Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4427 articles
Browse latest View live

5 TIP BAGAIMANA MENJALANI PUASA KETIKA DEMAM ?

$
0
0
5 TIP BAGAIMANA MENJALANI PUASA KETIKA DEMAM ? | Allahuakbar, setiap tahun kalau ada yang perasan, mesti tiap kali awal puasa dan awal Syawal, mesti Sis akan demam , batuk dan selsema, sampai nak beraya pun takde suara nak bercakap. Pastu ko bayangkan nak bersalaman minta maaf dengan Suami dengan tak ada suaranya. Tu okay lagi. Bisik-bisik aje dengan Suami. Tapi kena bersalaman di rumah Mak, tak ke kena gelak dek adik beradik semua. aishhhh nasib badann..

Tahun ni pun sama juga, sehari sebelum puasa, Sis ikut Suami ke Paka, masa tu badan dah mula rasa dedor, tapi okay lagi. Suami ajak gi klinik pun degil taknak, dan akhirnya tumbang juga Sis ko. Dah le time puasa, bertabah ajelah. Selagi kuat, Sis ko akan teruskan puasanya. Dan alhamdulilah, dah 2 hari puasa ni, masih bertahan lagi..


Walaupun demam kena juga berpuasa. melainkan jika takut kemudaratan atau mudarat. Selagi boleh ebrtahan, berpuasalah yer.. 

Bagaimana menjalankan puasa ketika demam?

Demam adalah keadaan apabila suhu badan melebihi 38 darjah Celsius. Demam merupakan sebahagian daripada proses ketahanan badan yang sedang melawan jangkitan akibat virus, bakteria, atau parasit. Jadi, bagaimana ingin terus puasa ketika demam? 

Artikel ini akan memberikan beberapa tip menjalani puasa semasa demam.

Walaupun kadangkala membimbangkan, demam yang tinggi tidak selalu menandakan bahawa anda mengalami suatu penyakit yang serius. Demam yang sering dijumpai dalam kes jangkitan anak-anak seringkali tidak berbahaya. Malah, demam merupakan petanda bahawa sistem ketahanan badan sedang berusaha untuk melawan jangkitan tersebut.

Sebenarnya ketika anda sakit, anda tidak dibenarkan untuk berpuasa. Orang sakit biasanya akan mendapatkan keringanan di sisi agama (anda boleh menanyakan hal ini kepada ahli agama). Namun, jika anda tetap ingin menjalankan ibadah puasa ketika demam, ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan.

Walaupun demam merupakan tanda bahawa sistem imuniti sedang bekerja melawan virus, bakteria, kulat, atau hal lain yang masuk ke dalam badan, anda perlu mengawal demam sehingga anda merasa selesa, terutamanya ketika anda ingin menjalankan puasa ketika demam. Sekarang, apa perkara yang perlu anda lakukan jika ingin berpuasa ketika demam? Baca selanjutnya.

1. Cukupkan keperluan pengambilan cecair

Pastikan anda memenuhi keperluan pengambilan cecair. Mengapa perkara ini penting? Ini adalah kerana ketika demam, badan akan mengalami kenaikan suhu sehingga banda anda akan terasa panas. Pada masa inilah cecair di dalam tubuh seperti menguap dan tubuh mudah mengalami dehidrasi.

Elakkan kekeringan dengan banyak minum air putih dari waktu berbuka puasa hingga menjelang imsak. Anda tidak dibenarkan minum air ais atau sejuk, kerana ia boleh memburukkan lagi demam. Ada baiknya anda lebih memilih minum air suam. Anda boleh menggunakan formula 2-4-2, dua gelas saat berbuka puasa, empat gelas pada malam hari, dan dua gelas semasa sahur.

2. Kompres air suam

Kompres merupakan perkara yang biasa dilakukan ketika demam. Namun, kompres tidak akan berkesan menurunkan suhu badan jika menggunakan air sejuk. Jika seseorang demam, perkara yang dianjurkan adalah kompres air suam, bukan sejuk. Hal ini untuk memindahkan suhu panas pada tubuh. Bahagian tubuh yang boleh anda gunakan kompres adalah dahi dan ketiak.

3. Elakkan menggunakan pakaian yang tebal

Seboleh mungkin elakkan memakai selimut yang tebal dan pakaian hangat kerana hal tersebut menghalang proses pelepasan haba dari dalam tubuh. Walaupun anda merasa sejuk ketika sedang demam, sebenarnya suhu badan anda sangat tinggi, dan anda harus menurunkannya agar badan menjadi lebih hangat.

Biarkan badan anda mengeluarkan haba yang berlebihan tersebut dengan mengenakan pakaian yang tipis dan menutupi badan dengan selimut atau kain yang tipis apabila diperlukan. Memakai baju panas dan selimut adalah sangat berbahaya apabila anda demam kerana boleh membuatkan suhu badan anda menjadi semakin tinggi.

4. Perhatikan makanan berbuka dan sahur

Anda boleh memasukkan buah-buahan ke dalam menu berbuka puasa atau sahur anda seperti tembikai dan oren. Buah-buahan ini kaya dengan kandungan vitamin C, yang boleh melawan jangkitan dan mengurangkan demam.

Buah-buahan ini juga akan memenuhi keperluan cecair tubuh anda. Elakkan makanan berat yang berminyak dan berlemak seperti makanan bergoreng semasa berbuka puasa. Anda juga harus mengelakkan makanan pedas untuk sementara waktu.

5. Ubat

Demam dengan suhu yang tidak terlalu tinggi dan tidak berlangsung lama biasanya tidak memerlukan ubat demam. Namun, untuk mengatasi ketidakselesaan badan, ada beberapa ubat demam yang boleh dibeli tanpa preskripsi di farmasi. Gunakan ubat ini jika demam 38 darjah Celsius atau lebih.

Anda boleh memilih parasetamol, ibuprofen, aspirin,atau antibiotik. Perhatikan label bungkusan atau anda boleh bertanya mengenai butiran ubat kepada ahli farmasi. Anda boleh mengambil ubat ketika waktu berbuka puasa atau sahur. Disyorkan untuk menemui doktor jika suhu demam semakin tinggi atau tidak bertambah baik selepas tiga hari.






P/S: Moga sakit ini cepat sihat dan dapat jalani ibadah puasa dengan lebih sihat dan kuat. 



WORDLESS WEDNESDAY - SUSU KURMA FARM FRESH PEMBUKA SELERA KETIKA SAHUR

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - SUSU KURMA FARM FRESH PEMBUKA SELERA KETIKA SAHUR



Delivery Pasir Gudang COD.
Puan Asmarita : 013 771 5128






P/S: Sedia maklum semua yang baca posting Sis sebelum ni, memang tau Sis kena demam batuk selesema awal Ramadhan haritu. Puasa 3 hari dalam keadaan tidak sihat, memang dugaan dan ujian yang kena juga di hadap. Nak taknak kena kuat. Dan jika bersahur, hanya Susu Kurma Farm Fresh ini aja yang membuka selera Sis. Nasi langsung taknak masuk, makan aje keluar balik. Berbuka pun sama, tapi Suami siap-siap belikan sup. Hirup sup panas-panas baru ada rasa lega tekak ni. Ubat hanya boleh makan sahur dan berbuka aje. Ujian Ramadhan..Doakan Sis cepat sembuh ya. 


MENU SAHUR YANG SEDAP : TELUR MATA TUMIS BAWANG, LADA DAN KICAP

$
0
0
MENU SAHUR YANG SEDAP : TELUR MATA TUMIS BAWANG, LADA DAN KICAP | Oii takkanlah telur mata tumis bawang dan kicap pun korang nak minta resepi. Hampeh betul rasanya soalan ko kan hahaha. Sis ko mampu gelak aje dalam group bila kami kongsikan secara berjemaah menu bersahur pagi tadi di group, dan masing-masing minta resepi Sis ko ni haaa..lawak sungguh !  hahahaha. 

Menu Telur Mata Tumis Bawang, Lada Dan Kicap ni adalah menu yang akan sering kali di masak ketika bersahur, itupun permintaan anak-anak dan Suami. Dan seperti pagi tadi sahur, tanya Suami nak sahur apa, dia jawab 'Masak telur mata goreng bawang kicap', hehehe kannn, senang aje dia memudahkan kerja isterinya. Tapi kenalah gorengkan dia ikan masin peberet dia sebagai menu pelengkap rasa, juga sayur kacang dan kebetulan ada petai. 


Telur Mata Tumis Bawang, Lada Dan Kicap 

Tak susah mana pun nak masak telur mata ni. Goreng telur sebiji demi sebiji, kemudian hiris bawang dan lada. Panaskan kuali, tumis bawang dan lada hingga layu wangi, masukkan serbuk lada putih sikit, dan tuang kicap kipas udang ikut kehitaman masing-masing, kacau-kacau, kemudian tuang terus atas telur mata tu haa. 

