Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

LARRIE ANTARA PILIHAN KASUT YANG SESUAI UNTUK DI PAKAI KETIKA MELANCONG

LARRIE ANTARA PILIHAN KASUT YANG SESUAI UNTUK DI PAKAI KETIKA MELANCONG. Selain SKECHERS, Larrie adalah jenama yang Sis suka beli dan pakai ketika pergi melancong. Waktu Sis mengerjakan Umrah juga, dua kasut ini juga yang Sis bawa dan pakai. Sangat selesa dan tidak membuat tumit kaki sakit. 

Cuma kalau di beri pilihan, memang Sis pilih SKECHERS, tapi kalau untuk tukar mood dan gaya, Larrie pilihan kedua Sis. Untuk kasut boot Sis pergi event juga, Sis lebih suka Larrie dari Polo, sebab Larrie agak ringan dan dalam kasutnya ada span, so memang selesa kalau pakai walau bertumit. 

Terbaru, ketika Sis mengikuti trip FAMediatrip ke Sabah baru ni, bila lihat ittenery jadual program, memang banyak aktiviti berjalan, mendaki dan aktiviti yang agak lasak juga yang akan Sis lalui, Mulanya nak pakai aja kasut SKECHERS yang ada, tapi kasut sedia ada tu dah agak 'lanyak' Sis pakai setiap hari, so apalagi, nak berjalan ni, kita belilah kasut baru hehehee..

Image may be NSFW.
Clik here to view.
LARRIE Antara Pilihan Kasut Yang Sesuai Untuk Di Pakai Ketika Melancong
Pertama kali beli warna merah hehehehe

Mulanya memang tak tau juga nak beli kasut brand apa, tapi sebab memang Sis dah belek kasut Larrie ni, so Sis bagitau Suami, dan Suami pun okay. Cuma pilihan Sis jenis design lain, tapi bila Suami ikut dan pilihkan, dia pilihkan yang kasut di atas ni. 

Siap Suami belek dan kata, 'Amik yang ni, yang ni kaki tak sakit dan tidak berbau nanti'.. ye ye or jer kannn Suami Sis tu.. tapi bila staff Larrie tu datang,. memang betul dia cakap, katanya ini kasut terbaru yang ada protection anti-bacterial, so kalau pakai sepanjang hari berstokin, kaki tidak berbau dan tumit pun tidak sakit. 

Kalau korang nak tau, Sis buat juga testimoni di Sabah, balik dari aktiviti, bukak stokin, cium laa kaki tu, ohh ye laa tidak berbau, hahahahaha.. apa adahal, cium kaki sendiri, bukan kaki orang sebelah.. stokin pun bau bersih aja, tidak ada bau masam dan tidak lembab, memang baguslah kasut ni. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
LARRIE Antara Pilihan Kasut Yang Sesuai Untuk Di Pakai Ketika Melancong
100% recomended!

Harga jual RM129.00. Sis beli di AEON Permas. Korang boleh tengok website Larrie untuk dapatkan maklumat kasut ni okayy.. 

Mungkin ada antara kita yang pernah mengalami pengalaman kaki melecet serta tapak kasut tercabut ketika bercuti. Ini pastinya akan ‘merosakkan’ mood percutian. Sebab itu penting untuk kita membuat sedikit ulang kaji mengenai pemilihan kasut yang betul supaya dapat menikmati percutian dengan selesa.

Bagi mengurangkan bebanan ketika melancong atau mengembara, tidak perlu membawa kasut yang banyak, cukup memilih satu sepatu paling selesa dan sesuai untuk sebarang aktiviti dirancang. Di sini Sis kongsikan antara 5 tip pilih kasut ketika melancing yang korang boleh manfaatkan. 

1. Aktiviti ketika melancong

Terlebih dahulu, korang perlu jelas mengenai lokasi pelancongan dan aktiviti yang bakal dilakukan supaya membawa kasut yang sesuai. Sebagai contoh di tempat yang licin, berair dan sejuk memerlukan pemakaian kasut yang sesuai dengan keadaan itu agar kita tidak terjatuh atau kedinginan.

Oleh itu, jangan kedekut untuk membeli kasut yang selesa dengan harga lebih mahal agar ia tahan lasak untuk kegunaan sepanjang percutian tersebut.

2. Material ringan

Pilih kasut dengan material ringan supaya korang tidak kepenatan ketika berjalan dan kaki juga tidak sakit atau lenguh kerana terpaksa menampung bebanan. Berjalan memerlukan tenaga yang banyak. Maka, pilih kasut ringan dan elakkan pemakaian kasut but kerana ia terlalu berat serta padat sehingga menimbulkan ketidakselesaan pada kaki.

3. Kasut tumit tinggi

Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Sebaiknya pilih tapak kasut jenis rata dengan ketinggian yang disyorkan adalah tidak lebih daripada 5 sentimeter (2 inci). Sekiranya memakai kasut yang terlampau tinggi menyebabkan kaki mudah berasa penat, malah berpotensi untuk cedera di buku lali, terjatuh dan sebagainya.

4. Kusyen kasut

Teknologi penghasilan kasut sudah berkembang seiring peredaran zaman. Terdapat pelbagai pilihan kasut dengan rekaan kusyen dalamnya lebih lembut yang membuatkan korang seolah-olah berjalan di atas permukaan air.

Usah khuatir untuk memilih kasut tersebut. Jangan segan untuk meminta pandangan daripada staf berpengalaman di kedai kasut yang sentiasa bersedia bagi membantu anda mendapatkan barangan terbaik.

Jangan ambil mudah mengenai kusyen dalam yang lembut kerana ia berfungsi untuk melindungi kaki daripada mudah lenguh, sakit serta melecet.


P/S : Orang lama kata, 'alah membeli, menang memakai', jangan beli murah, tapi jalan 4km, tumit dah kopak... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.