Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4432

ANAK SAUDARA AKU PUN TERJEBAK SAMA MAIN LATO-LATO NI!

$
0
0
ANAK SAUDARA AKU PUN TERJEBAK SAMA MAIN LATTO-LATTO NI! | SEJAK-SEJAK ni, sana sini scroll semua pasal permainan lato-lato ni haa.. Sis tak peliklah sebab memang tau lato-lato ni dri zaman Sis sekolah dulu. Dulu time Ko-Ko ada pelajar yang bawa lato-lato ni, tapi entah ekk, dulu tak silap Sis, orang lebih panggil permainan ni ketuk-ketuk hahahaha.. ke Sis yang tak minat dengan lato-lato ni so tak amik peduli laa pasal namanya. 

Lato-lato atau nama asalnya clackers, click-clacks, atau knockers, seawal tahun 60an zaman arwah Abah Sis, lato-lato ni dah ada, now memang tengah femes dan viral permainan lato-lato ketika ni, sampaikan anak saudara Sis pun terjebak main lato-lato ni juga. Katanya adik Sis, dia beli di Bazar Karat. Ada bermacam warna ada jual. Lupa pulak nak tanya berapan hengget.. rasa tak mahal kot harga dia.. 

Anak Saudara Aku Pun Terjebak Sama Main Lato-Lato Ni

Buat masa ni di Malaysia memang tengah viral dan rata-rata di sekolah masih lagi di benarkan bawa ke sekolah, tapi lato-lato ni diharamkan dibawa ke sekolah-sekolah di Indonesia kerana mengganggu tumpuan pelajar dan mebahayakan, sebab boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan merosakkan barang-barang di sekolah. Tak mustahil juga akan datang, kita Malaysia juga akan mengharamkan permainan lato-lato ni ke sekolah. Jangan tunggu dah ada kes baru nak bertindak.. 

Maunya tak, Sis tengok video anak saudara main lato-lato ni, kalau silap di lambung, mau benjol kepala tu oii.. keras tau biji lato-lato tu. Yang pernah pegang dan main tau laaa akan bahayanya permainan ni jika tak betul di lambungkan. Memang kena berhati-hati yaa.. 

Anak Saudara Aku Pun Terjebak Sama Main Lato-Lato Ni

Lato-lato ni ada dua (ladung) pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat. Kalau silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung.

Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
  • Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
  • Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
  • Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
  • Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.

Sepertimana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain. So korang berhati-hati dan pantau anak korang kalau bermain lato-lato ni yaa.. 

Semoga bermanfaat!


P/S: Time ssekolah dulu, Sis sendiri pun tak mencuba bermain lato-lato ni, sekarang macam rasa nak cuba pulak hahahaha.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4432