Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

AKU DAH MAKAN DAH AYAM GORENG MCD EXTRA SPICY 3X PEDAS TU. KORANG DAH CUBA?

$
0
0
AKU DAH MAKAN DAH AYAM GORENG MCD EXTRA SPICY 3X PEDAS TU. KORANG DAH CUBA? | Haaa korang dah cuba belum? Kalau belum silalah mencuba, ternyata memang pedas 3x ganda dari sebelumnya tapi 2x ganda sedapnya dari sebelumnya.

Memang mulanya teragak-agak Sis nak mencubanya, sebab banyak baca feedback dari mereka yang dah makan kata pedas, ada yang selepas makan sakit perut, ada yang cirit birit sampai ke hospital, phewww ngeri juga baca thread pasal ayam goreng McD 3x pedas ni. Tapi Sis ko tetap juga nak mencubanya hehehe.

Kelmarin malam, selepas pergi dobi dengan si Kakak, Sis bagitau Kakak, Mak nak try ayam goreng mcD 3x pedas tu, mulanya anak tak bagi, sebab bimbang kang sakit perut masuk hospital kang lagi susah, dah le Ayah takde, katanya...okay Sis diam kejap. Selepas tu Sis bersuara lagi, then Kakak kata 'Ye laa, kalau sakit sendiri tanggung' hahahaha. Yes!

Maka ke drive thrulah kami...


Ayam Goreng Mcd Extra Spicy 3x Pedas 

Akhirnya...dapat juga membeli dan mencubanya ayam goreng mcD 3x pedas ni. Sekali pandang, terdetik kata, 'kenapa dalam iklan tu kemain merah gile colornya, bila beli, ermm macam biasa aje ek?'..Betul, color dia takde la seperti mana macam dalam iklan tu haa, dah macam ayam goreng mcD yang biasa tu jee..

Takpelah, apa-apa kita rasa dulu, pedas dia pergi macam mana..hehehehe


Pedas Ke Tidak? 

Angkat seketul paha masuk dalam pinggan, sekali nengok, perghhh ngeri gak nak gigit ni hahahaha. Anak 2 orang tu duk gelak je nengok Maknya nak makan tak makan-makan hahahaha..Dan tiba-tiba....krup krap krup krap...nom nomm nomm....yumss yumss yumsss...

Wowww okay, gigitan pertama, masih okay, kunyah-kunyah dan telan. Gigitan kedua, dah terasa pedasnya di lidah, masih bertahan, kunyah-kunyah dan telan. Gigitan kedua, fuhh fuh fuhh kunyah-kunyah telan, teguk air sejukkkk secawan hahahaha pedasss oiiiiii....adeiii


Memang Extra Spicy 3x Pedas !

Boleh tahan pedas oii 3x ganda dia, siapa yang tak tahan pedas memang tak boleh makan, atau kalau yang kata tak pedas tu, korang makan seketul je kot, kalau makan seketul memang tak rasa sangat le pedasnya, ko makanlah 2/3 ketul, haaaa baru ko tau togakkk air sejuk sebotol hahahahaha...

Yerr pedas! Memang pedas. Sis yang tahan pedas pun rasa pedas. Memang minum air banyak sekali bercawan-cawan, nasib baik makan dengan sos tomato, kalau dengan sos cili? lagi pedas kot..heheheh harap maklum Sis tak makan sos cili yaa...

Setakat ni Sis berjaya makan 2 ketul ayam goreng McD extra spicy 3x pedas.
Yes! Misi berjaya hahahaha..

Dan keesokkannya....

Tiada kes ulang alik ke tandas atau sakit perut, alhamdulilah,tido lena, mungkin perut Sis tahan kepedasannya. Atau mungkin perut dah banyak disaluti lemak barangkali hahahaha mereka bergaduh dalam perut, tak bagi keluar, so berduet lah si lemak dan si pedas ayam dalam perut hahahaha 😆


Haaa korang bila lagi nak cuba?

Cubalah sendiri dulu, jangan duk baca apa yang mereka tulis, kalau berani tanggung risiko, haaa sila mencuba!! ...TAPI JANGAN bagi anak makan, melainkan kalau anak tu tahan betul pedas ya!

3 ketul RM 15 ...sekian..



P/S: Jangan lupa McFlurry cempedak dia, tekak Sis sedap biasa-biasa aje, tapi si anak bujang Sis kemain suka bebeno!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422