Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI HANYA ADA SATU-SATUNYA DI MALAYSIA

$
0
0
RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI HANYA ADA SATU-SATUNYA DI MALAYSIA | Blurpp alhamdulilah..syukur kepada Allah yang memberi dan melimpahkan rezeki kepada kami Ya Allah. Sesungguhnya nikmat yang Engkau berikan sudah dan amat mencukupi. Tapi kalau rezeki makan, cukup ke kalau makan sedulang ni? Oii gilee tak cukup, banyak tu weii hahaha kalau tak cukup, Sis ko rasa, korang bela saka gamaknya hahahaha...

Ini adalah kali ketiga Sis makan di sini. Ternyata ianya memang sedap dan rasa dia pun sama seperti sebelum ni juga! Memang kalau datang jauh-jauh atau lalu dan singgah makan di sini pasti muka ada senyum dan bayar dan balik dengan hati yang puas!. Memang sedap dan harga pun berbaloi. 

Dan inilah pertama kalinya Sis makan Kari Kambing 40 Hari ni secara makan berdulang. Kalau sebelum ni hanya makan set pinggan seorang aje. Tu pun banyak gile sepinggan tau. Memang penuh sepinggan kari atau ayam dan juga nasinya dia bagi. Tak caya, cer try lerr...


Yaaaa inilah dia Nasi Beriani Kari Kambing 40 Hari yang menjadi tumpuan orang ramai jika lalu di tepi highway Ayer Itam ke Yong Peng. Kalau ikut highway, kompom terjeling kedainya kan hahahaha. Pastikan korang masuk tol Ayer Itam then lalu jalan lama menuju Yong Peng, barulah korang jumpa kedainya. 

Ternyata memang sedap weiii...masa update ni pun dah terkecurrr beno rasa hohohohoh..


Tengok itu, muka ada senyum juga depan nasi hahaha, muka kelaparan pun yer, tapi dari Jb belum sampai suku jalan kereta bergerak, mereka dah bedal segala jajan dalam kereta hahaha. Sis ko tukang drive ni perhatikan ajeee mereka berdua ni hahahaha..Sebenarnya kami berempat bertiga Rabu dan Khamis baru ni bercuti ke Melaka. Alaa saja nak bercuti sebelum puasa dan kebetulan dapat tiket undangan #MediaInvitation untuk menonton show di Encore Melaka, tu yang plan ke Melaka dan plan juga nak singgah sini untuk makan sarapan + tengah hari. 

Dan akhirnya tertunailah hasrat dihati, dapat dan sampai juga kami..


Set dulang yang kami amik tu tak silap RM 48.80 siap sekali dengan 1 jug air sirap. Boleh pilih nak ayam ataupun kambing, dan kami sepakat nak amik kambing aje, sebab memasing meyombong taknak ayam, then nengok ayam orang, terliur pulak, sapo le tu hahahahaha....

Portion sedulang dia memang banyak, memang boleh makan 4 orang ala-ala maulidur rasul tu ha, tapi sebab kami bertiga, makanya si dak 2 ketul tu le perabiskan hahahaha. Sis ko makan bahagian Sis, mereka berdua makan bahagian Farah Dinah geng sorang lagi yang tak dapat join sekali tu kakakakakah. Terus menongkat kepala si Farahain kekenyangan hahaha amekkawwww..

Yang si Sunah terkulat-kulat nak habiskan, tapi akhirnya berjaya juga! Syabas buat kami geng dulang hahahaha..


Duk kerana haritu Sunah gaya ala artis retis, makanya memang percutian kami, dialah jadi model kami, termasuk juga model yang diSINIhahahaha ..Dan inilah dia gambar depan Restoran Kari Kambing 40 Hari tu. Kalau dari tepi highway korang mesti nampak punya kan. Datang sini amik gambo depan ni tau, jangan jadi macam orang tu, ada ke amik gambo signboard belakang tandas kakakakakah adeiii ...

Macam nak pecah perut kami gelak sepanjang perjalanan, ada je ayat dan cerita #MudahTerhibur mereka ni laaa, dengan Sis ko sekali boleh sewel jadinya ...

Bagi sesiapa yang nak datang sini, mailah..alamat ada di bawah ni haa, ataupun korang waze aje, kompom sampai punya ..

Kari Kambing 40 Hari 

Air Hitam - 86100 Yong PengJohor, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor

Di buka setiap hari dari jam 7.30am hingga 3pm .
Tak silap bulan puasa buka juga tapi jam berapa mula Sis tak pasti. 

Facebook Page : Kari Kambing 40 Hari 

INGAT!! RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI 
Hanya ada satu- satunya di MALAYSIA
Tiada cawangan di mana-mana ..





P/S: Restoran dia sentiasa ramai, tapi servis pantas! Beratur panjang pun korang tetap dapat layanan dan order korang dengan cepat! Jangan seram nak singgah setiap kali lihat ramai orang ya..hehehehe. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422