SET MENU CLAYPOT DI THISTLE JOHOR BAHRU HANYA RM29 SAHAJA | INI kisah dah lama dah cerita makannya, tapi memang Sis takde update, sebab dah update di facebook page akusislin. Lagipun bukan Sis pergi makan untuk food review, tapi Sis datang walk-in makan bersama kengkawan Geng Bas Sekolah (GBS) berHi-Tea time.
Yaa kitaorang GBS ni bukanlah nak makan tempat yang have-have, keluar masuk hotel je kerjanya kalau korang perasan, tapi kitaorang ni lebih suka pergi makan tempat yang ada ketenangan, dan tidak terlalu crowded gitu.. kadang malas nak berasak-asak nak park kereta dan beratur nak masuk kedai, dari lapar boleh jadi singa okay hahahaha..
Dan kebetulan masa tu ternampak set menu lunch/hi-tea ni di facebook page Thistle Johor Bahru Hotel. Tanya GBS, semua on ajerr, sebab ada menu asam pedas hahahaha.. lagi pulak dalam claypot, so menunya memang akan makan panas-panas.
Menu Signature Hot Dishes in Claypot ni, promo menu yang Sis pergi ni dah habis dah tempoh dah, lepas tu memasing kawan Sis semua tanya, 'masih ada lagi tak?'.. Sis tanya person in-charge Hotel tu, katanya dah habis last bulan May haritu.. then tiba-tiba, mungkin atas permintaan ramai, ianya kembali lagi kini di hidangkan sehingga akhir bulan Ogos..
So okaylah Sis ada kerajinan ni, Sis kongsikan laa si blog Sis. Now korang dah boleh pergi makan Signature Hot Dishes in Claypot ni yaa.. Ada 4 set kesemua hidangannya. Yaa semuanya hanya RM29 sahaja beserta dengan segelas minuman pilihan.
Memang berbaloi sangat-sangat. Portion dia pun besar dan hidangan nasinya beserta sekali dengan ulam-ulaman dan juga menu sampingan di dalam pinggan, termasuk sambal belacannya yang paduuu..
Antara 4 hidangan yang tersedia, korang boleh pilih ;
Nasi Beringin & Sambal Daging
Salmon Fish Head Curry
Ikan Merah Assam Pedas
Smoked Biryani Rice & Ayam Perchik
Dan kesemuanya di datangkan dengan hidangan nasi dan juga segelas minuman. Harganya hanya RM29 sahaja... yaaaaa berbaloi kannn.. rasanya pun sedap, terutama sekali Ikan Merah Assam Pedas tu, mabelessss...
Kitaorang amik semua menu 4 set tu, so dapatlah rasa bertukar-tukar selera.. rata-rata memang kawan Sis pun kata asam pedas dan kari salmon tu sedap.. Suami pun suka asam pedas tu.. lagi dua tu pun sedap juga, ikutlah tekak memasing kan..
Sis dengan GBS pun dah dua kali pergi makan set ni. Sekali pergi time lunch yang ini, sekali lagi Sis dan GBS pergi malam bawa Suami, meraikan kawan Sis yang nak pulang ke Mekah.
Signature Hot Dishes in Claypot
Setiap hari dari jam 4pm to 10pm
**Sehingga hujung Ogos
Contact : 07-267 8999
Whatsapp online : https://wa.me/60127892092
*Kindly make your booking in advance
P/S: Cuaca panas gilerr kan... sakit kepala di buatnya, padahal duduk rumah jerr, adeiiii...