Assalamualaikum wbt ..
Hai apa kabar semua ? Lama sungguh tak mengupdate menulis di sini.
Terima kasih juga yang masih sudi singgah di sini membaca ye. Maklum laa mood nak menulis kelaut sejak laptop meragam. Ini pun pinjam jap laptop anak, sebab datang mood ngajin nak update menulis resepi untuk kali ni.
Lepas ni ntah bila plak nak update lagi hehehehe..
Harini Lin nak share satu resepi mudah dan senang, iaitu Sambal Kupang Daun Limau .
Meh jum tengok respi hehehe.
SAMBAL TUMIS KUPANG
BAHAN-BAHANNYA
300 gram kupang, dibersihkan..
3/4 cawan cili kering kisar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
**kisar bersama cili kering
Daun limau purut di hiris.
CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata.
Masukkan kupang dan bawang besar, masak hingga pekat, tambah sedikit serbuk perasa.
Kacau dan matikan api.
Hiris daun limau purut dan tabur di atasnya.
Sedia di hidang ..
Selamat mencuba .
P/S: Ok, tunggu update seterusnya ye hehehe...