Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI JOHOR 2023/1444H

$
0
0
KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI JOHOR 2023/1444H | MAJLIS Agama Islam Johor (MAINJ) menetapkan zakat fitrah tahun ini naik sedikit pada kadar RM7 dan RM13 bagi umat Islam di Johor, berbanding RM7 dan RM10 pada tahun lalu ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Semarak Cinta Ramadan dan Pengumuman Kadar Zakat Fitrah 144H/2023 di Holiday Villa, Johor Bahru. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penetapan kadar dibuat berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menetapkan kadar RM7 untuk umat Islam negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras jenis Super Tempatan. Manakala kadar zakat fitrah RM13 membabitkan umat Islam negeri ini yang menjadikan makanan hariannya selain daripada beras Super Tempatan seperti beras wangi, beras Basmathi dan lain-lain.

Hasil dapatan daripada Jabatan Selia Padi dan Beras negeri Johor, kebanyakan rakyat Johor memakan beras Basmathi dan kadar harga beras Basmathi juga sudah naik.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023M/1444H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023M/1444H

RM7.00  : Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang menggunakan Beras Tempatan pada harga RM 2.60 sekilogram dan ianya merupakan beras yang dimakan oleh majoriti rakyat Johor berbanding Beras Bukan Tempatan (Import). 

RM13.00 : Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang memakan beras selain daripada Beras Tempatan pada harga purata RM 4.81 sekilogram seperti Beras Wangi, Beras Thai White Rice dan Beras Basmathi.

Cara Pembayaran : 

Pembayaran zakat fitrah boleh ditunaikan menerusi tiga cara iaitu menerusi pembayaran secara atas talian dan aplikasi TULUS, atau terus ke kaunter MAINJ di setiap cawangan atau daerah, atau boleh membayar kepada amil dilantik. Seramai 1,648 amil sudah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugasan memungut zakat fitrah di seluruh negeri Johor.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023M/1444H

Hukum Zakat Fitrah

Hukum zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap individu muslim seperti Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin. (HR Bukhari)


Hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib iaitu : 

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya.


P/S : Tinggal beberapa hari jerr lagi nak puasa. Ya Allah berikan kesihatan yang baik buat kami semua, aamiinn ..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.