HADIAH DARI SUAMI BUAT ISTERI - iPAD PRO | ALHAMDULILAH akhirnya Allah hantar bisikan hati Sis kepada Suami dan akhirnya Sis dapat juga memiliki sebuah iPad Pro bersize 11inch, syukur Ya Allah!. Gara-gara laptop buat hal dah hampir 3 bulan dan Sis tak bawa repair lagi sebab dalam proses menabung konon nak beli iPad, tapi dengan izinNya, rezeki dari Suami, Suami belanja.
Kenapa beli iPad? Sebab laptop Sis dah ada di rumah, so memang nak sangat iPad untuk mudah Sis bawa ke mana aja. iPad lama tu ada, tapi model iPad2, memang dah lama sangat. Lagipun anak-anak pun sokong Maknya nak beli iPad, memandangkan Sis suka menaip, so lepas ni bolehlah hangkut iPad naik atas katil kannn.. hahahaha ..
Happy sangat tak terucap, kat kedai Machines tu juga Sis peluk Suami ucap terima kasih, budak staff tu tersipu-sipu gelak. Memang tak sangka keluar semalam, selepas sarapan pagi, Suami drive then masuk JUSCO AEON Tebrau terus naik ke tingkat 2 then masuk ke kedai Machines.
Sis tanya, ‘Nak cari apa?’, Suami belek-belek kat bahagian iPad then tanya Sis ‘nak yang mana?’ Ehhh ye ke tak ye ekkk ni, macam surprise pulakkk, Sis tengok muka Suami, Suami kata, ‘Pilih laaa’, isshh orang dah offer tu nak belikan kan, so cecepat kita pilih ya, sebelum Suami bertukar fikiran kan hahahaha..
Mula Sis nak amik iPad Air jer, murah sikit dan size agak kecik lagi dari iPad Pro 11inch ni, then boleh tambah duit beli sekali dengan aksesorinya, tapi Suami kata alang-alang amik je yang baru tu gara-gara staff tu bagitau spec dia jauh beza dengan yang iPad Pro ni.
Cuma Sis amik spec WiFii aja, tak amik yang ada simkad, yang 2in1 tu lagi mahal harga, so iPad Pro Sis tak boleh download whatsapp dan buat call, lain-lain sama jer. Kalau nak whatsapp kena guna web whatsapp, alaa takpe laa, ni untuk buat kerja jer, nak whatsapp dan call, guna iPhone jer..
Terus Sis setuju walau Sis tengok besar size 11inch, kalau boleh nak yang kecik aja, tapi takpe laaa, alang-alang dah beli, beli je laaa yang terbaru dan terkini kannn.. tapi tu laa harga dah agak mahal, so tak dapatlah nak tambah beli aksesorinya. So kenalah sambung menabung untuk beli aksesorinya pulak. Suami dah bayarkan untuk iPad ni pun bersyukur sangat!!..
Yang tersentuhnya hati, Suami kata, ‘Nanti nak buat kerja kan senang besar’, terima kasih Suami yang sentiasa menyokong hobi, minat dan kerjaya sambilan Isterimu ini sebagai pengiat media as Blogger. Inshaallah Isterimu ini akan ingat pesan-pesanmu. Suami selalu pesan, jaga diri, jaga maruah Suami, jaga tingkah laku dan pergaulan, juga paling di pesan, jaga solat walau di mana juga berada, inshaallah..
So lepas ni mudahlah Sis nak buat kerja update, menaip di mana jua berada. Kalau tak, rasa seksa gilerr nak menunggu laptop loading dan juga menaip sebab ada certain keyboardnya dah rosak, yang faham jer yang faham akan ‘rasa’ itu. Tu yang kurang perasan, agak slow dah Sis update blog sekarang.
Alhamdulilah, terima Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan.. Moga Suami terus sihat, dimurahkan rezeki dan rumahtangga kami bahagia till Jannah, aamiinn ..
P/S : Update pertama guna iPad Pro! Yehaa 🐝