TIBA-TIBA HILANG MOOD NAK MENULIS BLOG | ENTAH laaa dua tiga hari bercuti ni, tiba-tiba hilang mood nak menulis blog. Padahal banyak dah tajuk duk draft dalam post tu haa, cuma belum ada mood nak menulis isinya. Dari hari Rabu Sis ke KL sampai laa ni haaa, nak menulis blog macam 'terpaksa' jerr, ermmmm..
Maybe salah satu sebabnya, Sis rasa badan letih, macam tak cukup rehat. Ini pun sebab sambil menunggu Suami balik Sis bukak laptop dan nak buat invoice, kalau takkk, memang malas nak hadap blog.
Gitulaa kan sebagai penulis, ada masa mood idea dan rajin datang, sehari berkali-kali update, datang takde mood, ermm sehari sekali atau terus takde update, cerita banyak, tapi tak rajin. Risau gak lerr, sebab bila datang takde mood update, Sis cepat bosan, sebab takde aktiviti dan 'kerja' nak buat selain kerja rumah.
Kalau rajin ada nak menulis, at least, ada gak laa sumting aktiviti Sis buat di rumah, salah satunya mengadap blog ni haa.. Walaupun pageviews maintain sehari kalau tak update pun sekalipun, tapi rasa ketidakkepuasan pada diri tu, jadi gerammmm.. sampai berkata, 'ini tak boleh jadi ni, blog takde update apa-apa'... hahahahaha..
Cuti Hari Malaysia 3 hari ni pun Sis takde kemana-mana, Suami kena kerja dan Sis hanya duduk rumah layan movie Netflix dan juga tadi siang pergi jemputan kawin. Tu jer laa aktiviti untuk dua hari ni. Esok ingat macam nak terjah kejap di Bukit Layang-layang sebab ada Festival Kebangsaan Layang-Layang, tapi tengok gaya macam ramai gilerr orang, dah jadi malas lerr pulak hahahaha..
Mungkin Suami mancing esok, kalau dia ajak, nak jugalah ikut sama, tapi tak tau lerr kalau dia dah berjanji dengan kawannya. Yang kelakarnya, semalam sempena Hari Malaysia, Netflix tayang filem Mat Kilau, korang tau tak, sampai 3 kali Sis layan ulang-ulang tanpa jemu hahahaha..
Sampai anak bujang pun perasan Maknya duk tengok fokus sekali Mat Kilau tu, pun tetap rasa sedih dan feeling dia 'meremang' bila tengok. Orang lain Sis tak tau, tapi kalau Sis gitu laaa perasaannya tiap kali tengok Mat Kilau, tak kira di panggung atau di tv sekalipun.
Harini pun layan sekejap tadi smabil masak. Masak yang simple jer harini. Balik jemputan tadi Sis tidur sekejap, lepas Asar baru masak. Masak Ikan Bakar Sambal Cencaru, goreng sayur kobis dan buat telur dadar. Nak masak beriyer harini, takde orang di rumah. Anak bujang pun keluar pergi jemputan kawannya, so tinggal Sis jer laa makan siang tadi.
Nanti laa yaa, Sis tengah amik mood nak menulis balik ni, kalau esok tak kemana, esok Sis akan update ceritera Sis ke KL baru ni. Sempatlah jumpa Karni dan Retna sekejap setelah sekian lama tak jumpa. Lepas ni lagi sebulan pulak kita jumpa okay.. inshaallah ...
P/S: Perasaan sekarang ni kan, rasa macam nak terjun kolam renang.. haa gituuuu...