Assalamualaikum wbt ...
Selamat pagi semua. Apa khabar ? Moga hari ini Isnin 16hb April/28 Rejab 2018/1439H kita semua sihat dan di permudahkan urusannya . Harini juga adalah hari lahir anak bongsu bujang satu-satunya Sis yang ke 18tahun . Cepat betul masa berlalu, Kejap aja dah besar anak-anak.
Happy Birthday Muhammad Ridzuan, Emak doakan moga Amat menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat dan membanggakan Family tak kira di mana berada. Stay encem ye Amat .
Berbalik cerita tajuk kat atas tu, korang pernah tau dan dengar ke kuih malas tu ? Mesti tak tau plak kan ada jugak kuih yang malas ha ha ha . Sis pun baru tau.
Memang kebiasaan hari minggu nak minum petang, incik Suami memang suka ajak lepak makan di Tea Garden. Kalau yang berdekatan, yang Sis tau ada 2 tempat yang Sis selalu makan. Satu di Sri Alam, dan satu lagi di Permas Jaya. Yang selalu Sis pergi di Sri Alam, sebab dekat dengan area rumah.
Dan dah berapa kali pergi, ini kalilah baru perasan dan order menu ni. Masa mula ternampak, incik Suami gelak dengar. Dia kata apa yang malasnya. Ha ha ha .
Jadi incik Suami pun cuba order dan nak rasa. Bila kuihnya sampai, ooo rupanya macam cucur atau cekodok atau juga macam jemput-jemput. Cuma dia lembut sangat, kuihnya tepung di goreng bersama daun bawang, bawang goreng dan juga di makan cecah sambal kacang macam kuah rojak asma gitu.
Rasa pun sedap. Lembut sangat, dia datang panas-panas lagi, jadi terus makan, memang sedap.
Korang bolelah cuba, ada dalam menu yang tersedia, cari nama 'Kuih Malas' ha ha ha ha .
Kenapa laa malas ek namanya ..
P/S: Nama je Kuih Malas, tapi pelanggan rajin order dan makan tau ha ha ha ha .