Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

PENGALAMAN SIS BERSALIN SENDIRI TAPI BUKAN GUNA KHIDMAT DOULA

$
0
0
PENGALAMAN SIS BERSALIN SENDIRI TAPI BUKAN GUNA KHIDMAT DOULA | Yer Sis ada pengalaman bersalin secara sendiri meneran dan juga ada peneman ketika bersalin. TAPI bukan khidmat Daula ya. Pengalaman Sis tu adalah bersalin di dalam kereta tanpa bantuan sesiapa pun. Dan penemannya adalah Jiran sebelah rumah hehehe. 

Tahun 1996, 29 haribulan 3, ketika Sis duduk menyewa di Taman Johor Jaya, masa tu mengandungkan anak no2. Seminggu sebelum tu, Sis pergi scan, menurut kata Doktor Sis bakal melahirkan pada tarikh 10/4, kira-kira lagi 2 minggu lagi bersalin. Tiada rasa sakit pinggang ke dan tiada tanda nak menunjukkan nak bersalin pun. Sis ko relax je.

Suami Sis masa tu bekerja di Singapura, ulang alik setiap hari dari Johor ke Singapura. Memang keluar pagi sampai rumah dah malam. Pada malam 29hb tu, sewaktu Sis duduk-duduk tengok tv sambil menunggu Suami balik, datanglah Bai jual roti tu haa pett pett pett depan rumah. Anak Sis yang sulung memang pantang dengar, Bai akan stop depan rumah, tak kira Sis beli ke tak beli, Bai tu suka sakat anak Sis, kalau nampak mesti Bai roti tu bagi asam.

Jadi bila dengar je Bai tu sampai, Sis pun keluarlah, perut rasa lapar. Belilah roti kari 6 biji sebungkus tu. Masuk je rumah, bancuh air milo0 panas, dan duduk makan roti kari tu, ko jangan tak percaya, habis 6 biji Sis ko makan roti tu, nak kata sedap, biasa aje, tapi malam tu memang pelahap gilee hahahaha, minum plak dengan air milo0 hahaha. Licin ko. 

Dalam setengah jam selepas makan, tiba-tiba....jeng jeng jeng...

Perut rasa mengeras, tapi memang tak terfikir pun nak beranak, sebab due date lama lagi (lurus bendul namanya), makin lama makin sakit, macam orang nak berak. Sis bangun terus ke bilik air, mencangkung lagi, meneran lagi, tapi tak keluar-keluar najisnya. Dah sakit kaki mencangkung, bangun, masa nak bangun, nak sarung seluar dalam, masa tulah Sis ternampak ada tanda darah kat seluar dalam.

Bila mana ko nampak je darah tu, serta merta sakit dia datang menjadi-jadi. Masa tulah pinggang segalanya sakit. Anak Sis yang sulung dah tertidur di kursi. Terus call Mak Abah, kata nak bersalin, mereka dari Kampung Melayu, agak jauh le juga. Dah rasa tak tahan, terus call jiran (Kak Hanim) sebelah rumah (Suaminya pemandu teksi), bagitau minta hantar ke hospital. 

Kak Hanim tu kelam kabut macam haper, sampaikan Suami dia pun pakai kain pelikat je terus keluarkan kereta. Kak Hanim datang rumah tolong angkat barang-barang keperluan. Masa nak keluar rumah, terpandang anak Sis yang sedang tidur, nasib juga anak jiran ada teman dia sementara tunggu atuknya sampai. Suami pulak call tak dapat, mungkin masih di Sinagapura.

Dalam perjalanan, Sis ko dah terpeleot sana, terpeleot sini duk menahan sakit pinggang. Sambil tu kejap-kejap mengerang gak 'aduhhh aduhhh' ..Kak Hanim dia tak henti-henti tanya 'Okay tak LIn, Okay tak? Sabar ye Sabar'.. Yang Sis adoii adoii aje lee sambil gigit bibir, menahan sakit kat tempat seat belakang. 

Suami Kak Hamim dah pendu kereta macam folrmula1. Kak Hanim pulak sampai dah keluar tingkap kepala dia, sambil kibar tuala putih good morning tu, untuk mohon bagi laluan kecemasan pada kami. Dan tiba-tiba Suami Kak Hanim boleh cakap kat Sis 'Lin baring aje Lin, barang tu letak bawah aje', Ya Allah, bila kata dia suruh baring, masa tu Sis terus serta merta angkat barang letak bawah dan Sis terus baring. 

