WORDLESS WEDNESDAY - KERABU MAGGI pedas giler yang Sis makan di Miss Siam Eco Botanic, Nusajaya. Memang pedas, walau ada rasa masam magga karot tu tapi bila tergigit cili padi yang di hiris, kus semangat, pedas dia sampai berair mata uii..
Sedap tu sedap, tapi pedas. Kalau makan dengan nasi baru ngam kot, tapi Sis makan begitu sahaja, sebab dah lapar dari pagi sampai ke tengahari tak makan, sementara nak pergi event Legoland tu yang singgah makan dulu. Tapi okaylah, pedas masih boleh bawa bincang, kalau tak, memang dah meraung hahahaha..
P/S : Tiba rasa berdebar pulak tunggu esok hahahahaha...