Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA MUSIM PERAYAAN

LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA MUSIM PERAYAAN | Apabila tibanya musim perayaan ataupun cuti-cuti panjang sudah tentu ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman atau melancong. Tak kiralah balik kampung jauh ke atau pun kampung dekat ke?

Macam Sis Kampung Melayu ajer hahaha..tapi tiap kali nak keluar meninggalkan rumah memang akan berhati-hati, lebih-lebih lagi Suami Sis, memang akan di periksa satu-satu, walaupun rumah ada guard tapi sendiri mau ingat ar.

Biasa yang mengundang jenayah ni siapa? Cuba tanya diri sendiri ...

Oleh itu, bagi korang yang akan meninggalkan rumah masing-masing sewajarnya mengambil beberapa langkah supaya rumah korang bebas daripada segala kejadian yang tidak diingini.


Rasanya ramai juga dah balik kampungkan? Sebab cuti sekolah dah bermula sejak Jumaat lepas lagi, mestilah masing-masing dah berkampung di kampung memasing. Seronoknya rayakan!!

Tapi ingat tau, bagi mereka yang akan pulang ke kampung, amik langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah masing-masing okay.

Antaranya terdapat beberapa tip ringkas untuk menghindari kemalangan khususnya kebakaran sepanjang kita berada di kampung atau pergi bercuti. Beberapa hari sebelum bercuti seharusnya kita membuat langkah-langkah keselamatan bagi memastikan rumah serta harta benda yang di tinggalkan berada dalam keadaan selamat dan teratur.

Palam (Plug) Peralatan Elektrik - Soket 

Sebelum keluar rumah hendaklah dipastikan setiap palam (plug) peralatan elektrik dicabut daripada soket bagi mengelakkan berlakunya kebakaran yang berpunca akibat litar pintas. Boleh dikatakan sebahagian besar kejadian kebakaran di negara ini disebabkan litar pintas.

Kita tidak boleh sesekali mengambil mudah tentang perkara ini sebaliknya perlu sentiasa peka bagi mengelakkan berlakunya kebakaran akibat daripada faktor tersebut.

Alat-Alatan Mudah Terbakar 

Selain itu, pastikan juga alat-alat mudah terbakar seperti tong gas, kerosin dan mancis disimpan di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya kepala tong gas ini hendaklah ditutup.

Langkah-langkah ini juga bertujuan mengelakkan kemungkinan berlakunya kebakaran. Keprihatinan terhadap keselamatan bahan-bahan mudah terbakar ini boleh mengelakkan kita kerugian berpuluh ribu ringgit akibat kebakaran.

Pintu Dan Tingkap Dikunci Dan Dimangga

Bagi mengelakkan kecurian pula, kita hendaklah memastikan setiap tingkap dan pintu dikunci dengan mangga kunci yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan mangga kunci dipasang di tempat yang kemungkinan mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang termasuk juga pintu besi hadapan dan belakang rumah.

Maklumkan Kepada Jiran Terdekat

Kita juga perlu memaklumkan kepada jiran yang tidak ke mana-mana supaya memerhatikan keadaan rumah sepanjang tempoh bercuti. Berikan juga nombor telefon yang mudah dihubungi.

Jika berlaku sesuatu mereka boleh menghubungi kita secepat mungkin.

Barang-barang Berharga

Barang-barang berharga seperti barang kemas, wang tunai, koleksi jam mewah, komputer riba dan tablet hendaklah dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat.

Tanggungjawab terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang di tinggalkan semasa bercuti amatlah penting.

Laporkan Kepada Polis/Guard 

Laporkan juga ketiadaan kita di balai polis berhampiran serta pihak pengawal sekiranya rumah kita mempunyai khidmat kawalan berpagar.

Dengan perancangan yang rapi kita tidak perlu bimbang tentang keselamatan rumah apabila pulang bercuti ke kampung atau melancong ke mana-mana lokasi menarik. Malah melalui langkah-langkah yang diambil ini akan membuatkan percutian kita akan lebih selesa dan tenteram.





P/S: Rasa macam badan tak sihat. Demam rayakah ini? Huhuhuhu ..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)