Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

VISIT JOHOR vs VISIT MELAKA

$
0
0
VISIT JOHOR vs VISIT MELAKA | Johor ke Melaka, kalau Sis yang drive, dalam 1 jam boleh sampai hahaha. Bukan nak eksen tapi tapi tengok keadaanlah. Kalau memang jalan lancar dan tidak banyak kereta, memang 1 jam boleh sampai, syyhhh sebab Sis dah pernah test hehehehe. Kalau jalan banyak kereta, sejam setengah sampai. Secara peribadinya Sis sendiri sangat suka jalan ke Melaka, cuma kalau Suami dan anak-anak aje yang kalau sebut je nak ke Melaka, masing-masing semua buat muka. Yer faham, yang pertama sekali, jem...bukan Melaka namanya kalau tak jem kan..

Melainkan kalau korang ikut tour atau ikut rombongan. Jem tak jem ko duduk je ler dendiam dalam kereta kan. Macam Sis juga, baru-baru ni ikut Tourism Malaysia ke Melaka, kami semua pergi dalam satu van, ada event media yang nak kami laksanakan, jadinya memang ikut aje le kemana pun pergi. Jem tak jem, duduk je diam hehehehe. Cuba kalau bawa kereta sendiri, hilang juga sabar kalau kena jem kan. 

Lagi satu kalau tak pandai nak berjalan cari tempat menarik dan juga tempat makan. Mau berwaze dan berpusing satu bandar kan. Tapi kalau ikut tour, ko diam aje, tau-tau dah sampai....Yerrr Sis suka suka suka sangat hahahaha. Akhirnya sampai juga ke Melaka ! 

Kalau yang biasa jalan ke Melaka, mesti tau tempat-tempat menarik untuk pergi, tapi kalau yang tak biasa, mesti tercari-cari juga tempat mana nak pergi dalam Melaka ni. Sedangkan kalau betul-betul pandai, pusing-pusing, situ aje tempatnya. Cuma kalau pertama kali memang agak kekoklah, tambah pulak semua jalan sehala di sana. Memang konpius jugalah kepala nak menghafal jalan, berpusing-pusing jadinya. 

Bukan nak kata Melaka ni kecik, tapi maksud Sis, kalau korang dah tau dan pandai jalan Melaka sekali, datang kali kedua, kompom dah pandai punya. Pusing-pusing tang tu juga hehehe. Dan lagi satu, kalau korang datang time cuti sekolah, pastikan dah beli hotel/resort awal-awal, memang kalau musim perayaan atau cuti sekolah, semua tempat full. 

Selalu orang bertanya, 'ada lagi ke tempat menarik di Melaka tu? Bukan ke banyak tempat sejarah aje?'..Haaa soalan ni selalu Sis dapat kalau kata nak gi Melaka. Haa tu ler, korang silap, sebenarnya ada lagi tempat yang menarik yang boleh korang pergi. Cuma korang je tak explore hehehe. Melaka dah upgrade okay! Hehehehe. 

Takpe, nanti Sis cerita dan up entri tempat-tempat terbaru yang Sis dah pergi baru-baru ni di Melaka. Bagi Sis ianya satu pengalaman indah, sebabnya, tempat yang Sis pergi tu semuanya meninggalkan kesan kenangan manis buat Sis sebagai blogger. 

Sempena Tahun Melawat Melaka 2019, eloklah korang pergi bercuti ke Melaka, banyak tempat menarik terbaru yang korang boleh pergi selain tempat-tempat bersejarah. Sis cakap sebab Sis dah pun pergi. Sangat teruja!. Tempat penginapan yang Sis stay pun, ini kali pertama Sis pergi, sangat cantik!! Nanti Sis share okay. 

Jangan risau nanti Sis update buat korang ya. 
So nanti cuti sekolah boleh bawa anak-anak dan juga keluarga ke Melaka. 



Apa-apa pun Sis berterima kasih buat Tourism Malaysia& juga Tourism Johor yang telah membawa kami ke Melaka . Satu pengalaman yang tak dapat di lupakan. 

Korang boleh baca ceritaCabaran Memancing Malaysian Surfcasting Siri Pertamabaru-baru ni di Pantai Puteri, Melaka. Pemenang utama bawa pulang wang tunai RM 70,000 cash ko! Dan kalau korang minat nak join sama, haa korang boleh daftar sekali untuk pusingan seterusnya ya. Semua info ada dalam situ. 

Okay, stay tuned untuk update seterusnya. 
Jeng jeng jeng ..






P/S: Sis macam plan, nak ke Melaka lagi, nak pergi lagi..ada sesiapa nak join? Ajomm kitaa.. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes