RESEPI AYAM MASAK KICAP PEKAT PEDAS. MUDAH DAN SEDAP! | Kenapa cakap mudah? Sebab ayamnya tak payah ko nak goreng. Kenapa cakap sedap? Sebab memang resepinya sedap. Sendiri masak sendiri pujilah. Hahahaha..
Okay, menu ini adalah menu kesukaan Suami dan anak-anak. Lebih-lebih lagi kalau time raya. Raya mesti Suami minta masakkan resepi ni, cuma bezanya raya, Sis masukkan suun dan juga tauhu kering, so memang akan masak kering seakan sambal jawa tapi lain. Sama tapi beza keduanya hehehe.
Kalau masak hari-hari (bukan hari raya), hanya masak macamtu ajelah. Masukkan tomato atau kalau korang rajin gorengkan kentang dan masukkan aje dalam masakan tu. Mudah dan sedap!
Korang cubalah.
Yerr ayam tu tak payah di goreng, hanya tumis bahan dan masukkan ayam, biar dia mereneh bersama bahan dan juga kicap sampai dia pekat. Perghh nanti aroma dia naik, kemain sedap ko. Kembang kuncup lobang hidung ko nanti time masak hahahaha.
Sila tahan nafsu hahahaha..
Haaa nah, bagi siap posing dalam kuali DIY lagi haaa...kang ada yang tak percaya plak Sis ko masak, kang di katanya kita beli di bazar (PARAM) hahahaha.
Sekali tengok memang terliur, berkali ko nengok, agak-agak esok korang cuba tak? Hehehehe. Nak resepi ke? Rasanya sebelum ni dah pernah bagi resepinya..
Okaylah Sis kongsikan resepinya di sini tapi Sis malas nak menulis. Korang silalah klik dan baca resepinya di : https://www.sislin76.com/2018/05/ayam-tanpa-goreng-masak-kicap-pekat.html
Jangan malas membaca, klik dan baca yaa..hahahaha
Harini korang masak apa plak? Harini anak Sis masak, masak apa Sis pun tak tau, sebab siang hari ni (ketika ini) Sis keluar JJCM bersama geng sekolah.
Kemana? Mana boleh bagitau, hahahaha rahasia 😜
OkBai !
Selamat berbuka puasa korang ..
P/S: Dan bila Suami mula hantar mesej bagi gambar-gambar baju raya, ermmm Sis tak ready lagi nak soping baju raya..huhuhu ...mood raya belum sampai.