AKU SIBUK MENDOBI, MENYUSUN, MELIPAT DAN MEMBUNGKUS BAJU aja minggu ni. Lepas percutian keluarga Sis pada 2 minggu lepas ke Bali 4 hari 3 malam, Sis dah settlekan mendobi semuanya dan dah sesiap menyusun semua baju ke dalam gobok. Sebab kalau di biar kang, bertambah lagi laa bajunya.
Then hujung minggu Jumaat Sabtu lepas, Sis packing lagi baju, susun dan kemas masuk bag lagi, sebab Sis mengikuti program Kembara Al-Quran ke Port Dickson (dalam IG sislin, Sis ada highlightkan), tu nantilah ada mood Sis kongsikan. Sekarang ni mood malas betul nak mengadap blog.
Harini dah selesai semua mendobi, menyusun, melipat tapi beberapa hari lagi, kena lagi membungkus baju masuk bag hahahaha.. nak kemana pula? tu nanti Sis kongsikan juga yaa.. now mood malasnya nak packing baju, tapi perasaan tu dah mula excited nak travel lagi.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Gambar Google |
Kadang-kadang macam-macam juga bermain dalam fikiran ni bila nak travel, mana nak tinggalkan Suami, nak tinggalkan Cucu, fikir keadaan rumah bila di tinggalkan, ishh macam-macam laa, fikir sampai soploh kali kalau nak pi travel ni..
Tapi bila Suami izinkan, anak pun support kasi Maknya pergi untuk happykan diri, so fikiran yang fikir macam-macam tu hilang, sampaikan rasa, arghh biarlah kann, pandai laa memasing. Kita asyik nak jaga hati orang, hati sendiri ni yang selama ni diam dan simpan, siapa nak amik tau?.. so lebih baik fikir diri sendiri.
Sis sekarang nak lebih pentingkan diri sendiri, happykan diri, cari ilmu bebanyak, buat apa yang Sis suka dan malas nak peduli apa orang nak kata. Janji apa kita buat, dengan niat redha Allah dan dengan izin dari Suami.. lain-lain lantak lerr ko..
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
SETUJU 100% |
Masaalah besar kalau nak travel ni adalah BAJU hahahaha.. tiba-tiba macam takde baju pulakk ekkkk hahahahaha.. adoiii haaii.. Suami geleng kepala bila kata 'takde baju', tudung takpe lagi, Sis dah kurang beli tudung-tudung fesyen macam bawal ke shawl ke, now lebih selesa pakai tudung sarung Jimmyscarves jerr.,.
Mahal memang mahal, tapi alah membeli menang memakai, selesa sangat, dan awning on point walau kemek tak bergosok, so sesuai sangat laa kalau bawa gi travel. Koleksi Sis pun takde laa banyak sangat, pakai pun berulang-ulang kalau orang perasan, cuma baju jerr laaa kain pesen sikit lain-lain color... nak bagi matching-matching gituu..
Ni pun menaip sambil tunggu mesin tengah cuci tudung-tudung semua. Siap kang sidai, esok dah boleh pilih mana yang perlu di bawa dan suai padan dengan baju.. hahahaha gitulah kann ceritanya orang perempuan.. baju dan tudung.. kalau senyap tu Sis sibuk mendobi, menyusun, melipat dan membungkus baju lerrr..
P/S : Port baru akan datang ... Parkland 💀