Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

ANWAR IBRAHIM DI LANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10

$
0
0
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI LANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10 | DATUK Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.

"Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

"Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," demikian menurut kenyataan Istana Negara.

Terdahulu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah diadakan hari ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan. Perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Sumber : Berita Harian dan Sinar Harian 

Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10

Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara. 

Alhamdulilah semuanya dah terjawab. Siapa yang memimpin, kita berserah aja pada Allah. Moga Malaysia aman damai dan kepimpinan Datuk Seri ini ikhlas demi memajukan Malaysia. Maaf jika ada yang Saya tutur dan menulis meyinggung Datuk Seri sebelum ni. Semua orang berhak bersuara, tapi kami tetap akur dengan keputusan muktamad YDPA .. Tahniah Datuk Seri ... 


P/S: Doa yang baik-baik aja buat Malaysia dan semua rakyat Malaysia.. aamiinn

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)