Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4445 articles
Browse latest View live

LAGU 'HANYA RINDU' ALIFF AZIZ TUJU BUAT BELLA ASTILLA

$
0
0
LAGU 'HANYA RINDU' ALIFF AZIZ TUJU BUAT BEKAS ISTERINYA BELLA ASTILLA | Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Berhati-hati apabila berkata-kata ataupun menyatakan sesuatu kerana kata-kata yang sudah terkeluar sukar ditarik balik dan memberi kesan yang mendalam ataupun melukakan hati orang lain.

Benarlah kata orang dahulu, baik dalam pergaulan bebas ataupun dalam rumahtangga, jagalah adab sopan dan tutur kata sewaktu berkata-kata kerana ianya akan mendatangkan keburukan kepada diri kita pada masa akan datang. Peliharalah lidah kita daripada memperkatakan sesuatu yang tidak betul, kerana ianya boleh memporak-perandakan kehidupan kita.


Hanya Rindu - Andmesh Kamaleng

Saat Ku Sendiri, kulihat photo dan video
Bersamamu yang tlah lama kusimpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa, ku ulang kembali

Kuingin saat ini, engkau ada di disini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati Ini Hanya Rindu

Segala cara telah kucoba
Agar aku bisa tanpa dirimu
Namun semua, berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu

Kuingin saat ini, engkau ada di disini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukan diri ini tak terima kenyataan
Hati Ini Hanya Rindu
Hanya Rindu

Kuingin saat ini, engkau ada di disini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati Ini Hanya Rindu
Hati Ini Hanya Rindu
Kurindu senyummu Ibu...

Videonya korang boleh klik sini : https://youtu.be/CJC5PY5erzI




P/S: Bila depan mata tak di hargai, bila dah tiada, haaaa rindu rindu..

LIRIK LAGU SATUKAN RASA - SITI NORDIANA DAN KHAI BAHAR

$
0
0
LIRIK LAGU SATUKAN RASA - SITI NORDIANA DAN KHAI BAHAR 
Komposer: Dinda & Kanda
Lirik: Iman Imran

Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir
Puas menafi bisikan di hati
Namun tak terdaya
Untuk mnghalang rindu

Aku pendam rasa
Dan menjadi teman
Engkau ingin ku miliki
Namun aku tidak mampu
Untuk memiliki cinta
Yang semulia sepertimu

Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Diriku diselubung rindu

Rasa penuh prasangka
Dia penguat jiwa
Kita pinta takdirnya
Pergilah sepi

Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Kau hidupkanlah rasa ini

Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Sungguh aku rindu

Cinta penuh prasangka
Kuatkanlah hatiku
Agar ikatan ini terjalin

Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia

Satukanlah
Satukan rasa






P/S: Dan bila Suami ko bagi link youtube lagu ni hahahahaha... ermmm rindu kita leteww ...

BIAR TERLEBIH MAKAN SOTONG, ASAL JANGAN PERANGAI MACAM SOTONG

$
0
0
BIAR TERLEBIH MAKAN SOTONG, ASAL JANGAN PERANGAI MACAM SOTONG | Hahahaha korang mesti gelak berkerut dahi kan bila baca tajuk tu. Ada ke perangai macam sotong ek? Hahahaha. Korang tau tak perangai macam sotong tu apa? Laaa tak tau ke? Takpe, sila rajin membaca dan menelaah yer, Sis ko malas nak explain, sebab kepala tengah biol gara-gara terkena hujan siang tadi.

Yerr harini agak lambat nak update dan takde 2/3 post entri harini. Sebab Sis baru je sampai dari Paka. Ikutkan tadi pagi Suami pujuk suruh balik esok, tapi dah janji dengan anak nak balik harini, anak nak guna kereta esok, so tu yang Sis balik juga ke Johor harini. Susah juga bila si Viva takde. Ermm..

So pagi tadi Sis gerak jam 10am , sampai Johor dalam jam 3pm. Suami sampai 2 kali col bertanya, selagi tak sampai, gitu ler dia kalau Sis drive pergi balik, tak henti col, risau beno.

Sepanjang jalan ke Johor, cuaca okay redup-redup kejap panas, tapi sampai di area selepas Rompin, hujan lebat sangat, sampailah ke Kota Tinggi. Dalam hujan tu lerr nak terkencing pulak, masuk petronas, parking takde, kena park jauh sikit. Dah ler hujan, tapi sebab tak tahan, Sis ko redah juga, tu yang terkena hujan, sampai laaa ni kepala rasa biol. Baru lepas telan panadol. Ada ler lega sikit.

Time drive tadi, perut lapar, tadi hanya makan kuih yang Suami belikan buat bekalan masa balik. Suami ajak sarapan, tapi Sis pulak yang taknak, sebab dia dah belikan kuih, bazir je nanti, so sepanjang jalan, makan kuih dan minum nescafe.

Dan dan terus terbayang Nasi Goreng Sotong..adeiii lapo sesungguhnyaa rasa bila teringat oiii...


Yerr kalau ke Paka ni memang mewah betul dengan menu sotong. Sotong dia pulak kemain besau, bukan jenis kecik-kecik punya. Kalau korang follow cite Sis sebelum ni pun, Suami suka beli sotong bawa balik Johor, sebab sana sotong murah.

Macam nasi goreng sotong ni, korang rasa berapa rm? Haaaa idok mahal, hanya rm 13 sahaja. Murah ke mahal? Berbaloi besar giler sotong dia.

Rezeki Sis, malam yang Suami belikan nasi goreng sotong ni, dalamnya ada telur sotong ko, perghhh bukan senang nak dapat telur sotong, gemuk pulak tu! Kenyang makan. Nasinya pun banyak sebekas, cumanya tu lerr, mereka di sana masih belum lagi mengambil langkah mengelakkan menggunakan polisterin sebagai bekas makanan. Masih lagi menggunakannya, ermmm...

Takpelah nak taknak makan aje ler kan.


Tadi tu makan malam hari pertama Sis sampai Paka. Then esoknyakan Sis ke KL 2 hari 1 malam dengan Suami (tu nanti cite lain), then masa sampai Paka dari KL tu, Suami tanya nak makan apa? Lelajuu Sis jawab 'SOTONG' hahahahaha..

Suami kata sotong lagi ? 😆

Sis ko gelak nengok muka Suami bila dengar sotong hahahaha. Terus Sis kata, biar makan sotong, jangan perangai macam sotong hahahahah. Tambah gelak Suami.
Makanya malam tu menu sotonglah lagi.

