Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4457 articles
Browse latest View live

MALAM GALA UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL

$
0
0
MALAM GALA UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL | Kembar animasi no. 1 Malaysia, Upin dan Ipin kembali ke layar perak setelah 10 tahun. Filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini diarah oleh tiga pengarah muda berbakat, Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu). Ia turut dibintangi oleh Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri. UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac 2019.

Malam Gala filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang diadakan di GSC Mid Valley
telah dihadiri oleh barisan tetamu kehormat, YB Gobind Singh, Menteri Komunikasi dan
Multimedia, YB Dr. Mazlee, Menteri Pendidikan, penerbit, pengarah, barisan pelakon suara,
para karyawan industri, dan pihak media.


Sis berkesempatan hadirkan diri ke malam gala tersebut dan turut sama menonton tayangan perdana Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal. Bagi peminat Upin & Ipin , Sis percaya filem ini bakal menambat hati penonton. Jalan ceritanya dari awal hingga akhir memang penuh dengan gelak tawa dan aksi setiap watak yang di lakunkan, pasti akan jadi tarikan buat penonton untuk datang menonton berulang kali. 

Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya
kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri
animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya
antarabangsa. Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini
dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh
kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek.


Persembahan mantap Ernie Zakri menyanyikan lagu "Buai Laju-Laju" dan Fakhrul Razi
menyanyikan lagu"Keris Sakti" menghiburkan peminat sebelum pelancaran malam gala ini
yang dirasmikan oleh YB Gobind Singh. Kedua-dua lagu ini adalah OST bagi filem UPIN &
IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL. Skor muzik asal dan runut bunyi ini dirakam semula dalam
bentuk orkestra di Boston dan Prague.

Korang ada baca cerita donggeng atau cerita rakyat dulu-dulu? Seperti Raja Bersiong, Mat Jenin, Nujum Pak Belalang. Yer watak-watak seperti itu yang ada di dalam filem ini. Mula masa Sis dengar watak tu semua terus fikir. Watak dan gaya macam mana yang akan di serap dalam filem Upin & Ipin ni yer, dan ternyata memang semua watak tu memainkan peranan masing-masing. 


Watak Raja Bersiong - Jahat sungguh dia ni. Dialah yang mahukan sangat Keris Siamang Tunggal tu untuk lebarkan kuasa dan jajahan dia. Eee geram tengok dia ni. 


Watak Mat Jenin - Mat Jenin memang suka berangan-angan tapi tak sangka angan-angan dia menjadi kenyataan hehehe. 


Watak Belalang anak kepada Nujum Pak Belalang - Hahaha ini memang kelakar, sampaikan babak minum kopi hitam tu pun ada hahahaha lawak gile!


Watak Nakhoda Ragam - Watak dia ni sebagai watak penyelamat dan menghiburkan. Dialah yang  menyanyi lagu Keris Sakti dalam filem tu . 


Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.


Suruh kemas stor Tok Dalang, tapi lain pula yang mereka jumpa. 


Asyik berangan aje Mat Jenin ni , berangan nak jadi kaya.


Kerajaan Inderaloka - Alam Fantasi


Misi menyelamatkan kerajaan Inderaloka. 


Dua tiga kucing berlari, habislah kita kali ni - Jarjit Hahahaha..


Belalang yang banyak membantu Upin & Ipin juga kawan-kawannya.


Nakhoda Ragam yang menyanyikan lagu Keris Sakti dalam filem ni .


Dua singgit dua singgit hahahahha


Sinopsis Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal 

Filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang. Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. 

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawannya mengemas bilik stor Tok Dalang dan terjumpa pada keris Siamang Tunggal itu dan tanpa di sangka telah membawa mereka terus ke dalam kerajaan atau dunia lain. Semasa mereka cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, Upin & Ipin juga kawan-kawannya secara tiba-tiba mendapat pelbagai dugaan dan cubaan dan secara langsung mendapat tugasan memulihkan kerajaan Inderaloka itu dengan menggunakan Keris Siamang Tunggal. 

Dengan bantuan watak-watak dari dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya akan menempuhi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, dan lucu. Dan masa ni juga korang akan teruja dengan seni grafik dalam filem ni, sangat cantik ! Walaupun kartun animasi tapi Sis ko terkebil-kebil mata tengok grafik 3D dia, sampai terfikir, kalaulah ada 4D ke 6D ker,  wowwww gileee gambarnyaa...

Berjayakah Upin & Ipin juga kawan-kawannya kembali ke Kampung Durian Runtuh mereka untuk bertemu Opah dan Kak Rose? Siapakah pemilik KERIS SIAMANG TUNGGAL? Dan siapakah yang menjadi SIAMANG? Korang kena tengok sendiri. Jeng jeng jeng ..

 Filem itu juga akan ditayangkan di Indonesia, Singapura dan Brunei selain cuba menembusi pasaran Asia lain seperti China, Taiwan dan Jepun. Tahniah buat Les'Copaque ! 👏

Nantikan tayangannya !

  UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL

Tarikh Tayangan : 21 Mac 2019
Terbitan : Les' Copaque Production Sdn Bhd

Bintang : 9/10








P/S: Korang kena tengok baru boleh komen, jangan baca dan dengar je, tonton sendiri, pasti puashati dan terhibur! Sis pun nak tengok lagi.. Jommmm!



MEE UDANG GALAH PAKA, PADU SEYYY !!

$
0
0
MEE UDANG PAKA, PADU SEYYY !! | Serius sedap! bak kata seketul Han anaknya blogger Cik Epal 'paduuuu' hahahaha. Dah jadi ayat Sis ko pulak tidap kali makan, asal sedap jer 'paduuuu' adeiii lawak dan bijak tau Han! 😆 

Sispa kata kat Paka ni takde Mee Udang Galah? Adaaa ko. Sebelum ni memang lama dah asyik nak mengajak Suami pergi makan mee udang kat Sg Rambah Pontian tu, yang tu memang tip top! tapi Suami kalau balik Johor memang no time nak balik lelama, makanya simpanlah hasrat tu, sampaikan Suami pun rasa serba salah selagi tak bawak Sis pergi makan. Sebab Sis ko asyiklah duk sebut hehehe. 

Nak jadi cerita, orang kata kalau dah rezekikan, ada satu hari tu Suami call semata nak bagitau 'Ly, kat sini pun ada mee udang galah, nanti kalau datang sini kita pergi', hahahaha terus excited le Sis bila mendengarnya. Terus tak sabar nak ke Paka hahaha. 

Dan akhirnya sampai juga Sis ko ke Paka Jumaat lepas dan seperti yang Suami janjikan, dia bawa Sis makan ke Kedai Mee Udang Galah Paka ni hehehe. Jom Sis tayang dulu mee udangnya lepas tu baru cerita di mana kedainya hahaha. 


Mee Udang Galah Tomyam - RM 10

Nampak tak apa yang Sis up? Hahahaha yerr yang ini Mee Udang Galah Tomyam, Suami order yang ini. Rasa dia sedap, betul sedap, Sis tarak tipu. Suami siap puji Makcik yang masak tu lagi masa membayar. Udang dia besar, fresh, sesuai dengan harganya. 

Kalau yang Mee Udang Galah Sg Rambah tu, takde mee tomyam, hanya jual nasi goreng udang galah dan juga mee bandung udang galah aje. Tapi kat Paka ni, macam-macam ada. Nasi beriani udang pun ada. 


Mee Udang Galah Kari - RM 10

Yang ini Sis punya. Tapi bila makan, rasanya sedap lagi Suami punya hahahaha. Bukan tak sedap, sedap tapi tekak Sis lebih suka kepada yang tomyam tu. Tapi sebab nak mencubakan, so kita kena cuba rasa dan makan.

Sama juga dengan Suami punya, meenya banyak, udangnya besar dan fresh. Tidak terlalu rasa kari, tapi tetap rasa kari hahahaha. Yelah maksud Sis, tidak terlalu kuat rasa rempahnya, sedang-sedang aje rasa karinya. Korang boleh cuba ni. Kata pakcik tu, rata-rata ramai order mee kari udang galah ni. 


Ni kedainya, tepi jalan jalan besar Paka. Korang kalau dari bandar Paka, kedainya sebelah kiri, sampai Petron, jangan laju-laju, slow-slow sebab kalau korang laju, nanti terbabas dan tak nampak kedainya. Ini kerana kedainya termasuk ke dalam sikit. Signboard pun hanya di kedai aje, takde papan tanda tepi jalan. 

Suami kata dia dah berapa kali juga terbabas nak ke sini, makanya kena slow-slow kalau selepas Petron tu. Kalau korang dari Kerteh nak ke Paka, kedainya sebelah kanan, kena u-turn baru jumpa kedainya. 


Ada macam-macam menu kalau korang nak makan. Bukan mee aje, nasi beriani juga ada, semua guna udang galah. Suami kata nasi goreng udang galah dia pun sedap. Sebelum ni dia dah makan. Banyak juga sepinggan kata Suami. 

Harga tidaklah terlalu mahal, tapi kalau order yang 'special' atau limited' tu, memang mahal, tak silap Sis RM 25 semangkuk. Yang biasa RM 10 sahaja. Yang special dan limited tu, mungkin udangnya besau gilee agaknya, atau mangkuk besar..entah lah tak tanya pulak pakcik tu. 


Kedainya buka setiap hari KECUALI hari Jumaat. Yer hari Jumaat banyak kedai tutup siang hari di Paka ni. Malam baru ada buka, tu pun tengok kedai. Mee Udang Galah ni di buka pada jam 10.00 pagi sehingga jam 6pm tak silap katanya pakcik tu. 

