SUP TULANG MERAH SINGAPORE ADA DI JOHOR. SEDAP SANGAT! | Siapa sini suka makan Sup Tulang, tentu sekali menyukai akan Sup Tulang Merah Singapore ni. Salah seorangnya Sis dan juga Suami Sis. Boleh jadi gaduh berebut tulang kalau makan berdua hahaha.
Yer nama je Singapore, tapi ada di jual di Johor, sedap sangat! hehehe.
Yer nama je Singapore, tapi ada di jual di Johor, sedap sangat! hehehe.
Ini adalah kali kedua Sis merasainya. Pertama mula merasa masa tu ternampak geng Visit Johor (VJ) buat review dan makan, Sis apalagi terus DM kat instagram derang dan kirim pada salah seorang geng VJ dan malam tu juga terus amik dan dapat merasanya Sup Tulang Merah Singapore tu...ternyata memang sedap !
Sedap tak terkata, sampai yang pertama kali merasa tu makan tak sempat nak amik gambar, dah setengah jalan makan baru ingat hahaha. Nampak sangat layan kesedapannya kan ..
Makan panas-panas dan ada sikit rasa pedas-pedas tapi bagi Sis masih sedap! Isinya pula penuh dan lembut. Kalau nak kuah lebih, kena bagitau ya.
Makan panas-panas dan ada sikit rasa pedas-pedas tapi bagi Sis masih sedap! Isinya pula penuh dan lembut. Kalau nak kuah lebih, kena bagitau ya.
Korang kalau nak merasainya boleh walk in atau terus wahtsapp untuk buat tempahan dulu. kalau tidak memang sold out hari-hari. Rata-rata memang ramai yang order dulu.
Tidak ada kedai atau booth bazar ke, hanya di jual di rumahnya aje di Taman Saujana area Taman Molek sana. Boleh juga delivery terus ke rumah tapi bergantung pada tempat dan juga runner. Kalau takde runner pada haritu, maka korang kenalah walk in pick-up COD, kalau ada runner, haa boleh terus delivery dan caj penghantaran di kenakan.
Sebekas satu set hanya RM 15. Dalamnya isi ada 3/4 ketul, bergantung pada saiz tulang itu. Siap dengan roti dan di beri straw sekali untuk korang sedut som-somnya tu hehehehe. Sejujurnya memang sedap pada anak tekak Sis, memang layan habis.
Rotinya cecah dengan kuahnya perghh licin sebekas ko makan, tanpa tinggal sisa kecuali tulangnya hehehe.
Bagi korang yang nak mencubanya, boleh dapatkannya seperti alamat di bawah yer.
Kalau hari bukan Ramadhan (puasa), mereka meniaga di rumah. Korang boleh datang makan atau beli juga di sana. Tapi hanya di buka jam 8pm & delivery bermula jam 12pm .
Kena cepat, sehari hanya 15kg sahaja!
Sup Tulang Merah Singapore
510 Jalan Saujana Utama , Taman Saujana . Plentong (10.82 km)
81750 Johor Bahru
Tempahan/booking : Whatsapp/Call 013-744 8917
Facebook : Soup Tulang Merah Singapore
Instagram: @saujana_kitchen
P/S: Tekak Sis kata sedap so memang ku tulis sedap, korang cubalah dan rasa tekak sendiri ya ..Jangan kata Hakak tak payung okay..