MASUK BULAN OGOS NI, BLOG AKU SUDAH 15 TAHUN | 2008 - 2023 satu perjalanan yang sangat jauh yang berjaya Sis tempuh untuk sampai ke tahap ini. Tak pernah membayangkan akan jadi seorang blogger hingga dah jadi Nenek, tapi itulah, kalau dah minat menulis, suka berkongsi, maka tidak ada yang mustahil.
Dari menulis suka-suka, berkongsi cerita dan informasi, kini blog Sis sendiri dah beri rezeki kepada penulisan Sis. Tak sangka boleh menjana pendapatan sambilan buat geli-geli duit jajan. So far alhamdulilah, dah banyak juga makan hasilnya walau tak berapa nak kaya sangat kann, janji dari duit titik peluh jari menulis.
Kalau rajin yaa banyak dapat, kalau malas, takat gitu ajaa laa.. Setiap masuk ke bulan Ogos, blog Sis masuk tahun kelahirannya. Cuma Sis tak berapa nak comfirmkan tarikh awal menulis, sebab ada blog pertama Sis menulis, Sis dah delete, tak tau laa, masa tu buat blog bodoh-bodoh, lepas godeh-godeh, ehhhh terdelete rupanya hahaha.. dah kena create lagi satu, dan bertahanlah hingga ke hari ini.
Kalau dulu nama blog Sis linmdnoor.blogspot.com, kemudian bila beli domain, terus tukar kepada sislin76.com.. cuma silapnya pergi letak 76 tu haa.. ikutkan dalam jejak SEO, jangan letak nombor dalam domain kita.. begitulah kata sifu hehehehe..
Tapi tak apalah, so far dari mula aktif menulis, PV hanya puluh-puluh ribu, kemudian naik sejuta, kini dah 15 tahun menulis, PV Sis dah cecah 32 JUTA.. sangat bangga dengan pencapaian sendiri.. Kalau dulu jeles dengan juta-juta PV orang lain, sampai dalam hati kata, 'Kenapa blog aku tak boleh capai berjuta macamtu'.. kini diri sendiri dah buktikannya, now bukan masanya nak bersaing tapi Sis dapatkan bukti yang menulis blog ni masih relevan hokayyyyyyy...
Kau tulis jerr apa kau rasa nak tulis.. pasti akan ada yang datang membaca, kalau bukan kalangan geng-geng blogger kita, tapi berbillion orang di luar sana dari segala pelosok dunia boleh masuk blog ko.. jangan harap sangat hanya geng-geng kita, atau kengkawan jer yang membaca, dah nama pun blog, so pastinya kita ada target audience kita.. ini bukan facebook atau instgaram yang kau nak kejar like dan komen.. ini dah ibarat ganti surat khabar dah, so kau tulis je apa yang kau nak tulis.. dalam diam, ada yang membaca..
Sis takde masuk kelas SEO ke, kelas menulis blog ke atau apa sahaja laa kelas yang berkaitan blog ni, tapi hanya banyak membaca dan research sendiri aja. Try and error sendiri. Pun Sis tak kata blog Sis ni bagus, banyak oii error yang nak di perbetulkan tapi berbalik pada tujuan asal kita menulis, kalau rasa nak menulis santai-santai.. jangan meberatkan kepala kau dengan segala baik pulih blog, Sis sendiri pun serabut hahahaha.. tulis, janji orang boleh masuk ye udah...
Paling penting adsense naik naik dan naik.. kalau malas memang menurunnnn.. masing-masing ada cara sendiri, follow the flow but kena RAJIN.. rajin tu kalau takde, kau cuba cara apa sekalipun.. memang tak kemana.. tak caya? Cubalah jadi PEMALAS hahahahaha..
Terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong Sis, terutama Suami, yang memang memberi ruang dan peluang kepada Sis untuk terus menulis.. kalau Suami tak izinkan, memang takkan menjadilah seorang Aku Sis Lin hehehehe.. thanks korang ❤
P/S : Rindu Geng Blogger MsjBox dahulu... you know who yuu are *peace* ...