Sebelum ni buka waktu malam, tapi kata pakcik tu, dia kekurangan pekerja, jadi tidak ada yang membantunya. Maka buat masa ni hanya buka siang hari sahaja. 

Termasuk papan tanda kedainya. Suami ada bagitau pakcik tu, orang susah nak nampak kedainya sebab kedainya ke dalam, ramai terbabas. Pakcik tu kata dia akan cuba bikin papan tanda kat depan jalan tu sikit masa lagi. Kasihan pelanggan nak datang tak jumpa sebab terbabas ajer. *banyak pulak komen Suami ek hahahaha 😝

Sis rekomenlah kalau sesiapa yang berada di Paka atau kawasan-kawasan sewaktu dengannya, untuk mencubanya, ini bukan post berbayar, tapi Sis makan Suami bayar yer. hahahaha. 

Alhamdulilah, terima aksih Suamiku. Moga murah rezekinya belanja Isterimu selalu. 
Aaminn..

Facebook : Mee Udang Paka 






P/S: Korang ada tempat makan mee udang galah yang best nak rekomen Sis? Kalau ada sila komen, tak kisahlah negeri mana pun, komen aje, kalau pernah makan, bagi link blognya sekali yer. TQ


BETUL KE? CEMBURU TANDA SAYANG ATAU CINTA?

$
0
0
BETUL KE? CEMBURU TANDA SAYANG ATAU CINTA? | Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan. Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan. 

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman. Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas. 

Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup. Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat. Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain. Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. 

Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

Sumber : Tips Memikat 


Sis ko seorang yang cemburu atau tidak? Yerr sangat cemburu. Sis jenis kalau cemburu akan jadi dendam dan selagi tak dapat 'kejujuran' itu, selagi tu sampai ke lobang cacing akan ku cari ... bukan cembura buta lagi, tapi cemburu jenis celik. Kalau buta dia duk diam je, kalau celik, haaa tu lerr, sampai lobang cacing ku cari ! Jaga-jaga 'Hantu Gile'💣
Hahahahahahahahaha *Gelak Jin ! ...





P/S: Cemburu tanda sayang tu tak boleh pakai dah. Sekarang cemburu tanda 'tembelang dah pecah' hahahahahaha *gelak jin lagi..


BARU SIS TAHU DI PAKA NI ADA COOLBLOG, HAHAHA

$
0
0
BARU SIS TAHU DI PAKA NI ADA COOLBLOG, HAHAHA | Bukan jakun ataupun kuno, tapi memang baru tahu di Paka ni ada Coolblog, yakni minuman kegemaran tiap kali cuaca panas berdenting. Kalau pergi 7eleven, memanjang mesin slurpee tu rosak! Entah apa yang rosak pun tak tau. Bila dah ternampak Coolblog ni, makanya berhoray-horay le kejap hehehe. 

Mulanya tengah hari semalam keluar nak cari car wash, nak cuci kereta yang berdanau berdaki gile, sakit mata memandang. Lagi-lagi bila nak drive balik Johor nanti, rasa tak tenang hidup nengok. Dan dalam pada mencari, ternampak booth Coolblog ni di pam minyak Petron. Haaa apalagi, memang Sis ko singgah le gamaknya. Selama ni tak perasan pulak. Siap call bagitau Suami, Suami kata 'lama dah ada' erkkk huhuhu ...

Dan lagi satu, boothnya tu ke dalam sana, dekat dengan tandas belakang area pam angin, manalah nak nampak kan. Tu ler kata rezeki, boleh pulak mata melilor kiri kanan dan boleh ternampak hehehe. Dah le cuaca panas berdenting kat Paka ni. Hurmm sianlah Suami, mencari rezeki tak kira panas dan hujan. Moga Allah pelihara Suamiku dan diberikan kesihatan yang afiat. aamiinn..


Cubalah korang bayangkan dengan cuaca panas terik, sekali korang dapat air coolblog milktea passion fruit ni, tak ke nyaman anak tekak hahahaha. Begitulah perasaan Sis ko bila mendapatnya. Padahal kat Johor selalu jer melantak hahahaha. Eh suka kitalah nak post. 

Time nak beli tu agak susah sikit nak berinteraksi, hahaha kelakar pun ada, yelah mereka cakap loghat Trengganu, yang Sis ko ni cakap loghat Johor, makanya bila nak order tu, memasing macam 'haaaa haaa' je ler, bukan sebab pekak, tapi sebab kurang faham hahahaha so kenalah tunjuk gambar baru faham kekekeke. 


Lepas dah dapat Coolblog, terus bawa kereta cuci, phewww lega bila jumpa kedai cuci kereta. Barulah bersinar mata Sis ko tengok kereta bersih aje. Biarpun kereta lama janji bersih luar dan dalam, itu memang perangai Sis kalau Sis yang memandu atau Sis punya kereta. Kalau naik kereta orang, Sis tak kisah. Tu kereta dia hehehe.

Viva? Yerr itulah kereta Viva anak Sis, yang Sis pandu dari johor ke Paka. Kenapa? Okay je bagi Sis. kalau kita yakin dan berserah, niat dan tujuan kita tu hanya kerana Allah, nak kemana pun insyaAllah selamat, walau dengan Viva ajerrr. Janji sebelum gerak, servis dan check semua apa yang patut, tu sebagai faktor keselamatan. Alhamdulilah Allah permudahkan. 


Lepas dah settle semua cuci kereta, terus cari kedai makan pulak. Dan yang ni pun kawan rekemen juga, kedai makan Wok and Grill. Kedainya berdepan jalan besar Paka jer. Maaf lupa nak amik gambar depan kedai, lainkali eh kita review. Ni hanya up untuk entri harini jer..

Bolehlah tahan masakan dia. Sis order nasi goreng with lamb grill and barli ais, add on cheezy wedges rm29.30. Agak mahal tapi kalau dah makan jangan berkira okay, i dont like. Nak ikutkan Sis malas nak makan, tunggu Suami je sekali makan dinner, tapi sebab pagi tadinya tak makan, jadi lapar kemain perut hahaha. So nanti malam, kita makan ringan-ringan aje ler. 

Apa-apa pun, bersyukurlah seadaanya. Panas kita bersyukur, sejuk pun kita bersyukur. 
Jangan lupa say alhamdulilah for today. 

Terima kasih sudi baca entri harini heheheh. 
OkBai. nanti sambung lagi. 






P/S: Rindu bantak buchuk! 😖


KERETA IDAMAN - MERCEDES-BENZ-A-CLASS A200

$
0
0
KERETA IMPIAN SIS 2020 - MERCEDES-BENZ-A-CLASS A200 | Yerr impian jerr, belum tentu boleh dapat, macamlah Sis ko ni bekerja ek. Hehehehe. Tapi tak salahkan kalau kita pasang angan-angan, macam Mat Jenin tu. Berangan tu kan free. Tu mesti ada yang kata 'ceh tak hagak-hagak impian dia, banyak duit bolehlah', ermmm dah biasa dengar dah, tapi kita abaikan. 

Orang yang takde impian dan angan-angan, ialah orang yang 'eksen'. Dia kata kita banyak duit, tapi sebenonya dia yang eksen, dia yang banyak duit, so dia boleh dapat apa dia nak tanpa pasang impian atau angan-angan. Dah tu impian dan angan-angan orang dia gelakkan. Tak macam kita yang tak berduit sangat ni, kena pasang impian dan angan-angan. Dapat ke tak, belakang cerita, janji ada impian. 

Semua orang ada impianlah, jangan kata takde, tanya budak umur 5tahun pun, dia pun ada impian nak apa, nak jadi apa. Yang miskin yang kaya semua ada impian. Jangan fikir dulu dapat atau tidak, tapi pasang impian dul, lain-lain hal Allah yang berkuasa. Kalau takde impian, okay diam je. Jangan perlekehkan impian dan angan-angan orang pulak yer. Eh banyak pulak membebelnya. Dah jom balik ke pangkal jalan tajuk. 

Kereta Impian Sis ko..hehehe macam tajuk di atas tu haaa kui kui kui. 


Segaknya dia. Perghh terkebil-kebil Sis ko memandang. Tak tau kenapa, memang berkenan sangat dengan Mercedes Benz A class A200 ni. Pandang pertama terus jatuh cinta. Masa perlancaran dia tu, Sis siap tengok youtube dari mula sampai habis ko hahahaha. 

Lepas tu siap forward kat Suami bagi dia tengok, sebenonya bagi hint hahahaha. Alaaa Suami tau Sis suka kereta ni, dia pun berkenan, tapi belum ada rezeki, tunggulah kalau ada rezeki datang tergolek dok.. 


Dia punya belakang manyak seksi sekali tengok. Sis berkenan sungguh! Entahlah tak tau nak cakap apa. Tidur malam termimpi-mimpi hahahaha.

Ni kalau sekali pecut pergi Paka ni, belezup perginya ek hahahaha. Tekan minyak sekali, lembut jee perginya hehehehe. phewwww..


Kalau untuk perempuan memang sesuai sangat, comel gitu. Lagi pulak color putih. Ye dok...Tapi Sis berkenan color merah, cun gilerr!!..

Korang doakanlah moga murah dan bertambah rezeki, dapat Sis ko merasa naik kereta impian ni hehehehe. Kalau tak pun dapat memandu dalam mimpi pun jadilah kan. Bak kata Blogger Cik Epal, 'berangan tu free, antara dapat ke tidak, tak apa, janji punya impian dan cita-cita'..
Aamiinn..

Takpe kita pasang impian, angan-angan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tau kan. Cepat dengan lambat je Allah nak bagi. 

Korang pulak, ada kereta idaman tak? Cer komen nak tau juga. 





