Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

BELI KUIH RAYA DI KILANG KEREPEK PARIT LAPIS LAMAN, PARIT SULONG

$
0
0
BELI KUIH RAYA DI KILANG KEREPEK PARIT LAPIS LAMAN, PARIT SULONG. Memang tiap tahun, Sis dan Geng Bas Sekolah Sis pergi ke sini untuk beli kerepek dan kuih raya awal sebelum puasa. Bukannya apa, pergi time tak puasa, boleh test semua kuih dan kerepek. Pernah tahun sebelum ni, kami pergi tengah puasa, letih wooo, tambah tengok kerepek pedas panas-panas, mengugat iman hahahaha..

Beli awal pun tak laa awal mana pun, seminggu puasa dah kira okay dah. Kalau tengok pembuatan kuih-raya mereka semua expired Ogos dan December, ikut jenis. Macam baru ni Sis pergi, kebetulan semua seller tengah hantar kuih dan kerepek mereka, so kami amik stok yang baru sampai. 

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Boleh di katakan banyak tester kami cuba dan rasa, semuanya sedap, sampai susah nak pilih yang mana satu the best hahahaa tapi kitaorang dah pandai, kita beli yang mana orang atau tetamu lebih suka makan. Dari biskut lama hingga ke biskut raya moden, semua ada. Memang rambang mata. 

Sis macam biasa, lebih kepada meneman kawan Sis aja, sebab bab kuih dan biskut ni Suami yang biasa membeli, takat Sis menambah-nambah okkayy. So masa teman kawan tu, Sis hanya beli muruku dan kerepek pedas aja. Kerepek pedas dia memang mesti beli, nipis dan rangup, sedap gilerr.. Mereka buat di kilang tu juga di bahagian belakang. Nasib korang baik, kalau mereka tengah packing, dapat beli panas-panas. 

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Harga pulak mengikut jenis dan nama pemborong, tapi rata-rata Sis dah survey, jauh leih murah yaa berbanding di Johor Bahru ni. Ada juga section biskut raya harga 'rahmah', sebotol RM16 korang dah dapat biskut raya sebotol. Kalau beli borong, mereka bagi harga RM15 sebotol, tapi ada limit botol. 

Sis kira-kira kalau bagi yang nak meniaga, korang beli sini, jual balik 5 RM100, masih untung okayy.. so siapa nak meniaga bolehlah beli borong di sini. Mana tau rezeki korang pada jualan kuih/biskut raya kannn.. Kerepek-kerepek pun banyak, pun ada jual borong kilo. Korang rajin boleh packing-packing. 

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Memang banyakk sini, pergi sini dah tak payah pergi tempat lain mencari. Dari biskut raya, kerepek, dodol, asam, keropok, kek buah, kek lapis, dan semuanyaaaaaa laaaa, semua ada.. nak tulis satu-satu pun panjang, nak up gambar banyak pun penuh kang wall ni. 

Korang boleh tengok laa gambar-gambar biskut raya dan suasana kilang tu di facebook page akusislin ni. Semua ada. Puashati membeli sini. Cuma nak pesan, janganlah pergi lambat, biasa seminggu sebelum raya, banyak rak dah kosong dah hahahaha.. semua dah di borong dah..

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Beli Kuih Raya Di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong

Tengok tu, kawan Sis sampai tak cukup tangan, tu sikit tu, dalam bonet penuh hahahaha meriah dalam kereta kami makan kerepek pedas panas-panas, nikmatttt.. Nak ke sini guna aje waze ‘Parit Laman Lapis Enterprise’, pasti sampai. 

Di buka SETIAP HARI 
Jam 9am hingga jam 6.00pm
Kecuali Jumaat, di buka jam 3.30pm hingga 6.30pm. 

Kerepek Ubi Pedas Mastuki & Zaronah
Parit Lapis Laman Parit Sulung. 
33, Jalan Simpang Lima / Parit Sulong, 
Kampung Penghulu, 83500 Parit Sulong, Johor.


P/S : Lepas ni, rombongan GBS ke Nilai3 pulak hahahaha.. kena bawa Ranger ni hahahaha

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.