Tapi... kali ni Suami Sis betul-betul bagi Sis ko sotong, di belinya Sis sampai 2 ekor, makan sampai puas katanya, amekkawww hahahahaha. Menu sama nasi goreng, cuma sotong je ada 2 ekor, saiz lagi besar punya. Sis makan sorang, Suami makan kepala sotong aje, sebab Suami Sis dia makan sup ekor, taknak makan sotong. Dia kata jemu dah hahahaha.

Kalau korang tanya kat mana kedai jual nasi goreng sotong ni, ermmm tak reti nak bagitau, yang Sis tau, Suami sebut Kampung Nelayan hahahaha. Yerr Suami Sis 'Penghulu' kat kampung tu. Mana taknya, masa ikut dia pergi sana beli makanan ni, semua orang menegur dia, tu yang Sis kata, dah macam tok penghulu, gelak Suami Sis hahahaha.

Kampung Nelayan tu, tempat nelayan semua turun naik ke laut, semua bot-bot parking situ, termasuklah tempat melepak Suami Sis. Katanya kalau Suami Sis takde ke sana sehari, semua orang mencari hahahaha, tok penghulu laa katakannn  😝

So kalau korang nak cuba, carilah Kampung Nelayan, jangan cari Suami Sis hahahaha.

Okaylah, panjang pulak membebel pasal sotong, now misi nak mendobi pulak.
Nanti malam nak keluar makan malam dengan anak-anak pulak.
OkBai.




P/S: 'Menghitung Hari' .... tak sabar nak holiday berdua!! ..

APA YANG KAU CARI SEBENARNYA DI SINI?

$
0
0
APA YANG KAU CARI SEBENARNYA DI SINI? | Yaaa apa yang kau cari sebenarnya di sini? Lama dah Sis perhati, kau taip www.sislin76.com kemudian bila dah bukak view, then kau baca satu tajuk, kau klik. Habis baca kau scroll, kau scroll lagi sampai ke bawah.

Habis scroll kau turn back, kau bukak balik dari atas, kemudian kau buka lagi satu tajuk, kau baca dengan dahi berkerut..then kau turn back semula..

Kau scroll lagi, kau baca lagi, dah baca eh kau gelak pulak..

Kau baca lagi sampai habis, dah habis kau turn back balik, then kau scroll atas balik, kau buka lagi tajuk lain...

Bila ada satu tajuk tu, akan kau baca dengan perasaan menyampah, menyirap darah kau membacanya, sebab? Mungkin kau jeles! Tapi kau baca lagi sampai habis..

Habis baca satu tajuk, kau tak puashati, kau buka lagi, kau baca lagi, memang menyakitkan, tapi kau baca lagi dengan satu perasaan ingin tahu..

Hinggakan semua gambar kau zoom paling habis, semua kau belek, dan ada ketika juga, kau siap print skrin lagi, oh! kau memang ada masaalah jiwa..

Tapi kau scroll lagi dan baca sampai habis.

Tiba masa kau geram, kau nak klik X dan tutup...tapi kau jenis suka amik tau, so kau teruskan membaca, baca lagi sampai habis semua tajuk terbaru semua kau dah baca.

Yerr Sis perhati aje, pageview semakin naik, tanpa sedari kaulah salah seorang penyumbangnya..dan tanpa kau sedari, Sis ko ni tau kau view tajuk yang mana hahahaha..

Sila-silakan membaca sehingga kau rasa puas! Sis ko akan terus menulis selagi ada cerita. Baik ceritera harian, cerita kebahagiaan, cerita makan, cerita percutian dan segala cerita ceritilah..semuanya akan Sis ko tulis di sini..

Usah risau, takde sapa yang nak marah kalau kau terus membaca di sini, dan takkan Sis ko block sesiapa yang datang membaca pun..blog ni public, satu DUNIA boleh baca dan view.

Teruskan membaca, sebab membaca itu amalan yang mulia..lagi kau suka membaca, lagi suka Sis kau nak kongsi semuanya hehehe..

Tapi....kenapa hanya membaca sahaja?

Hurmm komen mana komen...dah baca silalah komen hahahahaha..


Siapa kau?

Kau tau siapa KAU ..

Dan KAU baca je ke? Pastu buat 'report' ek, hahahahaha  *gelak Jin ...





P/S: Huhuhu pepagi Suami dah col kata 'rindu' aishhhh...terus hati jadi sedih pepagi..Sabarlah Suamiku, tanggungjawab di sana masih ada..  😭

BORONG CADAR PATCHWORK RM50 DAN SHAWL KEKNIS RM7 DI GM KLANG!

$
0
0
BORONG CADAR PATCHWORK RM50 DAN SHAWL KEKNIS RM7 DI GM KLANG! | Yaaa kalau sebut je nak ke GM Klang, Sis ko memang terbuntang mata, terus dah tau dah nak beli apa hehehehe. Lagi pulak kalau Suami yang pelawa, lagi ler laju Sis ko iyerkannya hahahaha.

Hujung minggu baru ni, dari Paka Sis ke Klang bersama Suami untuk hadir ke jemputan perkahwinan sepupu Sis pada Ahad tu. Then Sis mengajak aje Suami stay hotel di area Klang dengan satu harapan Suami akan pelawa ler ke GM Klang hahaha *taktik, lagipun tempat perkahwinan pun area situ je..

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/biar-terlebih-makan-sotong-asal-jangan.html

Dan seperti yang Sis tau, Suami macam tau-tau ajer apa isi hati Sis, dalam kereta lagi dia terus kata 'Esok pagi kita ke GM Klang dulu, baru ke rumah Mak Ngah', hahahaha yehaaaa! Baik!

Keesokkannya, pepagi lagi kami dah bersiap, Sis ajak Suami sarapan aje di kedai mamak di GM Klang tu, Suami kata okay juga, lama tak makan roti canai katanya. Maka seawal 9.30am kami berdua dah sampai GM Klang. Order makan dulu then duduk-duduklah sembang sampailah jam 10.30am menunggu kedai bukak.

Dalam kepala Sis, dah tau dah nak beli apa, dan rasanya Suami pun tau, sebab masa nak masuk ke dalam Suami siap kata, bahagian cadar atas tu kan hahahaha. Yes Suami tau apa Sis nak beli.


Kelupaan plak Sis tingkat berapa yang Sis beli cadar ni, tapi setiap kali beli di sini tetap kedai yang sama juga Sis pergi. Memang murah walau jenis kualiti dia tidaklah tebal seperti yang harga mahal tu, tapi jadilah sekadar buat alas dan persalinan pakai di rumah.

