Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427

SUP 'KAKI' (CEKER) AYAM - YANG RASA GELI TU, JANGAN TENGOK

$
0
0
SUP 'KAKI' (CEKER) AYAM - YANG RASA GELI TU, JANGAN TENGOK | Kenapa Sis letak tajuk macamtu? Sebab masa bercerita dengan seorang kawan yang Sis nak masak Sup Kaki Ayam ni atau bahasa Indonesia kaki ayam tu di panggil Ceker, kawan Sis tu boleh kata 'Eee gelilah, banyak benda kat ayam tu boleh makan, kaki juga yang ko nak masak'. Sambung lagi 'Kaki ayam tu kan kotor, pijak-pijak tanah, kais-kais, pastu ko masak makan,eee' haaa begitulah ayat dia. Sis mampu gelak sahaja. Malas nak jawab berdebat. 
Sekadar mengiyekan aje ayat dia.

Tapi dalam pada tu, perghh berapi-api dada Sis ko tau, rasa nak jolok je kaki ayam dalam mulut dia hahahaha. Sedap mulut je kan, jangan-jangan dia pun masak sama kaki ayam kat rumah, kita mana tau kan kan kan. Podaaaah!. Sejak dari dulu masa Sis kecil hinggalah sekarang, dalam family Sis memang masak kaki ayam, baik buat sup ke, masak dalca ke, atau masak masakan lain, mesti kaki ayam tu tak di buang, di masuk sekali dalam masakan. Sedap kemain kan..


Tengok tu, tak ke sedap terliur tu, di rebus sampai empuk lembut, bila nak makan tu, sekali gigit je tanggal semua kulit, tinggal tulang aje. Kan kan. Rugi yang kata geli tu wekkk :p
Tang tapak kaki ayam tu, Sis kalau masak memang Sis gunting buang, kadang ada hitam juga kan, tu maknanya ayam dah tua, kerja keras ko, hitamlah tapak kaki, jadi kematu. Kuku dia jangan pulak ko tak gunting, naya makan tercekik kuku ayam kang hehehehe. 
Kebetulan menu ni anak Sis yang nak sangat makan, jadi pergi pasar malam jumpa kaki buatlah sup. Berhirup-hirup dan berketul-ketul dia makan. Suami pun sama, tambah pulak dengan sambal kicap, perghhh terangkat seyyy..


Sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat untuk manusia. Baca ni:

1) Kaki ayam kaya kologen
Menurut kajian, kaki ayam memiliki kologen yang sangat tinggi. Antara manfaat kologen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:
- kologen membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, ganti sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat
- kologen serap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh jadi sihat.
- kologen meningkatkan metabolism sekaligus bantu menurunkan berat badan
- kologen yang membuatkan tulang kuat dan tak rapuh

2) Kurangkan risiko tulang rapuh
-kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.

3) Sembuhkan cedera
Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam ni

4) Saluran pencernaan sihat
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik. Korang jadikan tulang ayam ni sebagai makanan berkuah atau sup okay. Sebab? Nutrisi seperti kologen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak.

5) Kesihatan kuku terjaga
Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

6) Menyihatkan gusi
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.


Dan... Yang bestnya ..
.
.
.


Haoh malas nak cakap banyaklah, biar si 'geli' tu baca hahaha..
Lepas ni berkilo-kilo dia borong kaki ayam kat pasar hahahaa :p







P/S: Pesan Sis 'HIDUP JANGAN SOMBONG'....sekian untuk entri hari ini. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427