Sis punya style tak tumis sekali dengan telur masa tuang kicap, Suami dan anak-anak tak suka, nanti katanya telur tu jadi lembik sangat. So hanya tuang atas telur aja. 


Makanya, bila jam begini ko nampak menu ni pun, ko rasa dah macam nampak nasi arab kan hahahaha...harap bersabar ajelah yer..

Lagi satu menu kalau ketika sahur jadi pilihan kami anak beranak adalah, Ikan Bilis, Lada Hijau, Bawang besar, korang tumis kemudian masuk kicap, perghhh mabelesss..kalau rajin tambahkan kentang yang dah di goreng..pun sedap! Memang akan buat nanti. Tungguuu..

Menu berbuka harini agak special, dalam keadaan demam pun kena masak, dan harini hari pertama nak masak berbuka untuk anak-anak dan Suami. Menu apa? Yaaa tungguu..

Selamat berbuka puasa korang ..





P/S: Macam nak pergi PARAM cari kuih kole kacang, tapi ngeri....kang bukan kuih aje, memacam kang Sis ko soping...errrr minta anak ajelah belikan..  😓


MVM RAYU BANTUAN RM300,000 UNTUK MISI BANTUAN RAMADHAN : SYRIA, KAMI DATANG !

$
0
0
MVM RAYU BANTUAN RM300,000 UNTUK MISI BANTUAN RAMADHAN : SYRIA, KAMI DATANG ! | Bertemu di bulan Ramadhan. Perasaan bersyukur gembira, dan teruja sangat kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa dan beramal ibadah lagi pada tahun ini dalam keadaan yang tenang dan aman.

Namun begitu, sangat jauh berbeza suasana Ramadhan saudara Islam kita di negara berperang seperti Syria. Mereka bagaikan “berpuasa” setiap hari. Menahan lapar, kesejukan, kesakitan dan sentiasa bersedia menunggu kematian.

Jika kita berada di tempat mereka, mampukah kita menanggung dugaan besar ini?

Pedulikah kita terhadap kekejaman yang dikenakan ke atas rakyat Syria?

Apakah bantuan yang telah kita usahakan untuk menyelamatkan dan meringakan bebanan saudara kita disana?

Allahuakhbar, marilah kita fikirkan sejenak dan bersyukur atas nikmat yang diberikanNya selama ini.

In sha Allah pada 1 Jun 2018 nanti, sukarelawan MVM  dengan kerjasama Malaysia Lifeline For Syria akan sekali lagi turun padang ke Kem Pelarian Syria untuk menghantar sendiri bantuan-bantuan sempena bulan Ramadhan buat saudara Syria yang serba daif dan kekurangan disana.

Maklumat bantuan adalah seperti berikut :

Bantuan Ifthar Ramadhan

1 Tajaan Pek Berbuka Puasa = RM15 / seorang
Sasaran = 20,000 orang pelarian Syria
Jumlah keseluruhan RM300,000

Atas keprihatinan dan pengalaman kami merasaikan sendiri keperitan hidup rakyat Syria di negara berperang dan kem-kem pelarian, sekali lagi kami merayu dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu memberi sumbangan ikhlas dan hebahan tentang Misi Bantuan Ramadhan “Syria Kami Datang” ini.

Sudikah anda berkongsi rezeki hanya RM15 bersama pelarian Syria ini?

Atau sumbanglah sekarang seberapa sahaja yang anda mampu. Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
CIMB Islamik (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)

Email : account@mvm.org.my



NOTIS PEMBERITAHUAN :

Setiap sumbangan perlulah disertakan resit / slip bank (sumbangan) ke account@mvm.org.my dan nyatakan jenis kempen yang disumbangkan. Ia bertujuan untuk rekod pengurusan.

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/KEMPEN spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.







 P/S: Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan yang lebih baik serta keberkahan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat. Jom kita war-warkan. TQ 


KASIH SAYANG TANPA SYARAT - PROF DR MUHAYA MUHAMAD

$
0
0
KASIH SAYANG TANPA SYARAT - PROF DR MUHAYA MUHAMAD | Jika semasa hidup di dunia akhlak kita baik dengan sesama manusia, kematian kita akan dirasai sebagai satu kehilangan besar. Oleh sebab itu curahlah kasih sayang kepada seluruh makhluk di dunia ini tanpa syarat, dan untuk berkasih sayang sesama manusia jangan memilih berdasarkan bangsa, keturunan dan statusnya. Kalau kita tidak ada rasa dan sifat kasih sayang, bermakna kita tidak punya apa-apa yang berharga dalam hati kita. Sebagai wanita contohnya, kita melahirkan anak dan menyusukannya kerana kasih sayang.

Kita perlu berikan kasih sayang, belas kasihan, kebaikan dan kebahagiaan kepada orang sekeliling kita, untuk kita mendapat kembali manfaatnya, sama ada di dunia dan di akhirat. Yakinlah bahawa dalam dunia ini tidak ada perkara yang kita lakukan sama ada positif atau negatif, tidak akan berbalik semula kepada kita.

Kalau kita tidak sempat mendapat balasannya, mungkin anak, cucu atau keturunan kita yang akan menanggung kesan daripada perbuatan kita. Beruntunglah kalau yang kita tinggalkan untuk keturunan kita adalah perkara yang baik-baik, maka disebut-sebut oranglah kebaikan kita dan keturunan kita. Tetapi, alangkah ruginya, jika kita meninggalkan dosa kita yang tidak mati walaupun kita sudah mati (dosa jariah).

Berhati-hatilah, sosial hidup kita kini amat mudah untuk kita mencipta ‘dosa jariah’, melalui media sosial. Bayangkan apabila kita membuat satu penyataan yang salah atau palsu dan tohmahan dalam FB, hingga menular isu tersebut seisi dunia, tiba-tiba ditakdirkan kita kemalangan dan kita mati. Bagaimanakah nasib kita di alam abadi nanti? Sudahlah kita kurang ‘amal jariah’, yang kita ada hanyalah ‘dosa jariah’!

Kalau kita berkeperibadian positif, tentu kita tidak tergamak melakukan perkara negatif tersebut yang akan melukakan hati dan menyusahkan hidup orang lain. Sesungguhnya kita selalu menzalimi diri kita sendiri kerana ‘mata hati’ kita tertutup. Jom audit diri supaya kita bermotivasi dan berinspirasi untuk merawat ‘mata hati’, supaya celik ‘mata hati’, dan nampak kuasa Allah di mana-mana.

Yang paling utama perlu ada dalam ‘mata hati’ kita adalah perasaan kasih sayang, iaitu ‘kasih sayang tanpa syarat’. Sebab kalau kita sayang, kita akan sabar dan reda dengan apa-apa yang berlaku. Mulakan dengan kasih sayang kepada diri sendiri dahulu. Oleh sebab itu, untuk membahagiakan dan mengasihi orang lain kita perlu membahagiakan dan mengasihi diri kita terlebih dahulu. Jangan hukum dan menyalahkan diri sendiri, serta bersedih dengan kegagalan diri. Lupakan masa silam kita yang duka lara, dan mulakan hidup baharu dengan semangat dan harapan baharu yang positif.

Untuk sayang tanpa syarat kepada diri sendiri, kita kena kenal Allah, sebab hanya orang yang sayang Allah akan sayang dan hargai dirinya sendiri, dengan tidak menjebakkan dirinya kepada perkara yang membuatkan kita dibebani dosa. Beri kasih sayang kita kepada Allah, kita akan dapat kasih sayang Allah. Sebab apabila kita dekat dengan Allah, Allah akan dekat dengan kita. Ingatlah konsep pemikiran ‘Reset Minda’ (ADA – BERI – DAPAT = beri sayang dapat sayang).

Seterusnya berikan kasih sayang tanpa syarat kepada orang yang terdekat dengan kita, iaitu suami/isteri, ibu/ibu mentua, bapa/bapa mentua, anak-anak, adik-beradik dan keluarga kita yang lain. Ertinya kita sayang mereka tanpa mengharapkan balasan. Contohnya pertama, apabila kita berkahwin, suami/isteri jangan hanya mengharapkan ‘mendapat’/’menerima’ kebahagiaan/kasih sayang sahaja, tetapi kita juga mesti ‘memiliki’/‘memberi’ kebahagiaan/kasih sayang daripada perkahwinan itu.

Contoh kedua, sebagai mentua pula janganlah meletakkan syarat, untuk menyayangi menantu kita itu, dengan syarat yang kita tahu berat untuk dia tunaikan. Sebagai mentua, kita kena bayangkan, seorang individu yang dididik oleh keluarga yang berbeza dari segi suasana, cara hidup dan status, tiba-tiba menjadi menantu kita.

Kita baru kenal dia satu atau dua tahun, dan tentulah mengambil masa untuk mendapatkan kese­fa­haman. Kita sebagai orang yang lebih dewasa (mentua), kena lebih menyayangi dan memahaminya dengan mencari kelebihan dan kebaikannya, bukan menyerlahkan kekurangan dan keburukannya.


