Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4446

RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR SAMBAL HIJAU

$
0
0
RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR SAMBAL HIJAU | Ingat lagi entri Sis yang Suami pergi memancing dan dapat ikan siakap sebesar 7.70kg tu ? Boleh bacaSINI. Yaa masa hari pertama dapat aje ikan tu, balik dari menghantar ikan ke kedai untuk menyiang dan memotong, Sis petang tu juga terus masak ikan siakap tu.

Fikir punya fikir nak masak apa, jadi Sis tau Suami suka makan pedas-pedas, jadi Sis masakkannya ikan siakap bakar sambal hijau. Pedas memang pedas woo. Berapi-api molot hahaha,. Sis pun tak tau lada cili tu boleh pedas gile macamtu hahaha. Tapi Suami suka, kalau boleh lagi pedas lagi bagus..phewwww..

Resepi ni tak susah, tak de protokol sangat bahannya, just bahan campak-campak apa yang ada dalam peti ais aje.


Ikan Siakap Bakar Sambal Hijau. 

Sis bagi serba ringkas aje resepinya. Bahan dia memang senang aje. 

Bahan utama semestinya ikan siakap, tapi kalau korang nak guna ikan lain boleh juga, tapi tajuk sudah tukarlah ye hahahah.  

Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Belacan sesukahati, nak letak banyak pun boleh. 
Cili api dalam 15 tangkai. Cili hijau ya, sebab tajuk pun sambal hijau hahaha. 
Serbuk lada hitam dan lada putih
Garam dan serbuk perasa.
Gula dan air asam, jika perlu. 

Mula nak masaknya, korang kena le bakar ikan siakap tu dulu. Macam Sis, Sis bakar je dalam air fryer hehehe. Lagi sonang. Sambil membakar tu, korang sediakan bahan-bahan yang lain tu, dan bersedia untuk menumbuk.

Tumbuk segala bahan tu, jangan tumbuk lumut sangat nanti hancur sangat tak sedap, agak-agak kasar je macam Sis tu ha.

Selepas tu, ikan pun dah siap bakar, ketepikan, letak dalam pinggan. Tumis semua bahan tumbuk tadi hingga garing. Masuk lada hitam dan lada putih, garam dan juga serbuk perasa. Kalau kering sangat, tambahlah air sikit. 

Kemudian korang rasa dulu. kalau tekak korang dah okay, dah boleh tutup api dan curah ke atas ikan siakap bakar tadi.

Tetapi kalau tekak korang nak masam-masam manis sikit, tambahkan gula dan air asam. Pun sedap juga. Ikutlah masing-masing punya anak tekak.

Dah siap dah boleh hidang ya. Senang je kan hehehe. 
Ada sebesen lagi tu ikan..hohoho.






P/S: Suami siap kata 'Kalau letak petai lagi sedap' hohoho memacam eks Suami. Hahaha tu dah jadi sambal hijau petai Suamiku hehehe..Nanti Saya buatkan yer..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4446