USIA BLOG AKU DAH CECAH 11 TAHUN | Yaa bulan Ogos adalah bulan kelahiran blog Sis, dari tahun 2008 sehinggalah kini 2019, sudah mencecah 11 tahun kini usia blog Sis. Mula dari blogspot, dan sekarang dah jadi dot com. Alhamdulilah, blog masih wujud dan Sis pun masih lagi di gelar blogger dan masih lagi menulis dan membebel entah apa-apa aje di sini hehehehe.
Lama gilerr kann, dah 11 tahun, kalau ada anak, dah darjah 5 dah hehehe. Pernah stop sekejap menulis 2 tahun, masa tu sibuk baru berpindah rumah dan juga Sis sakit. Bermacam kisah bermacam ragam orang, berjenis manusia yang Sis kenal sejak menulis blog ni. Ada yang sehingga sekarang masih lagi Sis berkawan dan ada juga pun hilang entah ke mana.
Bermula dari kotak MsjBox, kemudian terus ke facebook, dan kini instagram juga twitter, dan akhirnya masuk team JDT Blogger dan juga JOCOM, Sis terus dan terus menambah ilmu dari mereka yang Sis kenal dan ianya menjadikan blog Sis semakin ramai pembaca dan juga semakin orang tau siapa 'Sis Lin'😇
Aku Menulis Bukan Kerna Nama
Yaa Sis menulis bukan kerna nama, tapi kerna minat. Banyak yang Sis kongsikan di sini sekadar apa yang #SisSharing. Suka bila dengar orang suka penulisan kita dan komen sebagai tanda sokongon. Post-post di blog tu ada juga Sis google, tapi banyaknya Sis membebel ajer. Takde cite lain, kalau tak cite masak, cite pasal anak dan family, cite pasal aktiviti harian dan cite cuti-cuti jalan-jalan cari makan, tu jer.
No isu politik, no gossip artis dan tiada isu hangat, melainkan kalau cite makan #Viral hehehe.
Buat apa menulis kerna nama kalau penulisan kita ni saje nak buat gempak! Nak publisiti murahan? Tak payah tulis blog, pergi je viral di laman sosial lain, kat blog ni kalau ko buat hal macam tu, sedikit sebanyak, semua blogger dapat tempiasnya tau! Tak memasal mereka menuduh blogger ni menulis sebab nak cari nama je, nak suruh orang baca artikel..huhuhu sedih tau cmni.
Jana Pendapatan
Yang ini ya, tak macam dulu mula menulis, takde terfikir nak buat duit dengan blog, dulu kami menulis bersaing-saing, memasing menunggu cite memasing update. 24jam asyik le refresh blog kawan tu, nak jadi pembaca pertama, tapi sekarang? Hurmmm..orang sampai malas nak masuk blog kita, sebab, baca je tajuk, orang dah tau dah, mesti cite pasal produk review atau events..
Tapi mereka tak tau, itulah cara 'kerja' kami untuk dapat duit, huhuhu
Bagi Sis, Sis tau di mana letaknya kekuatan dan genre blog Sis, kadang ada dapat dari PR yang nak collaboration, tapi sebab macam tak sesuai dengan blog Sis, so Sis tolak aje. Dan syarat yang dikenakan pun nak kena buat video, oh! Sis memang tak buat video, amik video boleh hehehe.
Buat masa sekarang jana pendapatan dari Google Adsense je, Ni iklan adsense dalam blog Sis kena hold, Sis tengah tunggu no pin code dari adsense. Nuffnang? Lama tak masukkan dalam blog, macam sendu je sekarang, tak macam dulu..tak tau kenapa Nuff tu..
Misi Seterusnya ...
Ni bukan misi jururawat ye, ni misi atau matlamat blog. InsyaAllah nak perbaiki lagi cara menulis, cara perkongsian cerita, dan sekarang pun memang sentiasa baca dan terus membaca dari sifu-sifu SEO yang berkongsi di blog mereka cara nak naikkan PV blog, alhamdulilah juga sekarang banyak perubahannya pada blog Sis. Mia dan Sunah banyak juga membantu.
Apa-apa pun Sis masih lagi belajar dan masih lagi di tahap blogger sendu sendi jer, banyak lagi nak kena belajar dan banyak lagi nak kena perbaiki.
Terima kasih buat semua SAHABAT yang sentiasa menyokong Sis, terutama Suami. Sebab Suami izinkan Sis menulis dan berkongsi di sini, kalau Suami tak izinkan, ermmm senyap lenyap aje lah blog ni hehehehe..
Okaylah panjang pulak membebel, nanti sambung lagi ya. Sis nak berkemas sementara Suami settlekan BUBU dia. Kejap lagi nak gerak ke Kuala Lumpur. Tak sabar nak menunggu hari esok.
Esok ada apa? Tunggu post seterusnya ya..
OkBai.
P/S: Special penghargaan buat Mat Gebu yang banyak sekali memberi sokongan dalam bab menulis blog ni. i love u Mat! #JanganKecamSis