Kainnya pun tidaklah berapa panas, lagipun rumah Sis semua bilik tidur ekon, kekadang aje guna kipas kalau cuaca hujan, so masaalah panas pada kain tu takdelah jadi masaalahnya.

Murah memang! Saiz queen hanya rm50 sahaja, tapi hanya ada satu cadar dan juga 2 sarung bantal aje. Kalau yang rm100 ada 4 sarung bantal, 1 sarung bantal peluk dan 1 cadar, tapi kualiti kain dia ada bagus sikitlah dari yang rm50 tu. Bagi Sis tak kisahlah, janji cadar dapat bertukar selalu dan coraknya sedap mata memandang nak tidur.

Sis belikan juga yang jenis single untuk anak bujang, walaupun anak bujang tak suka, sebab corak-corak bebunga gitu hahahaha. Tapi sebab geram punya pasal Sis belikan juga. Untuk yang saiz single rm35 sahaja. 1 cadar dan 1 sarung bantal.

Tengah membelek-belek, Suami pulak panggil, suruh pilih selimut parchwork tu. Cantik katanya. Yaa memang cantik. Untuk harga selimut rm35, saiz King. Lembut dan sejuk kainnya. Sis pilih satu aje. Buat untuk bilik tetamu.

Dah settle semua, Sis minta diskaun masa nak bayar hehehe. Jadi dapatlah semua tu 2 cadar Queen, 1 cadar Single dan 1 selimut dengan harga rm 150 sahaja. Hehehehe.

Okaylah kan..murah bagi Sis..ke ada tempat lagi murah? Sila bagitau.


Dah siap beli apa yang di mahukan, sesambil turun eskalator nak keluar, eh Suami boleh pulak tanya 'Taknak beli tudung ke?' hahahaha...jangan di tanyaaa, kan dah kata 'iyerrr nak!' hahahaha..

Sis ko apalagi, terus je singgah kedai tudung mana yang depan mata. Hajatnya nak beli ler bawal satin berbunga-bunga yang trend orang pakai sekarang tu, tapi Suami kata 'Tak cantik', ermm Suami kata beli jee laa tudung biasa pakai tu, sambil tunjuk shawl yang Sis pakai ketika tu.

Okay, makanya memilihlah Sis ko dengan rambang mata warna-warna yang ada. Ikutkan warna tu semua macam dah ada dah kat rumah, tapi sebab geram punya hal, Sis ko amik je mana mata berkenan. Selai rm7 sahaja. Shawl Keknis katanya.

Dah pilih, Suami bayar dan terus cakap, 'Dah dah jom balik, kang tersampuk lagi' kakakakakakah!

So puashati Sis ko dapat apa yang di inginkan. Suami amat ler faham. Tak payah nak memahal, dapat beli yang murah pun dah cukup bahagia rasa. Alhamdulilah. Moga Allah tambahkan rezeki Suami berganda-ganda.

So korang ada macam Sis tak? Gile cadar patchwork? Tapi level Sis ko GM Klang jer hehehehe..

Tapi kalau ada murah lagi bagitau. Kat Ayer Itam pun queen saiz rm80 tau! GM Klang je rm50 .
Sebab tu kata kalau korang kata rm50 tu mahal, ada murah lagi bagitau Sis ya.





P/S: Tips: Sebelum guna, masa pusing cuci dalam mesin tu, korang masuk softlan sekali, nanti lembut kemain! ..

WORDLESS WEDNESDAY - KORANG INGAT SIS ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA?

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - KORANG INGAT SIS ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA? | Oh! Tidak...tak kowser nak fikir dan memikirnya. Banyak benda lain nak fikir oii..

[Fikir ini] : https://www.sislin76.com/2019/07/apa-yang-kau-cari-sebenarnya-di-sini.html

 Jangan jadi macam 'Hantu' macam dia di bawah ni. Terlalu banyak sangat memikir dan 'skodeng' stalker orang, sampai jadi macamtu hahahaha..

Kesian ..






P/S: Ikutkan nak membebel panjang tapi opsss lupa, wordless wednesday lor..so faham-faham sudahlah .. Hahhahaa

PEMAKANAN UNTUK WANITA SELEPAS JALANI PEMBEDAHAN FIBROID ATAU CYST

$
0
0
PEMAKANAN UNTUK WANITA SELEPAS JALANI PEMBEDAHAN FIBROID ATAU CYST | Lepas operate, memang kita perlu pantang. Tapi pantang ni banyak kepercayaan. Pantang cara orang tua lain, cara moden sekarang pun lagi lain. Dan kalau pantang doktor, pun ada lain juga.

Macam kes dan pengalaman Sis sebelum ni banyak ikut pantang dari Doktor dan pantang orang dulu-dulu. Tak kisahlah bedah apa sekalipun, kalau dah namanya bedah, so kena berpantang. Luar nampak elok, tapi dalam? Kita mana tau kesembuhannya.

Jenis Sis memang penakut oi tang sakit dalaman, memang kata kalau kena pantang, memang akan Sis pantang. Lagi pula kalau di jaga oleh Suami, nampak je Suami Sis tu gitu, tapi kalau membebel bab pantang ni, ermm menanah telinga oii dengo..Tapi tu laa, untuk kebaikan bersama.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2018/05/pengalaman-pembedahan-laparoscopy.html
[Juga sini] : https://www.sislin76.com/2018/07/kesan-selepas-5-bulan-jalani-pembedahan.html

Banyak debat pasal pantang ni. Tapi kali ni Sis nak share mengenai pantang khusus untuk kesihatan rahim selepas pembedahan, yang di kongsikan oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat.


DERMOID CYST PADA OVARY KIRI

Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut.
Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.

Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya.

Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal.
Lepas bedah perlu amalkan cara gaya hidup sihat.


MAKANAN UNTUK WANITA SELEPAS BEDAH

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 3/4 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin, jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung, contohnya: donut, kueh-kuih, ice krim , chocolat dan lain-lain yang berkaitan. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buah dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain. Digalakkan makan ulam-ulam, sayur-sayur bayam, bendi, terong, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadrat. Makan buah-buah atau segenggan campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai . Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda. Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.




P/S: Yang dah pernah laluinya mesti jadi fobia, termasuk Sis. Memang mimpi ngeri masuk bilik bedah tu oii..kalau boleh janganlah berlaku lagi. Sama-sama kita menjaga kesihatan.

WORDLESS WEDNESDAY - JANGAN AMBIL HAK ORANG LAIN

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - JANGAN AMBIL HAK ORANG LAIN 


Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim - Dari Abi Umamah Iyas bin Tha'labah al-Harisi r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : 

"Barangsiapa yang mengambil hak milik seseorang dengan sumpahnya (mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan mengharamkan syurga untuknya dimasukinya."