Terhapus

Apa-apa yang kita buat biarlah penuh dengan kasih sayang, serta melihat kepada kebaikan dan hikmahnya, daripada melihat ke­cantikan. Orang yang baik, pe­murah sikapnya. Lagi kita pe­murah, lagi kita bahagia dan disayangi. Allah tidak pandang kehebatan kita, yang dipandang-Nya hati dan kebaikan kita terhadap hubungan kita sesama manusia.

Mengapakah ada orang miskin di dunia ini, adakah kerana kurang dari segi wang ringgit atau kurang kasih sayang? Mengapakah ada kebuluran di dunia ini, adakah kerana kurang makanan atau kurang kasih sayang? Semuanya berlaku kerana kurangnya kasih sayang, hingga tidak terbuka hati kita untuk menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sesungguhnya tidak ada orang yang pemurah tidak bahagia dan tenang. Ketenangan boleh dicapai dengan cara menenangkan dan membahagiakan orang dengan kasih sayang. Untuk disayangi bersihkan hati dan jangan bersangka buruk serta memaafkan orang. Bagi menjernihkan hati yang keladak kita mesti menjadi seorang yang pemaaf, dan salah satu syarat hendak menjadi ahli syurga mestilah kita seorang pemaaf.

Dari segi psikologi, sikap pemaaf memberikan peluang kepada diri kita mengenyahkan toksik yang menjadi racun dalam fikiran dan hati kita, dan sikap pemaaf sangat baik dari segi kerohanian dan spiritual kita. Apabila kita memaafkan semua orang kita tidak sakit hati, maka penyakit mazmumah; dengki, marah dan dendam akan terhapus. Yang ada dalam hati kita yang bersih hanya kasih sayang, menghormati dan menghargai orang.

Jom kita teladani sikap Nabi Muhammad SAW. Ingatlah bahawa untuk berbuat jahat kepada orang yang berbuat jahat kepada kita sangat mudah, kerana kita akan bertindak berdasarkan rasa dendam. Berbuat jahat kepada orang yang berbuat baik kepada kita, pun mudah berlaku kalau kita seorang yang zalim. Berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita, itu fitrah manusia dan selalu kita temui. Tetapi, berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat kepada kita, adalah suatu yang luar biasa.

Itulah sunnah Rasulullah SAW, walaupun banyak orang berbuat jahat kepadanya, namun baginda membalasnya dengan kebaikan, dan baginda menerimanya sebagai ujian Allah untuk mengukur keimanan dan kesabaran serta ketakwaannya.

Kesimpulannya, apabila berlaku sesuatu yang negatif kepada kita, cuba amalkan prinsip ini, ADA – BERI – DAPAT dan audit diri kita. Apabila kita mendapat sesuatu yang tidak baik, bermakna kita pernah memberi sesuatu yang tidak baik kepada orang, dan kita hanya boleh memberi sesuatu yang tidak baik kepada orang, kalau kita memiliki sikap dan hati yang tidak baik.

Kalau kita hendak bahagia, bahagiakan orang dahulu dengan memberikan kasih sayang. Kalau kita hendak disayangi, sayangi orang dahulu, dengan kasih sayang tanpa syarat. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.

Hehehe Sis sajer letak gambar ini, sebab gambar ini sedang dalam kebahagiaan bersama si dia tu haaa.. rindu awak! Tak sabar nak pergi bercuti ni...





P/S: #SisSharing moga jadi manfaat buat kita semua .. 


RESEPI KARI IKAN KACI STYLE MAMAK YANG SEDAP

$
0
0
RESEPI KARI IKAN KACI STYLE MAMAK YANG SEDAP | Kenapa Sis kata style mamak? sedangkan ada letak santan? sebab kuahnya yang pekat dan tersangat rasa kekariannya hahaha bahasa apa daaa ...Ye laaa mestilah cakap style mamak, takkan nak letak style Sis Lin pulak, melampau beno rasa. Korang biasakan makan dan tengok nasi kandar punya kari tu, haaa macamtulah kepekatan kuahnya yang Sis ko masak ni. Nak kata sama tidak, tapi rupa ada sama hahaha. Tapi memang sedap gilerr. 

Sendiri masak sendiri pujilah hahahaha. 

Kalau masak kari ikan, tambah pulak ada kepala seketul, mesti kena masak pekat-pekat, kalau cair macam tak kaw! Pernah Sis masak cair aje, Suami sampai tegur, kenapa kuahnya cair beno, dah macam masak asam rebus katanya, so dah taulah dan belajar dari situ, kalau nak masak kari kepala ikan, kena kuahnya pekat kaw-kaw punya, baru ada umph!. 

Ikut style dan cara memasinglah kan. Ini style Sis, kalau yang tak suka dan ada lain cara, terpulanglah yer. Air tangan memasing gitu..Style Emak Sis pun lain juga hehehe mana nak sama dengan anaknya, ye dakk...


Ikan kaci ini adalah ikan hasil pancingan Suami sebelum dia balik Johor baru-baru ni, siap bawa balik nak bagi Isteri dan anak-anak rasa katanya, memang besar giler ikannya. Jenuh Sis ko menyiang ikannya semalam. Rezeki Suami, dapat juga Sis masakkannya kari ikan kaci ni dan dapat dia bawa balik buat bekal untuk sahur semalam, alhamdulilah, puas rasa hati ini. 

Siap aje masak semalam untuk berbuka, tapi Suami tak sempat nak berbuka sama, makanya sebelum bergerak balik ke Paka, Suami minta bekalkan dia nak bawa nak buat makan Sahur nanti. Sis bekalkan dia 2 bekas, sekali dengan kawannya yang menumpang balik sama. 


Nak resepi? meh ler lihat resepinya yer..ni anggaran aje untuk seekor ikan yang Sis masak, sukatan tu ikutlah kalau korang punya besar ikan macam mana ye. 

Resepi Kari Ikan Kaci Style Mamak

Bahan-Bahan:

Seekor ikan kaci (boleh di gantikan dengan ikan lain)

Bahan untuk di tumbuk atau blend :

3 ulas bawang merah*
3 ulas bawan putih*
1 inci halia.*
1/4 biji bawang besar*

Bahan untuk di tumis : 

Minyak masak
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari

Bahan-bahan lain : 

2 cawan santan cair (Ikut anggaran besar ikan)
1 cawan santan pekat
1 paket rempah kari ikan (Sis guna Babas)
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato di potong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

- Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
- Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat
- Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari hingga naik bau.
- Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tunggu hingga mendidih. 
- Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih lagi, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga bendi masak.
- Siap dan sedia dihidangkan.




Haa nampak tu, besar kemain ikannya hahahaha. Rezeki namanya. Itulah hobi Suami Sis, ada masa terluang dia akan pergi memancing. Cuma Sis ko je risau, kadang dia pergi memancing waktu malam ke laut, aishhhh risau hati ini. 

So selamat mencuba ya ! Harini dapur OFF ..bawa anak-anak makan di luar.
Alhamdulilah rezeki ..






P/S: Menu Sahur harini pun Sis makan kari cecah dengan roti dan juga susu kurma.. 


SEA LIFE MALAYSIA, THE FIRST INTERACTIVE LEGO® THEMED AQUARIUM IN MALAYSIA WILL OPEN ITS DOORS TO THE PUBLIC ON 9TH MAY 2019

$
0
0
SEA LIFE MALAYSIA, THE FIRST INTERACTIVE LEGO® THEMED AQUARIUM IN MALAYSIA WILL OPEN ITS DOORS TO THE PUBLIC ON 9TH MAY 2019 | LEGOLAND® Malaysia Resort continues to be one of the region’s best family destination with the launch of the new interactive aquarium. Located next to LEGOLAND® Malaysia Resort, it will feature unique local marine life in an exclusive Malaysian habitat and local themes such as the Wanli shipwreck alongside LEGO® elements.

Guests looking to be one of the first to see SEA LIFE Malaysia are still able to purchase a Triple-Park annual pass at the early bird promotional rate until 8th May 2019*. For the price of a one-day combo ticket, guests will receive an annual pass and have unlimited access all year-round to LEGOLAND® Theme Park and Water Park. On top of that, admission to SEA LIFE Malaysia has been included into the annual pass for free.

“We are thrilled to welcome all our local and international guests to SEA LIFE Malaysia. Our team of experts and aquarists have been working tirelessly to ensure that all our marine friends are settled into their new homes and aquarium offerings meet the international SEA LIFE brand standard. With the opening of SEA LIFE Malaysia, we are able to provide families a complete fun and educational experience alongside our water park, theme park and hotel. LEGOLAND® Malaysia Resort will continue to be one of the region’s best family destinations,” said Kurt Stocks, General Manager of LEGOLAND® Malaysia Resort.

“We wanted to celebrate this journey with our annual pass holders by inviting them to be one of the first to experience SEA LIFE Malaysia before our doors open to the public. Unlike with movies, we are hoping that they share all the amazing spoilers from their visit to SEA LIFE Malaysia because it is a truly unique and educational experience that is not so easily replicated elsewhere,” Kurt added. 

