Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

JUAL BELI CEDOK-CEDOK ONLINE TU HARAM?

$
0
0
JUAL BELI CEDOK-CEDOK ONLINE TU HARAM? | VIRAL dua tiga hari ni mengenai jual beli cedok-cedok di TikTok, Facebook dan juga Instagram. Jangan kata korang, dengan Sis sekali tercidukkk oii hahahaha.. ajerr giler kalau duk depan handphone tengok seller semua menjual cara cedok-cedok ni. 

Mulanya memang Sis tak terlibat dengan benda viral ni, maklumlah Sis mana ada TikTok, tapi Sis tau pasal cedok-cedok ni bila tengok LIVE Dato Seri Vida. Memang gilerrr ar DSV tu buat jualan cedok-cedok dia, Sis ajer dah dua kali oii beli cedok-cedok dia. Dengan apa yang dia cedok dan apa yang kita dapat dari cedok tu, berbaloi gilerrr.. ye laa produk DSV kan mahal.. 

Kalau dengan DSV, awal dulu Sis join, sekali cedok RM68, now bila dah mula ramai mencedok dengannya, DSV dah naik harga, dari RM68 tu dah jadi RM78, then  malam tadi Sis tengok, ehhh dah naik lagi jadi RM88.. hahahaha untunglah sapa yang awal terciduk dapat harga murah tu yaaa.. 

Niat join tu saja-saja jerr, lagipun produk dia bagus, harga pun mahal, so bila DSV offer harga cedok macamtu, macam tak masuk dek akal pulak.. ikut rezeki memasing laaa..lagi satu yang bagusnya, DSV tak lokek, kalau secedok dia kaut dapat sikit, dia tambah lagi produknya, bagus betul, katanya 'sedekah'.. siap cakap, 'kalau nak jual balik, jual laa, rezeki buat mu', katanya hahahaha.. 

Akan tetapi, semalam di facebook, Sis terbaca laa mengenai hukun cedok-cedok dalam jualan online ni adalah haram, sama macam kita berjudi, di mana ada sesaorang menulis mengenainya, katanya HARAM sebab ada unsur berjudi dalam jualan. Kita yang tak tau ni jadi terkejut laa, sebab kita dah sama terlibat, tertanya-tanya betul ke idok ke, terus panas dalam group wahtsapp malam tadi memasing share, Sis hanya mampu scroll membaca ajerr..

Dan pagi ni Sis cuba membaca dan fahamkan sendiri, apa yang di katakan haram dalam urusan jual beli cedok-cedok tu.. ternyata memang benar .. korang yang tak jelas, bolehlah cuba baca apa yang Sis kongsikan ni.. tak apa kita tak tau, kita amik peduli, dah tau, kita elakkan.. jangan dah tau, kita terus mencedok huhuhuhu.. 

Jual Beli Cedok-Cedok Online Tu Haram?

Yang menjadikan cedok-cedok online tu haram sebab ada unsur Gharar. Gharar ialah istilah bahasa Arab yang bermaksud "penipuan nyata sebagai satu helah penjual untuk mengaut untung yang tidak sepatutnya". Unsur negatif dalam muamalat Islam yang dilarang dalam Islam ialah gharar. Ringkasnya gharar merujuk kepada ketidakpastian yang berlaku dalam akad.

Dalam memberikan takrif gharar, fuqaha terdahulu menyebut tentang tiada kemampuan membuat serahan barang jualan atau ketidakpastian sama ada sesuatu itu akan berlaku atau tidak, seperti menjual burung yang terbang di udara, atau sesuatu yang tidak diketahui kuantiti dan kadarnya.

Antara dalil pengharaman gharar adalah hadis daripada Abu Hurairah R.A yang berkata:

“Rasulullah SAW melarang jual beli al-hasah (mana-mana yang terkena lontaran batu adalah terjual) dan jual beli gharar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam perbahasan fuqaha, gharar terbahagi kepada dua iaitu ketidakpastian yang banyak (gharar fahish) dan ketidakpastian yang sedikit (gharar yasir). Contoh gharar fahish adalah menjual ikan yang ada dalam kolam. Sementara contoh gharar yasir adalah menjual buah epal secara bilangan di mana ada perbezaan saiz yang tidak ketara sangat.

Fuqaha bersepakat bahawa gharar fahish jika berlaku dalam akad pertukaran seperti akad jual beli dan sewaan, maka kontrak akan batal. Namun jika berlaku dalam akad yang tiada pertukaran seperti akad hibah misalnya, ada perselisihan pandangan.

Asas larangan gharar fahish ini adalah kerana ia boleh membawa kepada pertelingkahan sesama manusia sedangkan pergaduhan dilarang dalam Islam. Kaedah meletakkan tanda harga jualan pada harga lain tetapi yang memerlukan pelanggan membayar harga lebih tinggi adalah haram.

Ini kerana manusia secara umumnya tidak mampu bertoleransi bila melibatkan gharar fahish dalam akad pertukaran. Secara fitrahnya, seseorang itu mahukan sesuatu yang setimpal dengan apa yang telah dibayar. Andai kata bayaran sudah dibuat tetapi barang tidak dapat diserahkan kepada pembeli, sudah tentu akan berlaku pertikaian antara penjual dan pembeli. Sebaliknya gharar yang sedikit biasanya manusia boleh bertoleransi seperti jual beli telur dan buah-buahan secara bilangan meskipun ada sedikit perbezaan saiz. 

Jual Beli Cedok-Cedok Online Tu Haram?

Syarat utama dalam jual beli Islam adalah wujud reda meredai antara pembeli dan penjual dan tidak ada gharar atau penipuan kalau nyata satu sen sebagai helah atau muslihat penjual untuk mengaut untung yang tidak sepatutnya. Tetapi masalahnya sekarang pengguna tidak ada pilihan hendak reda atau tidak, malah pengguna terpaksa terima sebab membabitkan keperluan asas mereka. 

Firman Allah Taala yang bermaksud:  "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Surah al-Nahl, ayat  90)

So bila kita dah tau ni, kita elakkan dan jauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang mempunyai elemen seperti gharar dan ghisy. Sambil tu kita cuba fahamkan lagi kes sebegini seperti  al-tabayyun  (meneliti) dan  al-ihtiyat  (berhati-hati) sebelum membuat sebarang pelaburan terhadap mana-mana skim yang menjanjikan keuntungan dengan cara yang mudah. Benda gini amat penting bagi mengelakkan daripada berlakunya kerosakan akidah kita. 

Maksudnya:  Menolak itu lebih diutamakan berbanding dengan mencapai kebaikan.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan rezeki yang baik kepada kita semua khususnya dalam mendepani cabaran getir kehidupan ketika ini.

Wallahu a’lam.
Sumber : Sana Sini


P/S: Semakin pelik-pelik kan, tapi bagus jugalah, so kita dah tau, kita jauhilah.. astaghfiruallah... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.