Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

BOLEH KE BAYI MAKAN PASTA?

$
0
0
BOLEH KE BAYI MAKAN PASTA? | SOALAN yang di tanya seorang kawan dalam DM IG Sis ketika Sis upload gambar cucu Sis makan bekalan bekal yang di bawa ibunya. Sis ni lama tak beranak kecil, dan berbeza dengan zaman Sis melahirkan dan membesarkan anak, era zaman Sis, anak-anak lebih kepada makan bijirin aja seperti Nestum atau oat, tapi sekarang zaman dah berubah, dah makin mudah dan segera. 

So Sis dapatlah lihat perbezaan zaman Sis membesarkan anak tahun 90an dengan anak Sis membesarkan anaknya era 2000 milinium ni, jauh bezanya uii.. zaman sekarang macam-macam ada untuk makanan bayi, tapi jika ibu bekerja yang tak sempat memasak bekal anak laa.. tpi anak Sis,Yana dia memang hari-hari bawa bekal anaknya untuk di makan. Sis puji betul keprihatinannya terhadap pemakanan anaknya. 

Boleh Ke Bayi Makan Pasta?
Sedapnya laa, Nenek pun terliur hahahaha

Bilakah bayi boleh makan pasta? Pasta biasanya diperkenalkan kepada bayi dari usia 8 bulan. Oleh kerana kebanyakan pasta diperbuat daripada gandum, adalah disyorkan mereka yang mempunyai sejarah alergi gandum dan atau intoleransi gluten tidak makan pasta atau melewatkan pemekanannya kepada bayi. - sumber google 

So far alhamdulilah cucu Sis takde elergi makan pasta atau mee pasta jenis spageti tu. Lagi berselera ada, Khalish memang suka makan pasta dari makan nasi. Nasi pun dia makan tapi agak slow kalau di suap, tapi kalau nampak pasta atau mee spageti camtu, laju dia nganga mulut dia hahahaha.. 

Boleh Ke Bayi Makan Pasta?
Kalau pasta, memang laju dia makan, siap ada salmon..

Boleh di katakan hari-hari menu cucu Sis berbeza-beza Ibu dia bekalkan. Lauk-lauknya pun sama, dan semua makanan Khalish so far semua takde gula, garam dan serbuk perasa, kecuali stok rebusan ayam. Itulah kerajinan yang Sis puji anak Sis dalam menyediakan makanan anaknya. Sis dulu pun takde macamtu sekali kekekeke.. aku sumbat jer semua.. 

Nasib baik juga Khalish tak cerewet makannya, takde laa yang dia elak dari buka mulut ketika makan, asal nampak je makanan depan mata dia, semua dia nak, termasuk kalau apa yang Sis makan... tapi Yana pesan, jangan sumbat dia makan sembarangan sebab tak nak kacau rasa pemakanan anaknya, katanya belum masa nak bagi makan 'sedap', tunggu besar sikit, kang dah dapat yang sedap, yang makanan biasa dia taknak hehehehe.. 

Boleh Ke Bayi Makan Pasta?
Licin makannya, alhamdulilah .. lepas makan, berakkkk hahahaha

Buah pun sama, bila bawa bekal mesti akan ada buah, kadang buah oren, buah blueberry, buah epal, buah kiwi, cuma pisang jer Ibunya tak kasi dulu sebab manis. Kalau biskut pisang ada Ibunya bagi. Dengar macam cerewet sangat kan Ibunya, tapi takpelah untuk kesihatan anaknya juga. 

Lately ni katanya, banyak Yana dengar bayi kecil lagi dah ada kencing manis, jadi bimbang juga Yana mendengarnya, so selagi mampu nak bangun masakkan bekal anaknya, dia akan cuba yang terbaik untuk anaknya. Resepi makanan bayi seawal 6 bulan pun banyak dia google dan join group-group ibu di facebook katanya. Ramai yang share tips dan petua katanya. Lagi pulak yang beranak sulung, banyak yang tak tau kan.. 

Sis bukan tak tau, tapi cara kita dah tak sama macam dulu. Budak sekarang cara penjagaannya dah lain dengan kita. Kadang kita jadi emak ni pun kena ikut cara anak, so ikut aja laaaa.. moga Khalish menjadi anak yang sihat dan cergas bijak bestari, aamiinn.. 


P/S : Harini hujan sepanjang hari, lemau rasa badan ... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.