Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

RESEPI KETAM TELUR ASIN YANG MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
RESEPI KETAM TELUR ASIN YANG MUDAH DAN SEDAP | Kalau ada yang membaca atau perasan, Resepi Telur Asin ni pernah Sis share kongsikan di dalam blog ni, akan tetapi gambarnya aje yang sudah hilang di sebabkan Sis ada clear dan delete gambar google sebelum ni. Bukan apa, gambar-gambar dulu Sis dan anak-anak ni free hair, so nak taknak terpaksa Sis delete gambar dalam akaun google, so dia jadi effectlah pada blog Sis, makanya post entri sebelum 2017, semua post takde gambar huhuhu. Harap faham dan maklum.

Dan tiba-tiba resepi Ketam Telur Asin ni muncul di timeline Facebook Sis, terus rasa nak kongsikan sekali lagi beserta gambarnya pulak. Nasib Facebook masih simpan lagi hehehe. Ingat nak masak juga tapi pergi pasar tengok ketam, alahaii kecik beno..nanti-nanti aje laa buatnya. Tunggu dapat ketam besar. 

Harini kot sapa takde idea, haa bolehlah cuba ya. Maklumlah bulan puasa ni, ramai mengugel resepi masak manjang. So kita sharelah resepi, moga jadi idea untuk korang nak masak petang nanti ya, 

Sis? Harini dapur OFF lagi muahahahahaha...alhamdulilah rezeki anak-anak. 

Jom semak resepi yaa..


Resepi Ketam Telur Asin

Bahan-bahannya :

Ketam - 4 ekor dipotong dua cuci bersih..
Telur Asin - 3 biji direbus, amik 2 biji telur putih + 3 telur kuningnya dan hancurkan.
Bawang Putih - 4 ulas diketuk.
Daun Kari - ikut suka byk mana.
Cili Api - ikut suka nak pedas ke tak, potong pon ikut suka la..

Susu Cair - 2 sudu besar.
Butter / Planta - 2 sudu besar.
Tepung Jagung - agak2 utk gaulkan dgn ketam.

Minyak utk goreng ketam.
Garam.
Lada Sulah.


Cara-cara Memasaknya : 

- Ketam diperap dengan sedikit garam + lada sulah + tepung jagung. 
- Goreng ketam hingga keemasan. Angkat.
- Panaskan butter / planta. Tumiskan bawang putih hingga wangi. 
- Masukkan daun kari + cili api. 
- Masukkan telur asin yang dihancurkan. 
- Masukkan sedikit garam (rasa dulu nnt masin sgt sbb telur asin dah masin ye). 
- Masukkan susu cair. 
- Gaul rata. Masukkan ketam. Gaul rata. Rasakan. 
Siap !

Mudah, senang dan Sedap woo...tak caya ye cuba !

OkBai..






P/S: Dah siap ke tu beli dan soping raya? Minggu ni cuti 3 hari (Jumaat,Sabtu dan Ahad), kompom jalanraya dan soping mall sesakkan..huhuhu  errrr



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.