The all-new annual pass is available for purchase at LEGOLAND®’s official website (https://www.legoland.com.my/). 

For the latest update on promotion and activities, stay connected with us via Facebook and Instagram.   







P/S: Tak sabar pulak kita nak nengok apa yang bestnya tuu...agak-agak ada jerung tak ek?  👀


HARD ROCK CAFE BRINGS SOME GLOBAL INSPIRATION TO ITS MENU DURING RAMADHAN

$
0
0
HARD ROCK CAFE BRINGS SOME GLOBAL INSPIRATION TO ITS MENU DURING RAMADHAN | Hard Rock Cafe Kuala Lumpur today announced new, limited-time menu offerings that will take guests around the world in one bite! Between 1 May and 30 June 2019, the cafe welcomes guests to explore a selection of locally-crafted, globally-inspired sliders and burgers. By integrating eclectic flavours with Hard Rock’s classics, fans will enjoy a unique dining experience combining the best of both worlds during the holy month.

For a Limited-Time Fans Will Be Able to Enjoy Selected Menu Items. Created as Part of Hard Rock’s BurgerRocker Competition. 



Hard Rock Cafe’s limited-time burger offerings combine global flavours with the traditional burgers fans have loved for decades. These new dishes include:

Passion Fruit Sliders– get jammin’ with the winner of the BurgerRocker competition from Guanacaste, Costa Rica, Jacob Gonzalez. The menu item features three burger patties topped with a sweet and smoky turkey bacon jam, creamy Jack cheese and a crispy onion ring

Tex-Mex Cheese Burger – let’s taco ‘bout another BurgerRocker champion, Jesus Lara from Chicago, Illinois, USA. This burger features a full-flavoured steak patty topped with rich guacamole, smooth Jack cheese, juicy tomato, crisp lettuce, chili spice and a soft, toasted bun.

All-American Sliders– three burger patties topped with creamy American cheese and a juicy onion ring, atop a bed of coleslaw and served on toasted buns.

Buffalo-Style Sliders– burger patties topped with spicy, classic Buffalo sauce, a crispy fried onion and the choice of cooling blue cheese or creamy ranch dressing

“As we expand our menu with limited-time offerings, we wanted to give guests the chance to go around the world in one sitting,” said Anibal Fernandez, Vice President of Franchise Operations & Development for Hard Rock International. “Our two BurgerRocker competition winners, The Passion Fruit Turkey Bacon Sliders and Tex-Mex Cheese Burger bring exciting twists to fan favourites by blending new flavours with our beloved classics that have remained the core of the Hard Rock Cafe since 1971.”

Guests are encouraged to stop by a Hard Rock Cafe near them to try out the new limited-time menu and cocktail lineup or visit https://www.hardrockcafe.com/location/kuala-lumpur/ for more information.





P/S: Nampak sedap gitu...apalah agaknya rasa burger kerbau ek.. dan teruja nengok ketebalan dagingnya tu, makan satu kenyang sampai sahur khenn.. 




NASIHAT 7 : SIAPA HAMBA ALLAH YANG KUAT

$
0
0
NASIHAT 7 : SIAPA HAMBA ALLAH YANG KUAT | Kata Baginda saw, 'Bukanlah orang yang kuat itu ialah mereka yang bergusti. Akan tetapi orang yang kuat itu adalah mereka yang mampu mengawal nafsunya ketika marah serta memaafkan orang yang berbuat salah kepadanya'. Maka dapat difahamilah bahawa walau macam mana hebat sesaorang itu bergusti sehingga tiada yang mampu mengalahkannya, itu bukanlah ukuran sebenar kuatnya orang itu. 

Namun lihatlah bagaimana keadaan dirinya tatkala berasa marah, sejauh mana mampu dirinya mengawal nafsu. 

Tidak cukup dengan itu, sejauh mana mampu dirinya memberi kemaaafan kepada orang lain. Ini kerana terkadang sesaorang itu mampu menahan marahnya, namun belum tentu memberi kemaafan kerana masih tersimpan rasa marah dalam dirinya. 

Oleh sebab itu, mereka yang memberi kemaafan itu, sebagai tanda yang benar-benar sesaorang itu mencabut rasa marah itu daripada hatinya dan tiada dia menyimpan sebarang dendam. 

Hal sebegini, secara teori ia mudah diungkap. Namun secara praktikalnya yakni andai ia benar-benar dilalui oleh diri kita, barulah diketahui bagaimana keadaan diri kita. Namun, sepertimana pernah saya ingatkan, hidup ini seumpama madrasah yang perlu untuk diri kita terus berlatih dan belajar daripada realiti kehidupan. Kerana sesungguhnya apa sahaja yang dihadapi dari sebarang kejadian dan keadaan ini, mengundang kepada reaksi kita. Jikalau kita terbimbang dengan ayat-ayat seumpama ini, barulah kita mampu belajar daripada apa sahaja yang dilalui dalam kehidupan ini. 

Untuk tidak menyikapi sebarang permasalahan lebih daripada sepatutnya, yakni perkara yang kecil hendak disikapi secara besar, maka untuk mengelak daripada ini, kata pepatah arab, 'Ubati luka itu dengan kadarnya'. Luka yang kecil, tidak perlu dibalut seperti luka yang besar. Maka begitu jugalah kita apabilamenghadapi masaalah dalam hidup ini.

Tanganilah ia sesuai dengan keadaan. Masalah yang kecil usah menyelesaikan sesuatu permasalahan melainkan dimulai dengan memaafkan orang lain. Tidak ada orang yang suka memberi maaf kepada orang lain kecuali orang itu yang paling banyak mendapat maaf daripada Allah swt. 

Ketahuilah, sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang berbuat baik kepada orang lain. Jikalau tadi kita telah mendengar bagaimana Allah ingin endidik kita untuk mengawal nafsu, kemudian memberi maaf kepada yang lain, lalu kini Allah ingin menyucikan pula hati kita supaya banyak berbuat baik kepada orang lain. 

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Seandainya kita ini orang yang berubat hati dengan Al-Quran Al-Kareem, maka tidak ada orang lebih bahagia daripada kita dalam hidup ini.

Namun jikalau kita menjadikan Al-Quran itu sekadar bacaan di bibir sahaja, bukan untuk dihayati dan diambil pedoman dari sisi Al-Quran itu, maka ketahuilah, kita merugikan diri sendiri yakni dengan menjauhkan diri kita daripada kebahagiaan yang sebenar. 


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 






P/S: Bagi diri Sis, sentiasa memaafkan SEMUA orang kecuali seorang J****..Tidak akan ku maafkan atas segala perbuatannya 'secara diam' !! Siapa? Hanya Allah Maha Mengetahui ...


MENU SAHUR YANG SEDAP : KURMA AYAM BERSAMA KENTANG YEO'S

$
0
0
MENU SAHUR YANG SEDAP : KURMA AYAM BERSAMA KENTANG YEO'S | Salam 5 Ramadhan buat semua. Ya Allah pejam celik sekejap dah 5 hari kita berpuasa kan. Tau-tau nanti lagi 5 hari nak sambut raya. Korang dah mula buat persiapan raya ke? Baguslah mula awal, jadi kerja tu nanti berkurang juga dekat nak raya. Macam Sis, seperti tahun-tahun sudah juga, semuanya Suami yang urus dan sediakan, makanya tunggu ajelah signal dia. Kalau katanya 'okay kita tukar ini itu', so tukar ajelah, kalau tak, 5 kali ko datang raya rumah Sis, 5 kali jugalah macamtu je rupanya hahahaha. 

Takpelah janji masih diberi peluang untuk berhari raya. Dan jika korang ada rezeki lebih, boleh salurkan ke https://www.sislin76.com/2019/05/mvm-rayu-bantuan-untuk-misi-bantuan.html untuk saham akhirat korang . InsyaAllah berganda pahalanya nanti . 

Okay pagi tadi korang sahur apa? Masih ada mood memasak lagi ke? Atau memasing dah muka 'Beans' depan meja makan? Hehehehe. Kebiasaannya begitulah kan, masuk minggu pertama je, anak-anak semua dah buat muka nak bersahur, mungkin sebab mengantuk, letih so semua kalau boleh taknak sahur. Jangannn 'Ada keberkatan dalam Sahur itu', maka bersahurlah walau seteguk air. 


Kurma Ayam Bersama Kentang Yeo's 

Inilah menu sahur Sis pagi tadi untuk anak-anak. Di sebabkan semalamnya kami menerima jemputan berbuka di Ramada Meridin Hotel, makanya tidak adalah lauk untuk di bawa ke sahur, sebab dapur off. So kenalah masak. Otak agak blur nak masak apa. Sebut sardin semua anak-anak taknak. So lepas balik dari berbuka, kami singgah kedai. Sekali anak bujang boleh tunjuk Kurma Ayam Yeo's ni. So woww good idea gak. Bagus menjimatkan masa Emaknya nak 'bertukang' pepagi di dapur hahaha.