P/S: Sebenonya malas nak berkereta baru ni, menambah hutang je! Rasa lega bila semua hutang kereta dah selesai. Tinggal membayar rumah ajer. Kena fikir dulu, beli ikut kemampuan atau kemahuan? ..


PRAY FOR PASIR GUDANG - TABUNG N95 PASIR GUDANG

$
0
0
PRAY FOR PASIR GUDANG - TABUNG N95 PASIR GUDANG | BANGKIT ! SATU JIWA, SATU N95 .... ! Penduduk Pasir Gudang Seramai 420,000 orang !

#RAKYATJOHOR WAJIB BANGUN Bantu Pasir Gudang ... Mereka keluarga kita, Tanggungjawab KITA Semua ! 

KITA Yang ada rasa Cinta Terhadap JOHOR,
Kita yang bernaung dibawah DYMM Sultan Johor 
Kita yang merasa kepunyaan Terhadap Johor !

Kami menyeru kesemua NGO Di Johor yang ada Rasa Tanggungjawab Kepada Negeri Ini, Ayuh sama-sama kita Bantu Saudara kita di PASIR GUDANG.

PASIR GUDANG Daerah yang pesat dengan perindustrian, perkilangan. Untuk siapa? kalau bukan untuk manfaat seluruh JOHOR malahan juga memberi kesan positif kepada Malaysia. 

Ihsan Johor kini melancarkan Tabung N95 Pasir Gudang ! Hasil Sumbangan ini akan di belikan Topeng N95 dan diserahkan kepada semua penduduk di sana. Sumbangan berbentuk topek muka jenis N95 diperlukan segera. Sumbangan berbentuk wang tunai boleh di salurkan ke Akaun Rasmi 

Pertubuhan Ihsan Johor 
(5512 0352 7725 MAYBANK)
Kod Sumbangan "DOA PASIR GUDANG"

Resit Sumbangan Boleh Di Whatsapp Ke 013-7761769 En Shah 

Sekolah-Sekolah yang terlibat...

1.Sk Taman Pasir Putih
2.SM Taman Pasir Putih
3.Sk Taman Tanjung Puteri Resort
4.Sekolah Agama Taman Pasir Putih
5.Sk Kota Masai2
6.SMK Kota Masai Bacang
7.Sk Taman Scientex
8.SMK Tg Puteri Resort
9.Sekola Agama Kampung Pasir Putih

*Update terkini - Sudah menular ke Sek Taman Scientex Menengah dan juga Rendah. Sekolah juga di arahkan tutup serta merta. 

Sumber dari Facebook Ihsan Johor . 

Wajib Share! 

#Pray4PasirGudang
#PrayForPasirGudang
#IhsanJohorRangers 


Dari Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu mengatakan, ‘Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Barang siapa yang mengatakan

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, niscaya tidak akan ada sesuatu pun yang memudharatkannya” (HR. Abu Daud: 5088, dan Tirmidzi: 3388)3





P/S: Memang zalim kejam orang yang melakukan perbuatan ini! Harap mereka mendapat hukuman yang berat dan setimpal! Korang hati-hati yer ..


WORDLESS WEDNESDAY - RINDU 'I MISS YOU'

$
0
0
#WORDLESSWEDNESDAY - RINDU 'I MISS YOU' 








P/S: Dalam keadaan sekarang ni, Sis sangat merinduinya. Pencemaran alam sekitar di Pasir Gudang membuat Suami berkali-kali telefon bertanya khabar. Dia bimbang keadaan kami di sini. Jika keadaan lebih parah, Suami minta kami semua segera ke Paka bersama dengannya. Dalam pada itu, marilah sama-sama kita berdoa moga semuanya beransur pulih seperti biasa. Wahai Tuhan, sampaikan salam rinduku padanya, mohon lindungi kami semua. 😭 #PrayForPasirGudang


ASAM PEDAS SIAKAP, MENU PERMINTAAN ANAK TEKAK

$
0
0
ASAM PEDAS SIAKAP, MENU PERMINTAAN ANAK TEKAK | Agak lama tak memasak dan update menu memasak dari dapur Sis kan hehehe. Maklum tuan rumah blog bizi memanjang. Kalau tak hadir event, hilang lari ke Paka. Gitu aje ler. Lagipun kalau nak masak, siapa aje nak makan ermmm.. Tapi ni sebab anak yang sulung dah balik, dah habis degree so kalau masak, ada jugalah orang nak makan. 

Menu asam pedas ni sebenarnya memang lama nak masak dan makan, anak tekak teringin nak makan, kebetulan ada lagi baki beberapa kepingikan siakap hasil memancing Suami tu dulu, maka jadilah buat masak menu asam pedas siakap ni semalam. 

Ikutkan memang malas nak masak asam pedas ni, sebab lihat cuaca yang panas, nak makan pedas-pedas ni, mau kang berapi berasap je satu badan kan? Tapi sebab teringin sangat, nak taknak masak juga sebelum kempunan. Anak pun kata sebab dah lama juga tak makan asam pedas Emak, so jadilah menu Sis semalam. 


Asam pedas kosong jer. Awalnya nak ke kedai nak belilah bendi ke, daun kesum ke, tapi di sebabkan pencemaran udara tak sihat yang melanda Pasir Gudang ni, makanya di batalkanlah nak ke kedai, duduk aje rumah dan masak apa aje yang ada. Janji bahan utama nak masak asam pedas ada. 

Tapi tu laaa, bila beriye masak, rasa asam pedas kureng sikit, tapi bila masak asal boleh aje, kemain sedap asam pedas Sis ko aishhh..Gitulah kan..Anak pun kata 'Sedap pulak asam pedas Mak harini', dia makan bertambah. Hahaha apa? sebelum ni tak sedap ke haaa...

Yang semangkuk tu, Sis ko makan hirup dan meratah hehehehe. Bukan diet tapi nak melepaskan teringin anak tekak nak makan asam pedas, siap aje terus makan. Sedap bak hang!..


Mana tak sedap, korang tengok, menumis sampai betul-betul beriye garing dan merecik ko tau. Tumis 5 kali katanya hahahaha. Habis percik sana sini dapur Sis ko. Perit kat tangan bila terpercik. Tapi puashati! Biar lama menumis bagai, janji asam pedasnya sedap!

Kalau menumis sekejap tu, kadang masih ada rasa lagi pedor lada kering tu. Korang kena tumis lama sikit sampai betul-betul garing, barulah rasa lada tu betul-betul masak. Tengok je ler keadaan periuk yang comot tu hahahaha..Macam tak senonoh kan, tapi aarghhh janji masak. 

Harini tak masak, asam pedas tu ada lagi, kejap lagi nak buat lempeng cecah makan dengannya, pun sedap dan kenyang . Malam nanti dah keluar ada jemputan makan malam, so kita simpan sikit ruang kosong dalam perut ya hehehe. 

Persoalannya, bilakah pencemaran udara di Pasir Gudang ni akan berakhir? Huhuhu rimas, sesak nafas rasa, rasa pedih dan perit mata, asyik berair je. Kepala pun ada masa sakit, tapi masih lagi bertahan, bergelen minum air masak. Ya Allah bantulah kami Ya Allah. Keluarkan kami dari permasalahan ini. Hanya padaMU kami berserah. 
Aaamiinn..






P/S: Harini result SPM keluar. Goodluck buat semua adik-adik ya. Apa pun keputusannya, terima dengan hati yang lapang. InsyaAllah moga ada sinar buat semua. Tahniah juga buat semua!. 



PASIR GUDANG BERSEDIH. MOHON DOAKAN KAMI SEMUA.

$
0
0
PASIR GUDANG BERSEDIH. MOHON DOAKAN KAMI SEMUA | Innalilahiwainnailaihirojiun, salam takziah buat semua warga Pasir Gudang, termasuk Sis sendiri,  yang sekarang berada dalam keadaan berjaga-jaga dan penuh ketakutan. Ini adalah semua di sebabkan oleh manusia yang tidak punya hati dan perasaan yang sanggup membuang bahan sisa buangan merbahaya di tempat yang bukan tempatnya. Ini perbuatan Dajjal!


Masih Lagi Tercemar 

PENDUDUK Kampung Bukit Pulai, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, mendakwa Sungai Kim Kim yang berada di kawasan kampung itu masih tercemar dan mengeluarkan bau busuk. Jarak sungai itu hanya kira-kira 500 meter hingga satu kilometer (km) dari lokasi pembuangan sisa bahan kimia di bawah jambatan yang menghubungkan Taman Pasir Putih dan Taman Kota Masai. Kawasan sungai yang dilihat masih tercemar teruk itu sukar diakses orang awam termasuk pihak berkuasa melainkan menggunakan bot.

GAS beracun terhasil yang menyebabkan puluhan mangsa terlantar di zon merah dan zon kuning di hospital terjawab apabila ia dikenal pasti sebagai sisa minyak aktiviti mencuci kapal. Setakat ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor sudah mengenal pasti kira-kira 30 kilang yang disyaki menghasilkan sisa bahan kimia berhampiran Sungai Kim Kim di sini, yang menjadi punca pencemaran gas metana sejak 7 Mac lalu. 


SEMUA Sekolah di arah TUTUP

SEMUA 111 sekolah di seluruh Pasir Gudang ditutup berkuatkuasa serta-merta susulan pencemaran bahan kimia di daerah itu sejak 7 Mac lalu. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan medianya pada 10.30 malam tadi berkata, kesemua sekolah berkenaan ditutup bermula hari ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

MENURUTNYA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutus untuk menutup sesi persekolahan itu berdasarkan situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Katanya, sehubungan itu kesemua murid, pelajar, guru, kakitangan dan pekerja di semua sekolah berkenaan tidak perlu hadir sehingga situasi kembali pulih.