Kemudian seorang lelaki bertanya: "Kalau hanya barang yang sedikit Ya Rasulullah?"

Nabi SAW menjawab : "walaupun hanya sebatang kayu araak ( kayu yang digunakan untuk bersiwak/bersugi)". 




P/S: Oleh itu marilah kita SAMA-SAMA BERINGAT agar kita tidak mengambil hak orang lain tanpa izin walaupun PERBUATAN itu pada pandangan kita sangat kecil..

BILA KAMBING GOLEK BERTEMU DURIAN MUSING KING

$
0
0
BILA KAMBING BERTEMU DURIAN MUSING KING | Korang bayangkan bila dah makan kambing then selepas tu ko makan pulak durian musang king! Ko rasa? Tak ke Sis dengan Suami macam orang mabuk kepayang tido malam kepanasan dan kepala senoneng, macam mabuk ketum! hahaha.

Oh! Kambing tu kami makan sewaktu hadir di majlis perkahwinan sepupu Sis di Klang baru-baru ni. Memang puaslah kami makan kambing. Kena plak kemain sedap kambingnya di makan bersama kentang lenyek, coleslaw dan juga aneka sosnya. Bertambah-tambah kami suami isteri makan berulang-ulang.

Tapi dalam pada makan, beringat juga yer. Memasing ada penyakit hahahaha. Suami ingatkan Sis, Sis ingatkan Suami hahahahah.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/borong-cadar-patchwork-rm50-dan-shawl.html


Memang kalau di majlis perkahwinan sepupu ni (anak kepada Pak Ngah adik kepada Emak Sis) akan ada kambing golek. Kalau pergi memang dah aim dia punya kambing. Tak tau kenapa sedap beno rasa kambing golek dia ni. Mungkin sebab rempah serapan dalam isi tu ha, atau cara bakarnya juicy gitu.

Tak taulah, tapi memang sedap!.

Sampaikan Sis takde makan nasi berlauk tetamu hahahaha, Sis hanya pekena kambing golek, apam balik dan juga cendol.


Tahniah buat Farid dan isterinya. Selamat pengantin baru moga bahagia kekal hingga ke Jannah. Sama cantik sama padan. Muka pun dah seakan sama. Orang kata kalau muka sama dengan suami/isteri, maka jodoh tu panjang, sejuk dalam rumahtangga. Aamiinn..mudah-mudahan..

Sama le macam Sis dan Suami, semua kata muka suami Sis sama, sampai ada juga kata 'You dua adik beradik haa?' hahahaha lawak tak! Padahal suami tu jawa, mana datangnya cina hahahaha..

Dan berkat doa 'muka sama' kami berdua, alhamdulilah dah 25tahun kami bersama. Moga jodoh kasih sayang cinta kami berkekalan hingga ke Jannah juga.


Sis dan suami tak lama di majlis tu, sebab Trengganu hari bekerja Ahad, makanya telefon Suami tu non stop ler bunyi semua mencarinya. So kami gerak awal balik ke Paka. Dalam pada awal, petang gak sampai Pakanya. Tau-tau je ler suami tu, ada je tempat nak nyinggahnya..

Katanya takpe, sesekali bawak isteri jalan jejauh hahahaha...KL je pung!

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/biar-terlebih-makan-sotong-asal-jangan.html

Sejujurnya inilah kali pertama Sis makan durian musing king. Itu pun beli sebab kawan suami Sis kirim isterinya mengidam. So masa kami balik dari jemputan kahwin sepupu Sis dari Klang ke Paka, akan lalu lebuhraya Karak, maka kami singgah beli di kawasan Bentong.

Memang situ musang king sesaja ko. Kiri kanan semua musang king. Sis siap tanya suami, original ke musang king tu opsss hehehehe. Sekali tanya harga rm39 sekilo ko, terbeliak mata Sis ko dengo. Suami beli 3 bijik harga hampir rm200 lebih hengget! Ko rasa hahahaha.

Nasib ler orang kirim, kalau tak Sis ko pun takde rasa teringin nak beli dan makan musang king tu semata. Mahal satu hal, dan isinya tebal beno, Sis kurang suka. Lebih suka durian kampung isi nipis-nipis gitu....

Tapikan, rasa musang king ni!........rasa dia perghhhhhhh amekkawwww memang patut mahal!! Sedap gile!! Puashati makan!

Yer suami belikan Sis sebiji, kami makan bersama malam tu. Memang puashati sangat!
Merasa juga Sis ko makan musang king hahahaha. Terima kasih incik Suami.

Dan malam tu, memasing macam cacing kepanasan susah nak tido hahaha, adeii haru betul! Siap suami ajak keluar berjalan ke bandar Paka jap, minumlah air barli panas secawan di kedai, makan pulak sup sayur kongsi berdua hahahaha. Aje gelihati bila ingat-ingat.

Apa-apa pun, korang jangan macam kami, siang makan kambing, malam makan durian, pitamm!
Rezeki jangan di tolak, ye dakkk hehehehe..




P/S: Moga Allah sihatkan suamiku. Berilah dia kesihatan yang baik di sana demi mencari rezeki. Aamiinn..

DOA ORANG TERANIAYA TIADA HIJAB DAN MAKBUL

$
0
0
DOA ORANG TERANIAYA TIADA HIJAB DAN MAKBUL | Tiga perkara yang perlu kita bimbang berlaku ke atas diri apabila terkena doa orang yang kita aniaya, fitnah dan zaliminya. Ini kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan oleh Allah SWT.

Meski Allah melarang kita mendoakan orang lain agar celaka atau mendapat bencana, namun khusus terhadap orang-orang yang di zalimi atau di aniaya, Allah membolehkannya. Jadi saat seseorang di zalimi dan di sakiti dan dia mendoakan orang yang menyakitinya agar ditimpa musibah, Allah akan mengabulkannya.


Allah swt telah berfirman:

” Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.” ( 148 : an-Nisa)

Jadi meski ada orang yang kafir atau jahat, hendaknya kita tetap berlaku adil. Tidak berlebihan dan menzalimi mereka. Sebab doa orang yang teraniaya meski mereka itu kafir dan jahat, tetap dikabulkan oleh Allah SWT.