Makanya terjadilah menu Kurma Ayam Bersama Kentang ni. Sedap juga rasanya. Sis cuma tambahkan bawang besar dan lada merah sebagai tumisan awal, kemudian masuk aje kurma ayam tu. Biarkan sekejap, dah siap. Cepat dan sedap!


Yang nak mencuba silalah. Harga ye agak mahal rm5.50 kalau di kedai Sis, tapi okaylah untuk waktu kecemasan. Bagus idea Yeo's buat makanan dalam tin macam ni. Kalau agak tak sempat, bukak dan lebur je. Janji masak!

Oh ya, tinnya kecik jer, bolehlah makan untuk 2 orang atau 3 orang. Dan isi ayamnya agak hancur kecil-kecil. Alaa biasalah makanan dalam tin kan. Ko jangan harap seperti gambar pada tin tu yer. Mana nak dapat ayam seketul macam kita masak, agak-agaklah korang pun .... dah kata tadi, waktu kecemasan okaylah, janji kau masak!

Ada satu lagi Sis beli volodo ayam ke apa ntah namanya, hahahaha nantilah tunggu dah masak baru up hahahaha. Dia macam masak sambal gitu. Terbelit lidah nak sebut namanya hahahaha.

Okay untuk hari ini, dapur OFF juga lagi hahaha.
Aiii sabo je laa kan, ingat puasa takde terima jemputan berbuka, eh ada juga. Tu namanya rezeki bahagian anak-anak pula. Alhamdulilah ..






P/S: Time Suami takde ni bolehlah masak dalam tin macam ni, kalau dia ada, adeii memang Suami takdenya dia nak makan. Dia tak suka makan makanan dalam tin huhuhu. Kecuali dalam keadaan terpaksa. 


PARADIGM MALL JOHOR BAHRU MENCIPTA NAMA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS BAGI KARAKTER KARTUN TERBESAR

$
0
0
PARADIGM MALL JOHOR BAHRU MENCIPTA NAMA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS BAGI KARAKTER KARTUN TERBESAR | Paradigm Mall Johor Bahru, pasaraya terbesar di Johor Bahru ini meraikan kejayaan mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi Karakter Kartun kembung terbesar di Malaysia hari ini. Kini, para pengunjung berpeluang menyaksikan dan bergambar dengan karakter kartun Spongebob terbesar dengan ketinggian 11 meter dan lebar seluas 6 meter. 



Sijil MBR telah diserahkan kepada Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian membeli- belah WCT Malls dan Cik Catherina Quek, Pengurus Besar Paradigm Mall Johor Bahru oleh Encik Christopher Wong, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records. 

Bertemakan ‘Seronoknya Raya’, penampilan istimewa SpongeBob SquarePants dan Patrick Star ini pastinya memeriahkan lagi suasana di Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB). Keluarga, kanak-kanak dan peminat SpongeBob SquarePants dan rakan karibnya, Patrick Star dapat berhibur bersama kartun kegemaran di samping dapat bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. 



Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian membeli-belah WCT Malls, berkata, “Hari ini merupakan hari bersejarah sepanjang Paradigm JB beroperasi di Malaysia. Kami berbangga kerana dapat meraikan acara penting ini bersama pengunjung setia yang telah banyak mendorong kami untuk terus mencipta kejayaan. Setiap suku tahun, kami menyambut lebih 6 juta pengunjung ke Paradigm JB dan kami sentiasa berusaha menjadikan pengalaman mereka ke Paradigm JB lebih unik dan bermakna.” 

Seiring ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20, kawasan tumpuan Paradigm JB telah dihias menjadi dunia magis yang membolehkan pengunjung merasai musim perayaan yang penuh keceriaan bersama penduduk mini dari dunia bawah laut ini. 



“Kami amat teruja dengan kehadiran SpongeBob SquarePants dan Patrick Star ke Paradigm JB untuk sama-sama meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama peminat di Malaysia. Karakter SpongeBob yang sentiasa optimis dan ceria pastinya memeriahkan sambutan dengan gelak ketawa dan mampu membawa sinar keceriaan kepada semua yang menyertai aktiviti ‘Seronoknya Raya’. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga, saudara dan sahabat handai.”, tambah Chua. 

Peminat dapat menyaksikan 20 patung mega SpongeBob bersaiz manusia, membeli cenderahati dan barangan unik termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan unik dan baharu, mainan mewah dan banyak lagi di sini. 



Selain itu, bagi merancakkan lagi Ramadan dan Aidilfitri, Paradigm JB padat dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik selama sebulan bermula 10 Mei – 9 Jun 2019. Pengunjung juga berpeluang menonton persembahan dan aktiviti di samping menikmati pelbagai tawaran hebat Hari Raya di Paradigm JB sepanjang bulan perayaan ini. 

Jangan tunggu lagi, ayuh kunjungi Paradigm Mall Johor Bahru untuk meraikan musim perayaan yang penuh keceriaan bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang! 



Maklumat lanjut di bawah: 






P/S: Siapa tahun 80/90an memang layanlah katun ni, masuk tahun 2000 rasanya bebudak dah ke Boboiboy dan Upin Ipin hehehehe... peberet katun adik Sis si Mamanya Lyea hahahaha ...



KORANG TAU TAK? JONKER WALK MELAKA HANYA BUKA HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD SAHAJA

$
0
0
KORANG TAU TAK? JONKER WALK MELAKA HANYA BUKA HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD SAHAJA | Haaa mesti korang klik post ni sebab korang tak tau dan nak tau kan? Hehehe. atau setelah baca post ni baru korang tau kan? Hehehe takpe tidak jadi satu kesalahan pun jika korang baru tau, sebabnya...Sis ko pun baru tau gak hahahahaha. 

Bulan lepas, Sis bersama Sunah dan juga Farahain@Ain ke Melaka, menerima undangan media untuk menyaksikan Teater di Encore Melaka. Kalau yang sedia tau, mesti ada yang tau kan, ini adalah kali kedua kami bertiga menonton teater ini. Pertama sewaktu kami mengikuti Tourism Malaysia, dan kedua, kami terima undangan mewakili blog kami. Alhamdulilah bukan murah-murah punya tiket woooo..dan siapa yang dah tengok mesti tau kehebatan persembahannya!! 

Puashati walaupun datang dari Johor ke Melaka!!.


Berbalik pada tajuk tu, yerr kami bertiga plan dari Johor lagi, sampai Melaka terus check-in, then rehat-rehat, petang tu baru keluar terus ke Encore Melaka, then malamnya nak merambu melepak di Jonker Walk. Tapi....selepas habis teater dan selepas kami makan malam, kami pun ikutlah waze untuk ke Jonker Walk, dan sampai di tempat yang kami rasa dan terfikir 'Eh ini bukan ke laluan Jonker Walk? Apasal lenggang giler ni?'....dan dengan konpidennya kami bertiga, tengok jam'Oh baru jam 8.30pm, awal lagi belum bukak'...Oooo so okaylah kita balik hotel dulu rehat-rehat, memalam sikit baru keluar. 

Sampai Hotel, ada rasa tidak puashati, macam tak percaya kenapa jalan begitu lenggang sekali di bandaraya Melaka ni. Padahal malam masih muda, ermm pelik kann..

Akhirnya si seketul Sunah pun mengugellah Jonker Walk hahahaha. Tiba-tiba dia gelak macam hantu raya hahahahah...terus kata'Weii korang Jonker Walk buka Jumaat Sabtu Ahad ajelah' hahahahaha..

Sis dan Farahain terus erkkkkk...ayat si Ain biasalah'Seriuslah?!" hahahahaha..

Sis ko mampu gelak dan tak puashati gugel juga nak tau hahahaha sekali'Iyerr lerr' hahahahaa...

Makanya....melepeklah kami hanya di hotel dan menonton Drama Nur2 di dalam bilik penuh dengan emosi hahahaha. Bila ada geng menonton, haaa gitulah...dah rasa macam nak masuk dalam tv rasanya hahaha..Dak Ain je yang tak layan, sibuk dengan Drama Kekasih paksa Rela, orang dah tak rela dia merelakan hahahaha... rindu Belitung ke tu? hahahaha..


Dan begitulah...makanya korang kalau nak ke Melaka dan Jonker Walk, kenalah datang pada hari Jumaat, Sabtu Ahad yer. Eh tapi seriuslah cakap, korang datang hari weekdays, Melaka lenggang gilerr. kami datang haritu Rabu & Khamis, serius jalanraya lenggang termasuk di bandarnya. Kedai makan pun banyak tutup awal dan tidak buka. Apakah mereka buka malam sahaja atau buka Jumaat, Sabtu Ahad juga? Memang pelik. ...ermmm

Tengok aje gambar kami, seketul orang pun takde dalam gambar, hanya kami bertiga je, memang senang nak berOOTD hahahaha..


