Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4432

RESEPI MUDAH DAN SEDAP 'SPAGETI CHEESE CHICKENBALL'

$
0
0
RESEPI MUDAH DAN SEDAP 'SPAGETI CHEESE CHICKENBALL' | Musim rumah terbuka/openhouse ni, kalaulah kot-kot ada tetamu yang nak datang last minit, memang inilah menu yang mudah dan sedap yang selalu Sis hidangkan iaitu 'Spageti Cheese Chickenball'.

Kalau di rumah memang sentiasa ada stok sos spageti dan juga bahan-bahannya, sebab senang nanti nak masak bahan semua ada, walau kadang tak cukup gak bahan, tapi at least ada sos, ada spageti dan juga chicken/meat ball, ada kesemua tu je dah boleh masak dah.

Tetamu nak datang ni takkanlah kita tak bagi datang, dan juga takkanlah tak bagi makan pula kan. So nak selamat beli dan simpan bahan-bahan yang mudah nak masak selain dari mee hoon dan pes tomyam.

Kenapa pes tomyam? Hahaha sebab Sis juga suka masak mee hoon tomyam untuk tetamu datang beraya hahahaha..

Dan untuk kali ni Sis nak kongsikan menu senang tapi sedap (Yerr memang sedap!), yang ni Sis amik idea bahannya dari Eina Azman. Dia kalau masak spageti dia letak cheese dalam kuahnya, so Sis cuba juga, ternyata memang sedap!


Spageti Cheese Chickenball

Bahan cukup senang. Hanya perlukan :

Mee spageti
Sebotol pes sos spageti (tomato cendawan)
Beberapa keping cheese, ikutlah suka.
Chicken/Meatball, pun ikut suka. Sis guna chickenball sebab anak Sis yang sulung tak makan daging.
Cendawan butang dalam tin
Bawang besar selabu di potong dadu
Herba campuran
Serbuk Oregano
Serbuk lada hitam/putih
Bahan perasa

Cara masak yang paling mudah:

Rebus mee spageti dengan minyak zaitun sampai lembut.
Tumiskan bawang besar hingga layu dan wangi.
Masukkan sos spageti dan masuk sedikit air jika pekat.
Masukkan chicken/meatball, dan juga cendawan, dan kacau rata.
Masukkan cheese, serbuk oregano, herba campuran, serbuk lada hitam/putih dan bahan perasa.
Kacau sebati dan siap hidangkan .


Pergh sedap oii, terliur pulak nengoknya hahaha. Kalau anak-anak kecil pun boleh makan, rasa kuahnya tak pedas. Puas makan. Dan beza sikit rasanya dengan yang ada cheese dengan takde cheese.

Kalau ada cheese, kuahnya ada sikit rasa likat-likat gitu..aishh susahlah nak bagitau macam mana, tapi kalau takde cheese, rasa dia macam halus aje, haaa gitulahhh, yerrr...tak reti nak explain hahahaha..

Janji sedap udah!. Tak tak taulah kalau tekak korang hahahaha..
Cubalah yer...

Okay dah..nak sambung lagi mencekik ni tak sudah-sudah..hahahhaa
Bye.




P/S: Tak sabar nak memborong sotong kat Pasar Dungun hohohohoh..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4432