Dari Mu’az ra. berkata: Aku diutus oleh Rasulullah saw. lalu Beliau saw. bersabda:

"Sesungguhnya engkau akan mendatangi sesuatu kaum dari ahli kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwa aku adalah utusan Allah. Jika mereka telah patuh untuk melakukan itu, maka beritahukanlah bahwa Allah telah mewajibkan atas mereka shalat lima waktu dalam setiap sehari semalam. Jika mereka telah patuh untuk melakukan itu, maka beritahukanlah kepada mereka bahwa Allah mewajibkan atas mereka zakat yang diambil dari orang-orang kaya di antara mereka, kemudian diberikan kepada yang miskin. Jika mereka telah patuh untuk melakukan itu, jauhilah harta mereka. Peliharalah diri kalian dari doa orang yang terzalimi, karena sesungguhnya tidak ada penghalang antara doa tersebut dengan Allah."

Dari Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda:

Ada tiga doa mustajab (dikabulkan) yang tidak ada keraguan di dalamnya, yaitu: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa buruk orang tua kepada anaknya. (HR Abu Daud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata: Hadis hasan)

Dalam Surah an-Nisaa’, ayat 148 yang bermaksud:

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Ingatlah, doa orang yang teraniaya termasuk dalam golongan doa yang pasti dikabulkan Allah. Maka, apa saja doa yang mereka panjatkan sama ada bermaksud baik atau sebaliknya akan dimakbulkan.

Waallahuaklam ..




P/S: Kita rasa teraniaya atau di aniaya? Jom berdoa!

NASIHAT 14 - JANGAN MIMPI MASUK SYURGA DENGAN MUDAH

$
0
0
NASIHAT 14 - JANGAN MIMPI MASUK SYURGA DENGAN MUDAH | Wahai orang-orang yang beriman! Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga dengan mudah begitu sahaja tanpa sebarang halangan dan kepayahan. Sedangkan Allah swt belum lagi mendatangkan ujian dan dugaan untuk mengetahui manakah di antara kalian yang benar-benar bersabar, bermuhajah di jalan Allah swt.

Oleh itu jangan sesekali menggangap bahawa syurga itu murah dan boleh dicapai dengan mudah.

Wahai insan, wahai mukminin! Kalian bilamana ingin mendapati kedudukan tertinggi dalam hal dunia, apakah mudah untuk kalian mencapainya? Sudah tentu tidak mudah. Kalian perlu belajar bersungguh-sungguh supaya mahir dalam hal tertentu, dan tidak cukup dengan itu perlu mendapat pengalaman secara praktikal.

Terkadang perlu dihantar ke mana-mana yang jauh untuk memperolehi kepakaran tentangnya, yang aktif sekali barulah mampu mencapai kedudukan yang tertinggi.

Maka seumpama itu jugalah dalam mencapai syurga, tidak akan diperoleh dengan tidur dan berehat sahaja. Bahkan syurga itu jauh lebih mahal daripada segala apa kedudukan yang ada di dunia ini.

Jikalau dalam keduniaan, ramai dalam kalangan kita yang sanggup bertungkus lumus mendapatnya walaupun perlu mengorbankan siang dan juga malamnya, sehingga terkadang sanggup mengkhianati manusia yang lain demi mengaut untuk dirinya sahaja daripada kekayaan itu.

Namun untuk syurga, apakah kita sekadar sambil lewa berusaha untuk mencapainya?.

Jikalau hati kita menyakini akan nilai sebenar syurga serta keindahannya yang jauh lebih berharga daripada apa sahaja keindahan yang ada di dunia ini, nescaya pengharapan kita kepada syurga itu tidak akan terhenti daripada sekadar berdoa sahaja.

Pasti setelah doa yang dipanjatkan itu akan disertakan kesungguhan pada segala tingkah lakunya supaya setiap masa yang dilaluinya menjadi manfaat untuk diri kita di akhirat kelak. Segala dugaan yang datang kepada kita tetap kita akan berterusan bermuhajadah di jalan Allah dan tidak bersambil lewa dalam setiap umur ini.

Ingatlah, bagi sesiapa yang ingin serba selesa di dunia ini namun mahu syurga, kata Baginda Rasulullah, ini adalah orang yang jahil. Orang yang jahil atau bodoh ini adalah orang yang selalu ikut hawa nafsunya untuk mencapai keduniaan, lalu meminta Allah dengan sesuatu nikmat yang terbesar di akhirat iaitu syurga.

Jangan sesekali mimpi untuk masuk ke syurga tanpa diduga.

Sesungguhnya Allah swt telah membuat suatu ketetapan iaitu jangan sesekali kamu menyangka bahawa syurga dapat diperolehi dengan mudah . Ia adalah mustahil.


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 




P/S: Sama-samalah kita permudahkannya...aamiinn..

TEMPAHAN KEK LAPIS SARAWAK SELERA SAKURA DI BUKA !

$
0
0
TEMPAHAN KEK LAPIS SARAWAK SELERA SAKURA DI BUKA ! | Yayy! Kek lapis Selera Sakura kembali lagi!! Apalagi, jangan tunggu, cepat order sekarang sebelum tempahan di tutup! Setakat ni kek lapis Selera Sakura memang the best kalau di Johor ni. Bukan bodek tapi korang cubalah dulu yaa..

Untuk raya haji ni tempahan telah di buka! Sebelum gigit jari, baik korang tempah sekarang!
Detail semua ada di bawah ye, jangan malas membaca ..

Senarai Kek Lapis Sarawak:

Pandan Choco Berry
Perisa: Pandan + Coklat + Strawberry

Asam Manis
Perisa: Mengandungi Asam Manis Hawflakes

India
Perisa: Mengandungi Beryl's Milk Chocolate

Idola
Perisa: Coklat

Mocha Pandan
Perisa: Mocha + Pandan + Vanilla

Impian Kasih
Perisa: Coklat + Pic + Nenas

Tembikai
Perisa: Mengandungi Cip Coklat

M&M
Perisa: Mengandungi Coklat M&M

16 September
Perisa: Vanilla + Strawberry + Blueberry + Pisang

Buah
Perisa: Mengandungi campuran kismis

Oreo
Perisa: Pandan + Mengandungi biskut Oreo

Coklat Peppermint
Perisa: Coklat + Peppermint

Perigi Biru
Perisa: Rich Horlick

Hidayah
Perisa: Mengandungi Beryl's Milk Chocolate

Coklat Butterscotch
Perisa: Coklat + Butterscotch + Butterscotch chips

Rempah
Perisa: Rempah

Harga:

RM20 per loaf
Saiz 4 cm × 20 cm
Berat +- 300-400 gram
(Harga tidak termasuk delivery charge dan postage)

Tempahan dibuka sehingga 16 Julai 2019 atau sehingga kuota penuh.

Postage 30 - 31/7/19
Delivery/Self Pickup JB 7 - 8/8/19
Delivery KL 9/8/19

Whatsapp untuk tempahan : Sunah www.wasap.my/60137195968

Whatsapp terus untuk order ya! Atau ke IG @selerasakura🌸
*Bukak IG dia dan tengok gambar-gambar kek lapis tu tu di posting di bawah ni ya ...





P/S: Sis ko dah tempah awal-awal dah hehehehe..rugi kalau tak tempah oii..bukan selalu dia bukak tempahan hahahaha..

SESEKALI MASAK DAN MAKAN SARDIN, SEDAP JUGA!

$
0
0
SESEKALI MASAK DAN MAKAN SARDIN, SEDAP JUGA! | Kann kannn...sesekali bila tekak nak makan sardin dan sesekali masak sardin buat lauk, sedap juga kan? Bukanlah selalu, kalau selalu parah juga, sebab sardin mahal juga oii. Dah boleh dapat beli ikan kembong setengah kilo tau!

Agak lamalah juga rumah Sis ni tak masak sardin, dari masa puasa tu kot ada sekali masak sardin time sahur, lepas dari tu lama tak makan sardin. So baru ni tekak rasa nak makan sardin, dan kebetulan kalau dalam rumah Sis ni memang ada simpan stok sardin, suka simpan sebab senang bila sesekali rasa nak makan, benda dah ada, kann..

Maka termasaklah Sis ko menu sardin bertelur. Bukan sardin tu ada telur, tapi masak sardin dengan pecahkan telur dalamnya hehehe.


Memang sejak dah takde siapa nak makan kat dalam rumah ni, Sis ko malas nak masak lauk bebanyak, fikir siapalah nak makan kalau masak banyak...ermmm kadang sedih juga memikirkan, sebab kita jenis suka masak, then nak masak tapi takde siapa plak nak makan, terbantut rasa semua kerja..

Kalau nak masak, haaa hanya masak 2 jenis ke 3 jenis ajelah buat geli-geli tekak. Kalau nak masak beriye tu dah takde. Masak beriye tu maksud Sis, kalau masak contohnya: Gulai ke, kari ke, lemak ke, macamtu lah, tapi bila dah takde siapa geng makan, masak goreng-goreng dan bakar atau tumis air je dah cukup, janji masak!

Kalau time Suami balik haaa tu masak beriye, sebab Suami ada permintaan menu dia hehehe. Kalau takde permintaan, memang makan luar aje sepanjang hari, dapur off!


Haaa tu dia sardin pecah telur hehehee.
Bukan susah mana pun, masa tumis bawang dan lada tu, bila dah wangi, haaa ko pecahkan telur ke dalamnya, then biarkan kejap, jangan terus kacau, agak telur dah kering baru kacau-kacaukannya. 

Barulah telur tu cantik nampak berkeping gitu.. 


Mood nak shoot gambar lawa takde, maka gambar comot le jadinya, sori..

Lepas aje dah siap telur tu di tumis bersama bawang, masukkan  aje semua sardin satu tin tu. Jenis Sis malas nak goreng-gorengkan dulu ikannya, kalau rajin je buat. Ni buat makan sendiri, Sis ko campak aje setin dalam kuali hahahaha.

Kebetulan kicap pulak habis adeiii...so masa sardin ni tengah masak, tak dapatlah tuangkan sikit kicap ke dalamnya, kalau tak lagi sedap!

Maka terjadilah Sardin Bertelur cepat dan mudah benau..sedap pun sedap..
Sheshekali bolehlah...kalau Suami Sis ni memang tak layan lerr dia lauk sardin hahahaha..kenyit mata je le dia, baik telur dadar dari sardin katanya hohoho..



P/S: Tenangnya di sini...Rasa macam taknak balik Johor!! 

LIRIK LAGU KASIHKU SELAMANYA OST FILEM DENDAM PONTIANAK - DATO SITI NURHALIZA

$
0
0
LIRIK LAGU KASIHKU SELAMANYA OST FILEM DENDAM PONTIANAK - DATO SITI NURHALIZA

Komposer: Aubrey Suwito
Penulis Lirik: Ad Samad

Sayangi ku...Sayang ku
Seperti sayangnya ku padamu

Ku tagih kasihmu
Ku raih dari mu
Semangat cinta paling agung

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Sayangi ku... Sayang ku...
Sayangi hanya aku.. Sayang ku

Ku dendam rindu mu
Ku idam darimu
Kasmara cinta paling pijar

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Ku di dalam kerasukkan
Kau begitu mengasyikkan
Maaf kiranya ku tersimpang

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta




P/S: Tajuk filem pun seram, lagi pulak kalau OST lagunya suara Dato Siti...uii seremm je kann...

LEGO FRIENDS - THE BFF SONG (BEST FRIENDS FOREVER) LYRICS

$
0
0
LEGO FRIENDS - THE BFF SONG (BEST FRIENDS FOREVER) LYRICS
Best Friends Forever (also known as The BFF Song) is a LEGO Friends song.
Written by Sarah West & Rune Bragger and performed by Sarah West.
The LEGO Friends play the song and dance to it at Stephanie's Surprise Party.

When I’m alone, in a dark and rainy night
It feels like I’m the only one alive
If I get lost and have nowhere to go
There is one thing I, I’ll always know
we will be around through ups and downs if I call your name

Best friends forever
Forever and ever
No, no, no matter what
We stick together
Best friends forever
Forever and ever
Me and my girls we’re best friends forever

BFF best friends
BFF forever

I’ll keep your secrets
Cross my heart to die
and if your sad it’s all gonna be alright
i will be around through ups and downs
Just call my name

Oh oooh
Best friends forever
Forever and ever
No, no, no matter what (yeah)
We stick together
Best friends forever
Forever and ever
Me and my girls we’re best friends forever

Sometimes we all get scared
Sometimes we all feel sad
That’s when you need a friend(need a friend)
Be, be, be, be, best friends
Be, be, be, BFF, b, b, b

Best friends forever
Forever and ever
No, no, no matter what (yeah)
We stick together
Best friends forever
Forever and ever
Me and my girls we’re best friends forever
Me and my girls we’re best friends forever
Me and my girls we’re best friends forever






P/S: Khas buat semua pembaca blog @akusislin  💕

LEGOLAND® MALAYSIA RESORT CELEBRATES WORLD FRIENDSHIP DAY WITH LEGO FRIENDS

$
0
0
LEGOLAND® MALAYSIA RESORT CELEBRATES WORLD FRIENDSHIP DAY WITH LEGO FRIENDS | Resort introduces its live dance show with one of LEGO® most popular line-up. LEGOLAND Malaysia Resort is inviting Malaysians to meet Olivia, Emma, Stephanie, Mia and Andrea, the LEGO Friends, a core reality-based LEGO play theme from the LEGO Friends TV series.

