AKU LEBIH SUKA MASAK SENDIRI MENU BERPANTANG UNTUK ANAK | SEBENARNYA dari awal Yana dah bagitau Sis, Mak tak payah susah masak, dia nak amik pakej Confinement Lady (CL) yang datang ke rumah mengurut dia dan baby tu siap pakej memasak, so Sis boleh rehat jaga Khalish (cucu) ajer. Tapi Sis yang taknak, Sis sendiri kata nak masakkan dia menu berpantang, so pakej dia berpantang hanya untuk diri dia sendiri aja.
Tu pun masa awal Yana pulang ke rumah pada hari ketiga bersalin, CL masih belum datang sebab Yana bersalin secara pembedahan, so kalau pembedahan, CL akan datang selepas seminggu melahirkan, makanya dari hari ketiga, Sis yang urus mandikan cucu dan juga mengurut Yana. Memang Sis dah bersedia untuk mengurus anak dan cucu Sis, so far okay jer..
Bukan nak puji diri sendiri laa, tapi Sis orangnya kalau bab masa ni, jika kita dah tau akan apa yang kita nak buat, so kita pandai-pandai laa adjust masa. Sebab tu walau jaga cucu, kadang masih sempatkan diri juga update blog, buat posting client, dan boleh masak, buat kerja rumah seperti biasa. Sebab tu kadang Sis annoying bila orang kata kat Sis, 'Lepas ni Sis duduk rumah laa jaga cucu aje'.. apa!!! Kau ingat jaga cucu ni 24jam ke? Macam cucu Sis tu takde Mak Ayahnya ekkk..
Memang geram betullah bila dengar ayat macamtu.. 'Masa' tu kita adjust, sebab tu Sis boleh curi masa Sis buat semua kerja rumah termasuk jaga cucu, jaga Yana dan masakkan dia menu berpantang, padahal dua kali juga masak untuk masak orang yang tak berpantang, dari pagi sampai petang, semua kerja settle jer. Siap sempat main game Bondee lagi hahaha.; Kadang orang datang pun, siap masak lagi untuk tamu, memang takde masaalah, so?? kenapa orang tengok kita, dia pulak yang jadi panas ekkk..
Harini baru 24 hari, 17 Februari nanti baru genap 44 hari dan Yana habis pantang. Sis lebih suka masak sendiri menu berpantang untuk anak. Ibaratnya dulu Mak kita jaga kita, so inilah masanya kita jaga anak kita seperti mana Mak kita layan kita. Walau ada juga masakan Sis yang tak berapa nak pantang, janji apa yang Sis masak tu anak selera dan tak ‘Bentan’..
Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.
Kenapa nak masak 2 kali? Kan boleh makan sekali lauk berpantang..
Itu antara pertanyaan yang Sis dapat. Bukan taknak makan sekali, ada memang makan sekali, macam sayur-sayur Sis masak, tu memang jadi sayur satu rumah makan, tapi kalau lauk nak makan orang tak berpantang, Sis masakkan laaa lain, entah tak sampai hati pulak nak hidang lauk berpantang kat menantu, Suami dan anak bujang, so masak laa menu lain juga.
Ada juga 2 kali Sis masak Nasi Ayam, so tak payah masak lauk lain dah. Tapi kalau lauk makan, memang Sis masak lain-lain. Kasi laa ada rasa sikit kann, yang berpantang ye pantang, yang tak pantang tu? Memang pantang tengok hahahaha ..
Okkay laaa tu jer nak share dulu menu berpantang yang Sis masak, ikutkan ada banyak lagi uii ganbar, jenuh nak upload sini hahahahahaa .. kongsi sini buat raso-raso je laa ..
P/S: Dari pagi tadi menaip tak siap-siap ko, lupa harini tak update blog hahahahaa adeii nyanyukk Nenek …