Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2019. SULTAN JOHOR: "SAYA TIDAK SABAR UNTUK MENEMUI RAKYAT"

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2019. SULTAN JOHOR: "SAYA TIDAK SABAR UNTUK MENEMUI RAKYAT". | DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah Baginda tidak sabar untuk menemui rakyat jelata pada jelajah Kembara Mahkota Johor 2019 (KMJ) yang akan bermula hari ini.

"Saya tidak sabar menantikan Kembara Mahkota Johor, mengira hari dan waktu kini sudah tiba masanya.

"Jam 4 pagi tadi, saya sudah pun bersiap selain memastikan motosikal dalam keadaan baik, begitu juga persiapan lain. Saya tidak sabar untuk menemui rakyat di setiap daerah," titah Baginda kepada Royal Press Office di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (20 Mei).

Sempena jelajah Kembara Mahkota Johor kali ini, Baginda Tuanku Sultan berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike'.

KMJ yang merupakan acara tahunan kalendar Keluarga Diraja Johor, dinanti-nantikan seluruh rakyat untuk bertemu dengan raja kesayangan mereka.

Dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike', rombongan diketuai baginda Tuanku memulakan perjalanan sekitar jam 8 pagi dari Istana Pasir Pelangi, di sini.



Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar serta suami kepada Tunku Puteri Johor, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Destinasi pertama persinggahan adalah Dataran Majlis Daerah Pontian, disusuli dengan Kampung Sungai Nibong (Semerah, Batu Pahat) selain Kompleks Sukan Tok Laji (Kesang Tasek, Tangkak) dan Maharani Up Town (Muar).

Keseluruhan perjalanan Kembara Mahkota Johor edisi kali ini menyaksikan perjalanan sejauh 686 kilometer melibatkan 10 daerah selama tiga hari, bermula hari ini hingga Isnin.

Sepanjang kembara, baginda Tuanku bersama keluarga diraja Johor dan ahli rombongan dijangka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuklah sukan rakyat, selain beramah mesra dengan rakyat jelata.


Baginda akan membaca sendiri setiap surat yang disampaikan rakyat kerana ingin mengetahui apakah keluhan mereka.

“Orang ramai jangan kecil hati jika tidak dapat berswafoto (selfie) bersama saya di setiap lokasi persinggahan ini kemungkinan disebabkan pergerakan awal bagi meneruskan perjalanan ke lokasi lain,” titah baginda. 




P/S: DAULAT TUANKU! . Semoga perjalanan Tuanku sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.  Aamiin, Ya Rabalalamin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.