Apa Kata Menteri Besar Johor ? 

KERAJAAN negeri Johor tidak perlu mengisytiharkan darurat disebabkan pencemaran akibat pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, kerana keadaan masih terkawal. Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, pada masa sama, kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas bagi menjalankan siasatan terperinci termasuk aspek forensik dalam kes itu.

MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata penduduk di kawasan perumahan di sini adalah tidak terjejas dengan pencemaran kimia yang berlaku oleh kerana rumah mereka mempunyai pintu yang boleh ditutup dan penduduk pula tidak keluar sewaktu siang hari.

BELIAU menjawab sedemikian apabila ditanya oleh wartawan sama ada penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai yang tercemar dengan bahan kimia tersebut perlu dipindahkan.

“SAYA lihat kawasan perumahan ini tidak terjejas. Hanya sekolah-sekolah kerana sekolah ini ia agak terbuka, terdedah. Rumah ni dia tutup pintu dan sebagainya. Mereka yang duduk di rumah ni biasanya mereka tak akan keluar sewaktu siang hari .. kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini tidak begitu terjejas hanya yang terjejas sikit adalah sekolah.” – Datuk Osman Sapian


Siasatan Sedang Di Jalankan 

POLIS Johor membuka dua kertas siasatan bagi menyiasat insiden pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kertas siasatan dibuka berikutan kesan pencemaran sisa bahan pencemaran terbabit mendatangkan kesan kepada penduduk setempat. Tiga lelaki termasuk dua pemilik kilang ditahan kerana disyaki membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim

ORANG ramai diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nurul Bazilah atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222.


Kerja-Kerja Pembersihan Bermula

JABATAN Alam Sekitar (JAS) sudah melantik kontraktor bagi menjalankan kerja pembersihan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata kerja pembersihan menyeluruh sudah dimulakan hari ini (Bermula 11 Mac) oleh kontraktor profesional berkenaan. 

Kita jangka kerja pembersihan ini mengambil masa lima hari, membabitkan kawasan sepanjang 1.3 kilometer dari tempat pembuangan sisa kimia yang dikesan Khamis lalu.


Kos Pembersihan Dan Pemantauan

KERAJAAN negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit. Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal, kerja pembersihan yang dilaksanakan melibatkan kawasan sehingga 1.5km ke hilir dari punca pencemaran tersebut. 

KES pencemaran toksik yang berlarutan seminggu menyaksikan jumlah kes baru meningkat apabila pelajar dan murid di beberapa sekolah di sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan kerana mengalami sejak nafas, loya dan muntah. 

PEGAWAI Daerah Johor Bahru Mohammed Ridha Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana (JPBB) Johor untuk menyelaras tugas-tugas pemantauan, kawalan dan keselamatan selama 24 jam.


Pray For Pasir Gudang. 

KORANG jaga diri okay, sentiasa memantau keadaan kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga yang lain dengan mengambil berat, jika ada berlakunya simptom-simptom seperti pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas, korang  mungkin telah terdedah kepada pemcemaran bahan kimia berkenaan. Jadi segera dapatkan rawatan perubatan di klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran. 

KURANGKAN aktiviti di luar rumah. Mandi dengan kerap jika terpaksa berada di luar rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa kimia terkena anggota badan. Jika berasa khuatir dan keadaan yang amat mendesak terutamanya terdapat ramai anak kecil & ahli keluarga yang tidak sihat, bolehlah mengambil tindakan untuk berpindah sementara dari kawasan terjejas sehingga keadaan menjadi reda.

SEMOGA Allah permudahkan urusan KITA SEMUA dan seluruh PENDUDUK di Pasir Gudang dalam menangani ujian ini. Aaamiinn.. 😭






P/S: Bab komen MB Besar Johor tu, memang Sis ko susah nak hadam!!! Ini NYAWA Datuk, bukannya BELON!!  *speechless 😡


GIVEAWAY : ROAD TO 8 MILLION PAGEVIEW

$
0
0
GIVEAWAY : ROAD TO 8 MILLION PAGEVIEW | Wowwww tahniah buat Ibu Dilah yang blognya bakal menjejak ke angka 8 million ko. Phewww, Sis ko baru menjejak 3 million, dia dah nak ke 8 million, syabas!!. Tu laa kan, memasing ada keistimewaan tersendiri dalam blog memasing. Ada 'sesuatu' yang pembaca suka datang mencari dan membaca blog sesaorang. Bukan kata blog tu femes ke tak femes ke, tapi bila kena gaya penulisan kita, tentu-tentunya mesti ramai yang datang membaca. Malah berulang alik datang semula. 

Banyak Sis ko nak belajar dan mula kaji selidik hahahaha. Bukannya apa, untuk ilmu sendiri juga. Untuk blog sendiri juga. Cari mana bagus dan tak bagusnya blog kita. Nanti PV jatuh ke mula salahkan diri sendiri, jangan macamtu, kita cari jalan untuk naikkan PV dan naikkan lagi mutu gaya keunggulan blog kita tu. *eh macam iklan Marlboro pulak hahaha.

Oii dah laa, mulalah Sis ko kalau dah mula menaip, memang membebel manjang kang, terus jadi "giveaway aunty paling kepoh" jadinya hahahahaha. Dah korang baca di bawah ni, cara dan macam mana nak join Giveaway tu yer. Mana tau rezeki korangkan, menang hadiah misteri utama tu. 

Agak-agak, hadiah misterinya periuk Noxxa tak? Ke Philips Iron ek hahahaha. 
*Menjeling Ibu Dilah 😝



1) Wajib follow blog ini www.ceriteraibu.com
2) Wajib follow IG : afdilah17 dan gajet_ibu_moden
3) Wajib like/follow facebook : norafdilahlias , ceriteraibudotcom & GajetIbuModen 
4) Buat 1 entry bertajuk “Giveaway Road to 8 Million Pageview” dan backlink kan banner ke entry ini.
5) Tinggalkan komen dan link entry korang di ruangan komen di bawah..


Hadiah Giveaway

Nak tahu apa hadiahnya?? Buat masa ini, Dilah ada 2 hadiah yang menanti peserta disamping bloglist Dilah nanti. Tapiiii.. jika lebih ramai yang menyertai giveaway ini (lebih 50orang), InsyaAllah Dilah akan menambah bilangan hadiah nanti.

1) 10 blog akan dipilih untuk diletakkan dalam bloglist blog Dilah.
Bloglist ni tak pasti sampai bila, kalau Dilah terlebih rajin mungkin 3 bulan sekali akan tukar. Atau mungkin juga setahun sekali.. So jangan lepaskan peluang untuk dipilih masuk dalam bloglist Dilah nanti ye..

2) 2 hadiah misteri kepada 2 orang peserta.


Okay GOOD LUCK semua orang ! ..





P/S: Sepanjang 11 tahun menulis, Sis ko belum pernah buat giveaway, rasa macam nak buat, tapi ermmm...tunggulah pageviews 10 million hahahahaha ..


5 MINUMAN PANAS INI BANTU MENURUNKAN BERAT BADAN. JOM CUBA!

$
0
0
5 MINUMAN PANAS INI BANTU MENURUNKAN BERAT BADAN. JOM CUBA! | Setiap wanita mengidamkan berat badan yang ideal. Bagi korang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, sudah tentu korang ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah. Yang paling penting SELAMAT. Ada cara yang boleh korang amalkan untuk menurunkan berat badan tanpa diet.

Jika korang tidak mempunyai banyak waktu untuk selitkan senaman sebagai rutin harian, korang pasti berminat untuk mencuba minuman panas ini bagi membantu korang untuk menurunkan berat badan.

Sebenarnya ada beberapa jenis minuman panas yang ramai orang tidak tahu ia mampu menjadikan korang kurus tanpa perlu bersusah payah. Ia tidak hanya sedap diminum tetapi juga boleh menghilangkan lemak dalam badan, dan membuat anda tampil ramping. 

Minuman panas apakah itu? Jom kenalpasti..


Kopi Hitam 

Kopi hitam atau Black Coffee adalah salah satu jenis minuman panas terbaik untuk menurunkan berat badan. Korang boleh cuba minum kopi hitam panas dua kali sehari dan rasai sendiri perbezaannya. Tapi harus diingat ya, kopi hitam panas ini haruslah tanpa gula.

Minum kopi satu jam sebelum korang lakukan senaman atau sebarang latihan dapat menambah tenaga dan tumpuan supaya korang lebih fokus dan bersemangat. Di samping itu, kopi dapat membantu melindungi sendi yang rosak dan mengurangkan kesakitan setelah latihan kerana di dalam kopi mengandungi zat antioksidan.


Teh Hijau 

Siapa yang tidak tahu tentang manfaat hebat teh hijau untuk membuang lemak?
Teh herba yang satu ini sudah lama dipercayai untuk menurunkan berat badan. Jadi, jika korang sekarang dalam proses diet, korang  WAJIB memasukkan minuman teh hijau panas ini ke dalam menu diet harian korang.

Supaya ia lebih sedap untuk dinikmati, korang boleh cuba campurkan 1 sudu madu ke dalam satu cawan teh hijau panas. Kemudian tambah 1 hingga 3 titis perahan air lemon. Korang boleh amalkan minum setiap pagi sewaktu perut kosong. Amalkannya setiap hari supaya hasilnya juga terbaik.


