Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

BUFET MAKAN MALAM SEMPENA TAHUN BARU CINA DI WESTIN DESARU COAST RESORT

$
0
0
BUFET MAKAN MALAM SEMPENA TAHUN BARU CINA DI WESTIN DESARU COAST RESORT. Tahun Baru Cina ini, The Westin Desaru Coast Resort bakal meraikan tetamunya sempena Tahun Naga 2024! Destinasi resort yang terletak di Desaru Coast ini, menjemput tetamu sempena Tahun Baru Cina dengan tarian singa pada hari Jumaat, 16 Februari jam 11:00am di pintu masuk resort. 

Pukulan gendang sebagai simbolik kejayaan, kekayaan, kesihatan dan panjang umur bagi meraikan kedatangan tetamu ke resort ini. Korang boleh datang meraikannya bersama keluarga, kengkawan atau mungkin datang untuk makan bersama kekasih. 

Kalau tak musim perayaan pun, Sis suka juga datang sini makan bufet mereka. Hidangan yang di hidangkan sangat meriah dan banyak pilihan. Baik menu daging, ayam, seafood, kambing dan paling best kali ni ada Waqyu Roasted gituuuu.. lazat sekali.. 

Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di Westin Desaru Coast Resort

Lebih dari 150 hidangan menu di sediakan yang pasti mengiurkan. Dari makanan masakan Melayu, Chinese, Indian dan juga antarabangsa semuanya terhidang. Sis sangat suka akan pelbagai seafood yang di sajikanm, sebab ianya sangat fresh dan lazat sekali. Pilihan sos dan salad juga terlalu banyak, tersusun semua di hidangkan. 

Perayaan Tahun Baru Cina semestinya  tidak lengkap dengan acara kemuncaknya iaitu Makan Malam Bufet Reunion (Makan Besar) yang dinanti-nantikan. Tetamu boleh menjamu selera Buffet Dinner di Seasonal Tastes dengan hidangan istimewa gaya Kantonis seperti Braised Lamb with Herbal Ginseng Sauce, Hor Yip Fan, and Hot and Sour Chicken and Fish Maw.

Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di Westin Desaru Coast Resort

Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di Westin Desaru Coast Resort

Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di Westin Desaru Coast Resort

Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di Westin Desaru Coast Resort

Juga turut di sajikan dengan pelbagai jenis Masakan Cina pada Makan Malam Bufet Prosperity seperti Peking Duck, Broccoli and Abalone, and the all-time favorite; Steamed Grouper Fish with Supreme Sauce. Hidangan menu Pasta dan juga Mee up juga ada. Ada ketikanyanya Laksa pun ada, memang meriah. 

Sempena tahun baru cina, tak lupa juga menu Yee Sang juga tersedia untuk pakej dine-in bersama keluarga atau boleh takeaway. Peminat manisan, di sini di hidangkan pelbagai jenis aneka dessert sampaikan Sis pun tak tau nak pilih yang mana, semuanya nampak sedap dan memang sedap. Serius cakap, manisan dia semua lazatttt... 

Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di Westin Desaru Coast Resort

Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di Westin Desaru Coast Resort

Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di Westin Desaru Coast Resort

Korang jangan lupa Masala Tea dia, memang umphhh.. sedap betull.. 
So korang apalagi, buat tempahan meja segera! .. 

Prosperity Buffet Dinner
1 - 8 February 2024 
12 - 29 February 2024
6.30pm – 10.30pm
MYR168 nett per Adult
MYR88 nett per Child (Ages 4 - 12)

Reunion Buffet Dinner
9 - 11 February 2024
6.30pm – 10.30pm
MYR258 nett per Adult
MYR128 nett per Child (Ages 4 - 12)

Yee Sang
1 – 29 February 2024
From MYR100 nett onwards

Untuk buat tempahan meja, korang boleh contact F&B team at +6019 755 0561 or email fb.westindesaru@westin.com .

IG REEL : akusislin
Lebih banyak gambar : facebook pages akusislin
TikTok : akusislin

P/S : Ada orang tu dah 'cuak' hahahahaha ... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

Trending Articles

Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.

UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE

KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE

Girasoles para colorear

Presence Quotes – Positive Quotes

EASY COME, EASY GO

Love with Heart Breaking Quotes

Re:Mutton Pies (lleechef)

Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE

FORTUITOUS EVENT

Pokemon para colorear

Sapos para colorear

Smile Quotes

Letting Go Quotes

Love Song lyrics that marks your Heart

RE: Mutton Pies (frankie241)

Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...

Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes