22 MEI (17 RAMADHAN) - HARI NUZUL AL-QURAN 2019/1440H | Secara umumnya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan.
Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M, ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.
Secara ringkasnya..
Nuzul Alquran ni Bermaksud.
Nuzul = Penurunan
Al-Quran = Kitab suci Al-Quran
17 Ramadhan merupakan tarikh ayat pertama Al-Quran diturunkan bersamaan dengan 6 Ogos 610M.
Berlaku di mana?
Di Gua Hira’
Apakah ayat pertama yang diturunkan?
Iaitu ayat 1 – 5 Surah Al-Alaq.
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Sekiranya kita masih belum boleh mengaji. Ataupun masih belum boleh mengenal huruf, usah risau.
Jika kita usaha untuk belajar insyaAllah pasti ada jalannya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-Quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
P/S: Korang dah bayar Zakat? ...