Teh Hitam

Teh hitam ini juga bermanfaat untuk membantu korang mendapatkan berat badan ideal. Hampir sama seperti teh hijau, korang boleh tambahkan madu dan juga lemon ke dalam satu cawan teh hitam panas untuk hasil terbaik. Dan minum dalam keadaan perut korang masih kosong pada waktu pagi.

Antara manfaat lain teh hitam adalah mampu meningkatkan metabolisma, membakar kalori, bermanfaat sebagai detox dan juga mengawal nafsu makan supaya korang tidak makan berlebihan.


Teh Dan Madu 

Campurkan 2-3 sudu madu ke dalam satu cawan teh tawar. Pastikan korang meminumnya ketika masih panas. Cara ini dipercayai mampu membantu korang membuang lemak dalam badan, dan menjadikan tubuh lebih langsing.

Amalkan minuman panas ini sebanyak 2-3 kali setiap hari. Ingat! Korang harus menghindari gula untuk cepat langsing bukan? Gantikan dengan madu sahaja.


Teh Kayu Manis

Teh kayu manis juga dapat membantu penurunan berat badan. Caranya dengan campurkan teh tawar panas dengan serbuk kayu manis. Bagi minuman teh kayu manis ini, korang boleh amalkannya dua kali dalam satu minggu, tapi secara konsisten ya, supaya berat badan ideal yang korang impikan boleh direalisasikan.

Teh kayu manis secara semulajadi ia adalah rendah kalori dan membantu korang mengatur kadar gula dalam darah. Jika gula dalam darah korang seimbang, korang akan cenderung untuk memiliki nafsu makan yang tidak besar. Selain itu, teh kayu manis sebenarnya juga dapat membantu korang melancarkan sistem pencernaan.



Jadi inilah lima jenis minuman panas untuk bantu korang kurus. Ternyata, untuk memiliki berat badan yang ideal, korang tidak perlu menyeksa diri sendiri dengan melakukan diet yang ekstrim, bukan?

Kerana diet pada hakikatnya mengatur gaya hidup yang sihat serta diiringi dengan disiplin dan keinginan yang kuat. Kalau sekadar fokus di permulaan sahaja, sampai bila-bila pun korang tidak akan nampak hasilnya.

Dengan mengetahui manfaat minuman ini, korang sudah tahu bahawa dengan mengamalkan minuman panas di atas tadi secara teratur, makan lemak dalam badan juga boleh dihilangkan. Tapi ingat ya, untuk hasil maksimum, korang harus melakukannya secara rutin dan disiplin.

Selamat mencuba!

 Sumber : Ezdiet






P/S: Okay jom kita bancuh kopiO TANPA GULA huhuhu :(


DARURAT BENCANA - GAS METANA

$
0
0
DARURAT BENCANA - GAS METANA | Kerajaan perlu mengumumkan pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang memandangkan jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan kini hampir mencecah 3,000 orang.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, situasi di lokasi itu sudah semakin serius namun beliau hairan mengapa tiada pengisytiharan darurat bencana dibuat.

"Pengisytiharan darurat bencana berbeza dengan darurat kerana menggugat keselamatan. Bila berlaku bencana berskala besar, darurat diisytiharkan agar agensi-agensi penyelamat boleh menguruskan sumber tenaga untuk memberi respon, mengurangkan dan memulihkan keadaan serta membantu mangsa-mangsa bencana. Ia bertujuan untuk mengurangkan dan menghapuskan kesan agar dapat mencegah bahaya yang melanda di kawasan-kawasan yang terkena bencana tersebut." 

Sumber : Awani 

Apa itu Darurat Bencana 

1. “Darurat Bencana” diisytiharkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam. Pengisytiharan ini akan dipertimbangkan dengan melihat kepada kompleksiti dan magnitud bencana, tahap kemusnahan bencana tersebut, kemampuan sumber sama ada kewangan, tenaga manusia dan kelengkapan, tahap keperluan kepakaran, bantuan dan tempoh masa yang diperlukan untuk menguruskan bencana tersebut.

2. Pengisytiharan “Darurat Bencana” ini berbeza daripada Pengisytiharan Darurat di bawah Perlembagaan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong kerana ianya melibatkan situasi huru hara dan ketenteraman awam yang memerlukan satu perintah berkurung dikeluarkan. 

3. “Darurat Bencana” dilaksanakan secara arahan pentadbiran dan keputusan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri tertakluk kepada undangundang dan peraturan sedia ada dan termaktub dalam Arahan MKN No. 20.

4. " Darurat Bencana "ini dibuat adalah untuk memastikan pengemblengan sumber seluruh Kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah bagi mengatur dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara.

Sumber - Portal Bencana


Perdana Menteri Malaysia Menolak Pengisytiharan Darurat Bencana 

Perdana Menteri Malaysia menolak pengisytiharan darurat bencana di kawasan yang terdedah dengan pencemaran sisa kimia di daerah Pasir Gudang, Johor, dengan meminta semua pihak memberi keyakinan kepada kerajaan negeri dalam menangani isu berkenaan.

Dr Mahathir Mohamad berkata demikian selepas sesi lawatan dan taklimat berkenaan krisis tersebut oleh Jawatankuasa Petugas Khas di Pasir Gudang pada Khamis.

“Kita tidak perlu mengisytiharkan darurat… dan tidak perlu memindahkan penduduk, tapi kita perlu berhati-hati…. dengan mereka yang bertugas untuk mengawal keadaan mestilah bersedia untuk menangani apa jua masalah yang berlaku. Beliau berkata walaupun mangsa mengalami kesan yang serius, doktor yang ditugaskan untuk merawat kes-kes tersebut sedar dan mengetahui bagaimana menangani racun yang sedemikian. Saya harap orang di sini memberi keyakinan terhadap kerja-kerja yang dilakukan,” kata beliau kepada media pada satu sidang media di Johor Bahru.

Sumber: Benarnews


Apa Itu Gas Metana ? 
Apa saja Penyebab dan Bahaya nya bagi Kesehatan dan Lingkungan.

Metana (Methane) adalah hidrokarbon paling sederhana yang berbentuk gas dengan rumus kimia CH4. Metana murni tidak berbau, tidak berwarna, extremely flammable, asphyxian (mampu menggeser oxygen), non toxic dan non corrosive. Namun jika dipergunakan untuk keperluan komersial, biasanya ditambahkan sedikit bau belerang untuk mendeteksi kebocoran yang mungkin terjadi.

Kita dapat mencium bau metana, hanya bila gas ini di campur dengan zat tambahan atau bila gas ini bercampur dengan gas H2S dan timbul bau rotten eggs atau telur busuk. Jika anda mencium bau ini, maka konsentrasinya berarti sudah tinggi dan berbahaya untuk kesehatan. Metana merupakan komponen utama dari gas alam.

Baca lagi diSINI 








P/S: #PrayForPasirGudang ..itu je mampu Sis komen. Dan untuk yang bertanya, yer Sis masih lagi stay di rumah di Pasir Gudang, duduk diam kuarantin dalam rumah. Doakan kami sekeluarga dan penduduk Pasir Gudang semua yang masih stay di rumah dalam keadaan baik-baik ya. 


MY MOM FIGHT BREAST CANCER (NO NEED RADIOTHERAPHY)

$
0
0
MY MOM FIGHT BREAST CANCER (NO NEED RADIOTHERAPHY) | Jika sesiapa mengikut perkembangan update post Sis sebelum ni mengenai Emak Sis yang menghidap kanser payudara stage 4, mesti ramai dah tau situasi dan keadaan Emak Sis. Yer Emak dah jalani kimo, dan lakukan pembedahan, dan sepatutnya selepas itu Emak akan jalani radioterapi, tetapi alhamdulilah, setelah berjumpa Doktor baru-baru ni dan buat pemeriksaan, Doktor kata Emak tidak perlu jalani radioterapi. 

Kenapa? Ini mengikut kata Doktor, kanser Emak tidak merebak dan keadaan Emak semakin membaik. Sangat bersyukur bila mendengarnya. Tapi  agak terkejut juga bila tidak perlu buat radioterapi ni. Inilah hikmah atas kesabaran Emak kepada penyakitnya. 

Dalam post-post Sis sebelum ni, korang boleh baca apa itu kanser payudara, apa itu kimoterapi, apa itu radioterapi, Sis ada selitkan semuanya dalam entri-entri yang berkaitan dengan Emak. 

Kalau tengok keadaan Emak sekarang, yerr memang alhamdulilah, Emak sihat, boleh berjalan, cuma sering keletihan sahaja. Kalau renyeh sikit buat kerja, dia akan letih. Jadi banyak urusan rumah adik Sis yang membantu, dia duduk serumah dengan Emak. Syukur juga ada dia, dapatlah menjaga Emak. 

Luka bekas operation Emak pun dah kering dan elok aje, tidak ada sebarang komplikasi ketika lukanya masih belum baik. Mungkin juga Emak kontrol makan dan menjaga pemakanannya, sebab tu luka jahit dia elok je kering. Bab rambut, memang rambut Emak botak habis. Kalau ada pun hanya tumbuh rambut halus-halus aja. Tapi Emak lebih selesa botak katanya, tak rimas hahahaha.

Selepas ni Emak hanya menunggu result/keputusan x-ray paru-parunya sahaja. Ini sebab Doktor nak pastikan benar-benar yang kanser Emak tu tidak ada sangkut dan merebak ke paru-paru, kerana sebelum membuat pembedahan dulu, Doktor dapati ada kesan seolah kanser tu masuk ke dalam paru-paru Emak, jadi setelah buat pembedahan dan setelah di buat ujian baru-baru ini, keadaan Emak semakin baik, jadi Doktor buat lagi sekali untuk memastikan saamada ada atau tidak lagi kanser tu merebak ke paru-paru Emak. Harapnya resultnya positiflah ..InsyaAllah ..

