Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427

AKU MULA BELAJAR SERVIS, EDIT DAN SETTING BLOG ORANG

$
0
0
AKU MULA BELAJAR SERVIS, EDIT DAN SETTING BLOG ORANG | BUKANLAH Sis ni pandai sangat atau memandai, tapi bolehlah kalau sekadar nak kongsi ilmu dan perbetulkan mengikut ilmu yang Sis ada. Sis pun bukan ada masuk memana kelas blogging ke atau amik kursus ke untuk blog sendiri, tapi banyak membaca dan fahamkan sendiri jer. 

Bukan senang yaa nak edit blog ni, nak tengok dan belek coding HTML satu persatu tu boleh naik juling mata okay, yang betul ada masa lapang jerr yang boleh nak edit ke atau nak setting perbaiki blog sendiri, lagikan nak buat blog orang, memang boleh mendatangkan hangin satu badan yaa, yang faham aja ya faham. 

Takat nak tukar template jer, semua orang boleh buat kot, tapi nak masukkan code dalam coding HTML tu, boleh stress kepala oii, silap edit, hilang semua. Terus fed-up di biorkan aja hahahaha.. ramai macamtu, bila masuk blognya, macam tergantung-gantung gitu tak tersusun, tu mesti dah blur nak buat macam mana hahahaha.. 

Aku Mula Belajar Servis, Edit Dan Setting Blog Orang

Dan kebetulan sekarang, Sis ada masa lapang, so Sis fikir apa salahnya Sis buat servis edit dan setting blog orang pulak, memandangkan blog sendiri dah okay, tak payah nak edit-edit dah dan maintain pageviews dan setingnya, so bolehlah Sis bantu pulak buat servis setting blog orang. Bukan percuma tapi berbayar dengan harga yang 'basic' aja. 

Dulu-dulu Sis 'tolong buat' aja, but now dengan kepakaran dan bakat yang kita ada, kita cubalah cari dan buat duit dengan servis berbayar. Ye laa dalam dunia ni sekarang, takde benda yang free yaa.. Tapi perlu ingat, ada syaratnya. 

Aku Mula Belajar Servis, Edit Dan Setting Blog Orang

Syarat paling utama, Sis akan buat pada blog blogger yang aktif sahaja tapi pageviews tak okay atau setting blog or template dia berterabur or loading berat. Jika blogger tu tidak aktif, Sis memang fikir dua kalilah nak tolong, sebab kalau blog tak update, kau tukar template atau setting soploh kali pun, pageviews ko tetap macamtu jerr.. dah kau tak update blog kann.. so nak tukar buat apa? Kecuali alasannya, nak 'come back', okaylah Sis tolong. 

Kang dah buat tak memasal Sis pulak di salahkan sebab dah bayar tapi blog pageviews ke sama jerr tak naik, ermmm banyak berlaku macamtu yaa.. nak pandai sangat, haa kau buat jer laa sendiri yaa hahahaha.. 

Aku Mula Belajar Servis, Edit Dan Setting Blog Orang

Servis yang Sis buat, termasuklah tukarkan template (atas permintaan), kemudian Sis akan masukkan tracking code Google Analytics (G4) dalam HTML, then setkan Adsense code, kemudiaan edit Widget-Widget Sidebar blog dan juga semua yang berkenaan dalam Layout Blog tu (apa yang perlu dan apa yang tak perlu). 

Yang paling utama.. korang bukan jenis CEREWET.. kalau banyak songeh memang sekali tu jerr laa Sis buat yaa.. memang tak dan Sis nak follow-up .. boleh biol kepala layan orang cerewet oii.. 

Kecuali Header, haa bab gambar-gambar or edit gambar ni MAAF, Sis memang tak pandai, so Sis akan pakai Header sedia ada korang guna tu jer, kalau tak boleh nak guna, korang boleh laa edit or add-on Header korang kemudian. Tapi Sis memang tak reti nak buat Header Image yaa.. 

Tapi lelain yang berkaitan, inshaallah Sis boleh buat. Sis buat pun yang basic aja, tapi full setting. Jika selepas tu korang tak berkenan, sukahati korang laa nak adjust ke nak tukar ke. Macam mana blog Sis, macamtulah Sis buat blog korang. 

So far baru ni, baru selesai edit dan tukar template mialiana.com, nonasani.com dan juga sitisuziana.com. Ada lagi sebelum ni Sis dah buat gak, tak dan nak letak satu-satu hahahaha.. So korang yang rasa nak cuba servis setting blog dengan Sis, korang bolehlah email kat Sis ya. Email ada di tepi sidebar tu haa.. Moga dapat membantu korang naikkan semangat menulis bila blog berwajah baru hehehehe.. 

Siapa sebelum ni pernah Sis setting/edit blog dia? Sila komen di bawah hehehehe.. thanks korang..


P/S: Terima kasih yang sentiasa mempercayai khidmat nasihat Sis hahahahaha.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427