NIKMATI SAJIAN 'INTERNATIONAL CUISINES' DI HOTEL GRANADA JOHOR BAHRU | Berita baik buat semua yang sukakan masakan dan gaya antarabangsa tapi masih ingin kekalkan ciri-ciri rasa dalam masakan dan ramuan asli negara asal. Sepanjang Oktober dan Disember ini, korang boleh nikmatinya di Hotel Granada Bukit Indah, Johor Bahru, di mana mereka telah memperkenalkan tiga menu masakan yang bercirikan masakan tradisional melayu tapi di sajikan dalam gaya masakan antarabangsa.
Tiga menu masakan terbaru yang di perkenalkan oleh Chef Eus dari dapur Olla's Restoran Hotel Granada, iaitu 'Chicken Percik With Rice', 'Baked Penne Cheese' dan 'Olla Chef's Signature' .
Istimewanya ketiga-tiga menu ini walaupun ada ciri-ciri gaya masakan antarabangsa tapi masih mengekalkan cara masakan dan juga ramuannya.
Contohnya, ramuan dalam dua menu masakan ayam tu termasuk nasinya, di masak secara 'sangai' (goreng tanpa minyak, dan ayamnya di bakar rangup dan lembut sehinggakan rasa ramuannya meresap ke dalam isi ayam tersebut. Dan gaya entarabangsanya, masakannya di sajikan dalam gaya 'hot plate', memang berasap-asap menunya dan hidangannya panas setiap kali korang order ya.
![]() |
Olla Chef's Signatue |
Untuk menu pilihan Chef 'Olla Chef's Signature' ini, ayamnya di bakar rangup, dan ramuannya seperti yang Sis kata, ianya di 'sangai' goreng tanpa minyak, yang akan mengeluarkan aroma yang wangi dan lain dari yang lain yang korang akan dapat rasa sendiri bila merasainya. Dan bagi yang sukakan pedas, makan pula dengan sambal kicap jeruk lada Thai tu, memang sangat kemelayuan okay. Juga ada acar sayur dan juga tuauhu goreng.
Satu set dengan Harga rm13nett
*Untuk sajian yang ini, korang boleh nikmatinya dalam hidangan bersaiz besar, iaitu boleh makan 2 orang dengan harga satu set rm35nett.
![]() |
Chicken Percik With Rice |
'Chicken Percik with Rice' atau bahasa melayunya Ayam Percik bersama Nasi.
Menu masakan paling popular di kalangan orang Melayu dan bangsa asing. Kuah perciknya yang mengekalkan ciri-ciri ramuan aslinya, membuatkan rasa kepada ayam itu sangat sedap. Di makan juga bersama ulam timun dan tomato. Memang rata-rata kalau kita tekak melayu ni mesti sukakan ayam percik kan, lebih-lebih lagi kalau musim Ramadhan, jadi untuk kali ni korang boleh nikmatinya di Hotel Granada sepanjang Oktober dan Disember ini.
Satu set dengan harga rm13nett
![]() |
Baked Cheese Penne |
Sukakan cheese? Pada pengemar cheese, korang boleh cuba pula menu 'Baked Cheese Penne' ini. Ianya di sajikan bersama sos cabonara dan juga kepingan daging ayam belanda 'turkey' dan juga taburan cheese kering yang membuatkan sekali korang suap masuk mulut, terus terasa nikmat kesedapannya.
Dan kalau kebiasaannya kita guna macaroni atau roti untuk buat cheese bake gini kan, tapi di sini mereka ubah kelainan dan gunakan pasta Penne dalam sajian Baked Cheese ni.
Serius Sis cakap, yang ini memang sedap. Mesti cuba.
Satu set dengan harga rm13
Dan yang istimewanya, sebagai tambahan, korang boleh add-on rm5 untuk pilihan samaada nak pencuci mulut ataupun segelas minuman. Jimat tak jimat di situ, sekali makan dapat satu set kan. Harga pun tak mahal. Mampu makan dan bayar.
![]() |
Thank You Hotel Granada for having us |
Jom ke Olla's Restoran @ Hotel Granada Johor Bahru .
Promotion Date: 1st October - 31st December 2018
Contact: +607-231-8888
Instagram: @hotelgranadajb
P/S: Memang nak repeatlah ke sini, sangat sedap menu ayam perck tu. Jom siapa nak ikut Sis? PM tepi.