Keputusan x-ray tu pun bulan April nanti baru dapat. Korang doakan moga semuanya baik-baik aja yer. Sis sendiri macam tak percaya Emak sekuat ini melawan penyakit kansernya. Emak selalu bercerita, ada diantara jiran dan kawan-kawannya, yang sama macam kanser Emak, semuanya dah meninggal dunia selepas buat pembedahan. Tapi Emak masih kuat sihat lagi hingga sekarang. 

Macam Emak Sis, dia buat kimo dahulu baru buat pembedahan, tapi kebanyakkan yang Emak cerita, mereka buat pembedahan dulu baru buat kimo, tak taulah apa bezanya, tapi rawatannya sama jer. Bahagian masing-masingkan. Jodoh ajal maut, semua kuasa Tuhan, kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukannya. 

Okaylah nanti Sis update lagi perkembangan Emak ya, setakat ni Emak alhamdulilah. Moga kesihatannya terus berpanjangan dan Emak sihat selalu gembira bersama anak-anak dan cucu-cucu tersayang. Korang doakan kesihatan Emak Sis ya. 



Bagi yang terlepas baca kisah Emak, korang boleh baca di link di bawah ni yang Sis letak ya. Harap juga dapat membantu bagi sesiapa yang memerlukannya. 
















P/S: Terima kasih korang yang sudi membaca dan sentiasa mendoakan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. 


LIRIK LAGU KERIS SAKTI (OST. UPIN IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL) - FAKHRUL RAZI

$
0
0
LIRIK LAGU KERIS SAKTI (OST. UPIN IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL) - FAKHRUL RAZI


Keris sahabat pada yang setia
Seteru pada yang derhaka
Siapa dia pahlawan perkasa
Yang akan menegak keadilan

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala bumi gerun akannya

Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Airmata merungkai segalanya

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana
Hilang takhta hancur negara

Pulanglah segera menghalau durjana
Airmata merungkai segalanya

Lalala lalala lalala lalala lalala

Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana

Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana

Pulang segera menghalau durjana







P/S: Jangan tak tengok, rugi tau! "Keris Siamang Tunggal" akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mac 2019. Cuti sekolah tu kan, so apalagi, bawak orang kampung datang menonton sama! 


TUANKU PUAN ZANARIAH TENGKU AHMAD MANGKAT - BONDA SULTAN JOHOR

$
0
0
TUANKU PUAN ZANARIAH TENGKU AHMAD MANGKAT - BONDA SULTAN JOHOR | Bonda Sultan Johor, Tuanku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat. 

Bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada usia 79 tahun. Khabar mengenai kemangkatan baginda disahkan oleh Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook dan Instagram baginda pada pukul 8.10 pagi Isnin.

Almarhumah Tengku Puan Zanariah yang sebelum ini menggunakan gelaran sebagai Sultanah Zanariah merupakan permaisuri kedua Sultan Iskandar selepas mendirikan perkahwinan pada 1961.

Posting yang dimuat naik oleh Sultan Ibrahim di laman Instagram milik baginda.

Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 hingga 1989. Almarhumah Tengku Puan Zanariah merupakan anakanda ketujuh daripada sembilan beradik kepada Tengku Panglima Raja Kelantan.

Seri Paduka Baginda Sultan Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja, Raja Permaisuri Agong Malaysia sentiasa menitikberatkan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan apabila bergaul dengan setiap masyarakat yang berdamping dengan baginda, walau di mana baginda berada.

Dengan peribadi baginda yang lemah lembut itu, baginda sentiasa dapat menarik perhatian sesiapa juga yang bertemu dengan baginda. Sifat-sifat seumpama ini telah dapat diturunkan oleh baginda kepada Paduka putera-putera dan puteri-puteri baginda dalam menjalankan tugas baginda sebagai seorang bonda terhadap keluarga.


Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya kami kembali.

Al-Fatihah .

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
2. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.






P/S: Update seterusnya, korang boleh baca di laman facebook & instagram Sultan Ibrahim . 



BERAKHIRNYA CABARAN MEMANCING MALAYSIAN SURFCASTING SIRI PERTAMA - PEMENANG UTAMA BAWA PULANG WANG TUNAI RM70,000

$
0
0
BERAKHIRNYA CABARAN MEMANCING MALAYSIAN SURFCASTING SIRI PERTAMA - PEMENANG UTAMA BAWA PULANG WANG TUNAI RM70,000 | MELAKA Ahad 17hb Mac 2019 telah berlangsungnya pertandingan memancing siri pertama Tourism Malaysia Surfcasting Tour...A Journey To VMY2020, anjuran Tourism Malaysia bekerjasama dengan Wakjali Event Management, syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menganjur dan mengendalikan pertandingan memancing di negara ini, di Pantai Puteri Melaka.

Pertandingan memancing telah bertapak di negara ini sejak puluhan tahun lalu. Namun, sejak kebelakangan ini, acara ini telah menjadi antara acara yang paling mendapat sambutan bagi rakyat negara ini. Berikutan sambutan menggalakkan masyarakat serta dorongan bagi mempromosikan lokasi baru pelancongan berasaskan aktiviti memancing, Tourism Malaysia mengambil langkah proaktif bagi menganjurkan Tourism Malaysia Surfcasting Tour…A Journey To VMY2020

Bagi mengendalikan acara ini, pihak Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan Wakjali Event Management, syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menganjur dan mengendalikan pertandingan memancing di negara ini. Wakjali Event Management yang ditubuhkan pada 2004, telah menganjurkan lebih 600 kali pertandingan memancing di seluruh negara dan memegang rekod dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penganjur Pertandingan Memancing Paling Ramai Peserta pada 2007 dengan penyertaan sebanyak 3,986 peserta.

Sis berkesempatan semalam mengikuti acara ini buat kali pertamanya bersama rakan-rakan media yang lain, dan berkesempatan melihat aksi dan gaya tersendiri para pemancing beraksi. Walaupun dalam cuaca panas terik, semangat memancing dan minat itu, tidak menghalang mereka untuk datang dari jauh semata untuk sertai pertandingan ini. Ada antara mereka yang datang dari Pantai Timur dan juga Utara. Syabas buat semua!




MENARIK PELANCUNG LUAR NEGERI 

Selain dijangka menarik minat pemancing tempatan, acara ini juga dijangka menarik penyertaan daripada negara-negara Asean, khususnya Singapura, Thailand dan Indonesia. Penganjur mensasarkan sebanyak 2,000 peserta akan mengambil bahagian dalam setiap siri pertandingan. 

Para pemancing semua tetap setia menunggu umpan mereka di makan ikan dari awal hinggalah ke masa penamat. Bermacam aksi gelagat yang dapat Sis tengok semalam. Ada yang berkhemah dari malam semalamnya bersama anak dan juga isteri. Dan ada juga yang datang berkumpulan dan perseorangan. Sangat meriah. Peyertaan untuk siri pertama ini lebih dari 1000 orang. 

Sebanyak sepuluh lokasi dipilih bagi penganjuran acara ini, kebanyakannya adalah kawasan pantai. Dan semalam berakhirnya siri pertama dari sepuluh siri yang akan berlangsung. 




Majlis Perasmian - Siri Pertama

Untuk siri pertama yang berlangsung semalam, majlis telah di rasmikan oleh Datuk Ammar Abdul Ghafur (Senior Director, Domestic and Event Tourism Malaysia) di Pantai Puteri Melaka pada jam 8am. Sejauh lebih 2.5km sepanjang Pantai Puteri di penuhi oleh para pemancing yang mengambil bahagian. 

Menurut kata Datuk Ammar, acara seumpama ini dapat menarik ramai lagi penyertaan dari dalam dan luar negeri untuk turut serta juga sebagai satu daya tarikan pelancung luar untuk melihat acara memancing ini. Selain dari itu juga, sepanjang acara ini berlangsung, peniaga-peniaga umpan dan juga makanan dan minuman turut serta menjual sebagai menambah rezeki pada hari acara ini berlangsung. 

Bagi merealisasikan hasrat Tourism Malaysia supaya acara ini dapat disertai seluruh lapisan masyarakat, yuran penyertaan rendah dikenakan bagi setiap penyertaan iaitu RM80.00 untuk satu joran. Setiap peserta hanya dibenar menggunakan dua joran bagi setiap siri.

Di sepanjang pantai itulah pertandingan bermula. Pada mulanya Sis tertanya juga, 'ada ke ye ikan?', tak terfikir pulak ada ikan di pantai, tapi bila dapat melihat sendiri acara ini, oh baru tau, ada juga ikan yer. Tapi tidaklah banyak spesis, yang Sis nampak banyak ikan Daun Baru. Uii goreng pun sodap weii.. hehehehe




Hadiah Lumayan Para Peserta Dan Hadiah Cabutan Bertuah 
- 10 Pusingan -

Pertandingan ini bakal menjadi acara memancing terbesar pernah diadakan di negara ini dengan menawarkan hadiah keseluruhan bagi sepuluh pusingan bernilai RM1,449,500.00. Selain hadiah wang tunai yang ditawarkan, penganjur turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk televisyen LED 60’, enam televisyen LED 32 inci, barangan memancing dan hamper. Setiap penyertaan akan menerima satu resit hadiah cabutan bertuah.

Bagi memastikan acara yang dilangsungkan ini patuh syariah, pihak Tourism Malaysia telah memutuskan bahawa semua hadiah yang ditawarkan pada hari pertandingan tidak akan menggunakan duit penyertaan. Ini bermakna, hadiah wang tunai sebanyak RM117,950.00 telah disediakan terlebih dahulu oleh penganjur sebelum sebarang bayaran penyertaan dikutip oleh penganjur.

Sebaliknya semua hadiah telah disediakan terlebih dahulu oleh penganjur demi memastikan acara yang dilangsungkan ini tidak tergelincir daripada matlamat asal pertandingan.

Hadiah Pusingan 

Bagi setiap pusingan, juara akan membawa pulang wang tunai RM70,000.00, naib juara RM12,000.00 dan ketiga RM5,000.00. Pemenang keempat pula menerima RM1,000, kelima (RM700), keenam hingga sepuluh (RM450.00) manakala pemenang ke-11 hingga 100 akan menerima RM300.00.

Hadiah bagi setiap pusingan adalah seperti berikut:

1: Hadiah wang tunai : RM117,950.00
2: TV LED 60’ (1 unit) : RM4,000.00
3: TV LED 32’ (6 unit) : RM4,800.00
3: Hamper (50 unit) : RM4,000.00
4: Peralatan memancing : RM2,000.00

Jumlah : RM132,750.00
Jumlah bagi 10 pusingan : RM1,327,500.00


Hadiah Grand Slam:

1: Juara Perodua Myvi : RM46,000.00
2: Naib Juara Perodua Bezza : RM44,000.00
3: Ketiga Perodua Axia : RM32,000.00

Jumlah : RM122,000.00




Pengiraan Mata / Markah 

Peserta yang mengumpul mata tertinggi daripada sepuluh pusingan akan ditabalkan juara dengan membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi, naib juara menerima Perodua Bezza manakala pemenang ketiga menerima Perodua Axia.

Bagi menggalakkan pemancing menyertai semua acara di seluruh negara, penganjur menetapkan mata bonus 2 mata bagi setiap penyertaan. Ini bermakna, setiap kali peserta mengambil bahagian di lokasi yang telah ditetapkan, peserta berkenaan akan menerima 2 mata Grand Prix secara automatik.
Sistem ini boleh menggerakkan pemancing untuk hadir ke semua acara yang dilangsungkan di seluruh negara. Ini bagi mengejar mata yang ditawarkan untuk menjuarai kejohanan.

Berikutan acara ini adalah berkonsepkan Grand Prix, pihak penganjur menggunakan sistem mata seperti berikut:

CADANGAN MATA BAGI SETIAP SIRI

Kedudukan Mata

Juara 25
N Juara 24
Ketiga 23
Keempat 22
Kelima 21
Keenam 20
Ketujuh 19
Kelapan 18
Kesembilan 17
Ke - 10 16
Ke - 11 15
Ke - 12 14
Ke - 13 13
Ke - 14 12
Ke - 15 11
Ke - 16 10
Ke - 17 9
Ke - 18 8
Ke - 19 7
Ke - 20 6
Ke - 21 - 100 5
Ke - 101 - 200 4




Pemenang Malaysian Surfcasting siri pertama Tourism Malaysia Surfcasting Tour...A Journey To VMY2020, anjuran Tourism Malaysia

Juara tempat pertama membawa pulang RM 70,000 wang tunai dab juga hamper. Manakala tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang tunai Rm 12,000 dan juga RM 5,000 beserta hamper. Tuah ayam nampak di kaki, tuah mereka nampak di batang kali, waaa pantun dua kerat Sis menjadi hehehe. 

Tahniah juga buat semua pemenang-pemenang tempat ke-4 hingga ke 100, juga pemenang cabutan bertuah. Tak pasal-pasal dapat rezeki bawa balik tv 60'inci kan..rezeki rezeki.. Siri berikutnya nak suruh Suami Sis join juga hahahaha. 

Dan selepas berakhirnya siri pertama ini, Tourism Malaysia Surfcasting Tour...A Journey To VMY2020 siri seterusnya akan berlangsung di lokasi lain pula. Para pemancing yang ingin mendaftar bolehlah mendaftar ikuti info dan perkembangan seterusnya. 


Cabaran memancing Tourism Malaysia Tour - A Journey To VM2020 tawar RM1,449,500.00

Tarikh Lokasi Pantai Dan Masa -  Siri Seterusnya. 

17 Mac 2019 Pantai Puteri, Melaka 1.8m/7.02pg
13 April 2019 (Sabtu) Pantai Bisikan Bayu, Kelantan 1.3m/9.07pg (akan datang)
28 April 2019 Pantai Remis, Selangor 2.8m/11.00pg
29 Jun 2019 (Sabtu) Pantai Telik Lipat, Dungun, Trg 2.6m/1.30ptg
28 Julai 2019 Pantai Marina Island, Perak 2.5m/1.01ptg
11 Ogos 2019 Pantai Sepat, Pahang 2.5m/7.12 pg
22 Sept 2019 Port Dickson, N Sembilan 2.2m/11.16pg
9 Nov 2019 Pantai Pontian, Johor 1.8m/12.44tgh
7 Dis 2019 (Sabtu) Pantai Kuala Perlis 2.0m/9.27pg
29 Disember 2019 Tasik Titiwangsa/Tasik Putrajaya. Tasik

Bagi menggalakkan pemancing menyertai semua acara di seluruh negara, penganjur menetapkan mata bonus 2 mata bagi setiap penyertaan. Ini bermakna, setiap kali peserta mengambil bahagian di lokasi yang telah ditetapkan, peserta berkenaan akan menerima 2 mata Grand Prix secara automatik.
Sistem ini boleh menggerakkan pemancing untuk hadir ke semua acara yang dilangsungkan di seluruh negara. Ini bagi mengejar mata yang ditawarkan untuk menjuarai kejohanan.

Bagi penyertaan awal pula, peserta boleh membuat pendaftaran menerusi akaun Maybank yang akan dimaklumkan seminggu sebelum pertandingan. Penganjur menawarkan 1,200 kemeja T bagi peserta yang mendaftar awal. Setiap peserta dibenarkan mendaftar dua joran (maksimum) bagi setiap siri. Ini bagi mengelakkan manipulasi pertandingan bagi mengejar kejuaraan keseluruhan.


Syarat Pendaftaran 

Bagi memastikan semua peserta mematuhi syarat dan peraturan pertandingan yang diguna pakai dalam pertandingan ini, penganjur akan menggunakan pendaftaran berkomputer bagi mengesan sebarang cubaan pendaftaran yang lebih daripada had ditetapkan. Berbanding dengan sistem pendaftaran yang selalu diguna pakai dalam mana- mana pertandingan sebelum ini, penganjur menetapkan semua maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon perlu dinyatakan dengan jelas di dalam borang pendaftaran.

Borang pendaftaran boleh didapati di laman webwww.wakjalitour.my atau peserta boleh mendapatkannya di kaunter pendafataran. Pendaftaran menggunakan nama samaran adalah tidak dibenarkan.

Peserta juga perlu memastikan semua maklumat yang dicatat pada resit pendaftaran adalah tepat bagi mengelak sebarang masalah pada sistem penghakiman berkomputer atau ketika pengumpulan mata Grand Slam. Bagi memudahkan peserta memahami syarat dan peraturan acara ini, pihak penganjur akan menyediakan satu set buku Syarat Dan Peraturan Pertandingan di kaunter pendaftaran. Peserta juga boleh mendapatkan set syarat berkenaan di laman web di atas.

Ini berikutan, beberapa spesis ikan tidak akan dipertandingakan dalam pertandingan ini, yang berbeza dengan pertandingan anjuran penganjur lain. Justeru bagi mengelak sebarang masalah, penganjur mengharapkan setiap peserta yang mengambil bahagian dapat membaca dan memahami syarat dan
peraturan yang disediakan.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di talian 019-6203040, 012-2141401,
013-3838655 dan 012-6823479.


Terima kasih Tourism malaysia 💓






P/S: Pengalaman yang tak akan dapat Sis lupakan. Rasa macam Sis nak daftar sekali hohoho ..


VISIT JOHOR vs VISIT MELAKA

$
0
0
VISIT JOHOR vs VISIT MELAKA | Johor ke Melaka, kalau Sis yang drive, dalam 1 jam boleh sampai hahaha. Bukan nak eksen tapi tapi tengok keadaanlah. Kalau memang jalan lancar dan tidak banyak kereta, memang 1 jam boleh sampai, syyhhh sebab Sis dah pernah test hehehehe. Kalau jalan banyak kereta, sejam setengah sampai. Secara peribadinya Sis sendiri sangat suka jalan ke Melaka, cuma kalau Suami dan anak-anak aje yang kalau sebut je nak ke Melaka, masing-masing semua buat muka. Yer faham, yang pertama sekali, jem...bukan Melaka namanya kalau tak jem kan..

Melainkan kalau korang ikut tour atau ikut rombongan. Jem tak jem ko duduk je ler dendiam dalam kereta kan. Macam Sis juga, baru-baru ni ikut Tourism Malaysia ke Melaka, kami semua pergi dalam satu van, ada event media yang nak kami laksanakan, jadinya memang ikut aje le kemana pun pergi. Jem tak jem, duduk je diam hehehehe. Cuba kalau bawa kereta sendiri, hilang juga sabar kalau kena jem kan. 

Lagi satu kalau tak pandai nak berjalan cari tempat menarik dan juga tempat makan. Mau berwaze dan berpusing satu bandar kan. Tapi kalau ikut tour, ko diam aje, tau-tau dah sampai....Yerrr Sis suka suka suka sangat hahahaha. Akhirnya sampai juga ke Melaka ! 

