampaknya lebih ke arah muzik hahahaha. Dah pandai cari duit tepi buat show hahahaha..

So masing-masing punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita bagi support dan sokongan moral aje pada minat anak, insyaallah mereka buat apa yang mereka suka dengan penuh ikhlas, jujur, bahagia dan balasannya mereka akan berjaya.

Atuknya selalu tanya, esok si Kakak tu habis belajar dia jadi apa?
Kakak jadi Saintis Tok... hahahaha..

3 tahun lepas. Tersenyum dia dari jauh.

Ehhh panjang pulak membebelnya Sis ko, sampai dah emo meleleh air mata ni pulak huhuhu.
Okaylah stop dulu, nanti selesai majlis konvo Sis kongsikan gambar-gambar kegembiraan Sis dan Suami juga anak dia sini ya.

Bukannya apa, 'Blog aku, aku punya sukalah' ...

Masa post ni update, Sis dan Suami dah gerak ke Kuala Lumpur, doakan semuanya dipermudahkan ya. Macam Sis ko plak yang nak amik sijilnya hahahaha..



P/S: Esok sebenonya nak pakai baju lain, tapi Suami suruh Sis pakai baju tu..huhuhu korang tengoklah esok baju apa ..

ALLAH TIMPAKAN UJIAN SUPAYA KITA BERSABAR

$
0
0
ALLAH TIMPAKAN UJIAN SUPAYA KITA BERSABAR | Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.

Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita. Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?

Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.

Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar. Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.

Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya. Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!



P/S: Sis percaya pada satu, Allah takkan uji bagi hambanya yang Kuat dan Sabar.

JOCOM - NOW OPEN FOR MEMBERSHIP AND COLLABORATION!

$
0
0
JOCOM - NOW OPEN FOR MEMBERSHIP AND COLLABORATION! | The media landscape in Johor is evolving, and so are we. JOCOM‘s stringent membership reflects the convergence of all content creators into multi-media entities in an industry that has evolved into a multi-platform business– publishing credible and original content via print, digital and a combination of formats.

WHY JOCOM ? 

JOCOM brings together the brightest minds united under one shared purpose. Our members are experienced and forward-thinking people interested in media innovation and market communication. 

JOCOM is a growing community of business owners, entrepreneurs, influencers and strategic decision makers. Our members represent Johor Bahru’s most trusted and compelling media brands. Our job is to keep the world informed and create a conducive environment where we can learn, share and have fun together: informing, inspiring, and empowering businesses.

Collectively, we cover a wide-ranging demography within Johor Bahru and beyond, including Singapore.


ABOUT JOCOM 

JOHOR BAHRU COLLECTIVE MEDIA - JOCOM
A collaborative platform for media owners & industry representation

A non-profit association created by media owners in Johor, JOCOM (Johor Bahru Collective Media) seeks to be a body that not only encourages networking and business developments among its members but also to promote and represent the interests of all members.

 This includes the cross-sharing of relevant business information as well as important industry updates that will allow members to make informed decisions relating to their own media and advertising businesses.

JOCOM also encourage partnerships among our members and industry partners, especially in the field of media education, so that we can play a role in nurturing talents and uplift the professionalism of our industry.

As one strong collective voice for media owners in Johor, JOCOM will also protect the interests of members based on best practices by providing continuous training, business development, networking opportunities and legal advice on regulatory matters.


Membership?
Collaboration?
Coffee?

Email: secretariat@jocom.media or
Call +6013-3276886 or +6017-711 4250

Website: https://jocom.media/
Facebook page: https://web.facebook.com/jocom.media/
Instagram: https://www.instagram.com/jocomdotmedia/

Or Sign up HERE 



P/S: Yang berminat dan ada sebarang pertanyaan, boleh email di atas atau klik sign up tu ya.

LIRIK LAGU I WANT YOU TO LOVE ME - ALIF SATAR

$
0
0
LIRIK LAGU I WANT YOU TO LOVE ME - ALIF SATAR
Lagu oleh Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan
Lirik oleh Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan, Alif Satar
Penerbit Faizal Tahir

Setiap kali ku tenggelam dalam perasaan hatiku
Hanya wajahmu dalam fikiranku (Adakah kau pun begitu)
Dan tiap kali ku merindu rasa yang menikam di kalbu
Ku terhempas bila teringatkanmu

Ohhh
Kembalikan padaku
Waktu yang lalu

Kini ku tak lagi mampu mencinta seperti dulu

I want you to hate me
Don’t want you to care
Kerna ku tak layak memiliki
Dirimu yang setia menanti

I want you to hate me
Don’t want you to care
Kerna ku tak sanggup melihatmu
Tersakiti kerna diri aku

Siapa yang bisa buat ku berubah (It’s You)
Siapa yang bisa buat ku merasa (It’s You)
Bahagia saat diri aku terjaga
It’s you, I know it’s you

Ohh aku tahu pernah ku berjanji takkan ada yang mengganti
Itukan hati berubah kan pasti

Ohhh
Kembalikan padaku
Waktu yang lalu

Kini ku tak lagi mampu mencinta seperti dulu

Kini ku tahu dirimu 
Yang terakhir 
Buat diriku
Ku beri segala

Untukmu..





P/S: Yaaaa it's you....

HARI TASYRIK ADALAH HARI MAKAN DAN MINUM - HARAM BERPUASA

$
0
0
HARI TASYRIK ADALAH HARI MAKAN DAN MINUM - HARAM BERPUASA | Ingat ya korang, jangan semua hari kita nak puasa, ada juga hari yang dalam bulan Zulhijjah ni kita diharamkan untuk berpuasa. Sis sendiri pun kena alert dan ulangkali rujuk balik dan membaca, takut nanti TERbuat, kita tak tau, lagi pulak takde yang menegur, so kena banyak membaca untuk pengetahuan dan peringatan diri sendiri.

Di sini Sis kongsikan untuk perkongsian di blog Sis. Tak pasti pulak sebelum ni ada share ke tak, tapi takpe, share banyak kali pun takpekan, janji kita 'sharing is caring'. Kalau yang dah tau takpe, kalau yang tak tau dan tak ingat, haaa Sis kongsikan serba ringkas. Tak faham, silalah rajin membaca dan mengoogle ya.

Hari Disunatkan Berpuasa 
Dan perbanyakkan amal ibadah.

1 Dzulhijjah = 2 Ogos  2019
2 Dzulhijjah = 3 Ogos 2019
3 Dzulhijjah = 4 Ogos 2019
4 Dzulhijjah = 5 Ogos 2019
5 Dzulhijjah = 6 Ogos 2019
6 Dzulhijjah = 7 Ogos 2019
7 Dzulhijjah = 8 Ogos 2019

8 Dzulhijjah = 9 Ogos 2019 - Hari Tarwiyah
9 Dzulhijjah = 10 Ogos  2019 - Hari Arafah

Hari Yang HARAM BERPUASA 

10 Dzulhijjah = 11 Ogos  2019 - Hari Aidul-Adha (Hari Raya Haji)

11 Dzulhijjah = 12 Ogos 2019
12 Dzulhijjah = 13 Ogos 2019
13 Dzulhijjah = 14 Ogos 2019

Ketiga-tiga tarikh ini adalah Hari Tasyrik


Hari tasyrik ialah hari 11, 12 dan 13 Zulhijah.
Ianya juga dikenali sebagai Hari Makan & Minum .
Dinamakan demikian kerana umat Islam menyembelih binatang korban dan menjemurnya supaya tahan lama dengan sebab lebihan daging korban untuk disimpan. Juga dimasak dan dihidangkan kepada tetamu pada hari raya haji.

Dengan tanggungjawab keagamaan dan menguatkan jasmani dalam melaksanakannya, tambahan pula orang Islam baru menyelesaikan kegembiraan menyambut hari raya. Justeru, diharamkan puasa sama ada fardu, sunat mahupun nazar. 

#SisSharing
Sumber: Pelbagai



P/S: 3 hari Tasyrik tu duk rumah kejenya makan daging aje, kan. Ermm sedapnyaa sup kambing!

AKIBAT JEREBU DI PAKA, AKU BATUK SAMPAI SAKIT DADA

$
0
0
AKIBAT JEREBU DI PAKA, AKU BATUK SAMPAI SAKIT DADA | Uhuk uhuk uhuk, terbatuk-batuk masa update post ni, baru telan pil ubat batuk 2 biji, harap-harap hilanglah gatal tekak dan reda batuk. Tak tahan batuk kali ni, sampai sakit dada di buatnya.

Punca batuk ni pun dapat masa di Paka tempat Suami sana, duduk dalam rumah pun sampai terbau asap. Sis bagitau Suami, rasa macam lemas duduk dalam rumah, sebab bau asap dia kuat betul. Suami kata kat luar pun sama, rupanya nengok berita memang dah jerebu dah, patutlah bau asap kemain kuat. Pandangan mata pun Suami kata kat luar jadi pedih.

Aishhh memang menyusahkan betulkan! Tiap tahun macam ni laaa. Ada je pembakaran hutan di Indonesia tu. Bila nak berkesudahan pun tak taulah. Cuma kali ni Pantai Timur kena serang dulu. Kebetulan Sis di Paka haritu, tu yang terkena batuk-batuk.

Yer lee, datang jauh-jauh takkan nak duduk dalam rumah aje, so bila Suami dah balik aja kerja, malam tu memang kami keluar makan malam, so tu yang jadi punca agaknya menjadi-jadi batuknya.

Serius memang bau asap dia kuat kat sana! Suami pun sampai batuk-batuk juga. Tidur malam berlawan-lawan kami Suami Isteri batuk. Tak boleh bukak ekon, bukak ekon lagi menjadi-jadi batuknya. Sampai batuk termuntah Sis di buatnya, sakit dada. Kesian Suami tak boleh tidur malam dibuatnya. Sis pula memang tak makan ubat batuk punya orang, so haaaa tahan aje lerr.

Suami belikan pil ubat batuk kat farmasi. Dan makan gula-gula woods, ada lee juga kurangnya, tapi makan pil ubat batuk tu, makk aii mengantuk leee di buatnya. Kerja membuta aje Sis di buatnya. Sampai Suami whatsapp tanya okay ke tak pun tak sedar.


Now masih lagi batuk-batuk. Gatal-gatal anak tekak ni haaa...eeee tak selesa betul.
Badan pun rasa letih sangat, tak cukup tidur. Baru malam tadi sampai Johor. Suami dari Klang terus balik Paka pagi semalam. Kerja banyak menunggu kata Suami, lagi pulak nak shutdown sebulan ni, memang akan bizi lee Suami, kesian nengok, penat sangat nampak Suami tu..huhuhuhu

Harap-harap cepatlah membaik batuk ni, seksakan kalau batuk, lagi pulak kalau time uzur adeiii...hanya mereka yang faham aje yang tau..

Okaylah, nantilah kita sambung yer..
Nanti Sis update dan kongsikan kegembiraan masa majlis konvo anak tu. Tunggu la ya.
Haa betul! nasib baik juga masa dalam dewan majlis konvo anak, batuk tidaklah berapa menyerang, kalau tak adeiii bergegar dewan Suami Isteri batuk. Tapi ramai jugalah tak sihat. Ada juga dengar batuk sana sini.

Ehhh... OkBai..



P/S: Nak kena makan nanas ni untuk hilang dan reda batuk, petua orang katanya..

TAK BOLEH TIDUR !

$
0
0
TAK BOLEH TIDUR ! | Saat menaip ni, memang mata tak boleh nak tidur, maka Sis bukalah laptop update dan setting mana perlu, buat schedule blog dan terus rasa terbeliak mata Sis ko saat ni..adeiiii dah kenapa pulak mata ni tak boleh tido!

Ke kenyang sangat melantak buffet tadi petang, tapi tidaklah banyak benar Sis makan, jamah-jamah mana yang ada jer..nak kata batuk, takde pulak, batuk nampak dah okay sikit... ermmmm atau pun fikir macam-macam dalam kepala ni....ishh takde benda pulak nak fikirnya..

Anda fikir Sis ko ada masa nak sakit kepala?

Tapi yang sebetulnya tak boleh tido sebab apa tau...

Rindu SUAMI 😭 ..

Tu sebenarnya perasaan sekarang ni...biarlah orang kata mengada-ngada ke, tapi memang benar, Sis rindu Suami Sis yang jauh nun di sana..huhuhu..

Tapi...yang korang ni, kenapa tak tidur lagi haaa???


Awak rindu saya ke? Hahahahaha...

Dah dah pi tidur sana laaa, Sis nak tutup laptop dan cuba tidur...kalau tak boleh tidur, kita bukak zikir penenang, kot mana tau lama-lama tertidurkan...

Okaylah, selamat pagi malam, semua ...
Jumpa post seterusnya...
OkBai..



P/S: Esok nak masak ketam masak balck pepper...yumssss...

HILTON MALAYSIA LAUNCHES CELESTIAL BLOOMS, 2019'S MID-AUTUM INDULGENCES

$
0
0
HILTON MALAYSIA LAUNCHES CELESTIAL BLOOMS, 2019'S MID-AUTUM INDULGENCES | Mid-Autumn Festival is a time of bonding and family reunion. It is celebrated when the moon is at its biggest and fullest, and in Chinese culture, this represents harmony and happiness. 

In the olden days, moon worship played an important role during the festival. Families would give offerings including mooncakes, to the moon in belief that it will bring them good luck. 

To keep these cultural beliefs alive, Hilton hotels in Malaysia launched its mooncake series, Celestial Blooms, which fuse tradition and innovation beautifully. The golden-baked petite delights exemplify elegant craftsmanship, high quality and unique flavours. 



This year’s traditional mooncake gift box boasts calm cyan blue hue with delicate floral designs representing the appreciation and giving thanks for abundant harvest. A round shape symbolises completeness, and the motive of the full moon encapsulates moon gazing - a mystical and vital part of the celebration. 

Each participating Hilton hotels in Malaysia offer a selection of premium traditional baked mooncakes, from RM24nett per piece. The traditional baked mooncakes come in an array of flavours including much-loved Pure Lotus, Red Bean Paste, Yam and Lotus with Single Yolk, Pure Lotus with Single Yolk, White Lotus with Single Yolk, and Pandan Lotus with Single Yolk. For those seeking something distinctive, the signature flavours for this season are Black Sesame Lotus with Single Yolk and Durian Lotus. 

Join us in keeping traditions alive with the Celestial Blooms mooncake gift box, and a medley of unique baked mooncake flavours. The Celestial Blooms series are available from RM88nett per box of four (4) baked mooncakes. Purchase five (5) boxes and receive one (1) box free when you order from 1 – 15 August 2019, and collect from 15 August – 13 September 2019. 

Hilton Dining APAC Members and selected bank partners will enjoy 10% off when they spend RM500 and above in a single receipt. For purchases of five (5) gift boxes and above, stand a chance to win a 2D1N stay at the Presidential Suite in DoubleTree by Hilton Johor Bahru. Results will be announced on Facebook after the Mooncake Festival.

For more information on Celestial Blooms Mooncake Series and to make your bookings, please call DoubleTree by Hilton Johor Bahru at +607 268 6868 or email JohorBahru.FB@hilton.com




P/S: Sedapnyaa laaahai Kek Bulan..ada yang nak belanja Sis tak hehehe..

MENGINAP DI HOMESTAY 'SMS PRIVATE STAY' MENJANJIKAN SATU KEPUASAN

$
0
0
MENGINAP DI HOMESTAY 'SMS PRIVATE STAY' MENJANJIKAN SATU KEPUASAN | Yaa bagi korang yang datang ke Johor atau ada kawan, saudara, mertua atau siapa-siapa yang akan datang ke Johor, Sis nak rekemen kat korang SMS Private Stay ini. Ianya terletak hanya 10 minit sahaja dari bandar Johor dan berada di tengah bandar Danga Country Garden yang dahulunya di kenali sebagai Pantai Lido.

Ye laa asyik tidur hotel aje kan, so kalau korang yang datang bersama family nak duduk seperti macam rumah sendiri, haaa mai le ke sini. Di SMS Private Stay ni, semua kelengkapan rumah ada, termasuk juga mesin basuh dan dapur memasak. Kalau anak-anak pula mesti seronok sebab ada kolam renang.

SMS Private Stay ni ada 2 jenis homestay. Yang baru-baru ni Sis duduk ianya adalah jenis kediaman 2 bilik. dan ada satu lagi jika korang yang datang hanya family kecil atau datang berdua, ada satu lagi jenis yang studio punya.

Beza dua tu hanya bilik aje, yang studio takde bilik, semua dalam satu ruang. Kalau yang dua bilik tu, seperti rumah biasa lah yang punya dua bilik. Kelengkapan semua sama.


Yang ini ruang bila korang melangkah masuk aje ke dalam rumah. Yang ini ada dua bilik, kiri dan kanan. Cantikkan. Color dinding tu buatkan hati jadi tenang aje melihatnya. Memang masa mula masuk, mulut tak habis-habis kata woww woww wowww sana sini hahahaa..

Cukup besar bagi Sis, boleh muat dalam 4 - 6 orang.



Meja makannya juga tersedia sekali dengan pinggan mangkuk cawan bagai. So korang tak payahlah susah-susah nak bawa pinggan ke cawan ke bila ke sini. Semua dah tersedia.

Kalau korang datang ramai, haaa pandai-pandailah korang nak buat hehehe. Setakat 4-6 orang cukup sangat.



Ini bilik yang sebelah kanan. Bilik yang ni agak besar sikit dari bilik satu lagi tu. Ia ada sekali dengan almari baju dan juga sejadah . Penyangkut baju juga sterika pun ada.

Biliknya juga ada penghawa dingin dan kipas, so ikutlah korang nak guna mana.
Tandas? Ada, untuk bilik ni, tandasnya di dalam bilik. Jap Sis tunjuk..


Haa ni rupa tandasnya. Tandasnya sama je dengan kedua-dua bilik. Ada heater air panas, kelengkapan mandi dan juga paling best, air dia besar..hehehehe

Sis kalau ke tandas hotel ke memana ke, mesti nak tengok airnya, kalau kecik aje, alahaii tak puas rasa mencuci air besar hahahahaha..


Dan yang ini pulak bilik yang sebelah kiri tadi tu. Bilik ni kecik sikit. Bezanya bilik ni takde almari baju. Cuma dia ada ala-ala pangkin duduk hujung sana dan view dari bilik ni sangat cantik okay!!!

Untuk bilik ni, tandasnya di luar. Kelengkapan bilik sama juga, biliknya ada penghawa dingin juga kipas siling, sejadah dan penyangkut baju.



Bahagian dapur dia pun luas. Kelengkapan semua lengkap termasuk pisau, senduk sudip, sudu-sudu, periuk, peti ais, microwave, dapur memasak, jug air panas, dan juga minuman dan makanan ringan. Cumanya makanan ringan dan air minuman tu, kalau korang guna, korang kena bayar yer. Tu tak termasuk dalam pakej.

Bahagian tepi dapur tu, haa ada mesin basuh. Kot laaa kalau korang lama duduk sini, haa korang bolehlah cuci baju. Rasanya mesin tu siap dryer, cuci terus kering rasanya. Lupa pulak Sis nak mebeleknya hehehe.



Atas tu adalah pemandangan dari balkoni. Memang tenang rasa tau kalau stay kat sini. Sunyi dari hiruk piruk sesak orang ramai. Then korang boleh lerr sambil berehat melayan Netflix ko!! Yaa Netflix!! Boleh layan cite horror movie sampai lebam hahahahaha...

Sis ko memang pantang bukak Netflix, memang horror movie lee yang Sis ko akan nengok dulu..hehehehe ni pun menaip sambil tv terbukak tu haaa Netflix hehehehe..


Kalau di siang hari, korang bolehlah turun berjalan kaki di kawasan sekitar yang memang ada macam-macam kedai dan cafe termasuk juga cafe Starbucks. Bawah rumah aje tau! Nak tengok pantai pun ada, yang bestnya tengah musim durian ni, nak makan durian pun ada kat bawah tu hehehehe.

Kedai 24jam pun ada. So memang kalau stay sini, korang tak perlu risau, semua ada.
Kalau malam pun dari rumahnya pun dah cantik. Suka sangat duduk balkoni sambil layan angin malam. Jiwa tenang gitu...argghh rindu nak ke sini lagi...


Alhamdulilah memang kami puashati menginap di sini. Terima kasih pada ownernya Syahmi, next time kami pasti datang menginap sini lagi ya. Kata nak BBQ kan hehehehe..

SMS Private Stay 

Semuanya lengkap dengan kemudahan yang berpatutan setaraf penginapan RESIDENCE 5 Bintang MEWAH !

Lokasi menarik dan strategi di Bandaraya Johor Bahru.
- Danga Bay 1 Minit
- Woodland Checkpoint 3 Minit
- City Square 3 Minit
- JBCC 3 Minit
- Bazar Karat 3 Minit
- Angsana 5 Minit
- Paradigm mall 10 minit
- Legoland 20 Minit
- Midvalley Sogo 30 minit

Hanya jalan kaki ke :
- 1 minit (Restoran Mamak, 7Eleven, Starbuck, ATM )
- 1 Minit (Restoran Tepi Pantai Country Garden )



Untuk tempahan dan harga penginapan, korang bolehlah hubungi SMS Private Stay +60196070909
Atau klik link ini untuk whatsapp http://www.wasap.my/+60196070909  atau email untuk booking reservation@smsprivatestay.com




P/S: Eh..jom sambung Netflix horror movie hehehehe..

MACAM MANGGIS TAPI BUKAN MANGGIS. YANG INI NAMANYA MESTA

$
0
0
MACAM MANGGIS TAPI BUKAN MANGGIS. YANG INI NAMANYA MESTA | Nampak sama tapi berbeza rupanya, cuma rasa dia lebih sedap mesta ni dari manggis. Kalau Sis, Sis suka mesti ni dari manggis. Isinya putih sama je macam manggis, cuma isinya jarang sekali jumpa ada biji di dalamnya, dan rasanya lebih manis dari maggis dan ada sedikit ' rangup' gitu hehehehe.

Tapi bukan senang nak jumpa mesta ni. Kalau manggis ye senang, tiba musim ada lah manggisnya. Tapi kalau mesta ni ada masa tertentu aja.

Yang ini pun, mesta dari kebunnya kawan anak Sis. Keluarga ada kebun mesta ni. Mereka jual hanya rm10 sahaja sekilo. Tu yang masa kat Klang haritu, singgah kejap rumahnya di Subang untuk memborong mesta ni.

Apa beza keduanya ?

MESTA
Bentuk, warna dan isi seperti buah manggis
Berasal dari Pahang (Terutama Daerah Temerloh)
Pokoknya lebih kecil dan rendah
Buah mesta berbentuk 'ovate'
Isi yang manis dan kurang berjus
Kurang getah berbanding manggis
Kurang biji atau tiada biji
Susunan ulas yang hampir sekata (biasanya 6 ulas)
Tekstur isi halus dan agak kering (kurang berjus)

MANGGIS
Nama lain adalah 'Manggis Kampung'
Pokok lebih tinggi dan besar berbanding mesta
Buah berbentuk bulat atau bulat leper
Banyak getah dan ini sebabkan risiko Gamosis
Isi manis dan berjus
Bentuk buah adalah Bulat
Buahnya adalah bergetah
Terdapat isi 5-6 ulas dan mempunyai biji
Susunan ulas tidak sekata (1-2 ulas saiz besar)
Tekstur halus dan berjus


Sekali pandang memang sama, tapi bentuk tu lain. Maggis dia bulat, tapi mesta dia bolat bujur di bawahnya. Warna ke cara nak makannya semua sama. Yang beza bentuknya aje.

Korang pernah cuba tak? Bagi yang dah pernah cuba mesti suka mesta dari manggis.


Sebab buahnya takde biji, Sis suka kopek macam tu, then terus masuk molot kesemuanya. Perghh memang sedap oii. Manis buah dia sedap gilerr.. hahahaha..

Sebenarnya manggis ni bukan buah peberet Sis, sebab tak berapa suka makannya. Nanti habis semua tangan kena getah manggis atau mesta tu. Cuma nasib baik getahnya color purple, so purple adalah warna kegemaran Sis hahahahaha..


Haa apalagi, ada dua bekas mesta dan pulasan di rumah ni. Siapa nak mai lerr..hahahaha. Pulasan tu iyee memang kegemaran Sis. Bukan senang nak jumpa pulasan tau, sekali kalau dah jumpa, memang Sis akan beli berkilo-kilo heheheh..

Padahal tak sedar diri tuan punya badan tengah batuk uhuk uhuk uhuk. Pagi tadi Suami membebel dalam phone, dia punya membebel boleh retak skrin handphone Sis ko hahahahaha..adeiii menyesal tunjuk dia buah pulasan tu huhuhu...


Hehehe tapi shedap! Hahahaha...batuk sendiri tanggung laaaa...
Eh siapa yang tak tau lagi? Nak makan buah pulasan ni kena pulas kulitnya, baru senang nak makan. Itu sebablah namanya pulasan..

Bukan kata saja-saja mak bapak dia bagi nama pulasan, tapi sebab makannya kena pulas hahahahaha...ada yang baru tau ke? hehehehe..

Okay nanti sambung..
Jom nengok Netflix sambil makan mesta dan pulasan..



P/S: Belum apa-apa, Suami dah tanya, raya haji nak masak apa? Ermmmm....

WORDLESS WEDNESDAY - LOVE YOUR FOOD

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - LOVE YOUR FOOD | Waste less, save more.
Let's enjoy good food, not waste it.

What can we do about it?

Reduce food waste by practising good eating habits and encouraging our friends and family to do the same.

  • Take only what you can finish
  • Take a smaller portion if you intend to eat less


Ada faham? Suka makan tapi jangan membazir. Bukan ke membazir itu amalan syaitan. Nak jadi syaitan ke? So makan kena habis yaa...hehehehe..

Okay, jom bersiap, Sis ko nak pergi makan-makan dan makan hari ini hehehehe tapi alhamdulilah masih lagi 'cut sugar' ...phewww...

OkBai..


P/S: Malam tadi tidur mimpi pocong! Hahahaha 😆

HABIS DEGREE, KAKAK SAMBUNG MASTER DI MSU JUGA. ALHAMDULILAH

$
0
0
HABIS DEGREE, KAKAK SAMBUNG MASTER DI MSU JUGA. ALHAMDULILAH | Alhamdulilah, selesai sudah hari yang di nantikan iaitu Kakak terima sijil Degree dia di Majlis Konvokesyen MSU yang ke 25th pada Sabtu lepas. Segala usaha dan kejayaan yang Kakak usahakan, akhirnya berakhir juga dengan penerimaan sijil tamat Degreenya.

Walaupun keputusan akhir CGA Kakak hanya 3.78 tapi sudah cukup bagus untuk Kakak terus maju ke depan usaha dan terus berusaha untuk sambung Masternya pulak. Bak kata si Kakak, 'Ingat senang ke nak capai lebih pointer 3.5 (Dekan) setiap exam, tak tidur, stress, struggle oii' katanya.. tapi see akhirnya berbaloi dengan usaha yang Kakak buat..anak bujang Sis cakap 'Kakak makan pendrive ke?' hahahaha..

[Lihat video ini] https://youtu.be/ffplhH4xf6E

Itu yang masa kat dewan, sewaktu anak masuk berarak masuk, melihat dia bersama kawan-kawannya yang berjaya, melihat Kakak tersenyum, Sis rasa sebak, sedih terharu sangat, bangga jangan cakaplah, Ibu Bapa mana yang tak bangga melihat kejayaan anaknya. Tu yang Suami kata 'Emak ko ni sikit-sikit nangis, Kakak naik pentas pun nangis' Hahahaha..ye laaa terharu..

[Lihat video ini] https://youtu.be/WkFlaJUs1E0

Bila dewan menyebut nama anak Sis 'Nurul Nastasea Sabar', meremang bulu roma, rasa nak jerit aje nama Kakak hahaha nasib baik control lagi hehehehe...Kalau tak, ada viral muka depan surat khabar hahahaha. Haperr ko ingat pom pom girl ke Sis oii hahahaha

Masa majlis konvo tu pun, anak Sis dah pun mendaftar sambung Master di MSU juga. 15/8 ni akan mulalah Kakak sambung belajar. Rumah sewa dan segalanya dah pun Ayahnya uruskan. Alhamdulilah juga semuanya dipermudahkan..

Sis dan Suami pun sentiasa menyokong aje apa yang anak minat. Selagi minat nak belajar, Mak dengan Ayahnya akan sentiasa membantu, tak kisahlah walaupun bergolok bergadai sekalipun, janji Kakak nak dan minat nak belajar, Mak dan Ayahnya akan sentiasa support kakak dari belakang. Untuk masa depan Kakak juga.

Sis dan Suami tak menaruh harapan tinggi pada anak-anak sebab takut bila anak tak boleh buat, mereka akan rasa kecewa pada diri mereka sebab tak boleh buat yang terbaik, jadi Sis dan Suami hanya mampu berdoa dan serahkan semuanya pada diri Kakak sendiri. Dia yang belajar dia yang tau dan rasa macam mana peritnya nak capai kejayaan.

Bila dah berjaya, untuk siapa? Untuk dirinya jugakan..so kita sebagai ibu bapa mampu mendoakan kejayaan anak-anak aje, jangan push dan jangan menaruh harapan, lagi pulak anak Sis tu perempuan, takut kalau pepatah orang tua tu jadi kenyataan, 'belajar tinggi-tinggi, akhirnya ke dapur juga'.. makanya berserah aje la..

Untuk kakak, Mak dan Ayahnya doakan moga Kakak terus berjaya dan berjaya sampai ke menara gading sehingga Kakak berbangga kepada diri kakak sendiri.

Meh Sis kongsikan sedikit gambar sekitar majlis konvokosyen anak Sis di MSU baru-baru ini.

Kali ni Kakak kata nak bunga matahari, haa sekali besar Ayahnya belikan untuknya hehehehe RM120 ko!
BFF merangkap group study Kakak, Kenneth paul, yang menerima anugerah Presiden Graduan Sarjana Muda sains Bioperubatan (kepujian). Pointer dia sampai 4.0. Tahniah Kenneth!
Tahniah buat Kakak. Ada nampak nama anak Sis? Hehehe
Bersama Emaknya Mimi, BFF Kakak yang minta amik gambar sebagai kenangan.
Kesayangan hamba..Time ni Adik-adiknya semua tak dapat nak pergi. Hanya Sis dan Suami aja. 

Sis kongsikan semuanya di sini (blog) sebagai jadi kenang-kenangan satu masa nanti. Yang nak fikir negetif tu, silalah keluar dari sini. Dan yang rasa ada nak merampas kebahagiaan orang lain, cermin-cerminlah diri anda...

Tahniah buat Kakak !!
Now tengah sibuk nak siapkan barang-barang rumah sewanya dan nak mengangkut balik ke Shah Alam sana, phewww barangnya kuss semangat...kena tunggu Ayahnya balik nanti baru boleh settle. Ayahnya pula dah nak sibuk shutdown ni, adeiii...Emaknya lee yang kena hadap kang...

Sis doakan moga anak-anak kalian semua juga berjaya dunia akhirat! Jangan lupa support anak-anak selagi mampu. Usaha, ikhtiar dan banyakkan berdoa. InsyaAllah Allah permudahkan..

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/alhamdulilah-tahniah-kakak.html



P/S: Kalau yang perasan p/s post sebelum ni, baju tu le seboleh Suami suruh Sis ko pakai. Mungkin nampak lebih cantik di matanya 💘

NIAT PUASA HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH 1440H/2019

$
0
0
NIAT PUASA HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH 1440H/2019 | 9 Zulhijjah 1440 Hijrah bersamaan 10 Ogos (Sabtu) berdasarkan kalendar Islam di Malaysia merupakan hari yang disunatkan berpuasa Hari Arafah kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah saw ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah saw juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”


Sementara itu, puasa pada hari Arafah terutamanya di Malaysia menimbulkan kekeliruan ramai iaitu mengenai hari yang tepat untuk menunaikan ibadah puasa sunat tersebut memandangkan tarikh hari Arafah di Arab Saudi dengan Malaysia ada kalanya tidak sama pada setiap tahun.

Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkan berwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tidak mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.

Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah, kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam, yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya, maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.

CARA LAFAZ NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH (WUKUF) 


Hari Arafah mempunyai kelebihan yang besar dalam syariat Islam. Maka, puasa pada hari tersebut mempunyai kelebihan dan fadilat yang besar juga.

Sehubungan dengan itu, seorang Muslim digalakkan berniat untuk berpuasa pada hari Hari Arafah kerana pada hari tersebut ialah peluang untuk membersihkan segala dosa yang dilakukan.

Jemaah Haji Tidak Disunatkan Puasa

Bagi orang yang sedang mengerjakan ibadah haji, maka tidak disunatkan berpuasa, sesuai dengan sabda Nabi saw dibawah ini:

Dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, “Rasulullah saw telah melarang puasa pada hari Arafah di Padang Arafah.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Nasa-i, dan Ibnu Majah)

Mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

#SisSharing
Sumber: Pelbagai



P/S: Selamat berpuasa korang semua ! .. Jangan lupa bangun sahur ..

KETAM MASAK LADA HITAM PEDAS PES MAGGI

$
0
0
KETAM MASAK LADA HITAM PEDAS | Rasa macam lama benar tak up cerita memasak dari dapur uma Sis kan hehehe. Bukannya tak masak tapi asyiklah takde kat rumah, macam mana nak masak. Kejap di Paka, kejap di KL, kadang tu ada event pulak, then ada masa makan di luar, so memang takde laa cerita memasaknya hehehe.

So harini Sis nak kasi korang terliur dan mengences, Sis nak kongsi menu Ketam Lada Hitam Pedas Pes Maggi Sis yang Sis masak kelmarin hehehe. Memang tak nyempat nak up itu jam, sebab banyak urusan nak settle, harini baru sempat nak kongsi dalam blog.

Korang dah masak ke? Masak apa?

