Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427

MENANGIS AKU TENGOK MAT KILAU

$
0
0
MENANGIS AKU TENGOK MAT KILAU | MULANYA kan, macam agak pelik, kenapa orang duk kata, 'bawa tisu lebih nanti', hurmm dalam hati, filem sedih ke apa ni? Bukan ke filem Melayu yang bersilat-silat, Sis dah terbayangkan ala-ala cerita Hang Tuah gitu.. tapi takpela, memang rata-rata orang tengok pun semua pun menangis katanya. 

Sis ni jenis, paling tak suka nak kondem atau komen dulu sebelum diri sendiri pergi tengok sendiri. Duk kecam-kecam sana sini pun takde guna, kalau sendiri tak pergi tengok. Just baca je review orang mana aci kan.. taste orang tak sama dengan kita, sama macam makan juga. So nekad, beli tiket, pergi tengok sendiri.

Punyalah nak amik masa nak pergi tengoknya. Salah satunya, menunggu hari 'keuzuran'..senang, takyah fikir nak kejar solat.. tapi yang geramnya, time tak uzur, seat Geethe tu kemain kosong, sekali time nak pi tengok, ehhhh boleh pulak full semua, ermmm.. nak taknak, malas dah nak nunggu, terus beli je laa seat biasa RM22 di TGV Bukit Indah sana. 

Menangis Aku Tengok Mat Kilau

Sis ajak ex-jiran, Midah dan Wana pi tengok sekali, ramai yang tak boleh nak pergi kalau dah malam sangat. Ye laa, kalau tunggu lepas Maghrib, jam berapa pulak nak balik kan.. so kami bertiga yang keuzuran ni, kami pergilah time panggung 6.15pm, so bila dah habis wayangnya, takde la malam sangat.. 

Masa sampai tu, agak ramai juga menunggu, tapi tak tau laa mereka semua nak masuk hall Mat Kilau ke tak, sebab banyak filem yang tengah di tayangkan masa tu termasuk Minions hahahaha.. sebab ramai betul budak-budak jee kat situ.. tapi bila nampak ada Pakcik Makcik yang tua duk menunggu, okay, tu Sis pasti, mesti anaknya bawa tengok Mat Kilau.. 

Menangis Aku Tengok Mat Kilau

Masuk dalam panggung awal, nak seru semangat kepahlawan dulu kononnya.. tapi jantung tu entah kenapa, datang berdebor pulak time tu, cerita belum mula, tapi dia punya debor tu lain macam. 

Bila wayang dah mula, maka.... dari mula ceritanya mata dah berkaca, automatik airmata mengalir, tak tau laa apa yang buatkan hati ni tersentuh.. kenapa kejam dan zalim sekali Melayu diperlakukan begitu.. mengucap-mengucap nengok ceritanya laaaa.. 

Bila dah masuk part bersilat, berdebat, bermusuh, ber ber ber semua... haaaa mulalah, kaki ni rasa gentar seakan nak bangun bersilat sekali hahahahaha.. aduhhhhh patutlah siapa yang menonton, boleh terangkat kaki sampai berdiri yaaa dek kerana langkah silat mereka. Ye ye betul.. sebab Sis pun rasa yang sama hahahaha..

Tapi.... bila part sekali lagi Melayu di pijak, di seksa, di tikam, di tembak hingga tergadai nyawa anak bini... Allahuakbar... masa tu menangis kami sampai tersedu, terdiam terkaku sekejap dalam panggung tu... masing-masing dah tak toleh kiri kanan dah, tak rasa malu dah orang kata ngembeng ke apa ke, dah memang sedih laaaaa...bangsat betulll British ni... 

Patutlah filem ini boleh raih berjuta-juta kutipan.. dari awal hingga ke akhir, memang penonton puashati menonton. Sis nak tulis bab sejarahnya Mat Kilau pun, semua pun dah banyak membaca dan tau, so ini ajalah yang boleh Sis tulis review selepas Sis menonton Mat Kilau.. memang menangis aku tengok Mat Kilau huhuhu.. 

Menangis Aku Tengok Mat Kilau

Keluar panggung, memasing lapar.. fikir punya fikir, last-last pakat, jomlah pekena Teppanyaki di Mana Cafe Puteri Harbour tu.. lama tak ke sana. Orang memanglah ramai, tapi nak makan cepat, orderlah menu Teppanyaki mereka... sedap pun sedap, dan makannya pun panas-panas. 

Alhamdulilah.. lepas makan, hantar Midah dan Wana, terus Sis balik Pasir Gudang. Jalan pun lenggang, tak jem dan Allah permudahkan semuanya. Terima kasih buat Suami yang beri keizinan untuk Sis keluar menonton bersama kengkawan.. 

Rasa macam nak pi nengok sekali lagi dan lagi.. walau memang kata puashati, tapi tak tau laa, filemnya buat Sis nak pergi tengok lagi.. memanggil gituuu... korang amacam? dah tengok ke? Kalau dah, apa kata korang?.. 

“Orang Melayu mulia bukan kerana adat, kesultanan atau budaya. Tapi mulia kerana akidah dan keimanan kepada Allah.” – Mat Kilau.


P/S: Paling penting, filem Mat Kilau ni banyak mengajar kita erti persabahatan dan sebesar apa pun ujian dan halangan... kita ada ALLAH ...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427