Masa baring tu, dah tak tahan sangat dah, sikit-sikit Sis ko meneran, last-last Sis buka seluar dalam Sis dalam kereta, dan terus teran, teran pertama Sis teran perlahan-perlahan, teran kedua, terasa ada benda nak keluar, siap letak tangan di bawah nak rasa, memang dah rasa kepala anak nak keluar.

Dan teran yang ketiga sambil ucap 'ALLAHUAKBAR' sekuatnya, terus belezup keluar anak Sis dengan air ketuban sekali pecah, macam 'plop' bunyinya. Terus dengar tangisan anak Sis menangis. 

Yang Kak Hanim dah pucat lesi, dia sampai cakap 'Lin ko dah bersalin, Akak tak tau nak buat apa ni Lin', menggigil dengar suara dia. Dan sekejap tu anak Sis senyap, tak dengar suara. Sis terus tanya Kak Hanim 'Kak anak Lin Kak'...Terus Kak Hanim jengah belakang, dia kata 'Ada Lin ada, anak ko gerak tu', terus rasa tangannya tercuit kaki Sis.

Masa tu kami baru sampai di Larkin, nak menuju ke Hospital Sulatanah Aminah (HSA). Dalam 10 minit lagi baru sampai hospital. Sampai aje di hospital, Kak Hanim dan Suaminya dah kelam kabut panggil misi dan Doktor. Datang mereka semua, riuh jadinya. Doktor siap tanya 'uri di mana?'...Sis jawab, belum keluar, terus mereka semua cecepat uruskan Sis dan anak Sis. 

Potong tali pusat di kereta, anak Sis dah biru kesejukkan, yang Sis pulak muka dah pucat lesi. Doktor berkali-kali pesan, 'Ada batuk tak?, kalau rasa nak batuk bagitau', Tak tau kenapa dia bertanya macamtu. 

Dah settle semua mereka uruskan Sis dan anak, Sis masuk warded, sekejap tu Suami pun sampai. Terkejut dia hahahaha. Sis siap cakap, 'kalau Ayahnya cepat sikit sampai rumah, silap-silap beranak dalam kereta dengan Ayahnya', Suami senyum aje hahahaha..

Jahit tak? Jahit juga, macam mana pun mestilah koyakkan. 

Pengalaman bersalin dalam kereta tu memang pengalaman berharga buat seorang ibu bagi Sis. Bukan senang dan mudah, risiko pun ada, tapi alhamdulilah, Allah permudahkan semuanya. 

Kes Sis ni terdesak, sebab dah tak tau nak buat apa dan tak sangka secepat itu bersalin dalam kereta. Kalau tak boleh je ke klinik berdekatan, tapi fikir lama lagi sakitnya tu. 

Tapi kes Daula tu, nasihat Sis, kalau mula korang mengandung, pergilah check-up rutin biasa di Klinik/Hospital, dan tiba masa bersalin, pergilah ke Klinik/Hospital berdekatan. Janganlah nak bersalin di rumah ke atau guna khidmat Daula #Viral tu. Dulu lain, sekarang ni lain.

Banykkan belajar erti risiko ketika hamil dan sewaktu melahirkan juga selepas bersalin. kalau korang lebih membaca pada risiko, insyaAllah korang mesti takut. 

Sekian dari seorang ibu. 

Haaa? Nak tengok budak yang bersalin dalam kereta tu? hahahahaha
Rendah je orangnya sebab bersalin dalam kereta kan sempit hahahaha..


Inilah dia anak Sis yang no 2 (23tahun) yang Sis lahirkan dia dalam kereta hahahahaha.
Haaa korang kalau nak beli Proton ke atau renew roadtax ke atau trade in kereta ke, bolehlah wahtsapp anak Sis ya Yana - 011 2169 1127 @ Proton Kulis Auto Taman Bukit Dahlia 

Boleh like Facebook Page : Proton Johor / Pasir Gudang - Yana 

Okay dah. Sambung lagi nanti ya ..
OkBai. 






P/S: Zaman Sis ko takde benda-benda viral ni. Sekarang ni aishhhh memacamlah. Risau masa akan datang nanti, acanerlah anak-anak kita yer..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467