Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

TARIKH MENGUNDI PRU15 JATUH PADA SABTU 19/11 HARI JADI AKU

$
0
0
TARIKH MENGUNDI PRU15 JATUH PADA SABTU 19/11 HARI JADI AKU | TIBA-TIBA rasa ehh kenapalah tarikh birthday aku, hahahaha.. salah satu sebabnya, Sis dah ada perancangan lain dengan Suami pada date tu bersama anak-anak, tapi baru merancanglah, tup-tup harini keluar tarikh PRU15 tu pada Sabtu 19/11, tarikh hari jadi Sis hehehe.. 

Tak apalah, ada tanggungjawab lain yang perlu kita laksanakan dulu. Sambut birthday ke apa ke, bebila boleh, lagipun kalau dah sama date dengan tarikh mengundi tu, haaa kompomlah sana sini jalan jem, so tak kowserlah nak keluar dari Johor ni nak hadap jem jalanraya. Kita tukar ajer laa plan B. 

Tarikh Mengundi PRU15 Jatuh Pada Sabtu 19/11 Hari Jadi Aku

Korang balik mengundi di mana?

Sis dan Suami mengundi di Kampung Melayu, Anak Sis,Yana dan Suaminya di Pasir Gudang aja sini, dan anak Sis Sulung dengan anak bujang, mengundi di Bukit Indah sana. Memasing semua tak tukar alamat, tu yang semua mengundi di tempat berbeza. 

Tak kisahlah mengundi di mana pun sekalipun kan, janji kita laksanakan tanggungjawab kita ye sudah. Undi siapa tu biarlah rahasia. Yang paling utama, 'buatlah pilihan yang bijak dan waras' hahahaha.. jangan sampai pisang berbuah tiga empat kali.. 

Kadang Sis pun ada rasa malas nak keluar mengundi, tapi fikirkan ini kalilah kita kasi tukar atau kekal, so kita kena keluar mengundi.. siapa yang akan menang tu lain kira, yang penting, kita dah pilih dan memilih. Hak kita, kita perlu pangkah.. 

Tarikh Mengundi PRU15 Jatuh Pada Sabtu 19/11 Hari Jadi Aku
Sekarang kan trend inai hitam, nanti nak minta celup sepuluh jari laa hahaha.. 


Tunaikan hak korang dengan bijak.. 

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan PRU15. Berdasarkan tarikh-tarikh yang diumumkan, tempoh berkempen akan berlangsung selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon pada 5 Nov.

Sumber Awani ..


P/S: Moga Allah permudahkan semua urusan sebelum dan selepas PRU15 ini, aamiinn.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes