Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

ENGKAU INGAT HARINI DIET ESOK KURUS KE?

$
0
0
ENGKAU INGAT HARINI DIET ESOK KURUS KE? | Wahai kakak-kakak, adik-adik, abang-abang dan juga makcik-makcik, cubalah berfikir secara logik, mana ada orang yang berdiet harini esok terus kurus, ada ke? Sapa? Meh sini nak jumpa. Dan juga pepandailah sebelum bercakap tu jaga hati dan perasaan orang lain. Jangan sesedap mulut bercakap macam takde lidah. Ye Saya tau Saya gemuk, tapi kot ye pun nak sound tu cubalah beralas sikit, bukan main tengok gambar Saya makan sana sini terus nak melabelkan orang tu 'patutlah gemuk'. Bangga diri ke bila tengok orang lebih gemuk dari ko? 

Kita ni badan bukan sama dengan orang lain, sendiri punya badan mesti kita tau macam mana kan. Kadang kau diet lah macam mana, kau tahanlah makan macam mana pun, tapi kalau badan tu memang nak gemuk berisi, dah tak boleh nak buat apa. Takkan semata nak kurus, kau sanggup nak perabis wang semata? Beli ubat sana sini, pergi pusat kecantikkan sana sini, tapi hasilnya? Yee mula ye nampak beza, dah lama tu? Gedebab gak, betul tak? Ni dah banyak berlaku depan mata Sis. Kawan beli ubat memahal ko, telan pagi malam, perghh kuruslah memang, lepas tu kewangan bergegar, tak mampu nak maintain beli ubat, haa amekkaw naik gile badan dia. Kau nak macamtu? 

Betul, dia ada usaha nak kurus, sanggup buat apa sahaja tapi korang fikirlah sendiri. Buat semata nak KURUS tu buat apa? Duit tu banyak lagi benda lain kau boleh guna. Sedangkan nak suruh sumbang dalam tabung mesjid pun, seringgit pun kau susah ermm..beli ubat beratus beribu ringgit pun kau sanggup adakan..ermm . Tapi kalau kau mampu, apa salahnya, kau boleh cuba ya. 

Macam nilah.. gemuk ke kurus ke, yang penting sihat! Kau jaga makan, jaga kesihatan, insyaAllah kau sihat, walaupun kau gemuk. Jangan ingat orang kurus tu tak sakit ya, kekadang yang kurus tulah kolestrol kemain tinggi tau. Realitinya Sis je la, sebelum kena admit hospital tahun lepas gara-gara hypertension, Sis orangnya aktif bersukan, aerobik sana sini, siang dan malam, tidur pun takde masaalah, happy life TAPI saat Allah tu nak uji, sekejap aje, nampak sihat aktif, sekali kena serang tekanan darah tinggi. Mungkin penat sangat tapi bagi Sis amik ikhtibarlah, sebabnya Sis kurang rehat dan makan terabai.

Kau nak sihat, kau kena jaga masa makan, buat aktiviti sekadar kemampuan kau, jangan terlalu push dan ikut sangat kengkawan, orang lain daya ketahannya lain, kita buat apa yang kita rasa mampu. Tidur kena cukup. Sebab masa Sis aktif dulu, tidur malam jadi lambat sebab balik aerobik je dah jam 10pm lebih, balik rumah, duduk tunggu rehat sekejap, mandi solat, mau-mau jam 12am juga baru masuk tidur. Pagi pula seawal jam 5am dah bangun, urus anak sekolah. Memang tak cukup rehat.

Jadi buat yang suka nak menegur orang gemuk tu, berpadalah. Masaalah orang sebab gemuk kita tak tau, jadi nak menegur tu, fikir dulu, jaga hati orang terutama kalau si gemuk tu kawan kau. Kawan kau mungkin senyum aje, tapi kau tak rasa perasaan dia, mana kau tau, silap-silap kalau dia amik kesah apa yang kau tegur, dia jadi stress dan buat sesuatu di luar jangkaan, haaa siapa nak bertanggungjawab?? Cuba jawab!.

So kesimpulannya, pesanan Sis. Jaga diri sendiri, jaga kesihatan sendiri dan kalau nak pesan memesan ke atau nak menegur tu biar secara berhemah. Jangan main hembus je. Boleh? 
Sekian, maaf kalau ada yang terkesan :) 


Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :
Makan secara sihat
Tidak merokok
Lakukan aktiviti fizikal
Belajar menangani stres

Faedah cara hidup sihat:

Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.

Makan Secara Sihat

Nikmati pelbagai jenis makanan
Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.







P/S: Sis lama tak DIET, Sis makan aje apa yang Sis rasa nak makan, rasa rugi kalau DIET, tapi kena beringatlah, cari detox untuk lawas pembuangan, jangan ko dah makan memacam, lepas tu tak berak sampai seminggu, uisss kemana pergi makanan tu ek..haa cuba fikir hehehe. Sis sehari 2x membuang hahaha.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.