The girls have travelled all the way from Heartlake City to make new friends and treat their guests to a high-energy live performance at the theme park.


Heartlake City Concert

During the 20-minute show, fans can catch Andrea, the main character as she gets ready for the annual Heartlake City concert. The whole family is encouraged to cheer and join in the action in the LEGO Friends build up and preparation for the big show! The all-singing, all-dancing production features LEGO Friend’s hit songs such as “BFF” and “Friends are Forever” with interactive sing along moments where the audience is encouraged to join in with some dance moves.

Audiences will be immersed into the world of Heartlake City with the latest projection technology such as visual mapping.



World Friendship Day

July is the perfect month to introduce LEGO Friends to our park because it will be just in time for us to celebrate World Friendship Day with our new friends. We have collaborated closely with the LEGO Friends brand to create activities that will enable learning about friendship through play. Through friendships, children are able to learn more about themselves, develop their own identity and positive social skills from an early age,” said Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND Malaysia Resort.

The LEGO Friends line was created specifically to suit the style of play and imaginative creativity preferred by girls. The toys, shows and activities built around the brand are focused on providing children with more role play opportunities. With that, we felt that adding the LEGO Friends into our show line-up and park activities are in line with our efforts to ensure that there is something for everyone, including girls that visit our park. We are always looking to introduce new offerings to continue to be the ultimate family destination in the region,” he added.



Heart Building Activity and Super Friends Fun Find

LEGO Friends revolves around the everyday lives and personalities of the five girls in Heartlake City. These girls team up together to help their new friends to make the world a better place. Each girl portrays their unique personality of being loud, goofy, creative, loving, adventurous and caring, reflecting how true friendship with a beautiful heart means.

During their visit to LEGOLAND Malaysia Resort, families should keep a lookout for character appearances throughout the park. Fans can get to know their favourite LEGO Friends through fun activities such as Heart Building Activity and Super Friends Fun Find.


LEGO Friends Live !

The LEGO Friends LIVE Show happens every day at 11.00am, 1.00pm, 3.00pm and 5.00pm in the LEGO City Stage. Visitors can purchase the Triple-Park annual pass on the LEGOLAND’s official website to enjoy the all new LEGO Friends LIVE Show.

With the annual pass, guests get to enjoy 12 months of unlimited entries to LEGOLAND Malaysia’s Theme Park, Water Park and SEA LIFE.


Snap & Win !!
#LEGOFrriendsMalaysia

For the latest update on promotion and activities, stay connected with LEGOLAND Malaysia
Resort via Facebook and Instagram.




P/S: Jom bersiap 'packing' menuju ke tempat bahagia hehehe..

LIRIK LAGU PERNAH BAHAGIA OST DRAMA UTUSAN CINTA BUAT ADAM -SHARIFAH ZARINA

$
0
0
LIRIK LAGU PERNAH BAHAGIA OST DRAMA UTUSAN CINTA BUAT ADAM -SHARIFAH ZARINA
Album : Pernah Bahagia - Single
Label : Sony Music MY

Ku hitung titis hujan satu persatu
Mengisi kekosongan yang bertamu
Tak pernah kusesali kehilanganmu
Takdir menentukan semuanya

Akupun bahagia andai kau bahagia
Yang kurindu hanya manis semalam
Yang kubayangkan seindah syurga
Harapan kau berikan kenangan kau lukiskan
Tiada lagi

Pinjamkan masa silam untuk bermimpi
Ulang detik indah yang berharga
Walau seketika pernah ku bahagia
Yang kurindu hanya manis semalam
Yang kubayangkan seindah syurga
Harapan kau berikan kenangan kau lukiskan
Terkadang ku tenggelam
Pedih

Pernah ku cuba bahagia

Yang kurindu hanya manis semalam

Yang kurindu
Yang kubayangkan seindah syurga
Harapan kau berikan kenangan kau lukiskan
Tiada lagi







P/S: Sis baru mula nengok drama ni..tengok online ajerr..korang? ..

KORANG DAH CUBA CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA? MEMANG SEDAP!

$
0
0
KORANG DAH CUBA CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA? MEMANG SEDAP! | Siapa yang datang ke Melaka jangan lupa singgah ke Makan Avenue dan rasai kesedapan cendol sebenarnya di sini! Sis pertama kali mencubanya, ternyata memang sangat sedap, terbaekkk !

Pada mulanya Sis hanya nampak viral di laman sosial, dan kebetulan ada seorang kawan pergi makan cendol di sini dan up gambarnya, memang mengancam sungguh persembahan cendol dia. Cendol Kampung Hulu namanya. Tapi bukanlah di hulu kampung, ni Kampung Hulu dalam bandar Melaka. Kalau korang nak datang ke sini korang waze aje, mesti jumpa punya. Dan tempatnya memang di kawasan laluan cruise tu ha.

Kalau korang naik kapal Cruise Melaka tu, haa nampaklah kedai ni dari atas cruise.
Masaalahnya, kenapa masa Sis ko naik cruise dulu tak perasan pun kedai cendol ni? Ermmm...


Cendol Kampung Hulu Melaka

Tengok je dah sedap, apalagi dapat nikmatinya time panas lit lit cuacanya, semestinya kau makan sebekas tak cukup okay! Memang sedap dan terbaek rasanya. Lebih-lebih lagi yang perasa durian tu ha. Dia punya durian perghh lain macam beno rasa pahit-pahit dia. Terbaekkk thokkk!

Tak taulah macam mana Sis nak gambarkan kesedpan Cendol Kampung Hulu ni, setakat ni, ini memang paling sedaplah Sis makan cendol duriannya dan memang masuk dengan anak tekak berserta lidah Sis yang sememangnya kalau Sis makan, semuanya di kata sedap! Hahahaha..


Model Cendol Kampung Hulu petang tu, Puan Sunah Sakura hehehehe.

Ada banyak pilihan cendol di sini. Korang boleh pilihlah ikut kesukaan korang. Kalau tak suka letak apa-apa, korang amik yang biasa aje, harga baru rm5. Kalau add on nak letak apa, haa ikut harga yang di paparkan. 

