ALHAMDULILAH, TERIMA KASIH ALLAH! | SYUKUR alhamdulilah, masih lagi di berikan peluang sihat untuk berhari raya dan memasak untuk family tersayang. Tak kisahlah walau tak lengkap semua family yang ada, janji masih ada lagi yang ‘sayang’ sama-sama meraikan.
Untuk menu raya haji tahun ini, Sis tak masak ketupat macam tahun-tahun sudah, hanya masak ketupat adabi, ketupat palas, dan juga lemang sahaja. Kalau ada nampak ketupat tu pun, tu dari menu hari raya pemberian besan Sis semalam.
Tadi pun dapat juga ketupat lagi, sepupu Sis datang hantar, jadilah dapat merasa makan ketupat daun. Sis pun ada masak nasi putih gak buat sesiapa yang nak makan lauk raya dengan nasi putih.
![]() |
Geramm betul dia! Pantang nampak kamera hahahaha |
Raya haji kali ni, adik-adik Sis macam biasa laa, mereka laa yang memeriahkan suasana hari raya Sis. Malam raya mereka dah sampai bermalam rumah Sis. Yana balik kampung mertua dia, anak sulung Sis pula ke Phuket honeymoon, yang ada anak bujang aja laa.
Lepas Zuhur tadi barulah Yana sampai, terus rouh rumah bila Cucu dah sampai. Bila dah adik-adik ada berkumpul, jadi meriah laaa, tu yang seronok Sis nak masak. Adik-adik pun bantu gak kerja dapur, so masak sampai tengah malam pun ada teman berborak.
![]() |
Alhamdulilah, menu hari raya haji kami .. |
Ini laa lauk pauk menu raya Sis macam biasa tiap tahun. Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Sayur Lodeh, Sambal Kacang, Lemang, Ketupat Palas, Ketupat Adabi dan petang ya adik ipar sampai di bawanya Burasak. Makanlah sampai ke malam tadi ni.
Puas kali ni makan sebab Suami beli 4 ekor ayam, 4kg Daging, Sis masak semuanya sekali! Tak berebut dan sukat-sukat nak makan, makanlah selagi boleh makan!.
![]() |
Akhirnya LOVE Nona tercantum hahahahaa |
Dan tadi dapat kunjungan dari Sunah & Nona berhari raya ke rumah Sis. Jarang-jarang raya haji orang datang beraya, tapi rumah Sis okkay jerr, siapa nak datang marilah datang hehehe.. ada rezeki dapatlah makan menu hari raya haji Sis.
Sunah datang bawakan pokok-pokok dia, tu pun minta lagi dia pokok, kalau boleh nak ke rumahnya aja pilih, jomm laa Nona kita pergi, nak naik kete baru ko! Hahahaha … btw thanks Sun & Non, Sis suka tengok korang makan banyakkk!. Senang Sis nak kemas meja hehehee..
Buat Sunah, moga dipermudahkan segala urusanmu sebelum berangkat, aamiinnn ..
P/S : Esok macam nak buat Laksa Johor laaa! Yumsss