Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

DRAMA LAYANG-LAYANG PERKAHWINAN BUAT EMOSI AKU MULA TERGANGGU

$
0
0
DRAMA LAYANG-LAYANG PERKAHWINAN BUAT EMOSI AKU MULA TERGANGGU dengan tiba-tiba. Ikutkan kalau nak tenang-tenang, tak payah layan drama sebegini, nanti hati jadi sakit, dan emosi mulalah terganggu dengan bermacam persoalan dan gangguan dek sebab menonton drama gini. 

Isu Suami curang, dalam kehidupan ni bukan dalam drama aja, kadang depan mata kita aja banyak aja kesnya, antara pandai kau simpan dengan terang-terangan kau tunjuk. Baik depan Bini atau belakang Bini. Buat diam? Isteri mana yang boleh diam kalau curiga tu sentiasa ada, so nak taknak kadang serkap jarang, ada masa umpan mengena, ada masa satu kita tanya, berpuluh perkataan dia jawab, tu tandanya, nak 'coverline' hahahahaha.. 

Pengalaman Sis? Berumahtangga 30tahun, semua dah rasa, cuma jangan cabar kesabaran Sis, tiba masa kalau memang kesabaran ni meluap-luap, rasanya boleh pecah Pasir Gudang yaa, tambah pulak Sis buat LIVE nanti, fuhhh bayangkannn.. hahahahaha.. sebab itu Sis suka layan drama curang-curang ni atau drama Isteri yang sabar dalam menghadapi ujian. Boleh amik tips dari penceritaan. 

Dan drama terbaru yang Sis tonton sekarang adalah Layang-Layang Perkahwinan ni. Baru masuk episod satu, tapi episod satu dia dah mula tunjukkan emosi kita terganggu dengan pelbagai persoalan. Sis ni peminat Syukri Yahya, so mana-mana drama lakonan dia, memang Sis akan tonton. 

Tapi kann watak dalam drama ni, kalau bukan Syukri Yahya melakonkannya, Sis rasa kalau Zul Ariffin yang pegang watak tu, kompom tambah panas, jenis lakonan 'jantan miang' tu sesuai beno ddengan Zul Ariffin hahahahaha.. watak selamba.. 

Korang layan ke drama ni? Kalau terlepas episod boleh tonton di telegram. Sis takde Astro juga, tapi Sis tonton di channel Telegram.. hehehehe.. 

Drama Layang-Layang Perkahwinan Buat Emosi Aku Mula Terganggu

Drama bersiri Layang Layang Perkahwinan diarahkan oleh Eyra Rahman menampilkan Shukri Yahaya dan Ezzanie Jasny sebagai pelakon utama. Layang Layang Perkahwinan bersiaran mulai 8 Januari 2024, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot MegaDrama Astro Ria atau strim on demand melalui Ultra Box & Astro GO.

Sinopsis Layang Layang Perkahwinan

Saida adalah isteri yang sempurna kepada Azim. Saida tidak menyedari dirinya telah dicurangi oleh Azim.  Azim berjaya naik pangkat atas usaha isterinya Saida. Naluri Saida mula rasa ada yang tak kena dengan suaminya. Azim sering balik lewat dengan alasan sibuk dengan kerja rupanya dia curang.

Saida teruja dengan tawaran dari syarikat besar namun keterujaan itu lenyap dengan masalah yang ditimbulkan oleh ibu mertuanya Laeli. Ketegangan Saida meningkat kerana sikap Laeli yang suka merendahkannya.

Saida mencuri tengok telefon bimbit Azim, mencari bukti kecurangannya. Meski tiada apa-apa yang mencurigakan ditemui, tapi nama Maryam sekali lagi menjentik naluri Saida. Saida mengekori Azim dan Maryam.

Saida telah bersusah payah menyediakan makan malam istimewa untuk meraikan kejayaannya dengan Azim. Dia kecewa lagi kerana Azim tak balik seperti dijanjikan. Azim menghabiskan malamnya dengan wanita lain.

Bagaimanakah Saida akan bangkit untuk menyelamatkan perkahwinannya daripada berantakan? Kita tonton dramanya sehingga episod 28 nanti ookay.. terus tak sabar menunggu malam hahahaha.. 


P/S : Esok birhday Cucu setahun, sekejap masa berlalu yaa.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes