Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4445

DAPAT HADIAH KUALI DIY PUN DAH CUKUP BAHAGIA RASANYA

$
0
0
DAPAT HADIAH KUALI DIY PUN DAH BAHAGIA RASANYA | Alhamdulilah walaupun birthday dah beberapa bulan berlalu, tapi masih lagi ada hadiah ingatan dari kawan-kawan kesayangan ni. Inilah kawan setaman, sebelah taman, seusia, setua dan semuda hahahaha. 

Makaseh Nasriyah, Kak Mas, Ina dan juga Kak Zizi. Mereka ni semua adalah kawan Sis yang duduk area-area sini je. Cuma Nasriyah aje yang setaman dengan Sis, yang lain duk luar taman. 

Macam mana kenal? 

Sis baru lagi berpindah ke sini. Dan mula bercampur dengan kawan-kawan setaman. Dan bila ada kawan yang mengajak ke aerobik sekitar rumah Sis, dari situlah kami kenal dan mula merapat jumpa di kelas aerobik setiap malam. Dari situlah perkenalan kami bermula dan sekarang dah macam adik beradik dah. 

 Senam sesama, makan sesama, ngeteh sesama, dan gemuk pun sesama sekarang hahahaha. 


Sejak dari tahun lepas, setiap kali birthday salah seorang dari kami, kami akan belikan hadiah. Dan hadiah pilihan kami, kuali DIY ajer hahahaha. Harga pun rm56 hengget jer. Tapi kegunaannya sangat berbaloi okay. Sangat suka pakai kuali DIY ni. 

Dia ada banyak jenis, ada yang jenis ada telinga macam kuali menggoreng tu, dan ada yang jenis macam ni (dalam gambar), jenis bermangkuk, jadi senang nak masak lauk berkuah. 

Sebenarnya Sis dah ada kedua-dua kuali tu, tapi yang ini special sikit, sebab hadiah dari mereka. Sangat meghargainya, harap-harap lepas ni masak bertambah sedapnya hehehe.


Promote sikit hehehe. Korang bacalah tu. Memang best, setakat nak masak di rumah tu, okay sangatlah. Yang bestnya senang cuci dan tidak melekat hangus. 

Serius cakap, tarak tipu punya. Harga pun murah rm56 jerrr. Ada jenis lain pun semua harga lebih kurang gitu je la. 

Boleh pergi di semua DIY berhampiran korang. Tapi Sis beli ni di KipMart Masai punya DIY . 


Ini dia Geng Bokeh (Geng kaki selpie) hahahahaha. 
Kepala memasing gila-gila, yang bestnya tahan maki, tahan gurau dan boleh tahan 'laser' hahahaha

Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa ada, mendengar, gelak sesama, menangis sesama dan juga makan minum sesama...sekarang memasing menuju kurus dan gemuk sesama hahahaha.

Nak kurus ke? Hahahaha
Bahenol Bahenol Bahenol (semangat! semangat! semangat!)
Hiya Hiya ...kuntet hahahahaha

Moga persahabatan kita akan di rahmati Allah dan kekal hingga ke Jannah. 
Aamiinn ..






P/S: Harini agak bizi sedikit, banyak urusan. Terima kasih yang datang singgah dan komen, akan Sis balas kunjungannya nanti ya  :) 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4445