Esoknya pun kami naik Cruise pun yang ramai hanya bas-bas pelancung aje, tidak ada pun warga Melaka. Aishhh sangat serius, kami memang pelik bin ajaib. Kami bertiga pun dah macam pelancung yang melencung hahahaha..dah macam Melaka kami yang punya hahaha cuma...adeii Melaka so hot and spicy oii!!

So lepas ni dah tau, kenalah datang hari 3 tu, Jumaat Sabtu Ahad, barulah meriah Melaka hehehe. Dan rezeki juga, kami dapat jumpa blogger Melaka iaitu Kak Azura Rahman atau nama blognya Cerita Kak Z sebelum menonton teater haritu, selalu berchat di FB aje, kali ni dapat jumpa walau sekejap di Hotel kami. Tepi pool lagi hahahaha..cuma takde BBQ ajer..


Terima kasih Kak Zura, siap bawakkan kami roti boy lagi..rezeki kami dapat merasanya. Ada rezeki kita jumpa lagi ya ..

So dah tau kan? Hehehehe jangan jadi macam kami ya hahahaha 

Jonker Walk Melaka 

Alamat : Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
Nombor Telefon : 06-284 8282
Waktu Operasi : Jumaat – Ahad ( 5:00 p.m – 12:00 a.m )






P/S: Bukan nak beli apa sangat pun, tapi kalau ke Melaka kalau tak singgah Jonker Walk memang tak sah! Betul tak? Hehehee ...lepas ni dah tau, so noted la hehehehe...


SAHUR TELUR GOYANG DENGAN ROTI BAKAR PUN SEDAP !

$
0
0
SAHUR TELUR GOYANG DENGAN ROTI BAKAR PUN SEDAP ! | Dah kata dah, makin hari semakin blur dan poyo nak masak apa. Anak-anak pun semakin liat mengeliat nak bangun sahur. Tapi kena juga paksa makan sahur, sebab ada yang bekerja, kang tak sahur, takde tenaga kang. Kalau tanya 'Esok nak sahur apa?', masing-masing jawab,'apa-apa jelah Mak', tang apa-apa tu ler jadi masaalahnya..ermm Emaknya blur termenung malam nak tido mikir nak masak apa huhuhu..

Dan pagi tadi, di sebabkan juga semalam berbuka puasa di luar bukan di rumah, makanya dapur off, so tiada makanan semalam untuk di buka ke sahur. Dan kenalah masak pepagi Subuh yang hening hahahaha. No idea tapi bukak IG si Jofliam beberapa hari sebelum tu, terus teringat telur goyang yang selalu dia makan tuu, makanya terjadilah menu sahur pagi tadi, telur goyang bersama roti bakar hahahaha ..

Korang ada tengok tak IGs Jofliam sebelum ni, laaaa siapa Jofliam? Aishhh Suaminya blogger Cik Epal tu lerrr...kalau tengok IGs Jofliam, hari-hari dia bedal telur goyang dengan roti bakar ko sebelum puasa masa sarapan. Time puasa ni ada gak kadang dia makan telur goyang ni hahahaha. Cuma sejak ni dah jarang update telur, dia update video dia baju Lima Waqtu tu hahahaha..


Cuma roti aje beza, kalau Jofliam suka guna roti banggali putih tu, Sis ko bedal je roti Gardenia hahahaha. Pun kenyang...Licin gak makan anak-anak. 

Sejujurnya Sis ko tak pandai nak buat telur goyang macam ni sebelum ni. Yerr selalu aje tak menjadi, kadang Suami gelakkan Sis tau. Tapi sejak nengok Jofliam buat dan dia ajar macam mana nak dapatkan telur goyang yang cantik macam ni, barulah Sis fokus belajar dan try dan akhirnya yeahhhh!!! menjadi telur goyang Sis hahahahaha...

Korang pandai? Good! Yang tak pandai meh Sis ajarkan ea..ilmu jangan lokek, bukan boleh bawak mati, ye dakkk...

Resepi Telur Goyang Jofliam 

Bahan-bahan:

- Roti 
- Telur ayam 

Cara memasaknya : 

- Roti tu korang bakar dulu yer . 
- Sediakan periuk berisi air dan korang rebus dulu air dalam periuk sampai mendidih betul-betul dan air tu meletup-letup kata Jofliam hahahaha. 
- Kemudian korang tutup api 
- Then terus masukkan telur sebiji demi sebiji 
- Set kan timer 6 atau 7 minit 
- Timer siap, keluarkan telur.
- SIAP! kompom telur korang bergoyang! 





P/S: Puashati Sis ko menjadi telur goyang, nanti Suami balik, nak tunjuk eksen telur goyang Sis hahahaha...TQ Jofliam share ilmu secara live!! 


12 MAY - SELAMAT HARI IBU 2019

$
0
0
12 MAY - SELAMAT HARI IBU 2019 | Istimewa hari ini kan? Hari ini adalah Hari Ibu buat yang bergelar perempuan/wanita yang sudah melahirkan. Yang belum pun tetap Ibu juga sebab nama pun perempuan hehehe. Kalau untuk Bapa, tunggu 16/6 nanti yer..

So untuk diri Sis sendiri sebagai Ibu, selamat Hari Ibu buat diriku yang punya 3 orang anak. Dan juga punya seorang Ibu lagi. Juga buat korang semua yang bergelar Ibu, Sis ucapkan Selamat Hari Ibu. Moga kita terus jalani tanggungjawab kita lebih kuat, sabar dan tabah. 


E M A K 
..thanks for everything..
..you’ve been doing great as a mother! 
..no one could ever replace you..
..my one and only..
Love you more than anything in this world..

Walaupun kadang, kasih sayang Owang memang Owang tak tunjuk. Tapi Owang tetap sayang Emak sampai bila-bila. 
#sayangketatsendatpadat

“Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang mensyukuri segala nikmat yang engkau berikan dan mensyukuri segala petunjuk dan bimbingan orang tua kami sejak kami lahir hingga dewasa. Ampunkanlah segala dosa kami dan dosa ibu bapa kami. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami sewaktu kami kecil.”


Doa Ibu Membuka Pintu Rezeki

Ibu ialah sumber kemudahan hidup bagi setiap anak. Dengan berkat doa yang selalu dipohon oleh ibu, anak-anak memperoleh rezeki melalui kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, kesihatan yang baik serta kebaikan dalam segala aspek.

Doa-doa ibu bukan sahaja mampu mengubah kehidupan seorang anak, tetapi berupaya membuka pintu rahmat Allah SWT. Berterima kasihlah kepada ibu dan bapa kita yang tanpa jemu mendoakan kebaikan buat kita, janganlah lakukan seuatu yang membuatkan mereka mendoakan keburukan buat kita.

Nabi SAW mengingatkan:
“Keredaan Allah itu bergantung pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan ibu bapa.”






P/S: So harini...dapur OFF lagi hahahaha dapat makan kek pun jadi lerr..hehehe


LIRIK LAGU SUMPAH (OST DRAMA PIA) - NAIM DANIEL

$
0
0
LIRIK LAGU SUMPAH (OST DRAMA PIA) - NAIM DANIEL 
Lagu: Naim Daniel & Omar K
Lirik: Naim Daniel


Jika harusku bersabar dengan segala derita
Ku terima
Jika pahitnya terasa bagai dipenjara tanpa
Bicara ku rela

Cinta akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu

Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwaku tulus untukmu

Jika harusku bersabar dengan segala derita
Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara ku rela

Cinta akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu

Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untukmu

Ku harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini
Tanpamu seluruh nyawa tak bermakna

Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untukmu

Andainya bumi tidak mampu berputar lagi
Sumpah setiaku kan tetap ada di sini
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untukmu

Sumpah.








P/S: Lama dengar dah, mula tak suka, bila tengok drama Pia tu, baru Sis tersuka lagu ni huhuhu korang tengok tak drama Pia tu ? :(



RESEPI RAMADAN SERTA RAYA YANG SEDAP, CEPAT DAN MUDAH DARIPADA AYAM BRAND™

$
0
0
RESEPI RAMADAN SERTA RAYA YANG SEDAP, CEPAT DAN MUDAH DARIPADA AYAM BRAND™ | Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan diikuti oleh sambutan Hari Raya sebulan kemudian. Sahur dan iftar sepanjang Ramadan, diikuti oleh sambutan Eid sememangnya dapat mengumpulkan sanak-saudara dan rakan-taulan untuk menikmati hidangan tradisional, di samping meneroka makanan baru yang enak. Bagi kebanyakan orang, hidangan istimewa adalah yang dimasak di rumah.

Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik. Ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Resepi-resepi ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat. 


Donburi sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasikan. Masak nasi dengan santan Ayam Brand ™, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand ™ di dalam minyak zaitun. Siap.

Anda pasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malam sebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untuk mencairkan keju dan membuatkan bahagian luarnya garing. Bakar, jangan goreng dan ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit.


Membuat Kek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand ™ menjadikannya lebih mudah. Kisar semua ramuan seperti Ayam Brand™ Tuna di dalam air dan santan sehingga pekat, masukkan daun bawang dan ketumbar, kemudian buat bentuk bujur dan masukkan ke dalam peti ais.Selepas siap, layurkan dengan minyak masak kelapa Ayam Brand™. 


Udang Masak Kunyit ialah masakan yang menjadi kegemaran banyak keluarga. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk disediakan, hidangkan bersama nasi atau roti pita.


Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan Hari Raya anda



Manakala Coconut Cornflake Cookie dan Kuih Talam pula pasti memuaskan hati mereka yang gemarkan makanan manis. 


Bagi Puding Roti dan Keju Tradisonal sempena Ramadan dan Raya pula, apa kata ubah resepi itu dengan Ayam Brand™ Coconut Milk dan kurma? Boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat. 

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. 

Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Ramadan dan Hari Raya. 






P/S: kalau bulan puasa, stok sardin Ayam Brand dalam tin ler paling banyak di simpan selain Yeo's hehehe..senang ko, agak blur, campak aje sardin tu dalam kuali hehehehe. Janji masak. 


BUFFET RAMADHAN 2019 : JOM BERBUKA PUASA DI GBW HOTEL BERTEMAKAN 'REMPAH RATUS RAMADHAN'

$
0
0
BUFFET RAMADHAN 2019 : JOM BERBUKA PUASA DI GBW HOTEL BERTEMAKAN 'REMPAH RATUS RAMADHAN' | GBW Hotel yang dulunya di kenali sebagai Grand Bluewave Hotel Johor Bahru kini menyajikan kepada semua buffet sempena ramadhan yang telah bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 3 June 2019. Bertemakan'Rempah Ratus Ramdhan' lebih dari 100 menu yang di hidangkan yang semestinya kebanyakkannya berasaskan rempah ratus masakan tradisional melayu kita. 

Chef Karim selaku ketua Chef pada tahun ini di GBW Hotel, sentiasa akan memberikan yang terbaik kepada semua berdasarkan sajian yang akan di hidangkan bersama team group masakannya. Pilihan menu yang terbaik pasti akan membuatkan pengunjung kembali lagi untuk merasainya. 

Hidangan dari menu nasi, menu berlauk, salad, aneka kerabu dan juga sup, yang kesemuanya mempunyai citarasa tersendiri, membuatkan hidangan buffet kali ini cukup istimewa. 




Sis berkesempatan merasai buffet ramadhan di GBW Hotel kali ini, cuma agak terkilan sedikit, sewaktu sampai (tidak lambat juga) tapi pengunjung sudah mula mengambil makanan masing-masing, jadinya Sis tidak berapa nak menjelajah ke semua tempat mengambil gambar kesemua makanan yang di hidangkan di sebabkan keadaan pengunjung yang lalu lalang mengambil makanan. Makanya mana yang dapat dan sempat aje Sis dapat amik gambarnya untuk dikongsikan kepada korang semua. Overall makanan yang di hidangkan memang sedap dan lazat. 

Menu utama yang menjadi tumpuan pengunjung adalah menu Nasi Hujan Panas bersama Kambing Masak Beriyani, juga Kambing Golek, Nasi Lemak Ayam Berempah, Ayam Percik dan juga Satay. 

Korang kena cuba Nasi Hujan Panasnya bersama Kambing Beryani tu, memang sangat sedap! Mulanya Sis taknak makan, tapi dah semua kata sedap, akhirnya Sis makan juga, ternyata memang sedap giler!! Memang rata-rata semua orang makan nasi tu. 

Juga adanya 'Live Action Station', di mana korang boleh minta (order) menu makanan panas contohnya: Char Kuey Tiaw, Mee Goreng, Roti Jala dan juga BBQ section menu : Udang, Ikan dan juga Sotong Bakar . 




Dan tidak lupa juga bahagian Ulam Ulaman dan juga Sambal-sambal. Pelbagai jenis ulam ulaman dan aneka sambal yang boleh korang nikmati. Dan kalau korang taknak makan nasi, ada juga warung Laksa Johor, dan juga Pasta dan Spageti. Pilih aje dan semua ada di sana. 

Untuk bahagian pencuci mulut atau kuih-kuih tradisional, juga di hidangkan Rojak Buah, aneka buah-buahan, dan juga bagi peminat durian, korang boleh nikmati Serawa Durian dan juga Durian Goreng. Kuih-kuih tradisional melayu juga banyak pilihan yang di sediakan, antaranya: Onde-onde, Bingka Ubi, Tepung Talam, Kuih Lapis atau hidangan aneka jenis Kek dan juga Puding Custard. 

Yang sukakan hidangan pencuci ala English style, juga ada Butter Pudding, Apple Crumble, dan juga aneka Bubur, termasuk Bubur lambuk. Bubur lambuk dia sedap! Memang sedap, jujur Sis kata.. korang cubalah...sebab sedap itu subjektif hehehehe..

Untuk pilihan minuman, pengunjung boleh nikmati Teh Tarik Special dan juga Sirap Selasih dan juga minuman panas dan sejuk yang lain juga. 

Jadi tunggu apalagi, masih tercari tempat nak berbuka puasa? Apakata mai le ke sini dan mencuba hidangan buffet ramadhan di GBW Hotel ini. Harga pun tidak terlalu mahal, mampu beli. Untuk info, korang boleh baca di bawah ini ya..

Buffet Ramadhan GBW Hotel 'Rempah Ratus Ramadhan' 

9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
Buffet Ramadhan : Medini 2, Level 7

Harga: RM92.00nett dewasa 
Harga: RM45.00 nett untuk kanak² (6-12 tahun ke bawah) & warga emas/citizens berumur 60 & ke atas.


Untuk tempahan : HQ +607 221 6666 
Mr. Ismail : +6012 7508067
Mr Syahmi : +6016 710 0048
Ms. Aiza : +6016 723 3558
Ms. Urfa : +6016 710 0073

Email : sales@gbwhotel.com.my 



Terima kasih GBW Hotel !! 💕






P/S: Review Sis: Seperti Sis bagitau atas tu, menu nasi hujan panas dan kambing beryani juga bubur lambuk dia, memang sangat sedap!! Korang kena cuba menu ni..lain-lain menu pun okay.. Sedap itu subjektif ! Cuba dan rasa dulu baru boleh komen ya.. 



RESEPI SAMBAL UDANG SEDAP MAT GEBU

$
0
0
RESEPI SAMBAL UDANG SEDAP MAT GEBU | Petang-petang macam ni dah tentulah Mak-mak semua duk depan laptop atau pegang handphone duk mikir nak masak apalah untuk juadah berbuka nantikan? Termasuk juga Sis ko ni. Untuk harini Sis dah ada menunya. Harini cadangnya nak masak Lemak Sayur Labu dan juga Ayam masak Semur (Kicap Pedas). Mulanya fikir nak lawankan lemak labu dengan sambal tumis, kan sedapkan, tapi di sebabkan kelmarin dah pun masak sambal tumis udang, maka tukarlah kepada ayam masak semur aje.

Nak masak ni sebenarnya mudah aje, antara ko rajin dan tak rajin je nak pelbagaikan. Kena mood puasa ni, ko tengok apa pun sedap oii hahaha. Macam Sis sejujurnya baru semalamlah pertama kalinya jejak kaki bazar ramadhan (PARAM), setelah 8 hari berpuasa. Itu pun sebab berbuka di rumah Emak semalam, kalau buka di rumah, memang Sis takde keluar ke bazar. Biasa Suami yang belikan.

Kuih? Oh Sis hanya gorengkan karipap/samosa frozen yang dah Sis beli awal-awal sebelum ramadhan. Lagi senang dan puashati. Bukan apa, kadang geram, beli karipap/samosa kat bazar tu, tau-taunya karipap tu kembong banyak 'angin' je dalamnya ermmm...no komenlah pasal ni, sebab tiap-tiap tahun berlaku sebegini. 

Okay berbalik pada tajuk, yer kelmarin Sis masak Sambal Udang resepi dari blog Mat Gebu aka www.tiffinbiru.com. Memang blog Mat Gebu ni jadi sumber rujukan tiap kali nak memasak. Sis suka sebab resepi dan bahan dia mudah. Tak payah pening-pening nak timbang bagai. Dan cara masaknya pun senang, main bedal jerr hehehe..tapi sedap!


Sambal Udang Sedap Mat Gebu 

Bahan-Bahannya :

300gm udang sederhana besar, dibersihkan (Sis buang kulit dan guna 500gm udang)
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis halia*
2 biji buah keras*
1 inci belacan*

(Bahan bertanda *dikisar halus)

1 1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar gula
Garam dan sebuk perasa (jika suka)

Cara membuatnya :

- Udang digaul dengan sedikit garam, goreng hingga 3/4 masak, angkat dan toskan. (Sis rebus kejap dalam air mendidih dan toskan)
- Dalam minyak yang sama tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak. 
- Masukkan jus asam jawa, gula, serbuk perasa (jika suka) dan sedikit garam. 
- Masak hingga hampir pekat. 
- Masukkan udang tadi dan masak hingga udang betul2 masak dan sambal pekat. 
- Rasa dan jika ok, boleh diangkat.