Kalau yang biasa jalan ke Melaka, mesti tau tempat-tempat menarik untuk pergi, tapi kalau yang tak biasa, mesti tercari-cari juga tempat mana nak pergi dalam Melaka ni. Sedangkan kalau betul-betul pandai, pusing-pusing, situ aje tempatnya. Cuma kalau pertama kali memang agak kekoklah, tambah pulak semua jalan sehala di sana. Memang konpius jugalah kepala nak menghafal jalan, berpusing-pusing jadinya. 

Bukan nak kata Melaka ni kecik, tapi maksud Sis, kalau korang dah tau dan pandai jalan Melaka sekali, datang kali kedua, kompom dah pandai punya. Pusing-pusing tang tu juga hehehe. Dan lagi satu, kalau korang datang time cuti sekolah, pastikan dah beli hotel/resort awal-awal, memang kalau musim perayaan atau cuti sekolah, semua tempat full. 

Selalu orang bertanya, 'ada lagi ke tempat menarik di Melaka tu? Bukan ke banyak tempat sejarah aje?'..Haaa soalan ni selalu Sis dapat kalau kata nak gi Melaka. Haa tu ler, korang silap, sebenarnya ada lagi tempat yang menarik yang boleh korang pergi. Cuma korang je tak explore hehehe. Melaka dah upgrade okay! Hehehehe. 

Takpe, nanti Sis cerita dan up entri tempat-tempat terbaru yang Sis dah pergi baru-baru ni di Melaka. Bagi Sis ianya satu pengalaman indah, sebabnya, tempat yang Sis pergi tu semuanya meninggalkan kesan kenangan manis buat Sis sebagai blogger. 

Sempena Tahun Melawat Melaka 2019, eloklah korang pergi bercuti ke Melaka, banyak tempat menarik terbaru yang korang boleh pergi selain tempat-tempat bersejarah. Sis cakap sebab Sis dah pun pergi. Sangat teruja!. Tempat penginapan yang Sis stay pun, ini kali pertama Sis pergi, sangat cantik!! Nanti Sis share okay. 

Jangan risau nanti Sis update buat korang ya. 
So nanti cuti sekolah boleh bawa anak-anak dan juga keluarga ke Melaka. 



Apa-apa pun Sis berterima kasih buat Tourism Malaysia& juga Tourism Johor yang telah membawa kami ke Melaka . Satu pengalaman yang tak dapat di lupakan. 

Korang boleh baca ceritaCabaran Memancing Malaysian Surfcasting Siri Pertamabaru-baru ni di Pantai Puteri, Melaka. Pemenang utama bawa pulang wang tunai RM 70,000 cash ko! Dan kalau korang minat nak join sama, haa korang boleh daftar sekali untuk pusingan seterusnya ya. Semua info ada dalam situ. 

Okay, stay tuned untuk update seterusnya. 
Jeng jeng jeng ..






P/S: Sis macam plan, nak ke Melaka lagi, nak pergi lagi..ada sesiapa nak join? Ajomm kitaa.. 


TERPAKSA DI TAHAN WAD SERTA MERTA !

$
0
0
TERPAKSA DI TAHAN WAD SERTA MERTA ! | Ya Allah, redha ajeler, akhirnya dalam kesakitan memandu ke hospital KPJ, dan bila berjumpa dengan Doktor Aizal, bagitau simptom-simptom sakit semua, dengan serta merta terpaksa di tahan dan di paksa juga masuk wad. 

Cuma kena tunggu sekejap, sebab katil belum siap, so Sis minta dia balut tangan tu dulu, sebab sakit benau rasa dia cucuk..huwaaaa :(

Doakan Sis baik-baik aje yer. Rasa nak menangis tapi dah menangis dah tadi 😭 
#SisKenaKuat !! 



Punyalah ramai dan banyak kereta kat KPJ ni, memang ramai yang sakit. Dengan cuaca panasnya..sabar je lerr......nyah kau Gas Metana!!!

Selalu kalau sakit macamni, Suami ada, kali ni Suami jauh, bertambah sedih jadinya.. 
Ni pun Suami tak tau lagi, taknak ganggu dia tengah sibuk dengan kerja. Tunggulah dia call nanti. 

Kepala ni fikir banyak draft blog nak di buat..huhuhu maka bertangguh lagi lerr gamaknya kerja..
InsyaAllah Sis akan settlekan 'tanggungjawab' itu..doakan Sis sihat! 
Tidur wad le kita malam ni huhuhu 😭






P/S: Pertama kali rasa sesak afas...Ya Allah...Sis sangat takut... :(


WORDLESS WEDNESDAY - RESTORAN LOT 85 MELAKA

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - RESTORAN LOT 85 MELAKA 







Restoran Lot 85 

Address:
 Jalan Putri Hang Li Poh 75400, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka

Hours: 
Tuesday9am–5pm
Wednesday9am–5pm
Thursday9am–5pm
Friday9am–5pm
Saturday9am–6pm
SundayClosed
Monday9am–5pm

Phone: 06-292 2045





P/S: Review Sis : Memang sedap asam pedas tetel/daging dia. Sampai menghirup kuahnya. Menu-menu lain pun tak kurang hebat sedapnya. Ada banyak lagi menu yang tersedia di sini. Yang mesti cuba, ayam goreng berempehnya..perghh garing mabelessss!! .. Guna aje waze, mesti jumpa punya. 


KELUAR AJE HOSPITAL, DAPAT UPAH GLORIA JEAN'S COFFEE, SEDAP !

$
0
0
KELUAR AJE HOSPITAL, DAPAT UPAH GLORIA JEAN'S COFFEE, SEDAP ! | Alhamdulilah, setelah 2 hari 1 malam tidur di hospital KPJ Pasir Gudang, harini dapat balik kerumah. Semua ujian darah dan juga ultrasound baik-baik aja, cuma tu ler, hati je ada masaalah sikit hehehehe. 

Yer jenis Sis ni, kalau sakit sikit, bukan mengada-ngada nak pergi hospitallah nak checklah tapi Sis sejenis yang takut pada sakit, maka kalau sakit je sikit, memang Sis ko akan ke klinik atau hospital. Tak kisah kena tahan ke tak kena tahan ke, janji dapat tau apa sebab sakit. Tu Sis lah, kalau korang Sis tak tau. Yang Sis tau, ada juga orang kalau dah sakit, suka 'nanti-nantilah', haaa yang tu sendiri tanggunglah yer. 

Sakit ni tak bagi signal, nak sakit, kejap je Allah bagi, hilang segala nikmat makan dan 'senyum', terus stress fikir 'apalah sakit aku ni', betul tau, tak tipu, tapi tu Sis laa, korang Sis tak tau, mungkin korang kebal hahahaha. 


Yerr hilang nikmat nak makan, telan apa pun ko rasa pahit aje, padahal sekali nampak macam sedap ajerrr..ke menu hospital memang cenggini ek rasa dia huhuhu. Tapi ada masa lauk hospital le sedap gilerr hahahahaha..lagi-lagi kalau western dia oii, lamb chop pun ada oii..

Nasib baiklah view Sis ko tu, dah macam ala-ala check-in kat Trove Hotel hahahaha. Sejuk mata memandang luar tu, cuma tak pool aje hahahahah. 

Kenapa masuk hospital ? Baca SINI 


Tak sangka ko dalam KPJ Pasir Gudang ni ada Cafe kopi cenggini. Nama dia pun pestime Sis ko dengar Gloria Jean's Coffee. Masa mula masuk wad, dah nampak dah, tapi konon tengah mood sakit, maka buat dekk je ler. Tapi harini masa nak keluar wad, nekad pergi juga singgah dan nak rasa hahahaha.Tiber terngiang-ngiang ayat Dr Aizal hahahahahha..

Sis ko masa order suruh dia rekemen , kopi apa yang sedap, so dia rekemen Sis Caffe Latte, okaylah kita cuba. Bau kopi dia masa dia buat tu, perghhh terus rasa segar otak Sis ko, nikmatnyaa aroma kopi hahahahah. *Sis ko belum sedor diri lagi hahahahah.


Bukan tu je, ada juga jual kek, roti, muffin dan juga puff. Eh puff sardin dia kemain sedap uii, habis seketul Sis ko bedal, panas-panas lagi. 

Lepas ni bolehlah lepak dalam hospital aje minum kopi gan geng berjemaah. Sis suka !!


Dann taraaaa, dapatlah upah diri sendiri beli Caffe Latte untuk charge badan yang lomah longlai ni , tiberrrr hahahahaha..Baca dak Sun dan Ain, mesti mereka 'puii' kan Sis hahahahahah...
Takpelah buat geli-geli, esok-esok kita ikutlah nasihat Dr Aizal tu hahahahaha...

Apa-apa pun alhamdulilah dapat balik rumah, peluk bantal buchuk dan tidur atas katil sendiri. adeii sakit punggung tidur katil hospital, kena pulak tak dapat bilik single, share double bed dengan orang, punyalah bising anak-anaknya datang, Sis ko sabar je lerr.. selamat dah Sis ko balik. 

Dan yang bestnya Sis ko dapat MC sehari esok hahahahaha. teruja kejap ko hahahahaha.
Okay esok MC tak masuk opis (dapur), kita pi makan dapur orang hahahahaha..

Okay nk rehat, makaseh Suami yang jauh nun sana, sehari sampai dekat 5/6 kali call tanya khabar, wahtsapp kalau tak jawab jer, call lagi, risau beno dia kat sana. Saya okay, jangan risau ya Sayang ..kerja elok-elok dan jangan lupa makan ubat juga. *masing-masing sakit sesama. 






P/S: Kalau Dr ada baca, Terima kasih Dr Aizal 💓 *malu gile bila Dr minta url blog Sis hahahahaha


Viewing all 4457 articles
Browse latest View live