Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

JOM BERKONGSI SECAWAN KASIH SEMPENA AIDILFITRI INI. SEBARKAN KERIANGAN BERSAMA LLAOLLAO

$
0
0
JOM BERKONGSI SECAWAN KASIH SEMPENA AIDILFITRI INI. SEBARKAN KERIANGAN BERSAMA LLAOLLAO | Segala kebaikan di dunia ini adalah untuk dikongsi bersama. Kita boleh mengambil contoh seperti senyuman, Wi-Fi berkelajuan tinggi, malah sebiji burger yang enak. Namun, apa yang pasti, senarai ini tidak lengkap tanpa secawan yogurt sejuk beku llaollao. 

Malah, manfaat yogurt sejuk beku adalah jauh melebihi kelazatannya. Ia adalah hidangan berkhasiat yang membawa keriangan sehingga anda tidak menyedari sesudu demi sesudu yang anda nikmati. 
Berikut adalah senarai pendek manfaat-manfaat yogurt sejuk beku, terutamanya apabila anda berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan: 

1) Ia penuh dengan probiotik 
2) Mudah dihadam, menjadikannya sesuai sebagai hidangan berbuka puasa 
3) Mencegah nafas berbau (Fakta ini telah disahkan oleh International Association for Dental 
Research, Baltimore, Baltimore, Amerika Syarikat) 
4) Penuh dengan khasiat (tinggi pada kalsium, rendah pada kalori) 
5) Tambah buah-buahan segar untuk gizi yang seimbang 
6) Merangsang selera anda apabila ditambah “crunches” yang ranggup serta sos yang enak 
7) Dan akhir sekali, rasa llaollao yang LAZAT! 


Bagi menyebarluaskan manfaat-manfaat terkandung dalam llaollao pada perayaan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, Woodpeckers Group Sdn Bhd akan melancarkan kempen "Secawan Kasih, Sedekah Budi". Woodpeckers Group adalah syarikat pengurusan di sebalik hidangan/snek/pencuci mulut (llaollao sesuai dinikmati bila-bila masa!) yang lazat ini. 

Berdasarkan konsep Pay It Forward, para pelanggan adalah digalakkan untuk membuat menyumbang satu cawan kecil llaollao kepada golongan anak-anak yatim. 

"Harga secawan kecil adalah RM3.50. Ia mungkin sumbangan kecil tetapi ia amat bermakna. Selepas kempen ini tamat, trak-trak llaollao akan melawat rumah-rumah anak yatim terpilih untuk menghidangkan yogurt sejuk beku secara percuma. 

"Sekiranya tidak mencukupi, pihak kami akan menambah lagi supaya tiada kanak-kanak ketinggalan dari menikmati kelazatan llaollao yang penuh khasiat," kata Tan Kai Young, Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd. 

Rumah-rumah anak yatim yang telah dipilih ialah :
Yayasan Anak-anak Yatim TTDI, Rumah Aman Sungai Buloh and Rumah Anak Yatim Perkim Kedah. 

Kempen ini akan berlangsung dari 26 April sehingga 3 Jun 2019 menerusi penglibatan lapan outlet llaollao. Outlet-outlet terbabit adalah: 

1) Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur 
2) KLCC Mall, Kuala Lumpur
 3) Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur 
4) Melawati Mall, Kuala Lumpur 
5) Eco Ardence Lab, Shah Alam 
6) One Utama, Petaling Jaya 
7) IOI City Mall, Putrajaya
 8) Aman Central, Alor Setar 

"Sekiranya kempen ini mendapat sambutan memberangsangkan, kami akan meluaskan kempen ini kepada rumah-rumah anak yatim lain agar lebih ramai kanak-kanak dapat menikmati kebaikan llaollao. 

"Kami juga menggalakkan para pelanggan untuk menulis ucapan Hari Raya Aidilfitri pada cawan-cawan kami, supaya ucapan perayaan mereka sampai kepada kanak-kanak ini kelak," kata Tan lagi. 
Ayuh! Apa yang anda tunggu lagi? Jom ke llaollao untuk menikmati secawan yogurt sejuk beku yang serba lazat dan berkhasiat, dan sekaligus menyebarkan keriangan bersama pada Hari Raya Aidilfitri. 







P/S: Bestnyaa...Sis ko suka oii eskrem ala yogurt ni, hila masuk mulut, rasa masam-masam dia, perghhhh segar gile rasa muka! ..jom korang, sambil membeli sambil menderma ...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.