TAK JEMU-JEMU MAKAN DI NIPPON SHUSHI | BETUL sekali, kalau di ajak makan di sini berulang-ulang pun, Sis still tak jemu. Tak tau laa kenapa, memang tak jemu-jemu makan di Nippon Shushi ni, lagi kalau ada orang nak belanja dan tanya nak makan mana, memang Sis jawab, 'Jom Nippon Shushi' hehehehe..
Minggu lepas Yana nak belanja makan, so tak payah di tanya, memang Yana tau laa Emaknya ni suka makan mana, so memang keluar terus ke Nippon Shushi Taman Bukit Dahlia. Suka makan di sini, tempatnya selesa, staffnya ramah melayan walau panggil banyak kali, dan servis pun cepat, makanannya pun fresh dan panas-panas.
Kalau sebelum ni Suami pun asyik ajak ke Shushi King, now dia dah 'curang', dah pandai juga makan di sini. Dia punya order lagi dasat dari Sis, penuh satu meja dan berulang-ulang order hehehehe.. Sebab menu dia banyak pilihan. Ada juga Bento tapi Bento dia sangat menyelerakan.
Yana kalau makan di sini, memang dia amik set Bento daging tu, katanya sedap, portion pun banyak. Siap sekali datang dengan Miso Soup tu haaa.. ishh sedap betul..
Sis makan set shushi tu dengan ikan grill, tapi ikannya belum sampai. Then Yana order pulak steamboat sayur beserta daging tu haa.. alaa apa entah namanya ekk.. tapi memang ada dalam buku menunya. Sedap, refreshing betul makan sup sayurnya panas-panas, celup daging tu dalam sup then cecah kicap manisnya, perghh dapnyaa...
Shushi tu pun ada banyak set pilihan. Kalau taknak set, korang boleh je amik shushi yang lalu lalang tu haa. Di sini shushi dia banyak pilihan dan fresh made. Lagi ramai orang tengah makan, lagi pelbagai jenis shushi keluar..
Haaa tu diaaa ikan grill Sis. Dia datang set beserta shushi tadi tu dan Miso Soup. Kononlah taknak makan nasi kann, sebab nak layan shushi, so kita ratah aja laa ikannya hehehehe.. Kebetulan ada steamboat sayur tu, memang layan habis.. sedap uiii kalau makan hujan-hujan .. memang kebetulan masa tu hujan di luar..
Kali ni tak order sotong celup tepung, sebab makan ikan grill tu. Dapatlah suap ke mulut cucu ikan tu, kemain suka dia, ye laa sedap kannn.. Total makan masa tu Yana kata dalam rm90++ macamtu.. okaylah kann.. sesekali belanja Maknya makan. Moga bertambah rezekinya tu..
Dah update ni, tengok, terus terliur.. apakah akan jadi tempat lepak makan sekejap lagi? Maklumlah cucu takde harini, Nenek mengepakkk Hohohoho..
P/S : Pasir Gudang banyak tempat jalan tutup, so memang kena rancang perjalanan ni nak tuju arah mana... ermmmmm ...