Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4432

AKU TAK BOLEH TAHAN DENGAN PERANGAI MAK MERTUA SALINA DALAM DRAMA RINDU KASIH TU

$
0
0
AKU TAK BOLEH TAHAN DENGAN PERANGAI MAK MERTUA SALINA DALAM DRAMA RINDU KASIH TU | CUBA cakap sini, siapa aja yang boleh tahan dengan perangai si Mak Mertuanya Salina dalam drama Rindu Kasih tu? Ke masih ada dalam dunia realiti perangai Mertua sebegitu? Minta di jauhkan laa dari anak-anakku. Untuk Sis dah lama Mertua meninggal, tapi Mertua Sis baik orangnya. 

Walau tak suka sekalipun, sikap talam dua muka dia depan anaknya tu tak boleh tahan tengok... yang Salina pulak adoii taat dan baik beno laaa pulak, sanggup telan semuanya sebab taknak derhaka dan kecilkan hati Suaminya. Kalau jenis yang meluap, habis Mertua gitu kena dera dengan Menantu kann.. ni sabarrrr laa kau Salina oii.. 

Dalam sabar, ada ketikanya melawan juga Salina tu, dan nak selamat, tak payah duduk sebumbung, lagi senang kan. Suaminya pula, si Amir tu, ada masa bela Isterinya, ada masa, sebab nak syurga, ikut juga dan percaya bolat-bolat kata Emaknya. Dan sekarang, dah macam-macam hal Mertuanya buat nak kasi Amir tu benci pada Salina. Ada je fitnah nak di buatnya, yang jadi orang suruhannya Pak Hassan, eee geram betul aku laaaaa.. 

Cuma kesian Salina, Emaknya yang di penjara masih taknak terima dia dan taknak berjumpa dengannya. Sedangkan Salina snagat rindu akan kasih sayang Emaknya, tak kisahpun walau Emaknya seorang banduan sekalipun. Dan Sis ada baca sinopsis, Salina akan buat jenayah supaya nanti dia dipenjarakan dan dapat berjumpa dengan Emaknya.. arghhh sediahnyaaaa.... 

Now baru episod 7, kita nantikan episod seterusnya... 

Aku Tak Boleh tahan Dengan Perangai Mak Mertua Salina Dalam Drama Rindu Kasih Tu

Sinopsis Rindu Kasih

Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan. Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.

Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.

Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu. Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?

Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Amyza Aznan sebagai Shida
Arash Mohd sebagai Khalid
Shazia Rozaini sebagai Huda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Meor Mohd sebagai Iqbal

Rindu Kasih : Episod: 15
Tarikh Tayangan: 16 November 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd


P/S: korang tengok tak? ..Emosi betul ceritanya kalau Ummi Nazeera ni berlakon laa.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4432