Kot kalau takde idea, bolehlah try menu ketam lada hitam pedas ni ya. Yerr pedas, sampai pijor bibir ko makan hahaha. Tapi yang itulah anak-anak suka, lagi pedas lagi sedap katanya. Dapat pulak ketam banyak isi, puas giler makan!


Nak masak jangan susah-susah, ikut aje macam Sis, kalau ada pes, ko guna aje pes hahaha.
Yer untuk resepi ketam lada hitam ni, Sis guna pes lada hitam cap Maggi tu. Lupa nak tangkap gambar pesnya, tapi korang mesti tau laa. Memang pes dia sedap dan lada hitamnya berbiji-biji, kalau masak dan makan, akan rasa lada hitam tu.

Sis masak 3 ekor ketam, kerat dua, dan guna 2 paket pes lada hitam maggi tu. Kalau guna satu pun boleh, tapi nanti kurang pekatlah. Sis dan anak-anak suka pekat-pekat gitu, baru sedap!

Bahan untuk tumis pun macam biasa aje. Bawang besar hiris dan korang cincang bawang putih agak 2/3 bijik. Sebagai bahan rasa wangi geli-geli gitu. Lada merah tu ikutlah suka kalau nak, kalau taknak tak payah letak.

Dan daun bawang pun sama, korang tak suka, tak payah letak. Buat apa susah-susah, kalau benda boleh jadi senang kan kan...


Alamak, terlebih lighting pulak gambar ni, malas nak edit hahaha. Jenis Sis ko snap, terus up je..janji korang nampak dan tau itu ketam, bukan sotong hahaha .

Oh! Nak masaknya pun senang. Korang tumis aje bawang-bawang tu semua, then bila dah wangi, korang masukkan pes lada hitam Maggi (yang telah di bancuh dengan air) ke dalam kuali. then kacau-kacau sikit. Lepas tu masukkan ketam (yang telah di kukus) dan gaul-gaul sebati bersama kuah lada hitam tu.

Kalau korang suka cair, tambah air lagi, kalau suka pekat, korang masuk air, tutup kuali tu dan biarkan dia mereneh dan pekat. Pastikan guna kuali tak melekat, kalau tak, hangit laaa ketam ko hahaha .

Macam Sis suka pekat, so begitulah rupanya hehehe. Kalau ketam dah di kukus, korang tak payah risau takut tak masak, cuma nak bagi kuah aje pekat dan pastikan gaul rata supaya kuah lada hitam tu resap dalam ketam..Ermmm sedapnya!

So yang nak cuba, silalah..awas ya..pedas okay!

Okaylah nanti sambung, nak melipat kain baju dan mengosok baju raya hahaha. Kan nak raya ni, esok-esok dah bizi di dapur pulak. Nanti takde masa nak buat semua kerja.
Petang ni ada jemputan makan pulak, balik tentu dah malam..so chow dulu..

OkBai.


P/S: Subuh tadi Suami call, nanti dia balik bawak ikan dari 'Bubu'..kita tengok dan lihat..

BERKAWAN BIAR SERIBU, BERKASIH BIAR SATU. BERMUSUH? BIAR MEMBISU

$
0
0
BERKAWAN BIAR SERIBU, BERKASIH BIAR SATU. BERMUSUH? BIAR MEMBISU | Itu pepatah baru Sis Lin ko hahaha. Betulkan, berkawan biarlah beribu, berkasih biar satu, tapi bermusuh? Biar membisu, sebab kalau dah bermusuh, buat apa nak banyak cakap, membisu lebih baik dari mencetuskan perang! Kang masing-masing nak menang, sampai ke sudah tak habis ceritanya.. Hahaha.

So bagi Sis nak kekal berkawan bukan senang, ada aje masaalah akan Allah duga, ikhlas dan tolak ansur ke tidak, itu akan dapat kita lihat sepanjang berkawan, kalau semua kawan ada sifat itu, maka kekal laa selamanya.

Tapi bagi Sis pulak, ikhlas dan tolak ansur tu senang orang nak buat dan lakukan, cuma Sis lebih suka cari dan tergolong dalam kawan yang jenis ayat sekarang 'poyo, tahan gurau, open minded dan tahan kena sound direct', haaa yang itu Sis suka berkawan..

Sebab jenis Sis ko, kalau tak suka akan sesuatu, Sis ko akan tanya depan-depan, tak kiralah siapa pun. Jenis yang memang tak tahan dengan sikap Sis, memang akan 'blah' laaa, sebab dia tak faham jenis berkawan. jangan depan aku kau baik aje, belakang aku...puiii tikam bertubi-tubi..haaaa gitu!

Dan kalau tak suka, mai cakap depan Sis, Sis terima seadaanya. Takkan sentap, cuma dah fahamlah apa yang serasi dan tak serasinya bila bersama.

Dan...dalam golongan kawan Sis yang paling lama Sis berkawan, adalah #GengBasSekolah76 Sis..phewww bapak lama kawan, dari zaman sekolah rendah darjah 1 sama kelas, sampai bawa ke hari ini punya lamanya..ko ngase?

Gaduh? Tidak pernah sama sekali.
Nangis? Kami nangis sama-sama
Susah? Kami saling membantu
Senang? Kami sering berkongsi
Gemuk? Kami gemuk sama-sama 😆

Dan mereka adalah.... S A H A B A T _ S E J A T I


“Friendship is born at that moment when one person says to another, ‘What! You too? I thought I was the only one.” – C.S. Lewis


“A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are.” – Unknown


“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It’s not something you learn in school. But if you haven’t learned the meaning of friendship, you really haven’t learned anything.” – Muhammad Ali


“If ever there is tomorrow when we're not together… there is something you must always remember. You are braver than you believe, stronger than you seem, and smarter than you think. But the most important thing is, even if we're apart… I'll always be with you.” – Winnie the Pooh


“Let us be grateful to the people who make us happy; they are the charming gardeners who make our souls blossom.” – Marcel Proust


“Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.” – Unknown


“For beautiful eyes, look for the good in others; for beautiful lips, speak only words of kindness; and for poise, walk with the knowledge that you are never alone.” — Audrey Hepburn


“If you go looking for a friend, you’re going to find they’re very scarce. If you go out to be a friend, you’ll find them everywhere.” – Zig Ziglar

Semalam punya cerita ni, dari Ikea ke Jusco Tebrau, sambut besday salah seorang dalam group kitaorang 'Happy Birthday Ima', and thank you SDS. Ada seorang lagi ahli dalam group #GengBasSekolah76 ni yang tak dapat join sekali semalam.

Nak kumpul semua bukan senang, so mana yang free dan sempat ajelah yang join semalam, tu pun syukur hampir semua ada. Pun plan last minit baru menjadi.

Terima kasih SAHABAT untuk persahabatan ini. Moga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah.
Aamiinn..


P/S: Kami semua dah 43 tahun. Jangan tak caya. Sis duk bayangkan nanti kami tua sesama, macam analah kan hehehe..

NASIHAT 17 - BUKAN ALLAH TIDAK SAYANG

$
0
0
NASIHAT 17 - BUKAN ALLAH TIDAK SAYANG | Dan adapun orang-orang yang diduga Allah swt dengan melimpahnya harta kepadanya, maka mereka mengatakan lihatlah Tuhan aku telah memuliakan dan sayang kepada aku lalu memberikan aku harta yang melimpah ini. Ini orang yang diduga dengan banyaknya harta dan cara memahami kemuliaan yang diberikan Allah itu adalah salah.

Begitu juga bagi mereka yang diduga Alllah swt dengan kesempitan hartanya lalu mereka mengatakan Allah swt tidak sayang dan tidak cinta mereka. Ini juga salah kefahamannya. Jangan sesekali ada yang berfikiran demikian.

Jangan menganggap bahawa banyaknya harta itu beerti Allah memberi kemuliaan kepada kamu, dan jangan pula menganggap bahawa kurangnya harta itu beerti penghinaan kepada kamu.

Kerana sekiranya kemuliaan itu dinisbahkan kepada hartanya, maka Qarun tidak akan dilingkupkan bersama hartanya di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya akan senantiasa ada orang-orang yang diduga dengan kekurangan harta.

Oleh itu wahai oang-orang yang diduga dengan banyaknya harta, daripada pemberian allah itu kamu tidak memberikan mana-mana bahagian daripada harta kamu itu untuk membantu anak-anak yatim dan juga mereka yang memerlukan, lalu kamu mendakwa diri kamu dimuliakan dengan harta kamu itu?

Masihkah kami mahu harta dengan sifat sebegitu?

Seseungguhnya hakikat hina adalah pada orang-orang yang diberikan harta namun berasa sombong dengan hartanya dan tiada membantu dan memberi manfaat kepada orang lain, yang akhirnya nanti dihukum oleh Allah swt.

Itulah orang yang hina, bukan orang yang mulia.

Maka jikalau kita diduga dengan kekurangan harta, maka cerminlah diri dengan peringatan sebegini. Mungkin sahaja jikalau dikurniakan harta, boleh jadi kamu tidak pandai gunakan harta itu untuk membantu orang lain kerana adanya sifat kedekut dalam diri kamu setelah itu. Jadi Allah tidak memberikan lagi kamu harta itu.

Oleh itu dapat difahami bahawa adakah itu nikmat ataupun musibah ?

Sudah pasti ia adalah nikmat kerana dapat dielakkan hukuman yang lebih besar daripada Allah swt .


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri .


P/S: Bersyukur selalu, pasti harta yang sedikit akan rasa banyak ..

'NYONYA PERGI MAKAN' BUFFET PROMOTION AT PULAI SPRINGS RESORT IN SEPTEMBER

$
0
0
'NYONYA PERGI MAKAN' BUFFET PROMOTION AT PULAI SPRINGS RESORT IN SEPTEMBER | Pulai Springs Resort will be offering its 'Nyonya Pergi Makan' buffet promotion on selected days in September 2019 at the all-day diningCinta Terrace Restaurant (Level 2) .

During the 'Nyonya Pergi Makan'buffet promotion, specially invited guest Chef Barnitus Ang who is a Peranakan from Melaka with the assistance from the resort's Executive Chef Kenny Lin will be preparing contemporary and good old-fashioned Nyonya cuisine.

Chef Bartinus Ang is a true-blue Peranakan from Melaka. At fifty eight (58) years old, has thirty seven (37) years experience in the cooking profession and has worked in several five-star hotels and resorts locally and abroad, namely Brunei and Mariana Islands.



The buffet spread will include a salad and soup corner, main course desserts and action stalls with live cooking.

Main Course 

Highlights on the menu include Nyonya Nasi Ulam, Ayam Pongteh. sambal Udang Petai, Sotong Masak Lemak Cili Api, Terung Sambal Udang Kering, Telur Cencaluk, Nyonya Chap Chai and Sup Ayam Kentang .






Action Stalls with Live Cooking

In addition, there will be stalls serving mouth-watering Nyonya Curry Laksa and Ikan Siakap Asam Pedas that will be prepared on the spot.



Salad and Soup Corner

Not Forgetting the greens, salad and appetizer corner, there will be Rojak Buah, Acar Mentah, Nyonya Kerabu Telur Goreng, Kerabu Soo Hoon, Otak-otak, Ulam-ulaman, sambal belacan and keropok.





Desserts 

And refreshing conclusion awaits with sweet delights such as Sago Gula Melaka, Bubur Cha-cha, Kedondong Asam Juice, Coconut Shake, assorted Nyonya Kuih, Jellies, mixed Fruit Cocktail and more.





'NYONYA PERGI MAKAN' BUFFET PROMOTION AT PULAI SPRINGS RESORT IN SEPTEMBER

The 'Nyonya Pergi Makan' buffet promotion is affordably priced at RM 35.00nett per-adult and RM 17.50nett per-child.
*For every 5 paying adults, 1 guest dines for free (5+1 promo) .

Booking your table now!!

For more information or reservations (recomended) Call +607 521 2121 or
Whatsapp http://www.wasap.my/60167332918 (Restaurant Manager)

E-mail : enquiry@pulaisprings.com
Website: www.pulaisprings.com

Parking is FREE for all guests .





P/S: Mana nak dapat buffet rm 35 tu? Menu banyak dan semua sedap, puashati! Ajak kawan-kawan, beli 5 percuma 1 okay!! .. 

AKU PENAKUT TAPI TETAP JUGA NAK LAYAN NETFLIX HORROR MOVIE

$
0
0
AKU PENAKUT TAPI TETAP JUGA NAK LAYAN NETFLIX HORROR MOVIE | Hahaha tak padan dengan penakut tapi nak juga Sis ko layan Netflix horror movie. Asal bukak je Netflix, ada je cite hantu seram baru, mana tak geram hahaha. Lepas tu bukan main eksen, nengok sengsorang, tapi seluruh alam rumah di bukanya lampu huahuahua.

Sampaikan bila anak Sis balik kerja malam, dia siap menumpang sekali nengok sambil makan hahaha. Selamat kejap ada geng teman. Kalau si kakaknya, jangan harap nak nengok cite hantu, dia kata 'donggeng', hantu entah apa-apa katanya, kalau nak tengok hantu, tengoklah hantu Korea katanya, baru real..ermmm..nak hantu ensem aje ek dia..hampeh!

Baru-baru ni Sis layan horror movie sampai 2 cerita. Mula nengok filem Pengabdi Setan. Kusss semangat punyalah seram gile, muka hantunya je dah menakutkan, berapa kali Sis ko menahan kencing gara-gara takut nak ke tandas hahaha. Anak balik kerja tu barulah pi kencing. Seram gile dia punya suspen hantu.

Ada sekali tu tengah tengok, Suami call, sampai Sis ko tak angkat, duk fokus nengok sebab masa tu hantu nak keluar hahaha. Lepas hantu dah keluar, Sis call Suami balik hahaha. Suami pun bebel gak, bukan apa, kata dia, kang dah tengok, mimpi memacam, pastu kang tak boleh tidur, sakit kepala, huhuhu panjang bebelan Suami..Sis ko dengo aje..

Korang nengok laaa, layan horror movie, boleh geng gan Sis dan Cik Lily Putih , dia pun #KakiNetflix gak hahahaha. Malam tu le kemaruk sampai 2 filem seram Sis ko layan, satu filem indonesia, satu lagi filem Thailand. Yang satu tu arwah bangun semula, yang satu lagi tu hantu langsuir.

Tapi seram pengabdi setan tu tak boleh bawa bincang!
Nasib baik perut rasa takde rasa nak terberak, kalau tak mampos menahan hahahaha.


Pengabdi Setan 

Korang dah pernah tengok ke? Sis pertama kali nengok ni. Filem seram Indonesia 2017 yang dikeluarkan pada 28 September 2017, ditulis dan diarahkan oleh Joko Anwar dan ia merupakan pembikinan semula dari filem 1980 dengan tajuk yang sama yang diarahkan oleh Sisworo Gautama Putra.

Ianya mengisahkan keluarga yang ibunya mengalami penyakit pelik selama 3 tahun. Ibu itu tidak dapat bertahan dan akhirnya mati. Ibu yang mati kemudian pulang ke rumah untuk mengambil anak-anaknya.

Tang Ibunya datang balik tu ler, kemain seram mukanya...tapi...last-last...geng hantu-hantunya kenapa pelik dan kelakar? Hahaha...

Korang nengok le sendiri nanti 😆


Inhuman Kiss 

Yang ini cite baru main wayang tak silap, Sis pernah baca review-review blogger yang pergi menontonnya. Tak sangka dah masuk Netflix. Filem seram Thailand  2019 yang diarahkan oleh Sittisiri Mongkolsiri dan dibintangi oleh Oabnithi Wiwattanawarang, Phantira Pipityakorn, dan Sapol Assawamunkong,

Mengisahkan seorang gadis yang mendapati dirinya telah mewarisi sumpahan Krasue yang membuat kepala dan badannya saat malam tiba terpisah.

Tak silap filem ni main wayang bulan Mac lepas. Tapi cite ni kalau korang pernah nengok filem Indonesia yang Kuyang tu? Haa lebih kurang samalah. Badan berpisah dengan kepala, antu langsuir juga tu, cuma jalan cerita ada beza sikit.

Apa yang Sis nak cakap..kadang kita pun tak tau kita ni manusia ke hantu, macam dalam cite nilah, dia tak tau dia kena sumpahan langsuir,...kesian dia kan...tapi last tu, alaaa sedih laa pulak huhuhu...korang negoklah sendiri ya..

Dah dah, tengok sendiri laaa yer.. nanti Sis nak tengok yang lain pulak, kemain banyak pulak dia masuk cite baru..hehehehe..

OkBai..
Nanti sambung lagi...
#KakiNetflix



P/S: Kalau ada Suami nengok dengan dia, Suami suka menakutkan Sis, dari memang seram, bertambah seram jadinya huhuhu

CARA DAN LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT AIDILADHA

$
0
0
CARA DAN LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT AIDILADHA | Solat sunat Aidiladha dianjurkan supaya dikerjakan setiap tahun pada 10 Zulhijjah.  Solat sunat ini hendaklah dilaksanakan secara berjemaah dan selepasnya dibacakan dua khutbah oleh khatib (pembaca khutbah).

Waktu bagi solat sunat Aidiladha adalah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah kepada sebelum masuk waktu Zohor.

Cara melaksanakan solat sunat Aidiladha adalah sama sebagaimana solat sunat Aidilfitri, cuma perbezaannya adalah dari segi niat. Solat sunat ini biasanya dilakukan lebih awal berbanding solat sunat Aidilfitri kerana selepas solat, jemaah bersegera melakukan ibadat korban.

Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.


Suka tengok gambar ni. Kredit pic SINI  

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih


Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.

Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Lafaz tasbih

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.

Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha

Rakaat Pertama

- Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.

- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat kedua

- Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
- Memberi salam.

Khutbah Aidiladha

Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.

Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Amin..
#SisSharing



P/S: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA korang!!

RESEPI RENDANG DAGING POWER

$
0
0
RESEPI RENDANG DAGING POWER | Esok raya! Mesti semua memasing tengah sibukkan memasak di dapur. Tengah merebus ketupat, buat ketupat palas, lemang, dan ada juga tengah merendang. Yes! Apalah nikmat hari raya kalau takde rendang dan ketupatkan...kannn..

Memang family Sis dari rumah Emak hingga ke rumah Sis, kalau kata nak raya, mesti nak masak hari raya. Menu tetap sama, ketupat, lemang, rendang, lodeh, sambal kacang, tu menu wajib ada! Kami semua memang tak pandai nak makan atau masak menu lain selain menu raya. Tak kisahlah raya haji atau raya puasa sekalipun.

Yer ada orang lain-lain kan, dan ada juga terus tak masak pun adaaa...tak tau kenapa hehehe..masing-masinglah kan..tapi rumah Sis dan rumah Emak, mesti nak masak! Makan dari pagi membawa ke petang dan malam.

Untuk raya haji ni, Sis nak cubalah resepi rendang power ni, nampak macam sedap sungguh! Rendang ada banyak versi dan resepi, lain tangan lain rupa dan rasa rendangnya. Kalau Suami tak kisah, rendang apa versi pun, janji lauk kambing dia ada hahaha..Itu yang dia cari dulu.

So untuk yang ini Sis kongsikan resepi Rendang Daging Power ni. Kotlah korang pun tengah nak mencari resepi rendangkan, haaa bolehlah cubanya okay!

Gambar kredit dari blog tu juga.


Resepi Rendang Daging Power 

BAHAN-BAHAN

1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2  sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*

- Sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
- Dan kisar kering sampai halus(ketepikan)

1 kg daging(potong nipis) @ seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik**
4 ulas bawang putih**
2 inci halia**
2 inci kunyit hidup **
4 btg serai**
1 inci Lengkuas**
10 tangkai cili kering** (rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik

Minyak masak secukupnya
Sekilo santan
Garam
Daun kunyit & Daun Limau purut (hiris halus)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Kisar bahan-bahan bertanda **
2. Tumis bahan-bahan kisar sampai garing dan pecah minyak
3. Masukkan rempah yang dikisar halus tadi.. kacau sebati
4. Masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
5. Bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan masak sampai pekat
6. Masukkan kerisik.. Tabur daun kunyit
7. Rasakan dengan garam.. kalau suka manis nak letak gula pun boleh

Resepi Sis ada edit untuk pemahaman Sis .

Resepi asal : http://resepisheilarusly4u.blogspot.com/2018/03/resepi-rendang-daging-power.html


P/S: Dah terasa-rasa dek anak tekak ni haaa..dah Jom memasak untuk berbuka puasa!
Viewing all 4498 articles
Browse latest View live