Macam Sis amik 2 jenis haritu, nak beli sorang satu, memasing semua taknak, so beli aje 2 jenis. Sis order cendol durian rm15 dan juga cendol mangga rm6. Nak order cendol longan, tapi longan habis pulak. Tapi yang cendol mangga dia pun sedap juga. 


Tu haa dia pilihan jenis cendol yang ko boleh order.
Yang ada gambar api tu dia punya hot sale ler gitu.

Korang kalau sampai ke Makan Evenue ni, korang kenalah masuk terus ke belakang, kena beratur dulu untuk amik order. Takpe kalau korang tak tau dan blur, jangan malu bertanya. Kalau malu, tak dapatlah makan cendol hehehe.

Dah beratur, nanti korang orderlah nak cendol apa then bayar terus dan tunggu cendol siap. Jangan risau, nampak je beratur panjang, tapi servis dia cepat.


Ye ye jangan lupa sebelum makan, kamera makan dulu hahahaha. Hati-hati, jangan terjatuh pulak dalam air tu, melopong kang hahahaha.

Korang ada pilihan nak makan di dalam ke, atau di luar sambil amik udara segar dan lihat kapal cruise Melaka lalu lalang kat dalam air tu, ye atas air dalam air hahahaha. Kotlah kalau ada mat saleh tangkap gambar dari cruise tu, haaa korang lambai-lambai lerr, kot lah masuk Discovery Channel hahahaha .

Dan bukan ada cendol je kat sini, ada macam-macam juga jenis menu makanan yang korang boleh beli dan makan sekali. Ada masakan panas, barat, sup, goreng-gorengan dan juga dengarnya menu viral yang ramai orang order adalah Ramen Asam Pedas.

Sis ko tak dan laaa nak makan semua. Hanya beli kuih keria dan juga pisang cheese dan baby crab crispy. Tu pun perut dah kembong 5 bulan hahahaha. Kang nak drive balik Johor ada tersembam muka kat stering tertido hahahaha.


So bagi korang yang nak mencubanya, silalah cuba. Tak rugi pun datang jauh-jauh semata makan cendol, dan redah jem. Dapat je cendol, korang pasti puashati!

Sedap tak sedap, sedap itu subjektif!. Korang kena singgah dan cuba sendiri.
Guna waze aje.

Cendol Kampung Hulu @Makan Avenue
No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka

Di buka setiap hari dari jam 12pm hingga 12am.

Instagram : https://www.instagram.com/cendolkampunghulu/
Facebook : https://www.facebook.com/cendolkampunghulu/



P/S: Niat musafir bermula...

MILES OF FUN AT THE GREAT EASTERN LIVE GREAT RUN

$
0
0
MILES OF FUN AT THE GREAT EASTERN LIVE GREAT RUN | Back for the eighth instalment, the Great Eastern LIVE GREAT Run will return this year to the iconic Bukit Jalil National Stadium on August 17 evening.

Held annually to popular acclaim, the 12KM LIVE GREAT Run is a fan favourite among passionate runners who are eager to challenge themselves and beat their best personal times.


Whereas the 5KM Triple Fun Run will bring runners through three unique zones – the Bubble Zone where the foam is non-toxic, gentle on the eyes and safe for all ages; the Colour Zone where a brand-new slime element made from corn starch and natural food dyes will be introduced in replacement of the coloured powder from previous years; and the Water Zone where participants can water down in.



Participants can also look forward to a food festival, carnival games, and many other attractions like a giant snow globe, and airbrush tattoos for both children and adults. The Great Eastern LIVE GREAT Run is one of the signature events under the Great Eastern LIVE GREAT Programme, the first integrated health and wellness initiative by an insurance company in the region.



The run was designed not only to encourage people to achieve their fitness goals, but also to demonstrate that leading an active lifestyle can be a fun and meaningful way to spend quality time with their loved ones.

Registration for the Great Eastern LIVE GREAT Run 2019 closes on July 28.

The registration fee is RM79 for the 12KM LIVE GREAT Run and RM69 for the 5KM Triple Fun Run.

Find out more and sign up now for a fun-filled evening with your loved ones at https://www.livegreatrun.com.




P/S: Malam ni kita dinner nasi goreng sotong! Yay!! ..

SHANGRI-LA LAUNCHES GLOBAL #MyShangriLa PHOTOGRAPHY CONTEST

$
0
0
SHANGRI-LA LAUNCHES GLOBAL #MyShangriLa PHOTOGRAPHY CONTEST | Invites Guests and Travellers to Share Moments of Joy with Hashtag #MyShangriLa Irresistible Prizes & All-Inclusive Getaway Await the Most Inspiring Shangri-La Moments.

Shangri-La Hotels and Resorts announced the global launch of #MyShangriLa Photography Contest today. The 6-month contest aims to give new meaning to ‘Shangri-La’ - a memorable, magical moment that catches people by surprise and delights with joy.  


Guests, travellers and beyond are invited to capture and share their unique Shangri-La moment. 

“Shangri-La is both a feeling as well as a place. It’s about an unexpected moment of happiness which can happen to anyone at anytime, anywhere,” said Anthony Wong, Executive Vice President Brands. 

“We taste it at our favourite table. We hear it in a child’s laughter. We discover it in our travels. And it’s different for each one of us.  In our hotels and resorts, we strive to go the extra mile to connect our guests with their own Shangri-La through our thoughtful service that comes from the heart.”


Your Individual Moments of Shangri-La 

From 15 July 2019 to 10 January 2020, participants are invited to share images of what their Shangri-La looks like on Instagram with #MyShangriLa and @shangrilahotels, and on Weibo with hashtag #我的香格里拉#, @香格里拉酒店集团  or upload them on www.shangri-la.com/myshangrila

It can be that special occasion, or moment; or simply a feeling of pure joy and happiness. Photos must be taken at one of Shangri-La’s hotels, resorts or destinations where our properties are situated. 


Shangri-La will be giving away delightful prizes including 10,000 Golden Circle Award Points each month to celebrate the most heartwarming, unexpected moments of joy.  

As the ultimate grand prize, one winner who shares the most inspiring #MyShangriLa moment will be awarded a 2-night getaway inclusive of flights to one of 10 Shangri-La destinations of their choice, including divine and exotic destinations such as Kota Kinabalu, Muscat and Istanbul. 


Winner will be chosen based on photo quality, creativity and uniqueness of the entry, at the sole discretion of the Shangri-La Hotels and Resorts. 

Good Luck all !




P/S: Sis pun nak try nasib jugaklah, kot mana tau kan rezeki, terpilih pulak hehehe.. Jommlaaaa..
Viewing all 4445 articles
Browse latest View live