Haaa kalau korang takde idea nak memasak apa, bolehlah cuba ya. Udang tu boleh juga gantikan dengan ayam ke ikan ke sotong ke, yang penting sambalnya tu sedap ko! 

Makaseh Denan hehehehe...

Korang pula nak masak apa harini? Jangan lupa sambil masak sambil berselawat yer, masak penuh dengan kasih sayang, tentu sedap menunya nanti ..

Selamat memasak semua ..






P/S: Nasib juga sepanjang puasa ni anak-anak ikut je apa yang Emaknya masak, tidak ada permintaan, kalau tak, letih juga nak melayan sorang-sorang punya menu huhuhu...


ADAKAH KITA BENAR-BENAR IKHLAS DALAM SETIAP KEBAIKAN YANG KITA BUAT?

$
0
0
ADAKAH KITA BENAR-BENAR IKHLAS DALAM SETIAP KEBAIKAN YANG KITA BUAT? | Tidak ada sesiapa yang mengatakan tidak ikhlas bila berbuat kebaikan. Semua manusia akan mengatakan ikhlas dengan setiap perbuatannya. Ada orang terang-terang menyebut Saya Ikhlas setiap kali beramal dan ada yang mencatat Yang Ikhlas dalam setiap surat atau emel.

Adakah kita benar-benar ikhlas dalam setiap kebaikan yang kita buat?

Hakikat yang patut diketahui ialah tidak ada seorang pun yang tahu, siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas. Malah kita sendiri pun tidak tahu, kita ini ikhlas atau tidak. 2 malaikat yang mencatat amalan seseorang juga tidak tahu, orang itu ikhlas atau tidak.

Sesungguhnya hanya Allah yang tahu, hambaNya ikhlas atau tidak dalam perbuatan mereka.

Bagaimanapun ada caranya untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak. Jangan fikirkan keikhlasan orang lain. Periksa keikhlasan kita sendiri. Bagaimana caranya?

Cara menilai keikhlasan

Apa perasaan korang bila budi yang korang tabur tidak dikenang atau dibalas? Apa rasa hati korang bila kebajikan yang korang buat dibalas dengan kejahatan? Perasaan yang timbul itulah penentu mudah untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak.

Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya sakit bila budi yang kita buat dilupai. Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya geram saat kebajikan kita dibalas kejahatan.

Bila seseorang itu lupa kebaikan yang dibuatnya pada orang lain. Bila hati orang itu tidak terasa apa-apa, tidak kesal bila madu dibalas dengan tuba. Itulah tanda hatinya ikhlas.

Periksa sendiri apa rasa hati dan perasaan kita bila kebaikan kita tidak dikenang dan bila kita dibalas jahat atas setiap baik yang kita buat.

Manusia selalu menganggap kebaikan yang dibuatnya adalah dari dia dan untuk dia. Dia menganggap kebaikan yang dibuat kerana kemurahan hatinya dan kebaikan itu mesti kembali pada dirinya. Kembali dengan cara…

- Mesti mengucapkan terima kasih padanya.
- Kenangkan apa yang dia buat.
- Sebar-sebarkan cerita kebajikan yang dia buat pada orang lain.
- Jangan tolak bila dia minta berbuat sesuatu.
Dan sebagainya.

Kebaikan kita pada orang sebenarnya adalah dari Allah. Allah telah menjadikan kita sebagai ‘ujian’, untuk Allah menyampaikan nikmatNya kepada manusia. 

Maka kita tidak sepatutnya berbangga dengan kebaikan yang kita buat. Kita hanya melaksanakan amanah untuk mengagih-agihkan nikmat Allah kepada sesama manusia. Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah mengagihkan nikmatNya melalui kita.

Kebaikan sebenar ialah dapat berbudi kerana ALLAH. Itu yang membuatkan seseorang itu berasa tenang dalam melakukan kebaikan walaupun kebaikannya tidak dibalas dengan baik.


“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah, maka mulailah untuk orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah paling baik adalah daripada orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka sesiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya.” - Riwayat Bukhari, nombor: 1338.

Kesimpulannya, perbuatan memberi itu lebih baik daripada meminta. Mengapa? Kerana dengan memberi kita dapat menunjukkan perhatian kita kepada orang lain. Keinginan orang lain dapat dipenuhi dan pastinya dapat menyenangkan hati orang lain. Apatah lagi jika pemberian itu kepada mereka yang benar-benar dalam kesulitan dan kesusahan. Ia tentunya dirasakan lebih rahmat dan membahagiakan.

#SisSharing 






P/S: Kalau dulu masa sekolah, kalau kawan bagi Sis barang, Sis selalu tanya 'ikhlas ke tak ni?', sampai naik jemu kawan-kawan dengar, lepas tu, sampai kawan pun malas nak dengar pertanyaan tu, so tiap kali bagi Sis barang, mereka akan kata 'Amiklah, aku ikhlas' hahahaha...


BILA DAH KE BAZAR RAMADHAN (PARAM), HABIS JUGA RM50 !

$
0
0
BILA DAH KE BAZAR RAMADHAN (PARAM), HABIS JUGA RM50 ! | Kes perabis duit betul kalau dah Sis Lin ke bazar ramadhan atau lebih di kenali sebagai PARAM. Untuk tahun ini dan juga setelah hari ke 9 harini berpuasa, Sis baru sekali inilah jejak ke bazar ramadhan. Itu pun pergi bazar ramadhan Taman Suria di area rumah Emak. Kebetulan berbuka di sana hujung minggu baru ni. 

Asalnya nak masak siput sedut, tapi puas ke pasar sana sini siput takde, makanya kata Emak beli ajelah di bazar, sebab Emak pun kurang sihat nak memasak. Sis is okay aje, anak-anak pun okay je. Dan teruja gak anak-anak sebab ini pertama kali untuk puasa tahun ni nak ke bazar, sebelum ni asyik masak makan di rumah atau makan di luar aje hehehe. 

Dah nama pun bazar ramadhan, orang jangan cakaplah, sesak, sana sini semua orang...penuh kereta sana sini, simpang siur semua dengan orang dan kereta, kalau Sis dah rasa senak rimas dah...pakkal je laa nak beli makan, Sis ko redah juga, tapi alhamdulilah rezeki dapat parking depan-depan hehehehe. 

Tapi bila nak masuk ke bazar...aaaa sudah! dengan segala asap, bau masak, dan segala macam bau manusia, terpaksa lagi ku redah. Punyalah ramai manusia, sampai Sis ko mulanya nak amik gambar dan video suasana bazar tu pun terus terbantut, tak jadi nak keluarkan handphone. Lagi kepit bag ada. Gile rapat orang ko, bahaya juga, kang ada jeee perangai jenis syaitan terlepas kang..tak pasal kang nak membayor bag duit lesap..jangan buat kerja yer...

Ini bukan memfitnah bukan menuduh perangai manusia, tapi itulah salah satu kejadian yang berlaku ketika di bazar ramadhan. Orang sibuk toleh sana sini nengok menu orang menjual, haaa ada yang amik kesempatan dengan kesesakan orang ramai, so korang hati-hati ya. 

Pusing sana sini entah tak tau nak beli apanya. Anak bujang sorang dah settle, dia beli nasi goreng seafood 'live action' sebungkus. Yang si Kakak masih mencari nasi ambangnya. Sis pula, beli nasi kerabu, lain-lain beli kuih muih aja. Haa juga beli air tebu.

Settle jer terus balik. Dalam pada nak balik tu duk mikir, terus berkata pada anak'Habis rm50 lebih juga tadi gi Bazar ek', Terus si kakak jawab 'Emaklah beli macam-macam', Erkkkk Emak juga yang kena ek hahahaha..

Yer betul, diam tak diam, dalam menghulur  membayar tu, habis juga ko rm50 hahaha. Harga dah naik ke apa ek? Tapi serius terkejut gak masa membayar air tebu tu, sebotol rm8 hengget ko! Ermmm okay dah..tak baik mengungkit makan...biarlah, dah beli dan dah makan pun kann...mahal ke murah ke, kita tak duduk diri kita sebagai peniga, jadi kita tak tau..

Kalau mahal jangan beli...kan senang cerita, tak payah duk membawang..apa-apa pun moga murah rezeki dan meniagalah dengan amanah, ikhlas, jujur dan fatonah..

Nak tengok apa yang Sis beli? Layankan aje gambo di bawah ini hehehe..tak payah nak perkenalkan diri dia, korang tengok mesti korang tau apa makanan tu kan hahahaha...Tu separuh antara menu yang Sis beli hahahaha.. 





OkBai...
selamat menjamu mata ..





P/S: Harini dapor Sis OFF...alhamdulilah rezeki ada undangan makan berbuka puasa ini malam..di mana? Tunggulah nanti Sis update ya ..


Viewing all 4427 articles
Browse latest View live